Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 47 - Huang Yu

Chapter 47 - Huang Yu

"Selamat datang Tuan. Tuan datang untuk beli ataupun untuk melihat buku?"

Saat dia melangkah masuk kedai tersebut, seorang perempuan muda muncul untuk menjemputnya.

Dia berumur dalam tujuh belas ke lapan belas tahun, mukanya seakan dayang dari kayangan dan semestinya agak menawan. Walaupun dia tidak secantik Shen Bi Ru, dia tetap boleh dikira sebagai seorang jelitawan.

"Ada tak…kitab teknik pertapaan Peninju 6-Dan di sini?"

Zhang Xuan mendedahkan niat utamanya ke sini kepadanya.

"Teknik pertapaan Peninju 6-Dan? Tuan mesti bergurau. Kitab teknik pertapaan seperti itu mahal harganya, kedai kecil seperti ini tidak layak menjual mereka…kalau kamu mahu beberapa kitab asas pertapaan, kami ada beberapa di sini…" Perempuan tersebut menggeleng kepalanya.

Buku yang dijual di kedai ini terdiri daripada geografi manusia, biografi orang terkenal dan lain lain. Teknik pertapaan sesuatu yang dilindungi ketat oleh petapa tersebut, bagaimana mungkin ia dibenarkan untuk diimbas melalui ataupun dijual dengan begitu sahaja?

"Kalau begitu…. Kamu tahu tak mana-mana kedai menjualnya?" selepas mengesahkan syaknya buku-buku tersebut tidak dijual di sini, Zhang Xuan mengeluh dan melihatnya dengan penuh semangat.

"Menjual mereka?" Perempuan tersebut menggeleng kepalanya sekali lagi. "Mustahil ada orang di Bandar Diraja Tianxuan menjual teknik pertapaan tahap begitu. Namun… ada pakar yang mengumpulnya. Kalau kamu mempunyai hubungan akrab dengan mereka, mereka mungkin boleh membenarkan kamu mengimbas melalui koleksi mereka!"

"Membenarkan saya mengimbas melalui mereka? Bagus juga itu!" Mata Zhang Xuan berkelip.

Dengan Perpustakaan Jalan Syurga, dia tidak perlu untuk membeli buku tersebut. Selagi dia dapat menyentuh buku tersebut dan mengimbas melaluinya, sesebuah rumusan buku tersebut akan menjelma.

"Kamu tahu tak, mana-mana pakar yang mengumpul kitab sebegini di rumah mereka dan akan membenarkan orang lain mengimbas melalui koleksinya?" Dia tidak dapat menahan curiga.

"Membenarkan orang mengimbas melaluinya?" Perempuan tersebut menggeleng kepalanya. Tiba-tiba dia terfikir sesuatu lalu bersenyum dan berkata, "Saya tahu seorang. Namun dia ini gila sikit! Kalau anginnya baik hari ini, kamu baca semua buku dia pun dia tidak kisah. Kalau anginnya kurang baik, masuk rumahnya pun dia tidak akan benarkan…"

"Orang sebegini wujud?" Zhang Xuan berkerut dahinya. Dia sambung, "Kalau begitu, boleh saya meminta budi baik puan untuk menunjuk arah ke rumah orang tersebut?"

"Kebetulan hari ini tidak ramai pelanggan pun. Saya akan bawa kamu ke situ sekarang juga!" Perempuan tersebut senyum.

"Terima kasih dan maaf kerana menganggu!"

Dia tidak menjangkakan perempuan tersebut akan begitu baik hati untuk dengan sendiri membawanya pergi, oleh itu dia hanya mengangguk kepalanya dengan rasa syukur. Dengan perempuan tersebut menunjuk arah, mereka berdua berjalan keluar kedai buku tersebut.

Melalui perbualan mereka berdua, Zhang Xuan mendapat tahu nama perempuan tersebut iaitu Huang Yu. Kedai buku ini dibuka oleh dia. Dengan sekilas pandang, didapati ia baru sahaja dibuka, mesti tidak lebih daripada sepuluh hari lalu.

"Kamu cakap ada banyak buku di rumah orang tersebut?" Selepas berjalan untuk seketika, Zhang Xuan

"Memang. Orang ini seorang cendekiawan terkenal di seluruh empayar, dulu dia pernah menjadi guru peribadi Maharaja Shen Zhui! Dia dibenarkan masuk dan keluar Bilik Kebal Koleksi Buku empayar ini! Mustahil orang sebegini tidak mempunyai banyak buku di rumahnya!" Huang Yu cakap dengan penuh rasa hormat.

"Guru Maharaja Shen Zhui? Dia pernah menajadi guru kepada maharaja?" Zhang Xuan terpegun.

Maharaja Empayar Tianxuan sekarang bernama Shen Zhui. Tiada ada orang yang tahu tahap pertapaannya, mereka hanya tahu dia orang terhandal di empayar ini, tidak ada orang yang boleh menandinginya!

Guru kepada orang sebegini mesti telah dipilih khas dan melalui beberapa proses pemilihan sebelum mereka boleh mengesahkan posisi mereka. Pengetua Akademi Hongtian pun tidak mempunyai kelayakan sebegitu!

"Dia guru seni dan kaligrafinya dan bukan guru seni tinjunya. Walaupun begitu, dia masih seorang hebat yang dihormati oleh maharaja sendiri!" Muka Huang Yu tiba-tiba bertukar menjadi takut dan memberi Zhang Xuan amaran. "Orang tua Lu Chen seorang yang penuh tatasusila, oleh itu dia amat mementingkan cara kamu membawa diri sendiri. Dia benci orang yang mengarut di depannya. Apabila kami sampai, baik kamu jangan bercakap banyak sangat. Kalau tidak, mungkin mustahil dia memberikan kamu kebenaran untuk mengimbas melalui koleksi bukunya!"

"Un!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya.

"Satu lagi, saya ada urusan sendiri nanti. Apabila kami sampai nanti, kamu perlu menangani masalah meminjam buku itu sendiri, jangan memberikan masalah kamu dengan urusan saya!" Huang Yu memandang Zhang Xuan dengan matanya yang secantik bulan purnama sambil berkata.

"Jangan risau, saya tidak akan mendatangkan masalah kepada kamu!" Zhang Xuan hanya tersenyum padanya kerana memahami maksud di sebalik katanya.

Dia sudah amat berterima kasih terhadapnya kerana sanggup membawanya ke sini. Jika dia mampu, dia akan dibenarkan meminjam buku. Namun, jika dia gagal, tidak ada ada yang boleh dilakukan.

Tidak kira apa pun, dia masih seorang guru. Bagaimana mungkin dia membuat masalah untuk perempuan ini?

"Orang ini suka sesiapa sahaja yang bersetuju dengan dia. Tidak kira apa dia cakap nanti, kamu cuma perlu mengangguk kepala kamu. Tambahan pula, selaku seorang yang lebih tua dari kita, dia akan mempunyai pendapat dan pendirian yang lebih….konservatif berbanding orang muda seperti kita. Cuba untuk jangan bertengkar dengannya!" Huang Yu mengingatinya sekali lagi.

Mereka berdua berjalan keluar dari pasar dan selepas melepasi beberapa lorong, mereka akhirnya sampai ke sesebuah rumah.

"Inilah rumah orang tua Lu Chen!" Huang Yu menuding jari ke arah rumah tersebut.

Zhang Xuan mengangkat kepalanya untuk melihat rumah tersebut. Ia tidak besar ataupun hebat seperti jangkaannya. Nampak seakan rumah biasa sahaja, papan tanda pada pintu rumah pun tak ada. Jika bukan kerana Huang Yu menunjuk arah, dia mungkin akan ingat rumah tersebut dimiliki seorang biasa sahaja.

Adakah tempat ini betul-betul rumah guru kepada maharaja?

Zhang Xuan mendapati ia susah untuk dipercayai.

"Orang tua Lu Chen hidup dengan berjimat-cermat. banyak kali sudah Maharaja Shen Zhui menawarkan untuk membina semula rumahnya namun dia menolak dengan tegas!" Huang Yu menjelaskan selepas menyedari Zhang Xuan meragu-ragu.

Zhang Xuang mengangguk kepalanya sambil rasa hormatnya terhadap guru maharaja bertambah.

Walaupun mempunyai pengaruh sebegini, dia mampu hidup dengan cermat dan sederhana tanpa digoda dengan kuasa dan kekayaan. Nampaknya orang ini memang seorang berprinsip.

Da da da da!

Baru sahaja mereka mahu mengetuk pintu rumah tersebut, sesebuah pedati muncul. Bunyi kuda melalui lorong tersebut bergema di udara malam.

Jiyaaaa!

Pedati tersebut berhenti di sebelah kedua-dua mereka. Seorang lelaki muda membuka tirai tersebut lalu berjalan keluar.

Dia berumur lebih kurang tujuh belas ke lapan belas tahun berpakaian putih. Tinggi dan kurus dengan muka yang anggun seakan jed putih, Dengan sekilas pandang, ia jelas dia seorang bangsawan sambil mengeluarkan aura serba hebat.

"Xiao Yu? Kamu di sini juga!"

Melihat Huang Yu, mata tuan muda tersebut berkelip dan segera cuba menarik perhatiannya.

"Nama saya Huang Yu, jangan panggil saya samaran itu! Kamu tidak begitu kenal satu sama lain pun!" Huang Yu menggigit bibitnya.

"Dengan keakraban hubungan kedua-dua keluarga kita, tidak pelik untuk saya panggil kamu Xiao Yu. Lagipun, itulah panggilan kamu oleh saya masa kami masih muda dahulu? Adakah kamu di sini untuk berjumpa orang tua Lu Chen juga?" Tuan muda berbaju putih senyum sambil meluruskan lengannya. Dia beraksi seakan dia telah mendapat sesuatu kemenangan.

"Hehehe, Tidak perlu kamu fikir banyak sangat tentang objek tersebut. Saya mesti akan mendapatkannya!"

"Masih awal untuk tahu lagi siapa akan dapat objek tersebut! Saya takut kamu yang akan menangis nanti!" Huang Yu tidak mengalah terhadap ejekannya.

"Kami akan lihat nanti!"

Tuan muda berbaju putih gelak. Pada saat ini, dia akhirnya perasan kehadiran Zhang Xuan lalu mengerut dahunya, "Siapakah ini? Xiao Yu, kenapa kamu membawa orang luar ke sini…"

"Bukan masalah kamu siapa saya bawa ke sini!"

Huang Yu bercakap dengan marah.

"Hmph budak. Tidak kira kamu siapa, saya menasihati kamu untuk berjauhan dari Xiao Yu. Dia bukannya orang yang tiada berkemampuan seperti yang kamu mampu milik" melihat Zhang Xuan, tuan muda berbaju putih menyepetkan matanya dan mengejek.

"…"

"Zhang Xuan tidak menjangkakan dirinya diancam ketika dia memulakan perjalanannya ke sini untuk meminjam buku. Sesebuah perasaan jengkel menjelma di hatinya.

Menggunakan pepatah daripda duniannya yang lepas, nasibnya sebaik mayat tikus.

Huang Yu hanya membawanya datang ke sini, mereka ini tidak berkenalan pun. Perlukah kamu bercakap sampai begitu?

Kerananya diancam, Zhang Xuan berasa jengkel. Dia meregangkan belakangnya lalu berkata, "Kamu ini menyampuk terlalu banyak sangat. Maaf, tetapi saya tidak perlu kamu untuk risau tentang urusan saya!"

"Baiklah, saya harap kamu tidak menyesali pilihan kamu!"

Dia tidak menjangkakan orang yang tidak pernah dijumpainya akan begitu kurang ajar terhadapnya. Tuan muda berbaju putih berpaling ke arah rumah tersebut dengan marah dan berjalan ke hadapan lalu mengetuk pintu tersebut.

"Kenapa kamu berkata demilkian…"

Sambil lelaki berbaju putih mengetuk pintu tersebut, suara gementar Huang Yu kedengaran oleh Zhang Xuan.

"Kenapa?" Zhang Xuan melihatnya dengan penuh kebingungan.

"Kamu tahu dia siapa tak? Berani pula kamu bercakap dengan dia sebegitu." Melihat muka tidak tahu Zhang Xuan, Huang Yu berasa sedikit kecewa.

Ia susah untuk tahu sama ada orang ini berani ke orang ini terdapat sesuatu yang tidak betul dengan kepalanya.

"Saya peduli apa dia siapa…" Zhang Xuan berkata.

Identitinya ada apa kaitan dengan saya?

"Kamu…" melihat ekspresi Zhang Xuan, Huang Yu meragui keputusannya untuk membawanya ke sini. Daripada Zhang Xuan, dia dapat mengetahui yang Zhang Xuan betul-betul tidak kisah tentang identiti orang tersebut. Dia hanya mampu memperkenalkan orang tersebut kepada Zhang Xuan, " Orang itu merupakan anak tunggal Zhennan Wang, Bai Xun!"

Zhennan Wang merupakan orang yang paling berkuasa dalam Empayar Tianxuan, kedudukannya hanya satu peringkat sahaja dibawah maharaja Shen Zhui. Untuk membuat orang ini marah bermaksud ia akan menjadi susah untuknya mencari nafkah hidup di Empayar Tianxuan.

Asalnya, dia ingat dengan mendedahkan identitinya, ia akan membuat orang ini takut sehingga dia akan memintanya untuk cuba menyelesaikan perselisihan faham antara mereka. Namun, Zhang Xuan hanya melihatnya dengan ekspresi pelik, "Zhennan Wang…siapa itu?"