"Oh, itu senang saja!" Tanpa menyedari perasaan terkejut dan perkara yang lagi difikirkan mereka semua, Zhang Xuan hanya tersenyum. "Walaupun Chi Xiong dikenali untuk pertahanannya yang kebal, bentuk badannya seperti pedang yang tajam. Ia pakar dalam serangan hendap dan terkenal dengan kemahirannya menewaskan pihak lawan dengan kelajuannya dan bukan kekuatannya. Daripada ini, ia boleh ditafsirkan yang badannya langsing seperti pedang dan bukannya berat seperti gunung. Memandang si pelukis mendapat saiz badannya salah, ia jelas disebabkan oleh tafsiran yang salah ini."
Sarjana Lu Chen terpaku.
Ia bukan kerana penilaian orang ini salah, tetapi kerana ia terlalu tepat!
Selama ini, dia ingat Chi Xiong terkenal kerana pertahanannya yang kebal dan badannya yang berat seperti gunung. Penilaian orang ini mengingatkannya akan pengenalan kepada binatang ini dalam sebuah buku yang pernah dibacanya. Buku itu berkata Chi Xiong seekor binatang yang teramat cepat dan tepat dalam serangannya, membuatkan ia berjaya membunuh pihak lawan tanpa mendedahkan dirinya.
Itulah sebabnya tidak ramai orang pernah melihatnya!
Kesalahan terbesar seorang pelukis, membawa tafsiran yang salah melalui lukisan mereka. Sekiranya hal ini terjadi, gambar paling cantik dan mempersonakan pun akan dianggap sebagai sampah.
Zhang Xuan sudah cuba menjaga hatinya dengan mengatakan lukisan tersebut tidak kurang hebatnya.
"Bagus! Hebat!" Sarjana Lu Chen memberi pujian yang tidak terhingga kepada Zhang Xuan dengan muka yang penuh teruja.
Jika ia melibatkan tafsiran satu lukisan, mungkin budak ini hanya bernasib baik ataupun kebetulan sahaja. Namun, kebolehannya melihat kebenaran di sebalik kedua-dua lukisan tersebut, dia yakin orang muda di depannya sekarang merupakan seorang pakar seni lukis!
Kemahirannya mungkin lebih hebat daripadanya!
Mencari kawan memang mudah, tetapi susah untuk mencari rakan sejiwa. Dalam kerjayanya sebagai seorang pelukis, dia tidak pernah berjumpa dengan seorang yang boleh dikira sebagai setaraf dengannya dalam Empayar Tianxuan. Biasanya, selepas dia habis melukis dan mempamerkan lukisannya kepada orang lain, mereka sekadar menumpukan perhatian dalam memberi pujian dan tidak benar-benar menilainya pun. Tiada yang betul-betul faham isi tersirat dalam lukisannya apatah lagi menyedari kelemahan dan kesalahan di dalamnya.
Inilah sebabnya dia berasa terasing dan bersendirian. Dia selalu membuka rumahnya kepada sesiapa sahaja yang ingin belajar dengan harapan akan berjumpa dengan seseorang yang mampu menandinginya.
Namun, selepas berjumpa dengan seorang yang menyedari dan cukup berani untuk menunjukkan kelemahan dan kesalahan dalam lukisannya, dia berasa seakan telah berjumpa dengan rakan sejiwanya. Bagaimana mungkin dia tidak gembira mendengarnya?
Jika bukan kerana kawalan dirinya, dia mungkin telah melompat keriangan.
Melihat guru mereka begitu teruja, Huang Yu dan Bai Xun tidak lagi bertengkar antara satu sama lain tetapi menukar pandangan. Mata mereka terbuka luas sehingga hampir terkeluar.
Mereka telah berkenalan dengan tuan sarjana sejak muda lagi. Dia selalu tenang dan tidak kira apa pun, dia tidak membenarkan apa-apa menganggu pemikirannya. Dulu, pernah sekali maharaja menghantar[Intan Kenyalang Bumi Kasar] kepadanya, hadiah itu cukup berharga seperti membayar wang tebusan seorang maharaja. Namun, dia tidak peduli pun hadiah tersebut dan hanya menyuruh mereka menghantarnya ke gudangnya.
Namun, hanya dengan beberapa ulasan, budak ini telah membuat tuan sarjana begitu teruja sekali…. Adakah mungkin apa yang dikatakannya benar?
Pada saat ini, kedua-dua mereka menjeling pada Zhang Xuan namun tidak kira berapa kali mereka melihatnya, dia tetap kelihatan seperti orang biasa sahaja.
"Xiao Yu, bila kamu mahu memperkenalkan tuan muda ini kepada saya?"
Sambil Huang Yu hilang dalam kebingungannya, suara Sarjana Lu Chen bergema melalui bilik tersebut.
"Memperkenalkan? Dia…." Selepas ditanya soalan tersebut, Huang Yu sekali lagi terkejut. Hanya sekarang dia perasan dia masih tidak mengetahui nama orang tersebut. Mukanya berubah menjadi merah sambil dia menggaru kepalanya. Lalu dia berpaling ke Zhang Xuan dan bertanya, "Erm…..apakah nama kamu yea?"
Mendengari ini, Bai Xun yang duduk sebelahnya kelihatan seakan mahu sembelit.
Hanya sebentar lalu, dia dipenuhi rasa cemburu kerana teringat ada orang telah memenangi hati bidadarinya dan ini membuatkannya berasa seakan ingin belasah orang ini separuh nyawa. Hanya sekarang dia perasan yang….. Huang Yu tidak tahu namanya pun!
Jika dia tahu perkara ini awal-awal, dia tidak akan begitu marah.
Namun, dilema dia belum berakhir lagi. Sejurus kemudian, dia mendengar suara Sarjana Lu Chen yang marah bergema sekali lagi. "Kamu? Betul-betul kurang ajar! Orang ini rakan seperjuangan saya, kamu perlu memanggilnya sebagai tuan sarjana pada masa hadapan!"
"Rakan seperjuangan?"
Kali ini, bukan sahaja Huang Yu dan Bai Xun berasa terkejut, malah tukang rumah Pak Cik Cheng juga terpaku kerana terlalu terkejut. Ketiga-tiga mereka melihatnya seperti mereka melihat raksasa.
Sarjana Lu Chen ini siapa?
Dia guru kepada Maharaja Shen Zhui!
Tiada seorang pun dari seluruh empayar ini berani mendakwa dirinya rakan seperjuangannya. Jika seorang berbuat demikian, dia seumpama mendakwa dirinya lebih hebat daripada maharaja empayar ini!
Untuk seseorang yang begitu tinggi pendiriannya melihat orang yang tidak sampai 20 tahun ini pun sebagai seorang rakan seperjuangan? Tentu saya lagi bermimpi…
"Kamu tidak dengar saya ke?"
Melihat kedua-dua mereka masih terpaku, Lu Chen memarahi mereka sekali lagi.
"Yea!" Bai Xun dan Huang Yu segera memberi tunduk hormat. "Memberi penghormatan kepada tuan sarjana!"
"Tidak perlu kita begitu formal!" Zhang Xuan tidak menjangkakan untuk Lu Chen begitu sopan dengannya. Dia mengangguk kepalanya dan berkata, "Saya Zhang Xuan, hanya kebetulan saya memahami isi tersirat lukisan tuan sarjana. Saya tidak layak diberi gelaran tuan sarjana!"
"Ah, jadi nama kamu Zhang Xuan. Kamu tidak boleh berkata demikian, adab itu tetap adab! Kalau kamu mampu melihat isi tersirat dan kelemahan dalam karya saya dengan hanya sekilas pandang, ini bermaksud kamu hebat dalam hal seni lukis dan juga mempunyai mata menganalisa yang menakjubkan. Kalau kamu tidak layak dipanggil sarjana dengan kebolehan kamu, ia bermaksud saya ini juga tidak layak untuk dipanggil seorang sarjana." Lu Chen berkata.
Zhang Xuan ketawa.
Walaupun betul dia mampu membaca kelemahan dan kesalahan dalam lukisan tersebut, ia bukan kerana kemahirannya dalam seni lukisan. Dia hanya menggunakan Perpustakaan Jalan Syurga.
Tanpanya, jangan kata nak menilai, dia mungkin juga masih menggaru kepalanya dengan penuh kebingungan tanpa boleh mengenal pasti apa yang mahu disampaikan dalam lukisan tersebut.
"Baiklah, kamu boleh berhenti bersopan sangat. Pada masa hadapan, jangan malu untuk menegur mereka kalau terjumpa di masa hadapan!"
Tidak pasti apa Zhang Xuan sedang berfikir, Lu Chen berkata dengan tenang.
"Tegur mereka?"
Bai Xun dan Huang Yu hampir menangis mendengar katanya.
[Haram, umur mereka hanya lebih kurang namun dia telah menjadi rakan seperjuangan seseorang daripada generasi datuk mereka dengan sekelip mata sahaja…. Orang ini terlalu hebat!]
Tanpa mempeduli kedua-dua orang tersebut, Sarjana Lu Chen melihat Zhang Xuan dengan curiga. "Kamu mengikuti Xiao Yu ke sini mesti bukan tanpa urusan. Boleh saya bertanya sebab kamu memerlukan pertolongan saya?"
"Saya dengar tuan sarjana mempunyai pelbagai jenis buku dalam koleksi kamu. Sebab saya ke sini hari ini untuk mencari kitab teknik pertapaan dan manual Peninju 6-dan untuk saya baca sekali imbas..."
Mendengar Sarjana Lu Chen menyoal niatnya, Zhang Xuan dengan cepat membalas.
Inilah niat utamanya ke sini, dia tidak akan melepaskan peluang ini begitu sahaja.
"Koleksi buku saya memang banyak namun kebanyakannya berkait dengan lukisan. Saya tidak ada banyak kitab teknik pertapaan Peninju 6-Dan. Saya cuma ada beberapa daripadanya dalam bilik bacaan saya. Saya boleh bawa kamu ke situ untuk melihatnya!"
Mendengar niatnya, Sarjana Lu Chen menyentuh janggutnya sambil tersenyum.
"Tuan, bilik bacaan kamu…." Tukang rumah pak cik Cheng bergegas ke hadapan untuk bertanya.
Tuan sarjana mempunyai banyak buku yang jarang ditemui dan berharga dalam koleksinya dan setiap satu daripadanya teramat berharga. Dia tidak pernah membenarkan orang luar memasuki bilik bacaannya termasuklah Maharaja Shen Zhui sendiri.
Pernah seorang suri rumah termasuk ke situ tanpa mengetahui apa-apa untuk membersihkan bilik tersebut. Akhirnya, dia dibelasah sehingga mati!
Inilah sebabnya bilik bacaan rumah Lu merupakan kawasan larangan yang tiada sesiapa pun berani melangkah masuk ke dalam….
Namun, tuannya berniat untuk membawa orang yang baru dijumpainya ke dalam.
"Sebab saya tidak benarkan sesiapa sahaja memasuki bilik bacaan saya kerana takut ia dicemari dengan kebodohan mereka. Namun, Zhang Xuan ini rakan seperjuangan saya dan seorang pakar pelukis. Ia sebuah penghormatan bagi saya untuk dia masuk dan memberi saya sedikit nasihat. Tidak ada sebab langsung untuk saya menghalangnya masuk."
Muka Sarjana Lu Chen menunjukkan ekspresi marah.
"Ya tuan!" Pak Cik Cheng mengundur dengar perasaan takut.
Dia mungkin tidak begitu berpengetahuan tentang lukisan, namun dia boleh tahu pada saat ini tiada satu pun penilaian orang ini yang salah!
Jika tidak, mustahil untuk kelakuan tuannya berubah dengan begitu mendadak.
"Marilah kita pergi!"
Sarjana Lu Chen menunjuk laluan sambil diikiuti Zhang Xuan dari belakang. Selepas seketika, mereka sampai ke bilik yang besar.
Seperti jangkaannya terhadap seorang sarjana yang dipuji tinggi oleh Huang Yu, koleksi bukunya memang banyak. Segala jenis kitab memenuhi setiap rak di sana. Sekurang-kurangnnya terdapat ratusan ataupun ribuan buku di sini. Zhang Xuan berasa seakan berjalan masuk ke perpustakaan.
Sambil berjalan dan mengimbas melalui setiap rak buku, seperti yang dikatakan olehnya tadi, kebanyakannya berkait dengan seni dan teknik lukisan. Hampir tiada satu pun berkait dengan teknik tinju ataupun pertapaan.
"Kitab teknik pertapaan berada di sini. Saya hanya ada beberapa sahaja peninggalan daripada latihan pertapaan saya!"
Sarjana Lu Chen menunjukkan koleksinya kepada Zhang Xuan dengan senyuman.