Di penjuru bilik tersebut, beberapa buku bertimbun antara satu sama lain di atas sebuah rak yang semuanya berkait dengan teknik pertapaan. Terdapat kitab Peninju 1-Dan, 2-Dan, 3-Dan, dan 4-Dan. Sama seperti di Akademi Hongtian, lebih tinggi tahap teknik pertapaan, lebih kurang jumlah buku tentangnya. Hanya terdapat agak-agak sepuluh buku berkaitan kitab teknik pertapaan Peninju 6-Dan.
"Walaupun jumlahnya sedikit, ia masih lebih baik daripada tiada langsung!"
Asalnya, dia ingat seperti Pavillion Kompendium, akan terdapat ratusan atau ribuan buku di sini untuk dia mengimbas lalu. Sekarang, jelas jangkaannya terhadap kuantiti buku dalam koleksi tersebut terlalu tinggi.
Namun, selepas berfikir seketika, dia faham kenapa terdapat perbezaan dalam kuantiti buku pertapaan. Setiap orang mempunyai badan yang tidak sama dan oleh itu mempunyai teknik pertapaan yang berbeza. Maka, jelas kenapa sesebuah akademi akan mempunyai koleksi kitab pertapaan yang banyak untuk memenuhi keperluan para guru dan pelajar.
Namun, untuk seorang individu, mereka hanya memerlukan satu ataupun dua teknik pertapaan yang sesuai untuk mereka. Koleksi pertapaan Lu Chen yang hanya ada sepuluh buku berkait dengan teknik pertapaan Peninju 6-Dan sudah boleh dikira sebagai koleksi yang besar.
Dengan tenang, dia mengambil satu daripada sepuluh buku di situ dan mengimbas melaluinya dengan cepat, hualalala, sejurus kemudian, rumusan kitab tersebut terjelma dalam mindanya.
"Kenapa? Teknik pertapaan ini terlalu kurang untuk kamu?"
Melihat bagaimana Zhang Xuan hanya mengambil dan mengimbas lalu setiap buku dengan cepat tanpa meneliti kandungannya, Sarjana Lu Chen bingung.
"Bukan sebegini. saya hanya melihat sahaja!" Zhang Xuan menggeleng kepalanya. Meneliti persekitarannya sekali lagi, dia mengesahkan hanya beberapa buku di situ. Sejurus sahaja sebelum dia berniat untuk keluar dari bilik tersebut, dia tertarik dengan satu timbunan buku tidak jauh dari situ.
Dengan penuh curiga, dia bertanya, "Ini…"
"Oh, itu peninggalan daripada anak saya yang mengecewakan itu! Dia hanya berminat dengan kekuatan kasar dan oleh itu mengumpul beberapa kitab rahsia berkait dengan memperkuat kekuatan fizikal seseorang! Malah, dia juga telah pergi ke Bilik Kebal Koleksi Buku empayar dan membawa semua buku yang berkaitan ke sini." Sarjana Lu Chen tersenyum sedih. "Perkara paling penting sekali dalam pertapaan seorang peninju adalah
"Boleh saya lihat?"
Melihat beberapa ribu kitab rahsia untuk memperkuatkan kekuatan fizikan seseorang, Zhang Xuan tidak dapat menahan rasa terharu terhadap dedikasi orang tersebut. Oleh itu, dia tidak dapat menahan untuk meminta kebenaran daripada Sarjana Lu Chen untuk mengimbas lalu kesemuanya.
Dia mempunyai Perpustakaan Jalan Syurga, dengan itu dia tidak memerlukan teknik pertapaan untuk memahami sesuatu. Dengan kuantiti secukupnya, dia akan mampu merumuskan cara paling betul dan pantas lalu menyingkirkan segala kelemahan daripada setiap kitab.
Walaupun memperkukuhkan kekuatan fizikal seseorang mungkin kelihatan seperti tidak penting kerana ia tidak mampu memberi peningkatan kekuatan yang banyak ataupun dengan cepat, namun dengan begitu banyak buku untuk membetulkan satu sama lain, kesannya akan jadi lebih besar.
Memandangkan dia tidak mempunyai cukup buku tentang pertapaan Peninju 6-Dan untuk dia memperkuatkan pertapaannya, tidak rugi dia mengimbas lalu buku-buku ini dahulu. Mungkin dia akan mempelajari sesuatu daripada maklumat tersebut.
"Jangan malu, dipersilakan!" Sarjana Lu Chen tersenyum.
Memandangkan dia sudah membawanya masuk ke situ, sudah pasti dia tidak kedekut dan membenarkannya untuk mengimbas koleksinya.
"Maaf kerana mengambil masa kamu!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya lalu berjalan ke timbunan buku tersebut. Seperti tadi, dia mengambil dan mengimbas lalu satu demi satu dengan cepat dan tanpa henti.
Hualalala! Hualalalal!
"Dia ini….."
Sekali lagi, perbuatan Zhang Xuan membuat Sarjana Lu Chen bingung.
[Saya ingat dia hendak membaca buku? Kenapa dia mengimbas lalu mereka dengan begitu cepat?
Adakah mungkin….taraf buku tersebut terlalu rendah untuknya?
Teorinya masuk akal. Memandangkan dia sedang mencari teknik pertapaan Peninju 6-Dan, dia mesti sudah mencapai tahap Peninju 5-Dan tahap klimaks. Dengan kekuatannya sekarang yang telah dicapai melalui alam Pigu, tidak penting lagi untuknya berlatih ataupun memperkukuh kekuatan fizikalnya.
Mungkin dia mengimbas lalu buku-buku kerana rasa curiga.]
Menyedari perkara ini, dia tidak lagi kisah lalu dengan tenang mengambil sebuah lukisan karya sarjana lain dan mengkajinya dengan teliti.
Zhang Xuan habis mengimbas semua buku berkait dengan pengukuhan kekuatan fizikal dalam masa kira-kira sepuluh minit.
"Teknik pertapaan yang paling sesuai!"
Beribu-ribu manual menjelma dalam Perpustakaan Jalan Syurga dan sejurus kemudian sesebuah bunyi bergema di dalamnya diikuti dengan cahaya yang mengaburi matanya. Selepas cahaya tersebut mula pudar, sebuah buku muncul di depannya.
Sama seperti rumusan kitab teknik pertapaan sebelum ini, buku ini mengandungi aturan teknik yang paling sesuai yang telah dirumuskan melalui perbandingan dan rumusan daripada ribuan buku.
"Mari kita lihat…."
Menyelak kulit buku tersebut, sebaris perkataan bergema dalam mindanya.
"Zhenqi itu seakan air, manakala badan kita seperti baldi yang mengandungi air tersebut. Lebih kukuh baldi tersebut, lebih banyak air dan lebih tinggi kualiti air yang boleh dikandunginya.."
Pepatah ini seakan membuka mindanya.
"Ini benar!"
Mata Zhang Xuan berkelip.
Sebelum ini, pemikirannya tidak jauh berbeza dengan orang lain. Dia berasa tidak pentingnya jika dia berlatih pertapaan untuk jasadnya kerana paling penting ialah pertapaan zhenqi.
Selepas membaca pepatah ini, baru dia perasan betapa cetek pemikirannya.
[Jika seorang hilang kulitnya, dari mana bulu romanya akan tumbuh?
Ini sama dengan hubungan antara zhenqi dengan jasad seseorang. Hanya dengan jasad yang kuat, seseorang akan mampu memperoleh kekuatan zhenqi untuk mendapatkan lebih keberanian.]
Berasa seperti dia sudah mempelajari sesuatu yang baru, dia tidak dapat menahan curiganya untuk terus membaca. Lebih banyak dia baca, lebih teruja dia rasa. Zhenqi dalam badannya secara semulajadi mengikuti teknik yang dibacainya.
Geji! Geji!
Di bawah pengaruh zhenqinya, jasad Zhang Xuan pada mulanya tidak lemah bertukar sekali lagi. Ototnya menjadi lebih tebal dan kulitnya menjadi lebih kebal. Badannya bertukar menjadi lebih kuat dan kebal!
Kacha! Kacha!
Sambil mindanya jauh menghilang dalam penjelasan dalam buku tersebut, Zhang Xuan tidak perasan badannya sedang mengalami perubahan yang menakjubkan. Ia seakan asas badannya telah dicuci bersih dengan besi cecair dan badannya ditempa semula menjadi sebuah senjata, jauh melepasi batas seorang biasa.
"Seperti jangkaan teknik sempurna rumusan Perpustakaan Jalan Syurga. Ia terlalu hebat! Bermula sekarang, saya akan memanggilnya Badan Emas Jalan Syurga!"
Sejam berlalu.
Zhang Xuan akhirnya habis membaca buku tersebut sambil zhengqinya mengalir melalui badannya seperti yang tertulis dalam buku tersebut.
Weng!
Selepas dia menamakan buku tersebut, buku itu sekali lagi mula bercahaya dan empat perkataan muncul ke atas buku itu, 'Badan Emas Jalan Syurga!'.
"Pada masa hadapan, saya mesti berlatihnya dengan betul….eh? Saya dah habis berlatih?"
Selepas membaca buku, sejurus sahaja dia bertekad untuk melatih teknik yang terkandung dalam buku tersebut selepas dia pulang dari rumah Lu Chen, dia perasan dengan tidak sengaja dia telah menghabiskan pertapaan pengukuhan badannya semasa dia membacanya tadi.
Tidak ada sebarang kesalahan dalam teknik pertapaan Jalan Syurga, oleh itu kadar pertapaannya cepat. Walaupun dia telah tahu tentangnya, dia tidak menjangkakan dia akan habis bertapa teknik ini sambil hanya membacanya sekali lalu.
Pada saat ini, dia tidak tahu mahu ketawa ataupun menangis.
"Lupakan sahaja, walaupun saya tidak dapat cukup bahan untuk teknik pertapaan peninju 6-Dan, kekuatan saya mungkin telah meningkat dengan mendadak melalui teknik pengukuhan badan ini!"
Walaupun tidak dapat memenuhi niat utamanya ke rumah Sarjana Lu Chen iaitu untuk mendapat bahan secukupnya untuk teknik pertapaan Peninju 6-Dan, dia masih dapat teknik Badan Emas Jalan Syurga. Oleh itu, tidak sia-sia perjalanannya ke sini.
Cuma, jasad fizikal berbeza dengan zhenqi. Zhenqi senang dinilai, lebih-lebih lagi selepas sesebuah sesi latihan. Sebaliknya, otot seseorang tersembunyi di sebalik kulit mereka. Oleh itu, susah untuk menilai dengan tepat peningkatan dalam kekuatan jasad seseorang.
Walaupun dia telah memperoleh Badan Emas Jalan Syurga, dia tidak tahu betapa kuat dia telah jadi ataupun jika terdapat sebarang perubahan terhadap badannya.
Namun, ini hal kecil. Memandang dia telah habis pertapaannya dalam teknik tersebut, dia boleh mengenal pasti penambahbaikan melalui Tiang Pengukur Kekuatan apabila dia pulang nanti.
"Apa saudara Zhang Xuan sedang buat?"
Pada saat ini, minda Sarjana Lu Chen di penuhi dengan tanda soal.
Sambil dia membaca bukunya, dia mencuri beberapa pandangan terhadapnya. Selepas mengimbas lalu semua buku tersebut, orang ini terpaku di situ tanpa bergerak untuk dua jam berterusan. [Apa mungkin dia sedang buat?
Adakah mungkin dia telah membaca terlalu banyak buku sehingga naik gila?
Ia bukan seperti situasi ini tidak pernah berlaku.]
Dahulu, pernah ada seorang yang amat berbakat di Empayar Tianxuan. Teknik pertapaan dan Seni Tinju biasanya akan mengambil dua ataupun tiga tahun untuk seseorang belajar, tetapi dia hanya mengambil dua ataupun tiga hari!
Itu sebabnya dia mahu belajar semua teknik pertapaan dan teknik tinju supaya dapat merumuskan dan membuat teknik baru… akhirnya, sebelum sempat dia menghabiskan teknik pertapaan barunya, dia naik gila!
Budak ini mampu meningkatkan tahap pertapaannya ke Peninju 5-Dan tahap puncak pada usia muda. Pada masa sama, dia mempunyai kemahiran seorang pakar pelukis. Mungkin… dia ini sama seperti orang tersebut, dia terlalu tamak dan masalah muncul dalam mindanya!
"Saudara…."
Penuh dengan curiga, dia tidak dapat menahan lagi. Dia melangkah ke hadapan untuk cuba menyedarkan Zhang Xuan daripada bacaannya.
Zhang Xuan yang terlalu teruja dengan Seni Suci Jalan Syurga, mendengar jeritan Lu Chen yang diikuti dengan tapak tangannya pada tubuhnya.
"Oh, Sarjana Lu Chen…"
Kembali sedar, dengan cepat dia berpaling ke belakang dan dengan tidak sengaja, bahunya terlanggarnya.
Peng!
Bunyi Sarjana Lu Chen terbang dan terhempas pada rak buku berdekatan bergema di seluruh perpustakaan tersebut. Pelbagai buku berselerak di lantai.