Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 55 - Dikepung (1)

Chapter 55 - Dikepung (1)

Selepas berbual untuk beberapa seketika lagi, Zhang Xuan menerima beberapa pertanyaan tentang bagaimana dia memperoleh Buah Mutiara Hongjin. Dengan biasa sahaja dia menjawab daripada pasar, menyebabkan Sarjana Lu Chen dan yang lain memuji nasib baiknya.

"Oh ya, Saudara Zhang Xuan, kamu ini orang tempatan ataupun…" Lu Chen bertanya.

"Saya seorang guru dari Akademi Hongtian!" Zhang Xuan menjawab.

"Tidak hairan kamu mempunyai kekuatan sebegitu dan pemahaman begitu mendalam terhadap lukisan!" Sarjana Lu Chen memujinya. Dia berpaling ke belakang melihat Huang Yu dan Bai Xun duduk bersebelah sesama sendiri dan berkata, "Lukisan dapat membangunkan keperibadian seseorang. Jang selalu berfikir tentang perlawanan dan pembunuhan sahaja! Memandang saudara Zhang Xuan seorang guru daripada akademi, pergi melawatnya dan belajar daripadanya apabila kalian ada masa terluang. Saya akan berfikir tentang memberikan orang yang belajar sedikit sebanyak daripadanya apa sahaja mereka mahu!"

"Yea!"

Huang Yu menjawab dengan pedih tetapi pada masa sama, Bai Xun juga membalas tetapi matanya penuh dengan keghairahan.

Melalui pertempurannya, dia memahami jurang kekuatan antara dia dengan Zhang Xuan. Untuknya mendapat peluang belajar daripada seorang pakar sepertinya tentu lebih seronok daripada sekadar belajar seni lukisan yang membosankan ini!

Sekurang-kurangnya, dia berasa ia akan lebih senang belajar daripada Sarjana Lu Chen.

"Saya ingin meminta maaf atas gangguan saya pada hari ini. Ia sudah lewat, oleh itu, tuan sarjana, saya meminta diri dahulu. Saya akan datang lagi pada lain hari!"

Selepas mencapai matlamatnya ke situ, Zhang Xuan membuat keputusan untuk meminta diri dan memberi tabik hormat kepada Lu Chen.

"Kali ini, kamu ke sini untuk mencari kitab pertapaan Peninju 6-Dan, malangnya saya hanya ada beberapa sahaja. Saya akan bercakap dengan Shen Zhui beberapa hari kemudian supaya dia membawa kamu ke Bilik Kebal Koleksi Buku empayar ini nanti! Kebetulan, beberapa hari ini dia masih di luar memburu binatang, oleh itu dia tidak berada di dalam ibu kota sekarang!" Sarjana Lu Chen membalas.

"Ribuan terima kasih tuan sarjana!" Mendengar perkataannya, mata Zhang Xuan mula berkelip.

Ia mustahil untuk menjumpai lebih daripada beberapa buah kitab pertapaan Peninju 6-Dan di tempat biasa. Namun, di Bilik Kebal koleksi Buku empayar, lokasi yang mempunyai reputasi sebagai tempat yang mempunyai koleksi buku terlengkap di seluruh empayar Tianxuan, dia mesti akan dapat menemui ramai buku di situ!

Jikalau dia mampu memasuki bilik kebal tersebut dan mengimbas melalui kitab teknik pertapaan Peninju 6-Dan, dia mesti akan dapat merumuskan teknik Seni Suci Jalan Syurganya dan mencapai kemajuan dalam pertapaannya!

"Kamu terlalu bersopan…"

Lu Chen mengangguk kepalanya dengan senyuman…

Meninggalkan rumah sarjana, Zhang Xuan berjalan ke arah akademi.

Matahari sudah terbenam apabila dia sedang makan malam dengan Shen Bi Ru tadi. Pada saat ini, bulan tergantung jauh tinggi di langit, mencerahkan bumi dengan sinaran malap. Mengikuti jam badannya, rasanya sekarang sepatutnya agak-agak dua belas malam sudah!

Walaupun lewat, dia tidak berasa penat langsung. Sebaliknya, matanya membara dengan kepuasan.

Perjalanannya ke rumah tuan sarjana amat berbaloi!

Dengan merumuskan teknik Badan Emas Jalan Syurga telah membuatkan kekuatan fizikalnya untuk meningkat dengan mendadak. Dengan tahap pertapaannya, jika dia berjumpa dengan pakar alam Pixue pun, dengan mudah dia boleh menandingi mereka!

Lebih-lebih lagi, dia telah berjaya mencari beberapa kitab pertapaan Peninju 6-Dan. Walaupun sekarang ia masih tidak cukup untuk merumuskan teknik Seni Suci Jalan Syurga, ia tetap bermanfaat kepada latihannya.

"Badan saya telah mencapai kekuatan sebanyak 90 ding. Jikalau saya menjumpai buku pengukuhan badan yang lebih maju lagi, adakah mungkin saya akan menjadi lebih kuat?"

Walaupun terdapat banyak kitab rahsia untuk melatih dan memperkukuhkan raga seseorang dalam bilik bacaan Sarjana Lu Chen, mereka semua bertahap asas sahaja. Jika buku asas sudah boleh mengakibatkan peningkatan kuasa begitu mendadak melalui rumusan Perpustakaan Jalan Syurga, bukankah ini bermaksud jika dia berjaya mencari buku tentang pengukuhan badan bertahap lebih tinggi , buku yang mungkin dirumuskan akan lebih menakjubkan lagi?

Jika ini benar, raganya akan memainkan peranan penting dalam kekuatan pertempurannya pada masa hadapan!

Sambil dia tengah berfikir tentang perkara tersebut, tiba-tiba dia terdengar sesuatu.

Peningkatan kuasa badan fizikalnya juga telah membuatkan pendengaran dan penglihatannya untuk bertambah baik. Tiba-tiba, dia perasan ada seseorang sedang mengekorinya!

Dia berhenti dan berkata, "Hei kawan yang mengekori saya, tunjukkan diri kamu!"

"Hehe, saya tidak sangka kamu ini begitu berwaspada!"

"Apa gunanya berwaspada! Saudara, kamu membuat kami kerugian besar, jangan harap dapat melarikan diri daripada kami hari ini…"

Hualalala!

Sambil suaranya bergema ke kegelapan malam, beberapa badan manusia lain mula kelihatan sekelilingnya. Setiap satu sedang melihat Zhang Xuan tanpa perasaan seakan melihat bangkai.

"Oh kamu ke?"

Zhang Xuan mengenali mereka.

Dia mengenali dua orang daripada kumpulan tersebut sebagai 'Sarjana' Mo Yang yang baru sahaja tadi didedahkan di pasar tadi dan yang satu lagi sebagai si penjual artifak yang berkomplot dengannya.

Mereka yang lain, rasanya, merupakan konco-konco yang telah bersembunyi dalam khalayak ramai tadi.

Pada saat ini, muka 'Sarjana' Mo Yang penuh dengan lebam seakan disengat beribu lebah. Keperibadian agungnya tadi telah hilang dengan bajunya terkoyak sini dan sana. Jika dia mengaku dirinya sebagai pengemis sekarang, tidak ada seorang pun akan meraguinya.

Nampaknya selepas dia didedahkan, mangsa penipuannya tidak melepaskan mereka dengan senang.

Seperti jangkaannya. Lagipun, mereka semua yang memanjakan dirinya dalam sukan sebegitu mahal dan berisiko tinggi tentunya akan datang daripada keluarga berkemampuan.

Selepas menyedari mereka ditipu, mereka telah boleh dikira baik hati kerana tidak membunuh kedua-dua mereka di situ juga.

Si Penjual artifak tidak kurang teruk keadaannya daripada 'Sarjana' Mo Yang. Kedua-dua matanya hitam kerana lebam dan bibirnya seakan dua sosej di atas satu-sama lain.

Menjeling Zhang Xuan, kemarahan mereka berdua jelas kelihatan.

Komplot ini mengambil masa dan banyak duit untuk berjalan, hanya untuk didedahkan begitu sahaja oleh orang ini. Bukan sahaja mereka perlu memulangkan keuntungan yang telah dijana mereka daripada penipuan ini, mereka masih dibelasah sehingga begini. Mestilah mereka marah terhadapnya.

"Si bedebah, cepat kamu melarikan diri tadi. Mari kita lihat betapa cepat kamu boleh melepaskan diri kali ini!"

Si Penjual menjeling Zhang Xuan seakan sudah gila dengan kemarahan.

"Kamu semua hendak membunuh saya?"

Selepas perasan persekitarannya mulai menjadi tegang, Zhang Xuan berkerut.

"Kalau kamu mahu mempersalahkan sesuatu, salahkan diri kamu sendiri yang mengatakan benda yang tidak patut dikatakan. Dalam hidup kamu kemudian, ingat untuk tutup mulut kamu sahaja!"

'Sarjana' Mo Yang menggenggam penumbuknya dengan begitu kuat sehingga boleh kedengaran uratnya menegang.

Budak ini yang telah membongkarkan penipuan mereka. Ia mengambil masa untuk mencarinya, oleh itu sememangnya mereka tidak akan membenarkan dia untuk melepaskan diri begitu sahaja!

"Saya minta maaf, saya tidak berniat untuk mati di sini, malah tidak ada niat untuk menutup mulut saya!" Zhang Xuan membalas dengan sinis.

"Kamu tidak berniat untuk mati?" Kekejaman jelas terpapar pada mata 'Sarjana' Mo Yang. "Ini bukan sesuatu keputusan untuk kamu buat. Saudara, bunuh dia! Cincangnya dengan baik kemudian memberikannya kepada anjing untuk makan!"

"Baiklah!"

Dengan arahannya, seorang 'sokongan' berjalan ke hadapan, mengangkat lengannya lalu menghunas tapak tangannya ke arah Zhang Xuan.

Saat dia menyerang, ia menjadi jelas tahap pertapaannya. Peninju 5-Dan tahap puncak!

Tidak hairan dia dapat melepaskan diri daripada Empayar Tianxuan selepas melakukan penipuan dan dibuang daripada Empayar Liuzhu. Dia ini betul-betul berkemampuan.

Jika ia malam semalam, walaupun Zhang Xuan mampu menandingi orang ini, semestinya dia perlu menggunakan kekuatan Perpustakaan Jalan Syurga untuk mengenal pasti kelemahan orang ini. Namun, dengan kemajuannya dalam kekuatan badan fizikalnya, yang sekarang sebanyak 100 ding, mereka di tahap alam Dingli puncak pun tidak menjadi masalah kepadanya.

Sambil ketawa, dia hanya menaikkan tangannya ke arah si penyerang.

"Kamu ini mencari mati!"

"Orang ini mempunyai nama sindiran Tapak besi. Tangannya mampu membelah batu. Semasa dia masih di Empayar Liuzhu, seorang pertapa alam Pixue asas telah terbunuh dengan hanya satu tamparan tangannya. Namun, orang ini berani menukar tamparan dengannya tanpa sebarang persediaan? Orang bodoh memang berani!"

"Untuk kita didedahkan oleh orang sebodoh ini, malang sungguh!"

Melihat bagaimana dia sedang berlawan dengan si tapak besi tanpa mengelak, 'Sarjana' Mo Yang dan yang lain hanya ketawa.

[Walaupun orang suruhannya tidak begitu menakjubkan, kekuatannya bukan satu mainan. Serangan daripada tapak tangannya mampu menembusi besi, apa yang orang muda ini mampu buat apabila berhadapan dengan itu? Jika dia berterusan bertempur dengan lelaki ini, apa yang mungkin dijumpainya jika bukan maut?]

Sejurus sahaja mereka ingat Zhang Xuan akan lunyai daripada tamparan si Tapak Besi, mereka melihat si tapak besi ini menjadi lemah seakan tofu. Kerana tidak mampu menahan tamparan Zhang Xuan, tulangnya hancur dan tulang rusuknya berkawah ke dalam sambil dia tercampak daripada tamparan tersebut. Kepalanya terhempas ke lantai dahulu seperti bawang merah.