Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 57 - Cincin Simpanan

Chapter 57 - Cincin Simpanan

"Jangan harap kamu dapat melepaskan diri begitu sahaja!"

Orang ini telah mengepung Zhang Xuan, menyuruhnya untuk melutut dan membayar pampasan. Zhang Xuan pula tidak begitu baik hati untuk melepaskannya begitu sahaja. Zhang Xuan dengan segera menguruskan penyerang itu dan berpaling ke belakang dan bergegas terus ke arah 'Sarjana' Mo Yang di depannya.

Dengan kekuatan fizikalnya, pergerakannya seakan menjadi kabus. Setiap kali tapak kakinya menyentuh lantai, badannya akan melantun 10 meter ke hadapan. Walaupun tanpa sebarang teknik pergerakan, dia tetap laju seakan burung menembusi angkasa.

"Haram!"

'Sarjana' Mo Yang yang bergegas melarikan diri memalingkan kepalanya ke belakang, hanya untuk melihat Zhang Xuan mendekatinya dengan setiap langkah, pergerakannya seakan seorang dewa yang turun dari kayangan untuk mengejar puteri. Kejutan daripada itu menyebabkannya hilang nafas dan untuk seketika hampir terjatuh.

Dia ingat Zhang Xuan ini seakan kambing yang senang dibuli. Oleh itu, dia berani mengejar Zhang Xuan sehingga ke penjuru dunia untuk membalas penghinaan yang dirasainya seketika tadi. Namun, dia tidak menyangka akan bertembung dengan seekor singa.

Jika dia tahu Zhang Xuan begitu digeruni, dia tidak akan mencari nahas mengejarnya.

Melihat betapa mudanya orang ini, jika dia mula berlatih pertapaan semenjak di dalam kandungan ibunya lagi pun, ia tetap tidak masuk akal untuknya mencapai kemajuan sebegini dengan begitu cepat.

'Sarjana' Mo Yang amat menyesali perbuatannya, sehingga dia terfikir untuk membunuh diri.

Jikalau mulutnya tidak begitu celupar untuk memilih orang ini daripada kesemua orang di khalayak ramai semasa dia menjalankan penipuannya di Dewan Spekulasi Harta Karun, orang ini mesti tidak mendedahkan penipuannya dan dia akan keluar dari dewan itu dengan kekayaan dan penuh rasa hormat daripada semua di dewan tersebut. Jika penipuannya terdedah pun, dia masih boleh melepaskan diri dari bandar tersebut dan tiada benda akan terjadi. Sekarang, bukan sahaja dia gagal dalam membalas dendamnya, sebaliknya, dia pula yang sedang dikejar. Apakah yang sedang berlaku ini...

[Sememangnya, jika seseorang tidak bertekad untuk membunuh diri, dia tidak akan mati. Ah, hati ku...]

Walaupun hanya berumur sembilan belas tahun, Zhang Xuan telah bertapa teknik Seni Suci Jalan Syurga dan Badan Emas Jalan Syurga. Badannya telah disuburkan dengan zhenqi, dibersihkan dari segala kekotoran, dan tulangnya telah ditempa semula seperti baru, menyebabkannya kelihatan jauh lebih muda dari usianya. Dengan sekilas pandangan, dia kelihatan seakan hanya tujuh belas ataupun lapan belas tahun.

Pada usia begitu, biasanya seseorang hanya akan berada pada tahap Peninju 1-Dan ataupun 2-Dan. Namun, pada saat mereka semua menyerang, jika semua kekuatan mereka digabung pun, belum tentu dapat menandingi Zhang Xuan. Oleh itu, ia akan lebih pelik jika dia tidak cuba melarikan diri.

"Berhenti!"

Sambil merungut dalam mindanya, dia berasa sebak dalam dadanya. Perasaan ini diikuti dengan suara kuat bergema dari belakang.

Peng!

Sebelum dia sempat berpaling ke belakang untuk membalas serangan, tiba-tiba dia terasa sakit yang teramat pada saraf tunjangnya. Dia terpelanting ke hadapan lalu mukanya terhempas ke lantai, menyebabkan tertimbulnya sebuah kawah di tempat mukanya mencium lantai.

"Muka saya…" Sarjana Mo Yang hampir menangis di situ juga.

Tanpa perlunya melihat, jelas padanya muka dia tidak dapat diselamatkan lagi.

Kacha!

Seakan tidak memberikan dia ruang mahupun masa untuk bersedih, satu tapak kaki memijak kepalanya.

"Kamu patut sudah berfikir tentang kesan yang bakal kamu hadapi sekiranya kamu datang mengejar saya.."

Zhang Xuan memijak kepala 'Sarjana' Mo Yang tanpa sebarang belas kasihan pada mukanya.

Sebelumnya, dia hanyalah seorang ahli perpustakaan biasa. Namun, semenjak dia datang ke sini, dia telah faham peraturan asas dunia ini iaitu kekuatan merupakan segala-galanya.

Jika kekuatannya tidak memadai, mungkin dia telah mati hari ini.

"Jangan bunuh saya tuan! Asalkan tuan tidak membunuh saya, saya sanggup memberikan segala simpanan saya kepada kamu…" Jelas merasai kebolehan Sarjana Mo Yang untuk menghancurkan kepalanya dengan hanya pijakan kakinya. 'Sarjana' Mo Yang menggeletar dengan penuh ketakutan.

Membandingkan harta dengan hidupnya, jelas hidupnya lebih penting daripada duit.

"Oh? Baik kamu tunjuk saya apa yang kamu ada dengan segera. Mari kita lihat sama ada ia cukup untuk membeli nyawa kamu!"

Zhang Xuan sekali lagi membalas dengan nada tanpa belas kasihan.

"Yea, yea!"

Mendengar balasan Zhang Xuan, 'Sarjana' Mo Yang dengan segera mengambil cincin daripada jarinya dan memberikan ia kepada Zhang Xuan. "Segala yang saya ada berada dalam cincin tersebut. Saya meminta tuan untuk ….. melihat di dalamnya!"

"Dalamnya?" Zhang Xuan berkerut.

Apa yang mungkin tersimpan dalam sebuah cincin?

Namun, sebagai seorang 'pakar', dia tidak patut tanya soalan sebegitu kepada pihak lawannya. Mindanya bergema dan sebuah buku menjelma.

"Cincin simpanan tahap rendah. Mempunyai tiga meter persegi ruang di dalamnya. Kelemahan: Kaedah penciptaan yang lemah …."

Buku tersebut mempunyai segala maklumat berkaitan dengan cincin tersebut.

"Cincin simpanan? Untuk percaya seorang penipu sebegini akan mempunyai harta karun sebegini, nampaknya saya bernasib baik menemui harta karun kali ini!"

Apabila mengimbas buku di Pavillion Kompendium, dia sedar akan kewujudan 'Gunung dalam benih', sesebuah Harta Karun mitos. Asalnya, dia ingat harta karun ini terlalu hebat untuk dimilikinya, apatah lagi untuk dimiliki oleh orang ini!

Walaupun ia cincin simpanan bertahap rendah, ianya bernilai sekurang-kurangnya 500000 syilling emas.

Mahupun yang tertua di akademi ini pun tidak mungkin memiliki harta karun sebegini.

Dia tidak dapat menahan perasaan terkejutnya akan bagaimana seorang penipu mampu mempunyai harta sebegini.

Namun, selepas berfikir tentang perkara tersebut, dia menyedari sesuatu. Tanpa objek ini, bagaimana dia mampu melarikan diri dengan duitnya? Jika dia membawa duitnya ke mana mana, dia boleh ditemui, ditangkap dan dihukum mati bila bila masa sahaja.

Nampaknya orang ini menghabiskan kekayaannya untuk membeli harta karun ini.

Seperti jangkaan Zhang Xuan, mukanya penuh dengan sakit hati apabila dia memberikan cincin itu kepadanya.

Mengingati semula butiran cincin simpanan daripada buku yang dibacanya dahulu, tertitis darahnya ke atas cincin itu.

Weng!

Mindanya bergema dan tiba-tiba sebuah ruang tiga meter persegi muncul dalam mindanya. Ianya dipenuhi dengan syilling emas berjumlah ratusan ribu.

Peribadinya mungkin teruk, tetapi dia mempunyai sedikit simpanan.

"Tuan, memandangkan kamu telah mengambil harta karun saya, saya merayu kepada kamu untuk melepaskan saya…" melihat Zhang Xuan meneliti cincin simpanan tersebut dan kandungannya, 'Sarjana' Mo Yang berkata dengan cepat.

"Melepaskan kamu? Tidak mustahil untuk saya berbuat demikian. Jika kamu memberikan saya wang kertas yang kamu sedang sembunyikan pada badan kamu itu, melepaskan kamu itu perkara remeh sahaja!" Zhang Xuan melihatnya dengan senyuman sinis.

"Kamu…kamu…"

Matanya mengecil sambil 'Sarjana' Mo Yang melihatnya seakan melihat hantu dengan penuh kesangsian.

Seekor arnab yang licik akan mempunyai tiga lubang ke rumahnya. Selaku seorang penipu berpengalaman, dia sudah menyediakan sesuatu andainya dia tertangkap. Oleh itu, semasa dia melarikan diri, dia telah memindahkan wang kertas dari cincin ke dalam bajunya. Itulah sebabnya dia begitu murah hati untuk memberikan cincin simpanan itu begitu sahaja. Niatnya untuk membuat Zhang Xuan berasa puas dengan pendapatannya sehingga dia tidak berfikir pun untuk menelitinya.

Selagi dia dapat melarikan diri, walau dia kehilangan cincin simpanan dan segala kekayaan yang tersimpan di dalamnya pun, dengan hanya wang kertas itu, dia akan mampu hidup tanpa sebarang kerisauan!

Dia ingat dia sudah cukup licik. Tidak disangka orang muda ini boleh membaca dan menyedari perbuatannya dari mula lagi.

Dia…bagaimana dia mengetahui?

Walaupun dia kuat, mustahil untuknya melihat melalui bajunya dan perasan akan wang kertas yang tersembunyi di belakangnya!

Hualala!

Tanpa membuang masa, Zhang Xuan mengoyakkan baju 'Sarjana' Mo Yang dan seperti jangkaannya, sepuluh wang kertas terdedah di belakang bajunya. Setiap satu daripada mereka bernilai 100 000, kesemuanya berjumlah 1 000 000!

"Nampaknya saya berjaya mendapat kekayaan kali ini…"

Mata Zhang Xuan berkelip apabila melihat jumlah wang tersebut.

"Saya sudah menyerahkan semua duit saya, boleh kamu melepaskan saya…"

Melihat bagaimana orang ini menyedari simpanan rahsianya, 'Sarjana' Mo Yang tidak lagi angkuh ataupun berlagak malah dia hampir menangis.

"Hehe. Yang Mo, seorang peristis penilai harta karun. Seorang penipu daripada Empayar Liuzhu yang menjadi terkenal selaku seorang penilai harta karun. Dikenali dengan penipuannya untuk mendapatkan kekayaan dan menarik minat perempuan. Pakar dalam Suara Penggodaan, memukau orang melalui perkataan, membuat mereka lebih senang untuk ditipu.."

Kaki Zhang Xuan masih terpacak pada kepala 'Sarjana' Mo Yang sambil dia menceritakan sejarah 'Sarjana' tersebut daripada Perpustakaan Jalan Syurga dengan senyuman.

"Kamu…kamu… bagaimana kamu tahu ke semua itu? Kamu ini siapa?!"

Mata 'Sarjana' Mo Yang mengecil sambil seluruh badannya menggeletar dengan penuh ketakutan.