Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 22 - Punca Kesakitan Zhao Ya

Chapter 22 - Punca Kesakitan Zhao Ya

Walaupun Liu Yang pernah diajar oleh Zhang Xuan dahulu, dia tidak percaya Zhang Xuan seorang guru yang berkemampuan. Sebaliknya, dia hanya berfikir Zhang Xuan bernasib baik sahaja.

Lagipun, menyuruh seseorang untuk mengunakan tangan lain untuk melakukan rutin penumbuknya tidak memerlukan kemahiran.

Oleh itu, jauh dalam hatinya, dia masih memandang rendah guru yang berada di hadapannya

"Guru!"

Sambil berjalan masuk ke dalam biliknya, dia menabik genggam sambil tunduk sedikit kepada Zhang Xuan dengan nada kurang hormat.

"Saya pernah melihat kamu melaksanakan teknik kamu dari pertemuan kita yang lepas!"

Seakan tidak mempeduli nada Liu Yang yang tidak begitu hormat tadi, Zhang Xuan menyambung, "Untuk mampu berlatih teknik Penumbuk Bunga Melambung ke tahap yang biasa dan Penumbuk Naga Seinci ke tahap yang pakar, itu tidak kurang hebatnya!"

"Apa? Bagaimana kamu tahu….saya…berlatih dengan teknik Penumbuk Naga Seinci?"

Mendengar kata-katanya, Liu Yang yang memandang rendah Zhang Xuan hampir pengsan kerana rasa terkejut.

Biasanya, disebabkan kekuatannya yang lemah, dia sepatutnya berlatih dengan teknik yang biasa seperti Penumbuk Bunga Melambung dan bukan Penumbuk Naga Seinci!

Penumbuk Naga Seinci merupakan teknik manusia tahap rendah yang lebih ganas berbanding Penumbuk Bunga Melambung!

Untuk dia bertambah kuat, dia menyembunyi hakikat dia berlatih teknik penumbuk ini daripada ahli keluarganya!

Semenjak Penumbuk Naga Seincinya mencapai tahap biasa, dia tidak pernah menunjuknya kepada sesiapa pun. Sebelum ini, teknik yang ditunjuk kepada Zhang Xuan merupakan Penumbuk Bunga Melambung. Namun, Zhang Xuan masih boleh mengagak dia telah berlatih Penumbuk Naga Seinci sehingga tahap pakar…..

Bagaimana dia tahu?

"Kelihatan bayangan Penumbuk Naga Seinci di dalam teknik Penumbuk Bunga Melambung kamu!" Zhang Xuan tidak boleh mendedahkan dia tahu perkara tersebut kerana Perpustakaan Jalan Syurga. Mukanya biasa sahaja apabila berbohong bagaimana dia tahu teknik Penumbuk Naga Seincinya.

"Kamu boleh tahu berdasarkan itu…" Liu Yang masih dalam keadaan yang tidak percaya.

Kedua-dua teknik tersebut tidak ada walau sedikit pun kaitan antara satu sama lain. Dahulu, dia juga telah melaksanakan teknik Penumbuk Bunga Melambung di depan Guru Cao Xiong tetapi dia tidak mengesan apa-apa darinya. Tetapi, guru yang paling teruk di akademi ini pula tahu dengan sekilas pandang. Adakah ini benar?

Sambil perasaan ragu masih dalam hatinya, Zhang Yuan berada di depannya menyambung.

"Mencapai tahap pakar, Penumbuk Naga Seinci kamu semestinya amat kuat. Namun, setiap kali kamu melaksanakan teknik tersebut, adakah kamu berasa sakit di bawah ketiak kamu dan rasa gatal di titik akupuntur Jianjin kamu?"

"Ini….ini…"

Selepas mengambil beberapa langkah ke belakang, Liu Yang seperti telah melihat hantu. Ketakutan terpancar di matanya.

Bukan sahaja apa yang dikatakan Zhang Xuan itu betul, ia terlalu tepat!

Seakan dia telah berada di situ dan melihatnya berlatih.

"Kamu….bagaimana kamu tahu?" Liu Yang tidak mampu menahan curiga dengan muka pucat.

"Senang sahaja, kamu berlatih dengan cara salah untuk teknik ini! Jika kamu sambung berlatih dengan kadar ini, saya boleh jamin otot lengan kamu akan musnah dalam masa tiga tahun. Tuhan pun tidak akan mampu selamatkan kamu pada masa itu! Sebenarnya,kesan itu sepatutnya sudah boleh dirasai sekarang. Adakah badan kamu berasa kebas apabila kamu tidur di waktu malam dan kadangkala kejang?"

Tanya Zhang Yuan.

"Saya…."

Liu Yang menggeletar.

Memang betul dia mempunyai masalah sebegini. Cuma, dia fikir ia mungkin disebabkan terlalu penat daripada latihannya. Oleh itu, dia tidak peduli. Dia tidak sangka ia disebabkan teknik Tumbukan Naga Seinci!

"Tumbukan Naga Seinci ialah teknik yang menganggap badan seseorang itu sebagai naga yang menumpukan kekuatan ke setiap penjuru badan seseorang. Jika kamu telah pun mencapai tahap Peninju 4-Dan alam Pigu dan membenarkan zhenqi kamu untuk menyembuhkan otot dan tulang kamu, ia tidak akan menjadi masalah untuk berlatih teknik ini. Namun, kamu hanya berada di alam Juxi dan oleh itu badan kamu terlalu lemah! Pertapaan teknik ini secara memaksa hanya akan mencederakan diri kamu sendiri. Apabila banyak masa telah berlalu, kecederaan kamu akan menjadi lebih parah! Ia salah satu sebab mengapa walaupun kamu tidak kidal, tangan kiri kamu lebih kuat daripada tangan kanan kamu! Kerana kamu telah berlatih Tumbukan Naga Seinci dengan tangan kanan yang menyebabkan kecederaan terhadapnya. Kalau kamu tidak berhenti sekarang, kamu mungkin menjadi cacat!"

Zhang Xuan memberi amaran

"Cikgu, bantu saya…"

Pada saat ini, Liu Yang tidak lagi angkuh seperti mana dia mula mula masuk tadi. Lututnya lemah sambil dia berlutut di atas lantai.

Pada ketika itu, dia faham guru di hadapannya ialah seorang pakar, seorang pakar antara semua pakar! Apa yang dikatakan Zhang Xuan tepat sekali dengan apa yang berlaku terhadapnya. Kalau Zhang Xuan tidak beritahu, Liu Yang mungkin tidak akan peduli. Namun, selepas diberitahu semua itu dengan jelas, Liu Yang segera faham segala yang dikatakan dia itu benar.

Di depan pakar yang sehebat begini, apakah haknya untuk angkuh sebegitu?

Lucu untuk berfikir dia telah tersalah memilih guru.

Baru sekarang dia perasan betapa beruntungnya dia!

Sebelum mengakui Cao Xiong, dia telah berjumpa dengan beberapa guru yang terkenal di akademi dan telah pun menunjukkan teknik tinju kepada mereka. Namun, mereka tidak tahu dia juga telah berlatih teknik Penumbuk Naga Seinci dan lebih penting tidak tahu tangan kanannya sebenarnya tercedera!

"Pertama, berhenti berlatih teknik Penumbuk Naga Seinci dan berusaha untuk meningkatkan tahap pertapaan kamu. Untuk kecederaan telah kamu dapat, saya akan fikirkan cara untuk mengubatinya!" Zhang Xuan berkata.

"Baiklah, panggil Zhao Ya masuk pula!"

"Baik!" Liu Yang mengangguk kepalanya dan bergegas keluar. Tidak berani untuk bercakap apa apa lagi, dia keluar dengan cepat.

Saat dia keluar dari bilik, dia boleh merasai Zheng Yang, Zhao Ya dan Yuan Tao menjelingnya.

"Adakah kamu telah menarik diri dari perguruan guru Zhang Xuan?" Yuan Tao tanya dengan gelisah.

"Menarik diri? Kenapa saya patut tarik diri?" Liu Yang melambai tangannya dengan megah, mukanya tidak bertukar menjadi merah langsung. "Dia yang mengajar saya untuk sehari sama seakan ayah saya sepanjang hayat. Saya, Liu Yang, tidak akan menarik diri dari perguruan Guru Zhang Xuan. Kamu ingat saya siapa? Saya tak tahu apa yang kamu semua fikirkan, tetapi berfikir untuk menarik diri sepanjang hari. Adakah kamu tidak berasa malu?"

".." Zheng Yang, Zhao Ya dan Yuan Tao tergamam.

Tak tahu malu. Orang ini tak malu langsung!

Sebentar tadi, dia tak habis-habis bercakap bagaimana dia tekad ingin menarik diri dari kelas Zhang Xuan. Sekarang, dengan sekelip mata, dia terus bertukar. Betapa tebal kulit mukanya?!

…..

"Guru ini rasanya… begitu berkemampuan!" Selepas melihat perbezaan yang mendadak dalam sikap kedua dua mereka sebelum dan selepas mereka keluar, fikir Zhao Ya apabila dia menolak pintu tersebut.

Sebenarnya, selepas mendengar kata-kata pak cik Yao Han, bukan seperti dia tidak ragu-ragu dengan keputusannya. Namun, orang ini tetap mampu mengenalpasti 'penyakit' yang dihidapinya dengan tepat dan ia memberi harapan untuk mencari penawar.

Lagipun, dia terlalu malu bercakap tentang penyakitnya di depan orang ramai. Oleh itu, mustahil untuk mendedahkan kepada ramai orang.

"Duduk!"

Selepas masuk ke bilik tersebut, dia melihat guru Zhang dan duduk.

"Guru, kamu cakap kamu….boleh mengubati penyakit saya….." wajah Zhao Ya mula kemerah-merahan.

"Ya!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya. "Penyakit kamu satu masalah yang mudah…"

Sebenarnya, tidak susah untuknya menyelesaikan masalah Zhao Ya. Dia sebenarnya tidak sakit, tetapi mempunyai Badan Yin Tulen. Ini badan yang dikehendaki oleh semua wanita. Tenaga yin dalam badannya terlalu kuat dan kalau dikawal dengan betul boleh menyebabkan tahap pertapaannya untuk bertambah baik dengan mendadak!

Namun, malangnya tidak ada seorang pun di Bandar Baiyu yang perasan perkara ini, sehingga ada yang silap memilih teknik pertapaan untuknya!

Untuk seorang perempuan, memang merupakan kitab yang baik untuk berlatih pertapaannya. Namun, untuk Zhao Ya yang mempunyai Badan Yin Tulen, pertapaan melalui teknik sebegitu hanya menyebabkan keadaannya menjadi lebih parah.

Tenaga yin dalam badannya akan berkumpul dan bertambah banyak dalam jangka masa yang panjang. Semasa dia masih muda, ia masih sukar untuk dikesan. Namun, selepas mula membesar, ciri khas seorang wanita akan mula menjadi lebih ketara dan dia akan mula mendapati ia susah untuk menahan keghairahannya. Jika dia tidak dirawat dalam masa yang singkat dan berterusan begini, dia mungkin akan ditakluki nafsu dan sukar untuk memuaskan nafsunya tidak kira apa yang dia cuba lakukan. Inilah sebab situasi yang kekok sentiasa berlaku kepadanya.

"Ini…" Zhao Ya terkejut.

Dia tidak tahu dia memiliki Badan Yin Tulen. Hakikatnya, ayahnya pun tidak tahu tentang itu. Namun, perkara yang paling membuatkan dia terkejut, bahagian tentang teknik pertapaannya jenis yin yang dilatihnya terlalu tepat!

Tetapi, adakah ini betul sebabnya?

"Teknik Dara Putih Jed merupakan teknik yang hebat tetapi ia tidak sesuai untuk kamu. Kalau kamu mahu menyelesaikan masalah ini pada akarnya, kamu perlu mencari teknik pertapaan yang baru!" Selepas menjelaskan situasi tersebut, Zhang Xuan berkata.

"Kamu… Bagaimana kamu tahu saya bertapa mengikut Teknik Dara Putih Jed?" Zhao Ya terkejut.

Teknik ini diwarisi turun temurun di Bandar Baiyu. Selain keluarga Bai, tidak ramai orang mengenalinya. Yao Han tukang rumahnya, sedang berdiri di luar kelas tersebut pun tidak tahu tentangnya. Namun, guru berada di depannya ini dapat mengenal pasti dengan begitu mudah. Zhao Ya seakan tidak percaya.

"Kalau saya mampu mengetahui penyakit kamu, mesti saya juga boleh mengetahui teknik pertapaan kamu!" Zhang Xuan memandang 45 darjah ke atas sambil berlakon seperti seorang pakar yang pemikirannya sukar difahami.

"Bertapa mengunakan teknik pertapaan yang lain boleh menyelesaikan masalah ini? Kalau begitu….teknik apa yang patut saya berlatih?" Menahan rasa terkejutnya, Zhao Ya bertanya.

"Kamu patut mencari teknik yang boleh melepaskan potensi badan kamu dan bukan teknik yang mengumpul tenaga yin! Apa kata begini, saya akan pergi ke Ruang Kompendium Guru untuk mencari teknik sesuai untuk kamu!"

Zhang Xuan berkata.

"Terima kasih guru!" Zhao Ya mengangguk kepalanya.

Walaupun masalahnya belum lagi selesai, tapi sekarang dia tahu sebabnya. Sekilas rasa gembira dirasai dalam hati.

"Bagus!" Zhang Xuan melambaikan tangannya menunjukkan ia bukan sesuatu yang susah. "Panggil Zheng Yang masuk!"

Sambil Zhang Xuan mengajar anak muridnya di dalam biliknya, di luar seorang pemuda tinggi berjalan ke kelasnya.

"Tetua Liu, adakah apa yang dikatakan itu betul?"

Sambil pemuda tersebut berjalan, dia bertanya tetua yang berada di belakangnya.

"Tuan muda, itu benar. Puan muda telah mengakui Zhang Xuan sebagai gurunya!"

Tetua Liu mengangguk kepalanya.

Kalau Zhang Xuan di sini, mesti dia akan mengenal Tetua Liu yang cuba menarik Wang Ying daripada kelasnya semalam.

Orang yang dipanggilnya tuan muda mesti abang Wang Ying, genius Akademi Hongtian, anak murid tetua, Wang Tao!

"Zhang Xuan? Guru yang mendapat kosong dalam Peperiksaan Kelayakan Guru? Apa haknya untuk mengajar adik saya? Cis! Kalau saya tidak memberinya pengajaran harga menipu adik saya, nama saya bukan Wang Tao!"

Wang Tao berjalan ke kelas sambil mengumum dengan marah.