Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 23 - Pencari Masalah

Chapter 23 - Pencari Masalah

Bandar Tianxuan merupakan ibu negara Empayar Tianxuan. Untuk menjadi antara 4 keluarga terunggul di bandar ini, kekuatan keluarga Wang ialah sesuatu yang menakjubkan.

Pengetua Akademi Hongtian juga perlu menjaga air muka seseorang daripada keluarga yang berkuasa ini. Antara semua guru yang ada di akademi ini, Wang Ying akan memilih berguru di bawah seseorang yang mendapat kosong markah di Peperiksaan Kelayakan Guru pula. Ini satu penghinaan!

Penghinaan melampau!

Walaupun orang lain tidak akan tahu semua perkara yang dilakukan Zhang Xuan, selaku seorang pelajar akademi tersebut, Wang Tao telahpun mendengar banyak tentangnya. Dia pernah salah mengajar salah seorang pelajarnya dan ia membuatkan pertapaannya hilang kawalan. Kejadian ini mencemar nama baik semua guru di akademi!

Orang ini bahan jenaka dan gurauan dikalangan semua guru lain. Namun, tidak pernah dalam mimpinya dia boleh jangka adiknya akan memilih dia menjadi gurunya!

Jika pelajar lain mengetahui hal ini, dia akan diketawakan orang ramai.

Lebih banyak dia berfikir tentang ini, lebih marah Wang Tao. Dia berjalan menuju pintu masuk kelas tersebut dan ternampak Yao Han yang dibaluti seakan mumia.

"Ah, kamu mesti tuan muda Wang Tao!"

Selaku pembantu rumah Datuk Bandar Baiyu, Yao Han telahpun berjumpa dan bergaul dengan ramai keluarga dan juga individu yang berpengaruh. Memandangkan Wang Tao seorang yang bijaksana dan lebih lagi anak kepada ketua keluarga Wang, ia perkara biasa untuk Yao Han tahu kewujudan Wang Tao.

"Kamu adalah…." Sambil melihat orang itu, Wang Tao melihat dengan keliru.

Selepas dibelasah dengan begitu ganas sekali, tidak ada satu pun daripada rupa asalnya yang kelihatan seperti diri dia. Malah Zhao Ya mendapati sukar untuk mengenalinya dengan keadaaannya sekarang, tidak perlu dikatakan, apatah lagi Wang Tao.

"Saya Yao Han dari Bandar Baiyu!" Cakap Yao Han.

"Oh, kamu pembantu rumah Yao. Kenapa kamu…." Wang Tao agak terkejut.

"Saya tidak sengaja mencederakan diri sendiri semasa latihan…" Yao Han menjelas dengan kekok sebelum menukar topik perbincangan, " Boleh saya tanya kenapa tuan muda Wang Tao datang ke sini?"

"Adik saya memperakui Zhang Xuan sebagai gurunya. Saya di sini untuk membawa dia balik dan juga memberikan guru angkuh ini satu pengajaran!" Wang Tao tidak cuba pun menyembunyi kemarahannya.

"Ah? Adik kamu? Kamu maksudkan puan muda Wang Ying?"

Yao Han telahpun dihalau dari kelas sejurus sahaja dia memasukinya. Lagipun, perhatiannya tertumpu pada Zhang Xuan sepanjang masa tersebut. Dia tidak perasan Wang Ying di kalangan pelajarnya.

Wang Tao mengangguk kepalanya.

"Saya dengar puan muda Wang Ying mempunyai bakat tidak kurang seperti kamu. Kenapa dia memilih guru ini?"

Yao Han berasa bingung.

"Adik saya ini mentah kerana jarang keluar dan bergaul dengan orang luar. Orang ini lidah bercabang dua dan tak tahu apa yang dikatakan kepadanya, tetapi adik saya percaya sampah yang diberitahunya!" Mengingati apa yang dikatakan tetua Liu, Wang Tao mula membara dengan kemarahan.

"Keji sungguh! Orang itu sampah antara guru!" Seakan mengingati puan mudanya juga telah dipukau dengan helahnya, dia mengetap gigi dengan marah. "Tuan muda Wang Tao, kamu mesti beri orang itu satu pengajaran!"

"Ya!" Wang Tao menjawab. Pada masa sama, dia menjeling Yao Han dengan curiga, "Ya, pembantu rumah Yao, kenapa kamu di sini?"

"Biarlah sahaja perkara ini. Lebih banyak saya bercakap tentangnya, lebih marah saya menjadi. Puan muda kami juga terpukau dengan helah Zhang Xuan dan memperakui sebagai gurunya!" Yao Han membalas.

"Maksud lamu adik Zhao Ya?" Wang Tao terkejut.

"Ya!" Yao Han mengangguk kepalanya.

"Kalau begitu… kenapa kamu masuk sahaja dan mendedahkan orang hipokrit ini? Kenapa kamu tunggu di luar kelas macam ini?" Wang Tao keliru.

"Saya ingin dedahkan dia tetapi puan muda saya hilang sabar. Saya tidak ada cara lain selain menunggu di luar. Tuan muda Wang Tao, kamu datang tepat pada masanya. Kalau kamu masuk sekarang dan beri pengajaran kepada orang tak tahu malu itu, dedahkan niat yang sebenar, puan muda kita akhirnya tahu siapa Zhang Xuan sebenarnya!" Yao Han bercakap.

"Jangan kamu risau, saya pasti dedahkan penipuannya sekarang juga. Saya akan buat orang tidak tahu malu ini dedahkan dirinya!"

Wang Tao mengetap gigi sambil mengangguk kepala. Kemudian, dia menendang pintu kelas dan berjalan masuk dengan angkuh.

...…..

Di dalam kelas, Zhang Xuan baru sahaja selesai memberi pengajaran individu kepada setiap orang anak muridnya.

Ada beberapa kelemahan dengan teknik lembing Zheng Yang. Zhang Xuan menghuraikan dengan jelas dan ini menyebabkan kekuatan Zheng Yang meningkat dengan mendadak.

Pada masa sama, Yuan Tao pula tidak pernah mempunyai teknik pertapaan ataupun seni tinju yang tersendiri. Zhang Xuan mengambil keluar teknik 9-Dan Hongtian yang biasa bahagian 1-Dan dan mengubahnya sedikit sebelum memberikan kepada Yuan Tao.

Dia tidak mengubahnya banyak, masih ada jurang yang besar antara itu dengan Seni Suci Jalan Syurga yang dia sedang turuti. Namun, ia beberapa kali ganda lebih cekap berbanding teknik Hongtian 9-Dan yang asal. Dengan sekilas pandang, Yuan Tao hampir melonjak gembira, terlalu gembira untuk perasan dia telah memperakui seorang guru yang berkemampuan.

"Baiklah, saya sudah mengimbas masalah kamu semua hadapi. Sekarang kamu hanya perlu berlatih dengan gigih…."

Sambil pulang ke kelasnya dari bilik persendiriannya, Zhang Xuan mengumpulnkelima lima anak muridnya bersama untuk menjelaskan situasi mereka tetapi tiba tiba BOOM! Pintu kelas ditendang buka dan diikuti luangan marah, "Zhang Xuan, lepaskan adik aku dan puan muda Zhao Ya dari perguruan kamu sekarang! Kalau tidak nahas kamu!"

Wang Tao meluru masuk dan berdiri di depan Zhang Xuan dengan mata marah. Matanya seakan ingin membunuh seseorang.

"Abang…."

Melihat abangnya begini, Wang Ying terkejut dan segera meluru ke hadapan.

"Jangan masuk campur!" Dia menolak adiknya ke belakang dan terus menjeling Zhang Xuan. Dengan nada angkuh dia berkata, "Zhang Xuan, berani kamu menipu adik saya! Kamu mencari mati! Saya beri kamu sepuluh saat. Jika kamu lepaskan adik saya dan puan muda Zhao Ya dari perguruan kamu sekarang, saya biarkan seakan tidak ada apa yang berlaku. Jika tidak, walaupun kamu seorang guru, jangan salahkan saya tidak beri muka!"

Boom!

Dengan muka marah, Wang Yao melepaskan kekuatan penuhnya, mendedahkan sesebuah aura yang kuat.

Dia telahpun mencapai tahap Peninju 4-Dan alam Pigu!

Tidak hairan dia boleh menjadi anak murid seorang tetua. Kekuatannya tidak kurang daripada seorang guru biasa di akademi ini.

"Saya sedang mengajar sekarang, sila keluar!" Zhang Xuan melihat tanpa emosi.

"Mengajar? Dengan kemampuan kamu, apa yang mungkin kamu boleh ajar!" Wang Tao mengejek dengan sinis. "Keluar? Kamu hendak saya keluar? Kamu ingat kamu siapa? Saya hanya panggil kamu guru kerana ia sesuatu kehormatan asas. Melihat kamu sekarang, adakah kamu tidak perasan? Kamu hanya guru bawahan yang masih berada dalam alam zhenqi. Simpan ego kamu depan saya. Kalau saya belasah kamu hari ini pun, paling teruk saya akan dimarahi tetua sahaja. Apa kamu boleh buat kepada saya?"

Dia tidak salah, ada beberapa anak murid tetua di akademi yang lebih kuat daripada seorang guru dan mereka mempunyai posisi tinggi di akademi ini. Kalau mereka bersengketa dengan guru pun, mereka hanya akan dimarahi. Tidak ada tindakan yang berat akan dikenakan.

"Abang…." Muka Wang Ying mula pucat.

Dia sebenarnya lebih tahu kemampuan gurunya daripada abangnya Wang Tao. Apabila semua doktor pakar di seluruh Empayar Tianxuan tidak dapat menyelesaikan masalahnya, dialah seorang sahaja berjaya menyembuhnya seakan ia begitu senang. Bagaimana mungkin orang sebegini tidak berkemampuan?

Namun, baru sahaja dia mahu menghalang abang yang panas baran ini, muka gurunya bertukar menjadi hitam.

"Berambus!"

"Kamu suruh saya berambus?" Dia tidak menjangka guru sampah menyuruh dia berambus. Baru sahaja dia ingin menyambung bercakap, dia melihat tapak tangannya yang sejuk.

Melihat ke dalam matanya, Wang Tao mula rasa takut, ia seakan dia seekor arnab comel yang telah diperangkap bawah tatapan seekor harimau. Di bawah bayangan satu aura yang lebih kuat, dia berundur beberapa langkah dan kakinya mula menggeletar.

Dia hanya pernah merasai aura yang begitu tajam daripada gurunya. Bagaimana mungkin ia boleh muncul daripada guru paling sampah di akademi, seorang yang hanya Peninju 3-Dan alam Zhenqi?

Wang Tao mengambil beberapa seketika sebelum dia menenangkan dirinya. Dengan segera, muka Wang Tao gelap seakan sarang semut dan matanya bertukar menjadi merah malap.

Di dalam matanya, walaupun Zhang Xuan seorang guru, dia hanya sampah. Namun, sampah ini berani menengking dan malah membuat dia berundur kerana takut. Kalau ini diketahui ramai…bagaimana dia mempunyai air muka berjumpa dengan orang lain? Bagaimana dia dapat mengekalkan prestijnya?

"Kamu mencari maut!"

Dengan rasa dihina, Wang Tao menghunus pedang di pinggangnya.

Pedang tersebut menikam dengan sekilas pandang.

Pah pah pah!

Pada tahap Peninju 4-Dan alam Pigu, seseorang mempunyai kekuatan melebihi 500kg. Sebelum pedangnya sampai kepada dirinya, bunyi bertalu dijana daripada pertembungan pedangnya dan udara membuat sesuatu tekanan atmosfera yang membuatkan seakan mustahil untuk dielakkan.

"Guru Zhang…."

Melihat abangnya menyerang dengan kelajuan yang sebegitu, muka Wang Ying bertukar menjadi putih seakan hantu.

Walaupun dia kagum dengan pengajaran guru Zhang, dia tahu gurunya hanya Peninju 3-Dan. Dia jauh lemah berbanding abangnya!

Ia mustahil untuknya mengelak serangan tersebut dan semestinya akan dicederakan!

Dengan perasaan yang takut, dia berteriak dengan ketakutan dan matanya tutup dengan sendiri.

"Bagaimana…bagaimana ini mungkin?"

Sejurus sahaja dia ingat guru Zhang yang mengubati kakinya akan tercedera dengan serangan pedang, dia mendengar suara tidak percaya Zhao Ya dan yang lain. Dengan cepat dia membuka matanya untuk melihat. Matanya seakan ingin terkeluar dari biji matanya. Dia terpegun di tempatnya,

Dia melihat serangan abangnya yang kuat dan tanpa tandingannya dihentikan begitu sahaja dengan dua jari guru Zhang yang lemah.

Untuk menghalang serang yang kuat sebegitu….dengan dua jari!