Chereads / Perpustakaan Jalan Syurga / Chapter 28 - Kemarahan Tetua Mo

Chapter 28 - Kemarahan Tetua Mo

Zhang Xuan tidak tahu apa yang berlaku di dalam suku Wang. Selepas kelas berakhir, dia berjalan ke arah Pavillion Kompendium.

"Tahap pertapaan saya mungkin telah maju dengan ketara, tetapi saya masih tidak tahu banyak tentang teknik tinju dan sebagainya lagi. Saya perlu cepat mencarinya! Tambahan pula, saya patut mengenali teknik pertapaan 1-Dan dan 2-Dan. Kalau saya pergi ke kelas tanpa mengetahui apa-apa, sudah tentu orang akan perasan sesuatu tidak kena!"

Zhang Xuan telah pun melepasi beberapa alam dalam pertapaannya semalam dan ini menyebabkan kekuatannya meningkat dengan mendadak. Namun, pengetahuannya berkaitan teknik tinju terlalu jauh ketinggalan. Lebih-lebih lagi, dia tidak mempunyai ilmu tentang teknik pertapaan 1-Dan dan 2 -Dan. Sebagai contoh, apabila dia sedang mengajar Zhao Ya awal pagi tadi, dia tidak tahu teknik pertapaan yang patut diajar untuk meneyelesaikan masalah Badan Yin Tulennya.

Inilah masa terbaik untuk membuat sedikit kajian bagi kelas sebentar nanti.

Kalau tidak, dia hanya akan mendedahkan nampak bodoh apabila gagal menjawab soalan anak muridnya.

"Tetua Mo!"

Setiba di Pavillion Kompendium, tetua Mo masih tegas menjaga laluan masuk.

"Kamu datang ke sini lagi untuk apa pula sekarang?"

Semalam, orang ini sekadar ingin mengagungkan diri sendiri datang dan mengotorkan tempat ini. Oleh itu, pandangan tetua Mo menjadi buruk terhadapnya. Melihatnya di sini sekali lagi hari ini, dia tidak dapat menahannya.

"Saya mahu melihat kitab-kitab seni tinju!" Zhang Xuan bercakap sambil menunduk memberi hormat.

"Teknik tinju? Tahap pertapaan seseorang merupakan asas kekuatan seseorang. Namun, kamu ini, bukan sahaja tidak menumpukan perhatian terhadap pertapaan kamu, kamu belajar pula tingkah laku negatif orang lain, memburu keagungan, melemaskan diri dalam keghairahan apabila mendapat pujian dan membuang masa! Hari ini, kamu tak perlu berfikir untuk menjejak walau selangkah ke dalam Pavillion Kompendium!"

Tetua Mo menggerakkan tangan, memberitahunya beredar dari situ.

Pada pendapatnya, Zhang Xuan tidak datang ke situ untuk membaca buku…. Tetapi, dia hanya di situ untuk mengimbas melalui buku-buku demi mencari sepatah atau dua yang mendalam sekadar untuk memberi bayangan dia seorang yang berpengetahuan.

Dosa paling besar untuk seseorang guru ialah untuk menyampaikan ilmu tidak lengkap kepada anak muridnya. Apabila pengetahuan seseorang hanya separuh penuh, ia senang untuk seseorang pelajar hilang kawalan terhadap pertapaannya.

Semalam, Zhang Xuan berada di sini dua kali dan kedua-dua kali dia hanya dengan lenang mengimbas melalui semua kitab. Dengan kelajuan yang dia mengimbas dari buku ke buku, nama buku pun tidak mungkin dia tertangkap, tidak payah ungkitkan tentang jika dia betul-betul mengingati isi kandungan buku tersebut. Dengan kelakuannya sebegini, jika bukan sekadar mengejar keagungan, untuk apa lagi?.

Pavillion Kompendium merupakan sebuah lokasi untuk para guru belajar dan membuat kajian. Orang sebegini tidak layak masuk ke dalam!

"Saya memburu keagungan dan lemas dalam keghairahan daripada dipuji?" Zhang Xuan berkedip matanya. Kekeliruan jelas terpapar pada air muka Zhang Xuan.

Kenapa pula dia akan berkata sedemikian?

Dia tidak dapat menahan curiganya. "Tetua Mo, saya betul-betul datang untuk belajar dan bukan untuk membuat hal….."

Da da da!

Sejurus sahaja dia ingin menjelaskan situasinya kepada tetua Mo, kedengaran tapak kaki boleh datang dari belakangnya dan kedengaran suara yang merdu.

"Tetua Mo, saya akan masuk untuk mendapatkan beberapa buah buku!"

Zhang Xuan berpaling ke belakang untuk mendapat tahu identiti orang tersebut. Rupa-rupanya, ia seseorang bidadari yang turun dari kayangan untuk menjadi seorang guru yang ditemuinya semalam, Shen Bi Ru!

Pada saat ini, Shen Bi Ru berpakaian baju berwarna ungu muda. Badannya yang langsing disertai dengan mukanya yang sempurna membuatkan seakan sesebuah aura yang mulia dan unggul sedang memancar daripadanya.

"Oh, Cikgu Shen. Masuklah!" Selepas mengenal pastinya, tetua Mo tidak cuba pun menghalangnya.

Bukan sahaja Shen Bi Ru cantik, tetapi dia juga dikenali sebagai seorang cendekiawan dikalangan guru-guru lain. Walaupun hanya berusia 20 tahun, dia sudah mencapai Peninju 5-dan puncak, hanya sedikit lagi sebelum mencapai alam Pixue.

"Terima kasih tetua Mo!" Dia mengangguk kepalanya. Apabila berpaling ke belakang, dia perasan tentang kehadiran Zhang Xuan yang sedang berdiri di sebelahnya dan ini membuatkannya sedikit terkejut.

Dahulu, walaupun Zhang Xuan tidak pernah melamarnya, mukanya tetap akan bermerahan apabila melihatnya dan dia tidak akan mampu bercakap di depannya seakan seorang perempuan yang berjumpa dengan kekasihnya. Orang yang tidak tahu apa-apa pun akan mengesyaki sesuatu tidak kena.

Pada asalnya, dia ingat kali ini tidak akan jauh beza dengan dahulu. Namun, dia hanya sekilas pandang sebelum berpaling semula ke belakang. Ia jelas Zhang Xuan yang memujanya dahulu tidak lagi wujud daripada pandangan yang diberikan kepadanya seakan dia sekarang telah kebal terhadap kecantikannya.

Yang paling penting, Zhang Xuan tersebut sendiri tidak kuat dan telahpun mendapat markah terburuk dalam Peperiksaan Kelayakan Guru. Oleh itu, dia sendiri akan sentiasa berasa serba kekurangan apabila melihat guru lain dan ini menyebabkannya mempunyai harga diri yang rendah. Namun, pada saat ini, hanya dengan berdiri di situ sahaja, dia kelihatan megah dengan aura seseorang yang menakbjubkan. Dengan sekilas pandang, dia tidak seperti dahulu.

Mengingati insiden semalam, Zhang Xuan tersebut berani mencabar Shang Bin. Shen Bi Ru tidak dapat menahan rasa bingung. Sejak bila orang yang kekok dan serba kekurangan ini bertukar menjadi ini?

"Tetua Mo, saya juga di sini untuk membaca buku. Kenapa dia dibenarkan masuk tetapi saya dihalang pula?" Zhang Xuan tidak dapat mengetahui fikiran tetua Mo dan hanya mampu tertanya tanpa berdaya. Walaupun mereka berdua merupakan guru, dia tetap dibuli walaupun niatnya hanya untuk membaca buku. Apatah nasibnya yang buruk!

"Cikgu Shen akan belajar dalam pavilion. Kamu pula macam mana? Apa yang kamu buat di dalam kamu sendiri pun tahu! Perlukah saya berterus-terang sahaja dengan kamu?" Tetua Mo bercakap dengan marah.

"Hanya ada kitab di dalam. Apatah lagi yang mungkin saya berbuat di dalam?" Zhang Xuan tersenyum kambing sambil menggeleng kepalanya. "Sudah tentu saya ingin memasuki pavilion untuk membaca buku dan meluaskan pengetahuan saya!"

"Meluaskan pengetahuan kamu? Merepek!" Tetua Mo semakin marah.

Mengimbas melalui buku tanpa berhenti, tidak berhenti untuk membacanya dengan betul-betul. Kamu memanggil itu belajar? Setiap teknik pertapaan yang ada di dalam pavilion ini ernilai harganya. Kamu tidak mungkin harap dapat meluaskan pengetahuan kamu dengan sekadar mengimbas melalui semua buku tanpa mencatatkan nota! Bagaimana mungkin kamu boleh belajar seperti ini?

"Tetua Mo!"

Sebaik sahaja dia ingin meneruskan penjelasannya, Shen Bi Ru senyum kepadanya, seakan bunga yang mekar, sambil berkata, "Cikgu Zhang mungkin telus dalam niatnya untuk belajar. Kenapa kamu tidak biarkan sahaja untuk dia masuk! Kalau dia tidak dibenarkan, ini akan memberikan tanggapan yang tidak baik kepada guru yang lain!"

"Un! Memandang Cikgu Shen merayu untuk kamu, saya akan membenarkan kamu untuk masuk. Tetapi, saya beritahu kamu awal-awal, kalau kamu nak baca buku, baca dengan betul. Kalau kamu sambung merayau di sini dan sana dan sekadar membuat tayangan, kamu tunggu dan lihat bagaimana saya akan menghukum kamu!"

Tetua Mo melambaikan tangannya.

"Terima kasih Cikgu Shen!" Zhang Xuan tunduk kepalanya sambil memberikan tabik genggam kepada Shen Bi Ru untuk menunjukkan penghargaannya sebelum berjalan masuk ke Pavillion Kompendium.

"Un?"

Pada asalnya, memandangkan dia telah menolong Zhang Xuan, Zhang Xuan akan menggunakan peluang ini untuk bercakap dengannya. Sebaliknya, Zhang Xuan sekadar berpaling dan bergegas, meninggalkan Shen Bi Ru di belakang dalam kebingungan.

Walaupun dia sedikit terkejut, dia membiarkan sahaja perkara itu berlalu dan kemudian mengikutinya dari belakang memasuki Pavillion Kompendium.

Dia sekadar menolongnya kerana baik hati, tidak ada sebab istimewa ataupun niat tersirat. Memandangkan dia tidak mahu bercakap dengannya, dia pun dapat mengelak daripada perbualan kosong.

"Siapa sangka akan dapat masuk Pavilion Kompendium. Selepas ini, mungkin saya tidak akan dibenarkan masuk lagi!"

Sambil berdiri di depan rak buku, Zhang Xuan tidak terburu-buru untuk mengimbas melalui buku tersebut, sebaliknya, dia terpegun di situ sahaja sambil menggaru kepalanya.

Dia tidak tahu mengapa tetua Mo menghalangnya, tetapi dia syak ini berkaitan dengan statusnya sebagai guru tersampah di akademi.

Statusnya tersebut telah membawa masalah kepada dia tidak kira kemana dia pergi. Bukan sahaja dalam mendapatkan anak murid, malah rakan segurunya pun membencinya. Dia hanya dapat masuk kali ini kerana rayuan Shen Bi Ru. Lain kali pula macam mana?

"Pavillion Kompendium tidaklah sebesar mana pun. Kalau saya cepat, saya mungkin dapat mengimbas melalui semua buku hari ini juga! Dengan membuat begitu, saya tidak perlu datang ke sini lagi!"

Tiba-tiba, sesuatu idea masuk dalam kepalanya.

Memandangkan tetua Mo bertekad untuk menghalangnya, dia akan membuatkan supaya dia tidak perlu lagi datang ke sini pada masa hadapan.

Melihat saiz perpustakaan tersebut, terdapat beratusan buku di sini. Jika seorang meluangkan seumur hidupnya di sini pun, mungkin mereka tidak akan dapat habis membaca semuanya. Namun, dia bukan orang biasa! Tidak kira apa jenis buku, selagi dia mengimbas melaluinya, dia akan dapat merumuskannya di dalam Perpustakaan Jalan Syurga dengan semua kesalahan dan kelemahannya!

Kalau dia cepat, tidak mustahil untuknya merumuskan semua buku di sini ke dalam kepalanya hari ini juga.

Selepas dia berjaya, dia tidak akan perlu bersusah payah lagi untuk datang ke sini mencari buku.

"Operasi bermula!"

Sejurus sahaja Zhang Xuan mendapat idea ini, dia tidak membuang masa lagi dan terus berjalan menuju ke rak buku pertama.

Tanpa mempedulikan apa jenis buku yang diambilnya, dengan lenang dia mengambil sebanyak buku yang mungkin dan mengimbas melaluinya dengan secepat mungkin.

Hu hu hu!

Seperti yang dijangkakan, Perpustakaan Jalan Syurga ini terkeluar dan dengan segera, sesebuah buku yang seiras muncul di dalam.

"Un, mari kita mulakan!"

Selepas menyedari dia boleh merumuskan beberapa buku sekaligus, dia menuju ke hadapan sekali lagi dan mengambil beberapa buku untuk merumuskannya secara serentak.

Hualala! Hualala!

Bunyi tapak kakinya dan helaian muka surat diimbas bergema dalam Pavillion Kompendium.

"Orang itu, berani dia bercakap bukan… yang dia tidak sekadar membuat tayangan untuk mengejar keagungan?"

Tetua Mo berada di luar untuk mengawasi perpustakaan tersebut dengan senyap mengintip gerak geri Zhang Xuan semenjak langkah pertamanya memasuki perpustakaan. Sebelum ini, dia hanya mengimbas satu demi satu buku sebelum meletakkannya balik. Walaupun jelas dia tidak membacanya dengan betul-betul, sekurang-kurangnnya masih kelihatan seakan dia membaca buku. Namun sekarang, dia mengambil belasan buku sekali gus dan bermain main dengannya lalu meletakkannya balik ke rak sebelum pun dia mampu membaca tajuknya.

Apa yang dia sedang buat?

Adakah dia ke sini untuk membaca buku ataupun untuk memilih kubis?

Lebih-lebih lagi, selepas melihat kitab diambilnya, dia berasa semakin marah.

"Pertapaan Wisteria", "Asas Hubungan antara Lelaki dengan Perempuan", "Cara Mengasimilasikan Yin dan Yang", "Menyempurnakan Pil Hijau Zamrud" dan "Perkara Penting Apabila Menepa Senjata"...

Buku ini semua terdiri daripada badan ilmiah yang berlainan.

Teknik pertapaan, teknik tinju, pertapaan mengunakan perubatan herba…malah hubungan lelaki-perempuan…. Selagi ia sesebuah buku, orang ini akan mengimbas melaluinya.

Semua orang mempunyai kelemahan dan kelebihan mereka tersendiri dan daripadanya juga terdapat batas kepada kebolehan mereka. Ia mustahil untuk seseorang menguasai semua badan ilmiah yang wujud. Oleh itu, seseorang perlu memilih dengan betul buku apa mereka patut beri perhatian. Namun, orang ini sekadar mengimbas melalui setiap buku tanpa ragu-ragu. Betul ke dia tidak berada di sini untuk membuat hal?

"Dia mesti ke sini untuk membuat masalah! Apabila dia keluar, saya akan berikan satu pengajaran!"

Orang Tua Mo naik marah dan mendengus dengan kuat.