Selesai mengamuk, Zhang Xuan akhirnya mula menenangkan dirinya daripada kemarahan yang dirasai.
Zhang Xuan menundukkan kepalanya untuk melihat keadaan Yao Han, topeng yang dipakai Yao Han telah tercicir semasa mereka sibuk bertarung dan mukanya sukar dikenali kerana dipenuhi dengan kesan lebam akibat pukulannya. Kemungkinan, emak Yao Han pun tidak mampu mengenali anaknya itu.
"Hebat…"
Sekarang apabila kemarahan tidak lagi mengaburi mindanya, Zhang Xuan mula menyedari situasi yang sedang berlaku. "Orang ini seorang pembantu rumah kepada Datuk Bandar dan juga merupakan pak cik kepada anak muridnya. Tidak menjadi satu masalah untuk memberikan pengajaran tetapi saya tak boleh membunuh dia sesuka hati."
Tak kira apa pun, orang ini tetap merupakan pak cik kepada Zhao Ya. Kalau Zhang Xuan membunuhnya, pasti anak murid yang susah untuk didapatkannya itu akan disia-siakan begitu sahaja.
Tidak akan ada jalan penyelesaian jika dia terus membunuhnya!
Selain itu, Bandar Baiyu juga terkenal sebagai bandar ketiga terbesar di Empayar Tianxuan. Sebagai seorang Datuk Bandar di situ, ayah Zhao Ya semestinya mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar. Kalau pembantu rumahnya itu terbunuh dia mesti akan membuat satu siasatan, dan siasatannya itu akan tertunding kepada Zhang Xuan. Dalam keadaan tersebut, dia akan berada dalam situasi yang sukar.
Selaku orang yang baru kepada dunia ini, dia belum sempat menjalinkan hubungan untuk memperluaskan pengaruhnya. Disebabkan itu, lebih baik untuk tidak menonjolkan dirinya.
"Dia tidak boleh tahu bahawa sayalah yang membuat ini kepadanya!"
Satu pendapat terlintas di fikirannya.
Memandangkan Yan Hao tidak boleh dibunuh, Zhang Xuan terpaksa melepaskannya. Kerana dia telah memukul Yan Hao ketika menjalankan misinya, Yan Hao berkemungkinan akan mula mengesyaki penyamarannya itu.
"Oh ya, saya mempunyai kambing hitam yang sesuai untuk situasi ini. Kalau dia tidak datang mencari masalah dengan saya hari ini, kemungkinan saya tidak akan terfikir tentangnya…"
Seseorang tiba-tiba muncul di fikiran Zhang Xuan.
Orang tersebut merupakan orang yang berada di sebelah Shen Bi Ru petang tadi, orang yang tidak habis-habis mengutuknya, Shang Bin.
Apa-apa pun yang terjadi, Shang Bin merupakan cucu Tetua Shang Chen. Kalau Zhang Xuan memfitnah Shang Bin untuk kes ini sekali pun, Yao Han tidak akan berani mengambil tindakan terhadapnya walaupun dia mahu!
Sebenarnya, mungkin lebih baik jikalau Yao Han cuba untuk membalas dendam! Kedua-dua mereka akan saling berbunuhan antara satu sama lain.
Pada saat ini, Zhang Xuan memandang muka Yao Han yang lebam dan berkata dengan nada yang mendalam, "Saya mempunyai dendam terhadap Zhang Xuan. Tadi, dia berjaya menjengkelkan saya dan oleh itu, saya berniat untuk memberikannya satu pengajaran malam ini juga! Walaubagaimanapun, kalau dia disunatkan oleh kamu, Bi… dia mesti akan mengesyaki bahawa saya adalah orang yang menyerangnya dan salah faham akan muncul antara kami! Salahkanlah semua yang berlaku kepada pertemuan kita pada hari ini dan kemunculan kamu pada masa yang salah!"
"…"
Hanya sekarang Yao Han dapat mengenal pasti kenapa dia dibelasah sebegini. Dia hendak membalas tetapi mulutnya yang bengkak seperti dua sosej Jerman dan ia membuatkannya susah untuk bercakap.
"Belah!"
Apabila Yao Han telah memahami perkataannya, Zhang Xuan pun berhenti bercakap. Dia berdiri dan kemudiannya menendang badan Yao Han beberapa meter ke tepi.
"Cis!"
Sambil mencarut di dalam hati, Yao Han tahu dia sedang berada dalam keadaan yang serba kekurangan hari ini. Sambil mengetapkan giginya, dia berpaling dan mula beredar.
Pada masa yang sama, dia berjaya mencungkil dua ciri utama si penyerangnya. Pertama, orang ini bertemu dengan Zhang Xuan awal hari ini dan naik angin kerana perkataan atau pun perbuatan Zhang Xuan! Kedua, dia dengan Zhang Xuan sedang bersaing untuk mendapatkan perhatian seorang perempuan yang mempunyai perkataan 'Bi' didalam namanya.
Selagi dia mengingati dua ciri-ciri tersebut, senang baginya mengenal pasti individu ini.
Selepas melihat Yao Han telah pun hilang dari pandangan, barulah Zhang Xuan berasa lega. Dia menepuk debu dan kekotoran yang melekat pada pakaiannya dan mula pulang ke asrama.
Kejadian ini menakutkannya. Kalau dia tidak mengambil keputusan untuk bertapa sehingga lewat malam, sukar untuk menduga apa yang akan terjadi kepada dirinya.
Namun, sekurang-kurangnya masalah ini telah pun berjaya diselesaikan untuk ketika ini.
"Kunci untuk berjaya di dunia ini adalah...kekuatan!"
Sambil duduk di atas katilnya di dalam bilik, Zhang Xuan membebel berseorangan.
Jika tahap pertapaannya tidak meningkat hari ini, walaupun dia tahu kelemahan Yao Han, dia tidak akan cukup pantas untuk menyerangnya. Akhirnya dia yang akan merana.
Oleh hal yang demikian, dia perlu meningkatkan kekuatannya dengan cepat. Lebih kuat, lebih bagus!
Dia dengan perlahan mula hanyut ke alam mimpi dengan fikirannya yang dipenuhi dengan perkara sentimental.
Pada keesokan harinya, Zhang Xuan bangun sebaik sahaja langit mula cerah. Walaupun dia hanya mampu tidur untuk dua jam, tambahan pula dia berkerja keras malam semalam, dia tetap berasa cergas tanpa sebarang keletihan.
"Masa untuk memulakan kelas!"
Dia bercakap keseorangan sambil memakai pakaiannya. Selepas itu, dia berjalan menuju ke kelasnya dengan langkah yang besar.
Dia tidak mengambil masa yang panjang untuk tiba di kelasnya. Saat dia membuka pintu, seoarang pemuda yang gempal menyambutnya dengan penuh semangat.
"Cikgu Zhang sudah sampai! Lihat, saya sudah pun membersihkan bilik ini!"
Budak itu merupakan pelajar yang terakhir dia terima semalam, si gemuk Yuan Tao.
Zhang Xuan tidak menjangkakan bahawa dia akan menjadi orang pertama yang tiba di kelas, memandangkan dia telah mengugutnya semalam. Lebih-lebih lagi, dia betul-betul membersihkan kelas dengan baik sekali.
"Tidak kurang hebatnya!" Zhang Xuan mengangguk kepalanya kerana berpuas hati dengan tindakannya itu.
"Hehe, memandangkan cikgu berpuas hati dengan usaha saya, apakah ganjaran untuk usaha saya ini? Mungkin teknik pertapaan ataupun seni tinju? Kamu boleh memberikan saya tiga atau lima mungkin…"
Mendengar pujian Zhang Xuan, senyuman si gemuk terpapar di mukanya.
Budak ini merupakan manusia yang pantang dipuji.
"Tunggu di sini dahulu. Saya akan memulakan kelas apabila murid-murid lain sudah tiba!" Zhang Xuan memberitahu.
Murid yang pertama sampai ke kelas adalah si gemuk. Tidak dijangkakan, orang yang kedua sampai merupakan pelajar yang dimenanginya dalam satu pertaruhan, iaitu Liu Yang!
Namun, sikap Liu Yang tidak sebaik si gemuk. Keangkuhannya jelas terpapar di mukanya sambil dia merenung ke arah Zhang Xuan.
Pada pendapatnya, Zhang Xuan hanya menang pertaruhan tersebut disebabkan nasibnya yang baik dan menjadi satu penderaan kepada orang yang sepandainya untuk berada di bawah didikan seorang guru yang begitu teruk.
Pelajar ketiga yang sampai merupakan seorang yang pakar dalam seni lembing, Zheng Yang!
Selepas Zhang Yuan mengenal pasti masalah di dalam teknik lembing Zheng Yang, kekuatannya meningkat sebanyak dua kali ganda. Keputusannya, Zheng Yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Zhang Xuan dan merupakan satu-satunya anak murid Zhang Xuan yang memperakuinya dengan rela.
Pelajar keempat untuk sampai merupakan Wang Ying. Seorang anak dara yang pemalu dan tidak dapat menahan mukanya menjadi merah apabila melihat pelajar-pelajar yang lain sejurus selepas memasuki bilik darjah dan terus bersembunyi di penjuru kelas.
…
"Saya sepatutnya sudah boleh menyelesaikan masalah dengan badan saya hari ini juga…" Zhao Ya membuka matanya.
Semalam, guru paling teruk di akademi ini mendakwa bahawa dia boleh menyelesaikan masalahnya. Selepas balik ke asrama, dia berasa bimbang dan takut dan hal ini membuatkannya untuk berguling di atas katilnya dan hanya mampu tidur selepas sekian lama terbaring.
Namun, hari ini juga dia akan mengetahui samada guru ini sedang bercakap perkara yang benar ataupun sekadar bercakap kosong!
Apabila terfikir tentangnya, dia mula gelak. Dia memakai pakaiannya dan bergegas keluar dari biliknya. Selaku anak perempuan Datuk Bandar Baiyu dan merupakan antara pelajar yang berjaya memperoleh tempat sepuluh teratas dalam peperiksaan kemasukan, dia diberikan rumah yang tersendiri, berbeza dengan pelajar yang lain yang ditempatkan di asrama. Terdapat banyak bilik di rumah yang diberikan dan pembantu rumahnya, pak cik Yao, tinggal dalam bilik yang tidak jauh dari biliknya,
"Pak cik Yao Han, saya pergi ke kelas dahulu!"
Selepas melihat tidak ada pergerakan ataupun bunyi daripada Yao Han, Zhao Ya bersedia untuk bertolak.
"Puan muda, tunggu saya. Saya akan pergi bersama kamu!" Satu jeritan didengari Zhao Ya dari arah belakang pintu. Pintu tersebut terbuka dan Yao Han sedang berjalan keluar menuju ke arahnya.
Melihat keadaan mukanya, Zhao Ya terkejut. "Pak cik Yao… apa yang telah berlaku?"
Zhao Ya terkejut melihat muka Yao Han yang bengkak-bengkak dan kelihatan juga satu gelang hitam di sekeliling matanya. Dalam jangka masa satu malam, Yao Han yang megah telah pun dicacatkan. Kalau bukan disebabkan suaranya yang sudah biasa didengari, dia tidak akan mampu mengenalinya!
"Oh, saya tercedera dengan sendiri semasa terlalu giat dalam latihan saya semalam!"
Yao Han memberikan alasan.
"…"
Siapa yang akan pukul diri sendiri semasa latihan mereka?
Adakah mungkin untuk seseorang mencari alasan yang lebih teruk daripada itu…
"Pak cik Yao, apa yang berlaku? Siapa yang membuat kamu sebegini? Tidak kira apa pun, saya akan memberitahu ayah saya!" Zhao Ya memberitahunya.
"Puan muda, jangan pedulikan keadaan diri saya ini. Ini merupakan masalah saya… Saya boleh menyelesaikannya dengan sendiri! Lebih baik kamu bergegas ke kelas pertama kamu. Saya mahu tengok kehebatan guru yang kamu katakan tersebut. Kalau kualitinya seteruk yang diperkatakan oleh khabar angin, dengan segera saya akan melaporkan hal ini kepada Datuk Bandar dan memastikan Akademi Hongtian untuk mendapatkan guru yang baru untuk kamu…"
Yao Han melambaikan tangannya sebagai isyarat bahawa kecederaannya bukanlah sesuatu masalah baginya tetapi lambaiannya yang terlalu luas itu mula membuatkan kecederaannya menjadi semakin parah.
"Baiklah!"
Melihat sebagaimana Yao Han tidak mahu dia mencampur tangan dalam hal tersebut, Zhao Ya tidak mengungkit hal tersebut lagi. Mereka berdua berjalan ke arah kelas Zhang Xuan.
"Pak cik Yao, melihat kecederaan kamu ini, saya rasa lebih baik kamu pulang dan berehat dahulu. Saya boleh pergi ke kelas dengan sendiri tanpa perlu kamu menghantar saya!"
Setelah berjalan beberapa langkah, Zhao Ya melihat seluruh badan Yao Han menggeletar dan dibasahi air peluh, dia tidak dapat menahan kata-katanya.
Semalam, Zhang Xuan tidak menahan kekuatan pukulannya. Walaupun telah meletakkan ubat pada kecederaannya dan berehat untuk beberapa jam, kecederaannya masih parah. Sungguh menakjubkan bahawa dia masih boleh berjalan.
"Puan muda, Datuk Bandar telah pun menugaskan saya untuk mencari guru yang terbaik untuk kamu sebelum saya pulang ke bandar. Namun, kamu sendiri memilih untuk berguru dibawah orang yang sebegini. Bagaimanakah saya mampu berjumpa dengan Datuk Bandar pada masa hadapan!" Yao Han bercakap. "Walau apa pun, saya mahu mendedahkan orang ini dan membuktikan kepada kamu bahawa dia seorang penipu! Hanya puan muda kami yang mentah dan suci sahaja yang akan tertipu dengan helahnya. Mendengar khabar angin tentangnya, agak mustahil untuk dia mendapatkan anak murid yang kedua. Apabila kamu melihat tidak ada orang didalam kelasnya, kamu akan tahu bahawa…"
Jiyaaa!
Pintu kelas dibuka dan memberikan Zhao Ya dan Yao Han pemandangan di dalam kelas tersebut.
Zhang Xuan duduk di di tengah-tengah kelas bersama empat orang pelajar baru.