Selepas mendengar puan muda telah pun memperakui Zhang Xuan sebagai gurunya, Yao Han dengan tergesa-gesa menuju ke kelasnya tanpa mengetahui bahawa Zhang Xuan telah pun diperakui oleh beberapa orang pelajar yang lain.
Baru sahaja dia bercakap bahawa Guru Zhang tersebut tidak akan mampu mendapatkan anak murid yang kedua selain daripada puan mudanya, saat itulah dia berjumpa dengan Wang Ying dan yang lain. Dia berasa seakan-akan telah ditampar oleh Zhang Xuan di hadapan khalayak ramai. Mukanya dengan segera menjadi suram.
"Cikgu!" Zhao Ya juga dengan perasaan yang malu seperti ingin mencari lubang di lantai dan bersembunyi di dalamnya.
"Kamu okay tak?"
Sebentar kemudian, Yao Han pulih dari rasa malunya dan melihat Zhang Xuan dengan muka yang keliru.
Orang yang dijumpainya semalam begitu kejam terhadapnya, oleh itu dia beranggapan jikalau orang tersebut tidak memenggal kepala Zhang Xuan, setidak-tidaknya dia sudah menjadi cacat. Jadi kenapa… kenapa keadaan dia baik-baik sahaja sehinggakan tidak ternampak pun sebarang kecederaan ke atas dirinya.
Hakikatnya, walaupun dia memberitahu bahawa dia ingin mengesahkan dengan sendiri kemampuan Zhang Xuan sebagai seorang guru, namun niat sebenarnya adalah untuk melihat keadaannya selepas dibelasah oleh orang misteri tersebut… namun, selaku seorang Peninju 6-Dan alam Pixue yang telah berniat untuk mencederakannya, dia pula yang akhirnya dibelasah dengan begitu teruk sekali manakala orang yang ingin dicederakannya itu tidak tercedera langsung… Dia berasa seperti telah ditewaskan dan tidak boleh menerima kenyataan itu.
"Kenapa pula saya tidak baik-baik sahaja?" Zhang Xuan tahu apa yang difikirkan Yao Han tetapi tetap menjawab dengan air muka seseorang yang tidak bersalah. Dia melihat kepada Zhao Ya dan bertanya, "Orang yang cacat ini…"
"Orang cacat?" Zhao Ya membuat muka yang pelik tetapi sebelum sempat dia bercakap, Yao Han mencelah.
"Kamulah orang yang cacat!" Yao Han cuba menahan dirinya daripada memuntahkan darah. Keningnya melonjak sambil dia melemparkan lengan bajunya, "Saya merupakan pembantu rumah Datuk Bandar Baiyu, Yao Han!".
"Oh, memandangkan kamu ini cacat, lebih baik kamu tidak berkeliaran di sini. Nanti kalau kamu mati di sini akan menjadi kesusahan untuk saya pula!" Seakan-akan tidak mendengar perkataannya tadi, Zhang Xuan menuding ke arah pintu, "Tolong tunjukkan tetamu kita arah pulang dan tutup semula pintu itu!"
"Kau..."
Yao Han menggenggam penumbuknya dengan marah dan hampir melenting di situ juga.
Siapakah dia?
Sebagai pembantu rumah Datuk Bandar Baiyu, dia mempunyai pengaruh yang besar. Di Akademi Hongtian, eksekutif Biro Pendidikan pun akan memberi muka kepadanya. Namun, seorang guru seperti Zhang Xuan berani untuk memanggilnya cacat dan cuba menghalaunya dia keluar. Bagaimana dia tidak marah? "Saya mahu melihat bagaimana kamu mengajar mereka!" Dia meletakkan tangannya ke belakang sambil berdiri dengan tegak dan megah.
"Oh, memandangkan kamu tahu kamu patut pergi, baik kamu beredar dengan cepat. Kami memerlukan persekitaran yang senyap untuk proses pembelajaran murid. Oleh hal demikian, kami tidak membenarkan sebarang kucing ataupun anjing untuk merayau-rayau di dalam kelas kami!"
Zhang Xuan seperti berada di saluran yang lain darinya. Dia seperti tidak mendengar apa yang diperkatakannya dan sekali lagi menuding ke arah pintu keluar.
"Kau… siapa yang kau panggil anjing dan kucing?" kemarahannya mula membara dan darah mula mengalir keluar dari kecederaannya. Yao Han sambil menggeletar lalu bercakap, "Kamu ingat saya tidak berani untuk membunuh kamu dengan penumbuk saya sekarang juga…"
"Zhao Ya, tolong hantar dia keluar supaya saya boleh menyelesaikan masalah kamu!"
Zhang Xuan mengarahkan Zhao Ya tanpa rasa ingin meneruskan pertengkaran dengannya.
"Pak Cik Yao, tolong… Pergilah balik dahulu! Saya ingin memulakan pembelajaran saya!"
Mendengar perkataan tersebut, mata Zhao Ya mula bercahaya.
"Saya tidak akan balik. Saya mahu orang ini menjelaskan siapa yang dia perkatakan! Saya, Yao Han, merupakan Peninju 6-Dan alam Pixue dan dihormati kemana-mana sahaja saya pergi. Siapakah orang ini yang berani panggil saya cacat dan menghalau saya dari...:"
Peng!
Sebelum dia sempat menghabiskan kata-katanya, Zhao Ya telah pun menolaknya keluar. Sejurus kemudian, pemandangannya bertukar kelam apabila pintu kelas ditutup didepannya. Kalau dia tidak sempat mengelaknya tadi, sudah tentu mukanya telah terhentak dengan pintu tersebut.
"Puan muda…"
Sambil berdiri di luar kelas tersebut, Muka Yao Han mula berkerut.
Kalau orang yang menghalaunya adalah Zhang Xuan, dia sudah tentu akan membalasnya. Namun, disebabkan puan muda yang berbuat demikian, dia tidak berani untuk membalas walaupun dia dipukul sehingga mati. Walau bagaimanapun, dia telah pun mengalihkan semua kemarahannya terhadap Zhang Xuan.
Dia gagal untuk mengetahui kebolehan orang yang sebegini sehingga mampu menipu puan muda ke tahap ini.
"Pak Cik Yao, maafkan saya tetapi kamu perlu tunggu di luar kerana kelas sudah pun hendak bermula!"
Zhao Ya sedar akan masalah yang dihadapinya. Penyakitnya tidak boleh didedahkan kepada sesiapa sahaja terutama pak cik Yao. Kalau gurunya mampu menolong dia menyelesaikan masalah ini, dia perlu menghalau pak ciknya keluar.
"Baiklah puan muda. Saya akan tunggu di luar. Kalau apa-apa terjadi, panggil saya dan saya akan meluru masuk dengan segera!"
Mendengar kata-kata puan mudanya, Yao Han mula sedar bahawa dia tidak dibenarkan masuk. Dia sudah pun berada di tahap geram yang teramat tetapi tanpa sebarang pilihan, dia hanya mampu mengetapkan giginya dan menahan kemarahannya itu.
Selepas Yao Han keluar, hanya tinggal Zhang Xuan dan lima orang anak muridnya yang baru berada di dalam kelas. Zhang Xuan melihat persekitarannya, "Memandangkan kamu semua telah memperakui saya sebagai guru kamu, kamu semua merupakan rakan seguru. Pastikan kamu saling menjaga antara satu sama lain dan jangan mencemarkan nama baik saya!"
"Nama baik?"
Mendengar perkataannya, kelima-lima pelajar menukar pandangan sesama sendiri…
"Cikgu, kamu tidak kelihatan seperti mempunyai sebarang nama yang baik pun?
Batuk batuk, kalau saya ingin menjatuhkannya sekali pun, tiada apa yang tinggal untuk dijatuhkan...". Salah seorang daripada mereka bermonolog sendirian.
"Cara saya mengajar tidak sama dengan yang lain. Saya menumpukan perhatian kepada setiap individu secara berasingan. Oleh hal demikian, cara saya mengajar setiap daripada kamu akan berbeza! Justera itu, tiada apa yang patut dibandingkan antara kamu!" Zhang Xuan seperti tidak sedar akan reaksi muka anak muridnya. "Sekarang, saya akan masuk ke dalam bilik kecil di tepi. Apabila nama kamu dipanggil, sila masuk ke dalam bilik tersebut!"
Kelas Zhang Xuan tidak terlalu besar, agak-agak seluas seratus meter persegi. Walau bagaimanapun, terdapat sebuah bilik kecil di tepi yang guru boleh gunakan untuk memberikan nasihat yang khas kepada anak muridnya.
Kelima-lima anak muridnya adalah berbeza antara satu sama lain. Kalau dia memberikan mereka pengajaran sebagai satu kumpulan, hal ini akan menjadi satu masalah dan tidak cekap.
"Wang Ying, selaku anak murid saya yang pertama, sila masuk!"
Selepas itu, Zhang Xuan memimpin Wang Ying ke dalam bilik yang kecil.
"Ya saya!" Keperibadian Wang Ying yang taat menyebabkannya untuk tidak berkata apa-apa dan cuma berjalan rapat di belakang Zhang Xuan.
…
Wang Ying berasa sedikit menyesal.
Semalam, dia sesat dan datang ke sini untuk meminta arah. Namun, dia ditipu untuk memperakui guru ini sebagai gurunya.
Asalnya, dia tidak tahu apa yang sedang berlaku tetapi selepas memikirkannya, guru ini tidak kelihatan seperti betul-betul berkemampuan.
Guru yang lain mampu memberitahu bahawa dia mempunyai masalah dengan kakinya melalui demonstrasi teknik tumbukannya. Namun, bukan sahaja orang ini tidak dapat tahu, malah berlagak seperti mampu memulihkan kecederaan yang ada di kakinya..
Kecederaan ini, walaupun ayahnya telah mencari doktor yang terkenal untuk mengubatinya, dia tetap gagal. Namun, orang di depannya ini mendakwa bahawa dia dapat mengubati penyakitnya itu. Kalau bukan dikatakan satu penipuan, maka perkataan penipuan itu tidak mempunyai maksud.
Lebih-lebih lagi, Guru Liu telah memberitahunya banyak perkara tentang guru ini.
Hanya pada ketika itu dia mendapat tahu bahawa guru ini mempunyai sejarah yang begitu 'terserlah'. Guru pertama untuk mendapat markah kosong dalam Peperiksaan Kelayakan Guru dan guru yang paling lemah antara semua guru… Kenapa dia bernasib buruk sehingga ditipu oleh orang ini!
"Tidak hairanlah abang dulu sentiasa berkata bahawa terdapat ramai orang jahat di luar…"
Dahulu apabila abangnya memberitahu bahawa terdapat ramai orang di luar sana yang tidak boleh dipercayai, dia tidak mempercayainya. Namun sekarang, melihat guru yang berada di depannya, dia berasa bersalah dan telah pun ditipu.
Sejurus sahaja memikirkan cara untuk dia menarik diri dari perguruan ini, paling teruk pun, dia akan dimarahi dan kemudiannya boleh terus mencari abangnya untuk menolongnya mencari guru yang baru, dia mendengar suara yang biasa didengari.
"Tolong tunjukkan teknik kamu sekali lagi!"
Zhang Xuan berada di tengah-tengah bilik sambil melihat Wang Ying dengan muka yang tenang.
Sebelum ini, apabila cuba meyakinkan Wang Ying untuk berguru dibawahnya, Perpustakaan Jalan Syurga belum lagi diaktifkan dan oleh hal demikian dia tidak tahu lagi masalah-masalah yang dihadapi oleh Wang Ying.
"Baiklah!" Walaupun Wang Ying berniat untuk menarik diri daripada perguruannya sebelum ini, dia tetap mengangguk kepalanya selepas seketika. Sekali lagi, penumbuknya menjana ribut angin yang kuat dan selepas itu, rutin penumbuknya berakhir.
"Un!"
Zhang Xuan menganggukkan kepalanya.
Walaupun keperibadian Wang Ying sedikit mentah, namun rutin teknik tumbukannya agak memuaskan.
"Cikgu, sebenarnya saya ingin…"
Wang Ying meragu-ragu untuk seketika dan apabila dia hendak memberitahu Zhang Xuan tentang niatnya untuk menarik diri daripada perguruannya, tiba-tiba Zhang Xuan berkata.
"Kalau tidak salah saya, kaki kamu telah tercedera dalam sesebuah pertarungan dua tahun yang lepas!" Zhang Xuan bercakap.
"Bagaimana… bagaimana kamu tahu?" Wang Ying terkejut. Perkataannya tersekat didalam mulutnya sambil matanya yang cantik mula membesar.
Dia hanya bercakap tentang kecederaan kakinya semalam, dan bukan sebabnya. Dia tidak menjangka bahawa gurunya itu mampu memberitahu bahawa kecederaannya adalah disebabkan oleh pukulan seseorang dan juga masa ia berlaku. Dia tidak dapat menahan rasa terkejutnya.
"Terdapat tiga titik akupuntur yang berada di kaki seseorang. Ia mengawal kekuatan, ketangkasan dan ketepatan. Apabila kamu berlawan dengan orang tersebut, dia telah dengan tidak sengaja menyerang titik akupuntur kamu yang mengawal kekuatan! Apabila titik akupuntur ini diserang, ia akan tertutup dan menyebabkan darah kamu untuk mengalir secara terbalik. Hal ini akan mengakibatkan kamu sukar untuk menggunakan tenaga di kaki kamu seperti orang yang biasa!"
Zhang Xuan menjelaskan dengan tenang
"Itu…" Wang Ying mula menggeletar. Mukanya bertukar menjadi merah.
Disebabkan kakinya, ayah Wang Ying telah menjemput semua doktor yang terkenal di empayar, termasuklah doktor yang paling terkenal iaitu Maha Guru Yuanyu. Dia juga telah mengatakan perkara yang sama tetapi dia pun tidak dapat mengenal pasti di mana titik akupunktur yang mengawal kekuatan dan oleh hal demikian dia tidak dapat mengubatinya.
Jika dia ingin sembuh dengan sepenuhnya, dia perlu menjemput seorang Peninju 8-Dan alam Zongshi yang mempunyai zhenqi tahap terunggul untuk mengubatinya. Kalau tidak, ia amat mustahil untuk penyembuhan itu berjaya!
Asalnya, dia mengandaikan guru yang mendakwa boleh memperbaiki kakinya ini sekadar ingin menipunya untuk berguru di bawahnya. Namun, dia tidak menjangkakan bahawa dia akan mengatakan perkara yang sama seperti Maha Guru Yuanyu. Bagaimanakah dia tidak terkejut?
"Cikgu, adakah… adakah kamu mampu mengubati saya?" Wang Ying tidak dapat menahan rasa curiganya.
"Ini cuma masalah yang kecil!" Zhang Xuan balas dengan bersederhana.
"Perkara yang kecil?" mata Wang Ying menyepet sambil pernafasannya menjadi deras.