Clara duduk di tepi tingkap bilik kayunya, membiarkan angin malam yang sejuk membelai wajahnya. Hatinya terasa berat sejak kejadian di perpustakaan lama itu, tempat dia menemui sesuatu yang tidak pernah disangkanya-Gerbang 1000 Dunia. Meskipun sudah beberapa hari berlalu, fikiran Clara masih dihantui oleh apa yang telah dia lakukan. Dia tidak pasti, tetapi ada sesuatu tentang gerbang itu yang mengubah dunia di sekelilingnya, walaupun semuanya masih kelihatan biasa.
Clara bangkit dari tempat duduknya dan menatap bayangan malam di luar tingkap. Pekan kecil tempat dia tinggal tetap tenang, hanya diterangi oleh cahaya bulan yang samar. Namun, di dalam hatinya, Clara merasakan suatu kegelisahan yang tak terungkapkan. Portal yang dibukanya tanpa sengaja, membawa dirinya tertanya-tanya dan pada masa sama menggigil ketakutan.
" Apa yang telah aku buat? Apa yang akan jadi? " Clara bergumam sendiri, tidak tahu apa yang harus dia lakukan selanjutnya; berasa bersalah.
Clara menghela nafas panjang, cuba untuk menenangkan diri. " Mungkin aku harus pergi masuk ke dalam Gerbang tu. Tengok apa ada kat dalam " sebuah idea terlintas di fikiran Clara. Dia kemudian melangkah ke arah jendela lalu memandang je arah langit malam yang dihiasi gugusan kerdipan kecil.
" Ya, aku kena pastikan apa kat dalam " Clara kemudian melangkah ke arah almari kayu yang sudah usang namun utuh untuk digunakan.
'Krkkk!' pintu almari dibuka dengan perlahan. Matanya liar mencari sesuatu yang ada dalam almari dengan teliti. " Hah! " Clara mengambil sekeping kertas usang yang mempunyai tulisan kuno.
" Aku boleh guna benda ni untuk berjaga-jaga " kata Clara sambil menutup pintu almari dengan berhati-hati.
Setelah itu, Clara menuju ke stor yang terletak di belakang rumahnya. Kelihatan sedikit bersepah kerana sudah lama tidak dikemas dan dijaga. Lagipun, Clara tiada sebarang tujuan untuk meneroka stor itu. Kali terakhir dia menjejakkan kaki ke stor itu adalah pada tahun lepas.
" Hmmm " Clara sedang mencari sesuatu di dalam, habis barang dipunggah. Pelbagai barang yang jarang dilihatnya, namun tidak untuk sesuatu yang dicarinya.
Setelah tiga minit pencarian, akhirnya dia menjumpai sebuah peti kayu; tidak berkunci. " Ini dia! " Clara berasa sedikit gembira. Dia kemudian membawa peti itu masuk ke dalam rumah, barang-barang dibiarkan bersepah.
Clara meletakkan peti kayu itu di atas meja, dibukanya dengan kemas. " Wah, masih elok lagi! " mata Clara bersinar-sinar, berasa kagum.
Di dalam peti itu, terdapat sepasang belati kembar yang disusun dengan rapi. Belati kembar itu beralaskan kain kulit haiwan, sarungnya diasingkan pada bahagian yang lain.
Clara mengambil belati itu untuk memerhatikan setiap permukaan dan tekstur, memastikan belati itu benar-benar dalam keadaan elok dan rapi. " Sudah pasti belati ini masih tajam dan elok "
Clara masih ingat ketika pertama kali dia melihat kebolehan belati kembar itu yang telah menangkap perhatian banyak orang-orang, terutama pembunuh upahan dan tentera bayaran yang sangat ingin mendapatkannya.
Oleh sebab itu, belati itu disembunyikan. Namun, peti kayu untuk menyimpan belati ini saja diletakkan di luar, stor gudang.
Hal ini kerana semua orang banyak mengincar rumah bapanya berbanding dirinya. Oleh itu, peti itu diletakkan di rumah Clara sahaja dan tiada siapapun tahu Clara tinggal di tempat lain.
Clara menyalakan pelita, bersedia untuk bergerak dengan belati diletakkan pada bahagian pinggang. Baju hood dengan jahitan kain kulit dipakainya.
Pelita yang digunakan untuk menyinari rumahnya dipadamkan, memberikan aura kegelapan malam.
Dalam perjalanan ke perpustakaan tersebut, dia cuba menguras sedikit pengetahuan yang mungkin dipelajarinya tentang Gerbang yang dibukanya.
" Apa itu Gerbang 1000 Dunia? " malam tidak hening kerana suara unggas-unggas kedengaran bising dari mana-mana tempat, ditambah dengan bunyi desiran angin, daun-daun dipijak, dan retakan kayu, menemani malam Clara.
Clara pernah mendengar tentang Gerbang 1000 Dunia dari neneknya ketika dia berusia 5 tahun.
Menurut kata nenek Clara, apabila seseorang membuka segel Gerbang 1000 Dunia, orang tersebut akan dipilih sebagai legasi Pertapa Bijak, dan orang itu muncul pada 400 tahun lalu, di mana dia berjaya menjaga keseimbangan antara dunia di dalam Gerbang 1000 Dunia.
Sosoknya sangat dikenali oleh banyak orang; dia sangat baik dan mempunyai kebijaksanaan yang hampir setara dengan Pertapa Bijak.
Namun, dalam satu pertempuran di dalam gerbang, dia mengalami kekalahan telak. Teman-temannya yang mengikutinya ke dalam gerbang turut banyak yang terkorban.
Dengan situasi yang sangat emosional, dia mengambil keputusan untuk menggunakan kekuatan penuh, mengakibatkan ruang dan masa dalam gerbang bocor. Ini menyebabkan ruangan sekitar menjadi tidak seimbang, seolah-olah sedang terhuyung-hayang.
Memikirkan nasib yang dialami oleh semua orang di dalam gerbang, orang itu melakukan pengorbanan dengan menyegel Gerbang 1000 Dunia menggunakan jiwanya. Akibatnya, dia terkunci di dalam Gerbang 1000 Dunia untuk selama-lamanya.
Teman-temannya yang masih tersisa telah dihantar keluar olehnya sebelum itu.
Begitulah apa yang Clara dengar daripada neneknya. Dia kemudian begumam pada dirinya sendiri " Apakah aku membuka segel untuk orang yang dikatakan itu? Dia orang baik kan? Apa aku harus takut? " Katanya dengan nada perlahan. Dia melihat ke arah luar tingkap, suasana pekan kecil, tempat tinggalnya, dipenuhi dengan kilauan cahaya api obor dan pelita. Rumahnya terletak di atas bukit, betul-betul di antara daerah pekan, membolehkan dia melihat suasana malam yang indah itu.
Di bawah cahaya bulan putih, ditemani kerdipan kerdil bintang yang banyak di ruang angkasa, Clara mengambil langkah untuk pergi ke perpustakaan itu semula; memastikan kebenaran sebenar dari kata-kata neneknya yang dia tidak pasti nilai kebenarannya, dan malam ini, segalanya akan terjawab, sama ada ia baik atau buruk, kemungkinan itu tidak dapat disangkal. Dia harus memberanikan diri untuk bertanggungjawab atas hal yang sepatutnya dia tidak boleh 'kacau'.
Bayu malam terasa segar dan dingin, mencubit kulit Clara. Pokok-pokok yang ditiup angin terlihat sedang melambai-lambai ke arahnya, bunyi unggas kedengaran, ditambah kagi dengan bunyi salakan anjing liar; itu sudah menjadi kebiasaan Clara. Dia sudah tidak gerun untuk berjalan seorang diri pada waktu malam walaupun sebenarnya dia masih was-was.
Jarak antara Perpustakaan kuno dan rumahnya tidaklah jauh, di mana dia hanya perlu jalan kaki selama 30 minit untuk sampai. Namun, dengan pengalaman lama sebagai penduduk di daerah sekitar, Clara sudah mengetahui jalan alternatif lain untuk sampai ke Perpustakaan Kuno dengan lebih cepat.
Jalan alternatif itu harus melalui hilir sungai yang terletak di sebelah utara pekan. Di situ, batu-batu besar timbul, membolehkan ia menjadi laluan ke seberang; ia juga tidak licin.
Kemudian, terdapat satu laluan denai yang dibina dengan tanah liat. Dengan mengikuti denai tersebut, maka terlihatlah Perpustakaan Kuno yang sudah usang dan berlumutan di setiap dinding yang diperbuat daripada quartz. Walaupun kelihatan tua, ia masih kuat kerana terbina dengan sihir Barrier. Sehingga efek sihir hilang, bangunan ini tidak akan pernah runtuh atau roboh.
Melihat seberapa besar dan tinggi perpustakaan ini, Clara mengganggap bahawa perpustakaan ini sebenarnya lebih besar daripada yang dijangkakan. Buktinya, Gerbang 1000 Dunia terbina di dalam perpustakaan ini.
Secara jujurnya, Clara tidak tahu tentang kewujudan Gerbang 1000 Dunia di dalam perpustakaan. Selama 10 tahun Clara menyelidik perpustakaan ini, dia tidak pernah perasan tentang Gerbang 1000 Dunia berada di pusat perpustakaan, bahkan catatan dalam mana-mana buku dalam perpustakaan ini juga tidak tertulis tentang ' Lokasi Gerbang 1000 Dunia '. Dia hanya pernah merasa aura yang tidak menyenangkan saja ketika berada di dalam perpustakaan untuk masa lama.
Baginya, penyelidikan itu bukan untuk merungkai misteri di dalam perpustakaan, namun dia ingin membaca semua buku yang ada. Tidak terlepas dengan gelaran ulat buku oleh temannya semasa zaman persekolahan dahulu. Mana tidaknya, Clara sering membaca buku di mana-mana dia berada, bahkan hampir semua buku yang dibaca oleh Clara dalam masa dua minggu di perpustakaan dalam sekolahnya.
Walau bagaimanapun, dengan sifatnya yang ulat buku, Clara tidak pernah berjaya menghasilkan melakukan sihir, jika ada, ia hanya berskala kecil dan kadang-kadang ia meletus. Oleh sebab itu, Clara sering diejek oleh pelajar-pelajar sekolahnya, " Clara, si bijak teori, tapi tak mampu menggunakan sihir " salah sorang budak lelaki pernah mengejeknya semasa dia tersandung dalam latihan sihir.
" Kenapa tak buat buku je? Kau bukannya mahir sihir pun.- "
" Ya, sepatutnya kau sekolah kat tempat orang low-grade, di luar daerah "
" Hahahaha! "
Namun, Clara tidak pernah membiarkan ejekan tersebut mengganggu fikirannya, dia bersikap rasional; sentiasa melihat sesuatu dari perspektif yang logik. Walaupun hatinya terguris dengan setiap ejekan yang diberikan, namun Clara tahu, tidak guna untuk melawan orang bodoh. Jadi, dia hanya melemparkan senyuman kecil, dengan kesepian sentiasa menemaninya.
Sebuah imbasan silam yang ingin dia lupakan, namun masih kekal segar di ingatannya. Dia mengambil nafas panjang untuk menenangkan diri.
" Baiklah, ini masanya! " Bisik Clara pada dirinya sendiri. Dia kemudian melangkah masuk ke dalam Perpustakaan Kuno, melewati setiap rak-rak buku yang sudah mahu rapuh.
" Tiada guna untuk aku berhenti di sini! Aku harus teruskan! " Ucap Clara dalam hati.
Clara pasti ada hikmah di sebaliknya.
Langkah demi langkah, kaki Clara akhirnya terhenti di hadapan gerbang yang sudah mempunyai cahaya gelap samar-samar.
" Apakah itu portalnya? "
Clara mengambil langkah kecil, tubuhnya menggigil, namun diseimbangi dengan ketegasan dan perasaan ingin tahu.
Clara menelan air liur dalam-dalam, terasa misteri dan menakutkan tentang gerbang itu, seolah-olah mengundang Clara. Dia tahu daripada cerita orang tua-tua, bahawa Gerbang 1000 Dunia mempunyai luas yang tak terhingga, menghubungkan 1000 Dunia dalam satu dimensi kehampaan. Namun, kebenaran ini akan terungkap sebentar lagi.
Langkah pertama untuk mendekati gerbang terasa berat, seperti ada beban yang menghentikan pergerakannya. Namun, tekad yang kuat dan mengandaikan segala kemungkinan, Clara memilih untuk melangkah terus dengan keputusan yang pasti.
Semakin dekat Clara dekat dengan gerbang, semakin terasa aura yang menekan pada dirinya. Dia hampir luluh. Namun, semangatnya masih membara.
Tiba-tiba, loket Clara yang digantung pada lehernya bercahaya, seolah-olah bereaksi pada sesuatu.
Oh, tidak, aku harus melakukan sesuatu! " Ucap Clara. Dia melihat sekiling, memastikan ada sesuatu yang boleh dipautnya. Malang tidak berbau, tiada tiang yang boleh dipaut oleh Clara, " Cih, apa aku bernasib buruk hari ni!? "
Tarikan semakin kuat, tekanan di sekeliling gerbang juga ikut meningkat, helaian kertas dan buku bertebangan pada ruangan udara perpustakaan.
Akhirnya, Clara tersedut ke dalam Gerbang 1000 Dunia.
Ruangan perpustakaan menjadi sunyi, buku-buku dan kertas-kertas halaman berselerak di atas lantai, aura yang menyelubungi sekitar gerbang juga hilang. Semuanya menjadi normal semula.
Bunyi unggas dan cengkerik memecah suasana malam.