Chereads / Journey : Di Balik Bayangan Dunia dan Gerbang ( Book 1 ) / Chapter 3 - Bab 2 : Gerbang 1000 Dunia

Chapter 3 - Bab 2 : Gerbang 1000 Dunia

Dunia di sekeliling menjadi ribuan serpihan cahaya dan terasa kewujudan sifat kecairan, ditarik ke satu titik pusat yang dengan kecepatan yang tidak dapat dirasai, seolah dihirup oleh batas ruang dan masa yang tidak terhingga.

Clara merasakan seperti tubuhnya dipecahkan kepada fragmen halus, seperti debu yang bersinar dibawa oleh ribut kuat. Setiap denyutan nadi menjadi detik masa yang tidak pasti. Nafas sukar ditarik kadang-kadang, digantikan sesuatu yang tidak nyata—sejuk, tetapi tidak menusuk, lebih kepada kehadiran benda asing di dalam organ pernafasan.

Ketika tubuh badan Clara mula mencapai sesuatu seperti penghujung kepada segala-galanya, ada sesuatu yang terasa tertinggal—sebahagian dari jiwanya seolah-olah tertinggal ke belakang, seperti dipecahkan realiti tetapi tidak putus.

Dalam sekelip mata, dunia itu menghilang, tidak memberikan sebarang petunjuk atau alamat, cuma kekosongan yang hampa.

Clara kini berada di suatu ruangan dimensi yang gelap dan kosong. Penghujungnya tidak kelihatan; dikabur oleh kegelapan yang menyelubungi sekilingnya.

Tubuh Clara berasa sedikit ringan, seolah-olah dia terapung di atas langit gelap, terkadang ia berdenyut, mula untuk menyesuaikan diri dengan realiti baharu. Urat-urat halus di tangannya bersinar lembut dengan warna biru kehijauan, berdenyut mengikut rentak jantung yang terasa lebih perlahan tetapi lebih kuat, seolah-olah diselaraskan dengan dimensi ini.

Anak matanya, kini berbentuk seperti galaksi kecil, memancarkan warna yang berubah-ubah setiap kali dia berkelip. Tubuhnya terasa lebih ringan, hampir tidak terikat dengan graviti, tetapi ada sensasi mendalam di dalam dirinya—seolah-olah tenaga dimensi ini sedang meresap ke dalam darahnya, mengubah sesuatu pada tahap yang paling asas.

Namun, Clara dapat merasakan sesuatu yang tidak selesa. Dia merasakan aura yang pekat tidak jauh dari tempat dia berdiri, mengancam dan menekan diri Clara untuk terus menguatkan otot kakinya agar tetap berdiri.

Dari suatu sudut yang tidak berpenghujung, terlihat susuk tubuh sedang berjalan perlahan mendekatinya, matanya merah menyala, menatap tajam ke arah Clara.

Clara menelan air liur. Dia cuba untuk menenangkan dirinya agar tidak ditekan oleh aura yang pekat; dihasilkan oleh susuk itu.

Semakin susuk tubuh itu mendekati, semakin terancam ketenangan Clara. Tekanan yang tidak nyata namun dapat dirasai oleh Clara.

Tak lama kemudian, susuk tubuh itu berada tepat di hadapan Clara. Tatapan wajahnya kini jelas kelihatan, seolah-olah ingin melahap Clara tidak tersisa.

Tubuhnya sedikit menggeletar, meskipun dia cuba menyembunyikannya. Nafasnya terputus-putus, menarik udara dengan dalam untuk menenangkan degupan jantung yang terasa berlumba-lumba. Matanya masih kaku melihat susuk tubuh yang lampai yang sedang berdiri di hadapannya, beku kerana masih gementar.

Namun, dia menggenggam erat tangannya, jari-jarinya mencengkam seolah-olah cuba mencari kekuatan di dalam diri. Kakinya terasa berat, seperti diikat dengan rantai ketakutan, tetapi dia memaksa diri untuk melangkah ke depan, walaupun hanya satu langkah kecil. Rahangnya mengeras, dan bibirnya tertutup rapat, menahan gemuruh di dalam dadanya.

" Siapa kamu? " ucap Clara dengan nada yang sedikit gementar tetapi sopan. Susuk tubuh yang merupakan seorang lelaki itu hanya berdiri diam untuk seketika. Kemudian, dia menyeringai, " Datang tanpa persiapan apapun, melontarkan soalan yang yang sangat lucu " lelaki itu ketawa jahat, memperli Clara.

Clara mengerutkan dahinya, menggengam erat jarinya kerana rasa dihina walaupun masih ada rasa takut.

" Haha! Kau marah ya, lucu sekali " lelaki itu masih memperlinya. Dia melihat Clara dengan tatapan yang jahat dan mengancam, mengganggap gadis di hadapannya naif.

Clara hanya melihat sahaja gelagat lelaki itu, walaupun dia berasa gementar dan tidak faham dengan ucapannya.

Setelah itu, lelaki itu memudarkan senyumannya. Dia mengecilkan matanya, menatap tajam terhadap Clara. " Penghuni abadi Gerbang, menjaga kestabilan dsn keamanan dunia di dalam Gerbang, menghapuskan segala punca kerosakan dan bencana kepada Gerbang, Aku ialah Morgath, Penjaga Gerbang 1000 Dunia " jelas Morgath dengan nada yang lantang dan megah tetapi mengancam.

Mendengar itu, Clara membeliakkan matanya, tidak percaya dengan fakta yang menampar dirinya, di ruang yang kosong dan hampa.

" Dengan demikian, beritahu aku siapa kau dan bagaimana kau boleh datang ke sini " Morgath bersuara lembut tetapi menekan, membuatkan Clara sedikit menggigil.

" Aku ialah Clara, aku.. aku tidak sengaja membuka gerbang " Clara mengumpul keberaniannya. Matanya masih tidak dapat melarikan diri daripada melihat tubuh Morgath yang tinggi dan berbahaya.

" Oh, jadi kenapa kau masuk ke sini? " Morgath merendahkan suaranya, cuba untuk tidak menakutkan Clara, tetapi cuba menutup identiti untuk sebentar.

Clara menghela nafas panjang sebelum memulakan penjelasan " Sebenarnya tiada siapa yang percaya kalau aku membuka Gerbang. Bahkan aku telan menunjukkan lokasinya tetapi ia tidak wujud ketika mereka datang. Jadi, aku masuk ke sini untuk tahu apa yang harus aku lakukan. "

Mendengar penjelasan itu, Morgath ketawa dengan lebih lantang dan keras. Clara berasa mengerutkan dahinya, berasa dihina oleh Morgath.

" Satu alasan yang sangat berbeza daripada orang yang pernah bernasib macam kau . " Morgath kemudian melihat menatap semula ke arah Clara sambil tawanya bertukar menjadi senyuman sinis.

" Kau bukan siapa-siapa di sini, Clara," kata Morgath dengan nada yang lebih perlahan, namun setiap perkataan seperti pisau yang menusuk jauh ke dalam.

Clara berasa kecil seperti sebutir pasir, mengetahui bahawa dia tidak sepatutnya tidak memasuki Gerbang ini tanpa kawalan orang yang lebih mahir dan berpengetahuan luas tentang Gerbang.

" Kalau begitu, aku balik semula ke dunia aku " Clara mulai sedikit berani untuk bersuara dengan nada tegas dan keras.

Morgath hanya tersenyum, tetapi tidak menyenangkan, " Ha! Kau fikir kau boleh pergi begitu saja " Morgath kemudian mengeluarkan sebuah kabut gelap dari tangannya, kemudian menjadi sebilah lembing yang unik dengan bilah pada kedua-dua hujung lembing.

" Sesiapa yang memasuki Gerbang ini harus dihapus " Morgath menghunus lembing ke arah Clara.

Clara menelan air liur setelah mendengar pernyataan itu. " Kenapa!? " Clara mengeluarkan kata dengan nada yang bergetar.

" Kerana mereka yang memasuki Gerbang ini sentiasa membawa bencana dan itu boleh termasuk kau, Clara "

" Namun, apa boleh aku buat, aku tidak boleh membunuh kau dengan serangan fizikal atau mana-mana sihir " keluh Morgath, namun tiada rasa kecewa dalam dirinya.

Clara yang mendengar itu, sedikit berada bersyukur kerana tidak jadi dibunuh.

" Tapi aku akan membunuh kau apabila aku dapat menyerap tenaga daripada dunia kau " Morgath memberi amaran tegas, " Jadi ketika kembali, kau harus menutup semula Gerbang atau kesemua yang kau sayangi akan ditelan oleh kemarahan ku " Morgath mengangkat jari telunjuk ke atas. Dalam sekelip mata, dunia berubah menjadi zarah-zarah yang tidak nyata, berbentuk cecair cahaya berwarna, sama ketika pertama kali dia disedut ke dalam Dimensi.

Namun, tidak seperti yang dijangka, Clara dibawa dengan pandangan yang lebih aneh.

Tiba-tiba, pandangan Clara berubah secara drastik.

Sekelip mata, dia tidak lagi berdiri di dunia yang gelap dan asing tadi. Sebaliknya, dunianya seakan-akan pecah menjadi kepingan-kepingan realiti yang berputar di sekelilingnya. Setiap kepingan membawa Clara ke dunia yang berbeza-seolah-olah rentetan dimensi-dimensi baru muncul di hadapannya dengan setiap pandangan.

Pertama, dia melihat hamparan padang pasir yang luas dengan langit yang dipenuhi dua matahari, masing-masing bersinar dengan warna kemerahan dan keunguan. Di kejauhan, makhluk-makhluk gergasi yang berapi-api mengerikan sedang bertempur di atas dataran yang berapi, meninggalkan gempa di tanah.

Seketika kemudian, Clara ditarik lagi ke tempat lain. Dia kini berada di tengah-tengah sebuah bandar terapung yang menakjubkan. Istana-istana tinggi dengan kubah emas memancar di bawah langit biru, dan udara dipenuhi dengan suara instrumen muzik dari zaman purba. Namun, ada sesuatu yang janggal-bangunan-bangunan itu seakan dipecah oleh masa, sebahagiannya hancur seperti ditelan perang yang tidak kelihatan.

Dan sebelum dia sempat memproses apa yang sedang berlaku, pandangannya berubah sekali lagi.

Dia kini berdiri di tengah hutan tebal yang dipenuhi dengan pokok-pokok raksasa, lebih tinggi daripada menara mana-mana istana yang pernah dia lihat. Angin berdesir lembut, dan di sekelilingnya, terdapat makhluk-makhluk aneh seperti peri dan roh-roh hutan yang berterbangan, masing-masing bersinar lembut di bawah cahaya bulan penuh.

Clara terkedu. Setiap dunia ini seolah-olah hidup hanya untuk beberapa saat sebelum ia hilang dari pandangannya, bertukar dengan dunia yang lain. Dia melihat gunung-gunung yang terapung di langit, lautan kristal di bawah langit merah pekat, dan juga istana yang dikelilingi ribuan makhluk bersayap hitam yang tidak dikenalinya.

"Apa semua ini?" Clara berbisik, suara seraknya hampir tidak didengari di tengah kekeliruan ini. "Adakah ini... dunia-dunia yang dihubungkan dengan Gerbang 1000 Dunia?"

Pandangan terus berputar, semakin pantas sehingga kepalanya mula berpinar. Dunia-dunia itu datang dan pergi dalam sekelip mata, seolah-olah rentetan realiti tidak dapat dikawal lagi. Clara merasakan tubuhnya ringan, seolah-olah dia dihanyutkan dalam arus yang tak dapat dilihat, dipukul oleh pelbagai kemungkinan yang mengelilinginya.

Lalu, tiba-tiba semuanya berhenti.

Clara mendapati dirinya kembali berdiri di dalam perpustakaan usang, tempat di mana segalanya bermula. Suara angin sepoi yang lembut bergema di antara rak-rak buku yang tua dan reput. Perasaan pelik menyelubungi dirinya-seolah-olah dia baru sahaja melintasi banyak dunia yang berbeza hanya dengan satu pandangan, tetapi kini dia kembali ke tempat asalnya.

" Apa yang sedang berlaku? " Clara mengeluh, masih tidak dapat memahami apa yang baru berlaku. Dia memeriksa dirinya, seolah-olah mencari sebarang tanda perubahan. Namun, tubuhnya masih sama. Perpustakaan ini juga tampak tidak berubah.

Tetapi, mindanya tidak tenang.

Bayangan Morgath, dunia-dunia yang berputar di sekelilingnya, makhluk-makhluk asing-semua itu berlegar dalam fikirannya. Apakah makna semua itu? Mengapa dia dibawa melintasi dunia-dunia lain hanya untuk kembali ke sini? Dan yang paling penting, siapa sebenarnya Morgath, dan mengapa dia membiarkan Clara pergi begitu sahaja?

Clara menghela nafas panjang, cuba mengaturkan segala persoalan yang menumpuk di benaknya. Gerbang itu kini tertutup rapat seperti sebelumnya, seolah-olah tidak pernah dibuka. Namun, Clara tahu bahawa apa yang dia lihat dan alami tadi bukan sekadar khayalan. Dia pasti telah membuka sesuatu yang jauh lebih besar daripada yang mampu difahami oleh akal biasa.

"Gerbang ini... ia membuka lebih daripada sekadar pintu ke satu dunia," Clara berbicara kepada dirinya sendiri. "Ia... ia menghubungkan semuanya."

Pertanyaan itu terus menghantui fikirannya. Clara tahu dia tidak boleh meninggalkan semua ini tanpa jawapan. Morgath pasti tahu lebih banyak daripada yang dia katakan, dan dunia-dunia yang dilihatnya tadi hanyalah permulaan kepada sesuatu yang jauh lebih besar. Tapi, bagaimana dia boleh mencari jawapan? Apa langkah seterusnya yang harus dia ambil?

Dengan hati yang penuh tanda tanya dan rasa takut yang masih menyelubungi, Clara melangkah perlahan-lahan keluar dari perpustakaan itu. Langit di luar telah mula cerah, menandakan malam akan tamat. Namun, bagi Clara, malam ini hanyalah permulaan kepada pencariannya-pencarian yang akan membawa dirinya kepada jawapan tentang Gerbang 1000 Dunia, dan apa sebenarnya peranan dia dalam semua ini.

" Aku harus melakukan sesuatu "