Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

bahagia bersamamu selalu

El_2
--
chs / week
--
NOT RATINGS
1.6k
Views
Synopsis
mengisahkan seorang gadis dan lelaki bersahabat dan Jeremie menaruh perasaan terhadap Ella iaitu sahabat perempuannya. namun apa yang bakal terjadi dengan persahabatan mereka?
VIEW MORE

Chapter 1 - cinta pertama?

Hai, perkenalkan nama aku Ella(nama panggilan). Inilah pengalaman cinta aku tetapi aku ada menambah sedikit idea supaya dia lebih menarik. Cinta yang setia. Kisah ini kisah yang benar dan aku pun jadikan ianya sebuah novel untuk meluahkan perasaan selama bertahun-tahun.

Bermula dari tingkatan 6 di mana aku baru berpindah sekolah. Lagipun aku ni dahlah introvert. aku pun belum ada kawan.

"Ring.. " lonceng berbunyi,

Dah tiba waktunya masuk ke kelas .

"Hai semua, saya Ella dan srlamat berkenalan" aku kekok bila memperkenalkan diri sendiri.

Tak sangka hari ni aku dapat cari kawan. Aku terpaksa duduk sendiri. Namun tidak, ada seorang lelaki yang duduk di sebelah aku secara tiba-tiba. Dia membuat aku terkejut. Tapi tidak mengapa sebab aku tidak lagi sendirian.

Lelaki tersebut membawa sebuah bekal yang diisi dengan nasi goreng dan ayam goreng. Aku pula membawa bekal sandwich dan sosej. Kami berkongsi makanan.

Aku cuba untuk mengetahui tentang dia

"Hai, saya Ella kelas 6M.awak pula? "

Lelaki itu memandang aku sambil tersenyum

"Hai, saya Jeremie. Dari kelas 6T"

Kami berdua berjabat tangan sebagai tanda perkenalan.

Aku gembira kami dapat jadi kawan.

Walaupun dia seorang lelaki

"Jeremie? Saya ni kawan pertama awak ke? " tanya aku

"Ye"

"Gembira rasanya"

'Ring' loceng berbunyi

Menandakan bahawa waktu sekolah tamat.

Ayah aku menyuruh aku untuk menaiki van kerana dia sangat sibuk dengan perkerjaannya.

Aku pun terpaksa balik lambat sehingga tiada orang di sekolah namun ada aku tidak berseorangan kerana Jeremie pun menaiki van yang sama dengan aku. Dialah kawan aku satu-satunya di sekolah buat masa itu.

Dia sentiasa membawa aku ke kantin selepas waktu sekolah tamat. Kami sentiasa bersama di mana-mana sahaja.

Aku rasa selesa dan bahagia dengan dia. Aku pun dah anggap dia abang.

Suatu hari, kami berdua balik lambat iaitu aku dan Jeremie.

Aku rasa bosan aedangkan Jeremie rasa gembira. Dia mengajak aku ke kantin tetapi aku tidak mahu. Dia menarik tangan aku.

Dari situ, muncullah perasaan yang hangat dari hati. Dia memegang tangan aku dengan lembut. Aku hanya mengikuti dia. Aku sungguh gembira dan bahagia lebih dari hari-hari yang sebelumnya.

Dari situ, aku mula bertanya-tanya

"Adakah ini yang dikatakan cinta pertama? "