Di ruang tamu,
Jeremie baru sahaja mandi dan memakai baju sedangkan aku sedang menyimpan barang.
"Ella, awak dah packing ke? "
"Dah"
"Saya mandi dulu ye Jeremie? "
"Yelah. Kalau awak nak saya mandikan, tunggu kita kahwin nanti ye"
"Mana ada saya fikir macam tu. Saya cuma bagitahu je. Tapi kalau sekarang nak mandikan boleh je"
Jeremie memegang lengan aku sambil menundukkan sedikit badannya
"Tunggu kahwin. Ye, sayang"
"Ok. Saya mandi dulu"
Kuatnya iman dia sampai godaan aku tak menjadi. Semalam dia tolak. Hari ini dia tolak juga.
Aku menoleh ke belakang sebelum pergi ke bilik mandi. Aku melihat bahawa dia senyum semasa menyimpan barang.
Sampai di bilik mandi,
Encik Jeremie ni memang pandai nak menahan semua tu nafsu dia tu ye.
Teringat pula ayat alkitab Yakobus 1:14 (TB) Tetapi tiap-tiap orang dicobai oleh keinginannya sendiri, karena ia diseret dan dipikat olehnya.
Selesai mandi,
Aku memakai gaun warna merah yang pernah aku pakai ke pantai dahulu. Aku pergi ke ruang tamu dan menunjukkannya kepada Jeremie.
Aku melihat Jeremie terkejut sehingga tidak sanggup berkata-kata.
"Ella, boleh tak saya nak ke bilik tidur kejap? "
"Rumah awak. Dipersilakan"
Beberapa minit kemudian,
Dia memakai baju biru tersebut di mana semasa kami ke pantai dahulu. Rupanya tetap sama. Dia memang sempurna dari dulu. Jeremie menghampiri aku.
"Sempurna" kata aku
"Awak pun sama sempurna. Awak nak tak kalau saya ajak keluarga saya sekali"
"Boleh je"
"Jeremie, awak janji awak takkan tinggalkan saya sendiri? Saya takut nak kehilangan awak. Saya tak nak lagi sakit hati. Tolonglah teman saya sampai akhir hayat kita, sayang? "
"Ella, awak jangan risau. Saya takkan tinggalkan awak. Saya dah sukakan awak 6 tahun"
"6 tahun? Bukan ke kita baru jumpa masa kita tingkatan 6? "
"Awak ingat tak lelaki yang kehilangan buku di UK dulu. Tu aku. Kau tolong aku cari buku aku yang hilang kat UK tu. Buku tu dekat atas bahu jalan . Aku ingat lagi muka kau. Muka kau tak pernah berubah. Kau masih macam malaikat. Tak sangka kita akan berjumpa lagi. Macam mujizat"
"Awak ke orangnya. Tak sangka awak sukakan orang yang awak tak kenali dulu"
"Sekarang saya dah kenal dan akhirnya kita hidup bahagia"
Jeremie mencium dahi aku dengan kasih sayang.
Selepas beberapa minit,
Aku dan Jeremie menaiki kereta dan Jeremie memandu kereta.
"Ella, kalau awak cintakan orang tu awak akan buat apa? "
"Saya akan sayang dia. Kalau dia dah jadi milik saya. Kalau dia bukan milik saya. Saya tetap nak dia gembira dan bahagia selalu walaupun dia dengan perempuan lain. Saya tak kisah sebab saya tak nak tengok dia sedih. Kalau dia dah jadi milik saya dia tak boleh dengan perempuan lain ye. Sebab cinta saya dah terlalu besar untuk dia. Faham? "
"Faham. I love you"
"Ok"
"Aku cakap I.. Love.. You"
"Ok. Aku dengar"
Aku melihat Jeremie berhenti di bahu jalan.
"Cuba cakap I love you"
"Love you"
Jeremie keluar dari bahu jalan dan terus memandu kereta.
Aku mencuba untuk menggoda Jeremie lagi. Tapi kali ini ada cara yang sangat tajam.
Aku memegang pehanya dengan lembut.
Walaupun aku nampak halkum dia bergerak tapi dia hanya mengambil tangan aku dan memegang tangan aku.
Ok, aku mengaku ini kali ketiga aku ditolak. Rasanya memang betullah tunggu kahwin. Nak tengok macam mana godaan ndsu aku ni
Sesampainya di pantai,
aku melihat bahawa ibu bapa Jeremie dah sampai terlebih dahulu. Mungkin kami lambat
"Mommy, father. Kami datang" Jeremie menarik tangan aku lalu menuju ke bakal mertua aku.
Ibu Jeremie memeluk aku
"Ella, dah lama mommy tak nampak Ella. Ella sihat, sayang? "
"Sihat je, mommy"
"Terima kasih dah jadi bakal menantu mommy"
"Sama-sama mommy"
Ini ke rasanya dipeluk ibu bapa?
Jeremie, terima kasih dah jadikan aku sebahagian daripada keluarga ni. Aku bahagia dalam keluarga yang bahagia ni.
"Father ada bawa kamera. Nanti kita foto tau" ucap bapa Jeremie
"Boleh je" kata Jeremie
"Apa kata. Mommy cadangkan Ella dan Jeremie dulu. Baru mommy dan father"
"Boleh" ucap aku, Jeremie dan ayah Jeremie secara serentak
Ayah Jeremie akan atur gaya kami
"Ok.. Jeremie cium Ella"
"Ok.. Peluk Ella"
"Jeremie lamar Ella"
Walaupun tak ada cincin. Aku tetap gembira kerana masih bersama dengan orang yang aku cintai.
Akhirnya,
Jeremie yang ambilkan foto ibu bapanya. Sedangkan aku pula aturkan gaya
"Mommy cium pipi father"
"Father pun sama"
"Peluk "
Selesai bergambar,
"Ella, cantikan view dia kat sini? " tanya Jeremie
"Ye. Cantik sangat".
" ingat tak gambar pasal aturkan gaya bentuk lamaran tadi? "
"Ye"
"Nanti aku akan lamar kau kat sini"
"Jeremie. Saya ikut je cakap awak"
"Jom, makan" Jerit mommy sambil senyum
Bilalah aku dapatdrngan keluarga aku macam ni . Aku harap suatu hari nanti.
"Bila nak kahwin? "Tanya mommy
Aku dan Jeremie bersama-sama tersedak semasa minum air
"Belum lagi mommy. Kami fokus cari rezeki dulu" ucap Jeremie
"Alah. Jangan lama-lama tahu. Tak sabar mommy nak menimbang cucu."
"Ok. Mommy" ucap aku
Lalu kami sambung makan.