Chereads / bahagia bersamamu selalu / Chapter 5 - penculikan

Chapter 5 - penculikan

Hari hujan disertai petir. Aku sendirian di rumah. Tetapi aku rasa macam ada sesuatu yang memerhatikan aku.

Pintu rumah aku diketuk. Pada mulanya aku menyangka bahawa itu Jeremie rupanya ia sesuatu tak boleh dijangkakan

Apabila aku membuka pintu, ada seseorang metutup mulut aku memakai tisu sehingga aku pengsan. Mungkin kesan daripada ubat yang dia gunakan. Seseorang tersebut memakai baju yang pelik.

Aku melihat dengan mata yang setengah sedar. Aku di dalam sebuah kereta. Aku tidak tahu aku bahawa aku akan dibawa ke mana. Tetapi semestinya ada 3 orang lagi penculik termasuk penculik yang membawa aku keluar dari rumab tadi. Aku basah kuyup ketika itu. Aku kembali pengsan akibat kesan dari ubat yang dia bagi. Tapi aku dapat mendengar dengan jelas bahawa suaranya kedengaran familiar.

Saat aku bangun kembali, aku melihat bahawa mereka mengikat kaki dan tangan aku. Aku takut tetapi aku tidak tahu nak buat apa. Siapa mereka?. Aku mula bersuara

"Woi! Lepaskan aku! "

"Diam! " salah satu daripada mereka menjerit namun itu bukan suara yang aku dengar tadi.

"Siapa kau! " balas aku

Dan orang yang menyahut aku tadi menampar aku. Sehingga aku kembali pengsan.

Beberapa jam kemudian,

Aku pun bangun. Aku diikat di bilik yang gelap dan ditemani oleh lampu pelita.

Aku kat mana?

Sementara Jeremie,

"Apasal aku call Ella tak angkat-angkat ni?! Ella cepatlah. Kau ingat ni main-main ke?! "

Jeremie meletakkan telefonnya kembali dan risau dengan keadaan Ella.

Tiba-tiba, telefon Jeremie berdering,

Jeremie cepat-cepat angkat telefonnya

"Helo, Ella. Kau ok tak ni? "

"Ella? Ella ada dengan aku. Dia tengah diikat dan akan dibunuh sebelum dalam masa seminggu kalau kau tak bagi aku duit tebusan sebanyak RM 345,000. Kalau tak nak bagi, macam yang aku cakap dia akan dibunuh sebelum dalam masa seminggu. Ingat satu benda penting. Jangan lapor kat polis kalau tak nak dia pergi awal ke tuhan"

Lalu penculik tersebut menutup telefon.

Jeremie menangis dan ke rumah ibu bapanya.

"Mommy, daddy. Ella. Ella kena culik"

"Hah?! " ibu bapa Jeremie terkejut dan menitiskan air mata.

"Macam mana dia kena culik?! Apa yang penculik tu cakap?! " tanya ibu Jeremie

"Penculik tu cuma cakap sebelum seminggu kita kena bagi dia tebusan sebanyak RM 345,000 kalau nak dia selamat. "

"Duit tak ada masalah. Tapi kita kena laporkan kat polis" kata ayah Jeremie

"Tak boleh nanti dia akan bunuh Ella. Saya cintakan Ella. Walaupun dia cuma sahabat saya. Tolong jangan biarkan dia pergi dulu"

"Jeremie, mak dan ayah faham kamu sukakan Ella tapi kita kena buat laporan polis dahulu"

"Baiklah"

Beberapa minit kemudian,

Jeremie dan ibu bapanya tiba di balai polis.

Jeremie menjelaskan secara terperinci kepada pihak berkuasa. Dan dia berharap bahawa dia akan berjumpa lagi dengan Ella. Jeremie juga memberitahu kepada pihak polis bahawa jangan menyebarkan berita kehilangan Ella. Pihak polis bersetuju demi keselamatan Ella

Beberapa hari kemudian,

Sudah 4 hari Jeremie tak makan. 4 hari itu juga sebelum Ella ditemui. Namun penculik tersebut menelefon kembali

Telefon Jeremie berdering,

"Helo? "

"Ella, bila dah cukup seminggu kau perlu datang ke lokasi yang aku bagi dan bawa duit tebusan sekali. Aku pula akan bawa Ella. "

"Kejap! Kejap! Bagi aku dengar suara Ella! Please! "

"Fine. Jeremie tolong aku! Aku takut! "

"Ella? Ella? Bertahan ye?! Aku akan selamatkan kau. Jangan risau. "

"Bye"

Jeremie memberikan rakaman audio kepada pasukan polis dan mereka aka bertindak apabila tiba waktunya.

Sedangkan Ella,

"Woi! Lepaskan akulah! "

"Kau diam! Tak de sesiapa yang akan selamatkan kau! "

"Aku yakin Jeremie akan selamatkan aku! "

"Tak! Kau tetap akan mati! Sebab bila aku dah dapat dduit tebusan dari dia, aku akan bunuh kau! Kau faham tak?! "

"Manusia yang tak ada hati perut macam kau ni sepatutnya tak layak untuk hidup! Kau tahu tak?! Aku kenal suara kau! Zemy! "

"Baguslah kau tahu ni aku. Kau nak tahu tak apasal aku culik kau?! Sebab dulu engkau malukan aku depan semua orang! Kau ingat tak?! Kau ingat ke tak?!. "

"Ye aku ingat! Kau nak tahu tak apasal?! Sebab waktu tu kau tak fikir masak-masak sampai sekarang! "

"Mulut engkau tu kan?! Memang nak kena pukul kan?! Nilah yang dicakap balasan! Kau ingat aku ni tak tahu malu?! "

Zemy pergi dari situ,

Aku cuba memikirkan cara untuk lepaskan diri aku sendiri. Aku cuba mencapai sebuah gelas minuman yang berada di dalam bilik tersebut. Akhirnya aku pecahkan velas itu dan mengambil serpihan kaca untuk melepaskan aku dari tali ini. Aku juga melihat telefon bimbit aku tidak jauh dari aku.

Aku berjaya melepaskan diri dan cuba mencari jalan keluar. Aku melihat bahawa ada sebuah tingkap. Aku keluar menggunakan tingkap tersebut.

Tapi walapun aku jatuh ke tanah dan terluka lebih baik daripada mati. Aku segera melarikan liri daripada situ.

Aku rasa penat separuh jalan lalu pengsan. Memang teruklah aku ni.