Chereads / KEKASIH ATAU PACAR / Chapter 6 - BANDUNG 2

Chapter 6 - BANDUNG 2

SELESAI acara malam tadi, tengah hari itu mereka berangkat kerumah besar keluarga Pratama. Mereka akan menginap disana satu malam sebelum anak-anak semua pulang ketempat mereka masing-masing.Setelah sampai, mereka terus diajak makan tengah hari bersama. Di ruang makan bermacam cerita yang mereka kongsi. Sudah pasti disana juga ada Lydia. Tapi seperti yang dikatakan Iefan, dia hanya mempu mendiamkan diri. Tambah lagi dia sudah mendengar cerita mengenai keluarga Rasha. Dia takut pada akhirnya nanti dia yang dimarahi.Secara tiba-tiba Sagara menghulur beberapa ketul udang ke pinggang Rasha. "Your favourite right?" Lembut ucapannya. Amanda berdehem, dan mereka yang lain hanya tersenyum. Rasha pula hanya mampu menahan malu. "Thanks.""Sagara, jangan lama-lama ya." Ujar Riyanti sambil tersenyum lebar."Oh by the way, nanti sore Amanda sama Rasha izin ke jalan ya?" Amanda meminta izin untuk berdating dengan sahabatnya itu. Tak mungkin la sudah jauh jauh bawa Rasha ke Bandung tapi tidak bawa jalan-jalan."Mau kemana, sayang?" Tanya Riyanti."Erm, Ciwalk aja kali ya.""Boleh, tapi bawa abang ya? Bisakan bang?" Riyanti terus memandang Sagara.Amanda hanya mengangguk. "Bisa kok oma." Singkat jawapan Sagara. Mana mungkin dia menolak peluang berjalan dengan Rasha walaupun ada seketul Amanda bersama.***AMANDA dan Rasha yang sedang seronok memilih baju tiba-tiba didatangi Lydia yang muncul secara mengejut. "Enak ya lo, udah disayang sama oma dan keluarga om Az." Ujarnya"Lydia? Kapan lo kesini?" Soal Amanda. Matanya melilau mencari Sagara yang tadi dibelakang mereka tapi tiba-tiba menghilang."Temen lo ini emang ga punya mulut ya? Lo terus yang ngejawab." Lydia tersenyum sinis. Sakit hati melihat dia diabaikan oleh Rasha. Rasha pula hanya mengeleng kepala. "Bukan taknak jawab kau, tapi aku malas. Sebab bercakap dengan orang bodoh buat aku rasa macam bodoh juga." Jawab Rasha dengan kasar. Dia mungkin tidak banyak cakap, tapi dia bukan orang yang senang dibuli dan dibodohi."Denger ga tuh? Hahaha... Mending lo pergi deh. Pusing gue liat muka lo." Sambung Amanda. mereka cuba beredar dari tempat itu tapi tangan Rasha di tarik Lydia.Tidak menunggu lama, Lydia terus menampar Rasha dan lansung dibalas Rasha dengan tamparan yang lebih kuat. "Kau jangan ingat, kau boleh buat sesuka hati kau eh Lydia. Kau kasar, aku pun boleh. Aku malas tau bergaduh dengan manusia macam kau ni. Kau tau sebab apa? Sebab once a loser, always a loser. Kau jangan sampai aku buat kau melutut minta maaf dengan aku."Tidak mahu terus bertengkar, Rasha terus pergi dari tempat itu diikuti dengan Amanda. Sebenarnya Amanda agak terkejut. Ini kali pertama dia melihat sisi seram Rasha. Sagara juga sebenarnya sedang memerhati dari jauh. Tidak lama, dia mendekati Lydia."Lydia! Masih berani ya lo. Liat aja, lo dan Danial ga bakal bisa lari dari gue. I've warning both of you before right?" Sagara menegaskan bahawa kata-katanya sebelum ini tidak main-main. Dia meninggalkan Lydia dan mengejar Rasha dan Amanda."Abang kemana aja sih tadi? Lydia gangguin Rasha tadi tau ga?" Amanda memukul kembut bahu abang kesayangannya itu."Maaf ya, abang ke toilet. Tapi Rasha aku kaget. This is my first time seeing you being that kasar. Gimana tuh nyebutnya. Diam-diam ubi berisi? Benar ga, Sha?"Mereka bertiga ketawa. Dari jauh Lydia memerhati mereka. Dendamnya semakin besar. Dia tidak mungkin mendiamkan diri begitu saja. 'Liat aja nanti, siapa yang bakal melutut.' Bisiknya dalam hati. Dia sudah berjanji tidak akan kalah.***KEESOKKAN harinya, Azriel, Sabhira dan Riyanti menghantar ketiga anak itu ke lapangan terbang. Sebelum mereka masuk ke Boarding Hall, Riyanti sempat memeluk Rasha. "Sering-sering main ke Bandung bareng Amanda ya." Ujarnya.Begitu juga dengan Azriel dan Sabhira. Mereka senang dengan kehadiran Rasha yang sedikit sebanyak dapat melepaskan rindu mereka terhadap Sabian. Amanda dan Rasha begitu rapat seperti mana Amanda ketika bersama Sabian.Tiba di Bali, masing-masing mereka keletihan jadi mereka merancang untuk makan malam di luar sahaja. Sagara membawa mereka ke sebuah restoran yang menyediakan menu ala western food. Mereka hanya mengikuti kemahuan Sagara kerana sudah lapar dan malas mencari tempat lain lagi.Sedang sibuk makan, dua pasangan sejoli muncul dari pintu utama restoran itu. "Gar! Liat tuh!" Tunjuk Argion. Bukan hanya Sagara yang mengangkat muka, semua mereka yang berada di meja itu melihat ke arah yang di tunjuk Argion. "Ada aja bikin spoil moodnya." Kata Amanda.Sudah diagak, kedua pasangan itu mendekati mereka. "Hello kalian semua. Baru nyampe ya?" Soal Lydia dan dengan sengaja memeluk tangan Danial."Mending pergi deh lo berdua. Lama-lama sakit nih mata gue." Argion yang kegelian melihat Lydia cuba menghalau. "Kalau lo sakit mata, gue sakit telinga. Soalnya gue tuh denger suara monyet, bukan suara manusia gitu." Mahesa berjaya membuat mereka semeja ketawa besar."Eh, Mahesa! Saran gue, lo itu ga usah ikut ikutan. Keluarga lo itu baru aja bisa gabung sama keluarga Pratama. Lo mau apa, gue suruh keluarin keluarga lo lagi?!" Tengking Lydia tidak berpuas hati. Danial hanya diam. Memandang ke arah lain."Ih ngeri... Abang Gara... Mahesa takut..." Suara manja dibuat-buat."Jangan khawatir ya dek Mahesa. Abang bakal usir monyetnya ya..." Sagara membelai dagu Mahesa. Sekali lagi ketawa mereka pecah. "Abang Gara... Itu ga baik loh panggil Mbak Lydia monyet. Bukannya Mbak Lydia itu nenek lampir ya?" Sambung Iefan sengaja memanaskan lagi keadaan.Danial tidak dapat menahan hati, mengambil air yang ada di atas meja dan menumpahkan air itu di tepat di kepala Iefan. "Korang semua dah melampau! Korang ingat korang tu baik sangat?! Kalau baik tak adalah menghina orang sampai macam ni sekali kan! Korang tunggu, aku takkan berdiam lagi lepas ni! Lydia mari ke tempat lain saja." Ujarnya sambil menarik tangan Lydia pergi dari restoran itu."Lah gue belum sempat bales. Mana gue baru buka mulut." Iefan membersihkan rambutnya menggunakan tisu. Nasiblahh bukan air manis. Kalau tidak, pasti sudah melekit. "Kak Iefan ga pa-pa?" Tanya Amanda.Iefan ketawa kecil. "Santai. Itu mah biasa. Masa lelaki lawan nya kayak perempuan. Pake numpahin air segala. Minimal tonjokkan satu kali kek. Gue Lydia, malu gue laki gue cuma ngebela gue gitu.""Udah ah! Ga usah dibahas. Mending makan." Sagara menutup isu itu. "Eh, by the way mid-sem break 3 minggu lagi ni dari sekarang. Any plan?" Sambung Sagara."New Zealand trip yuk?" Ajak Iefan."Ga ah! Kashmir sih kata gue." Jawab Argion."Mending ke Jepang." Kata Sagara."Maldives aja." Sahut Mahesa."Ga bosen apa liat pantai dan laut terus? Gimana kalau kita ke Paris?" Amanda pula menyuarakan pendapat. Manakala Rasha hanya mampu diam. Tidak mampu berdebat dengan anak orang kaya. Isu debat mereka yang bukan-bukan. Dia nak balik Malaysia selalu pun susah. Ini kan lagi nak keluar negara. Bukannya tidak mampu tambahan pulakan dia anak tunggal. Cuma tidak mahu meminta dan menyusahkan kedua orang tuanya. Lainlah jika bisnes ayahnya sebesar bisnes keluarga mereka."Sha, kalau kamu mau kemana?" Tanya Sagara yang melihat Rasha hanya diam."Erm, Korea Utara." Jawabnya singkat."HAH?!" Serentak keluar dari mulut 5 anak orang kaya itu."Hehe... Just kidding..." Sambung Rasha sambil ketawa kecil.***RASHA merenung siling biliknya kemudian melepaskan keluhan besar. Dia tidak dapat tidur setelah mendengar kata-kata Danial tadi. Dia tahu, bila Danial sudah berazam pasti dia akan usaha kan hingga dia puas. Dia risau ada yang terluka hanya manusia gila itu.Kerana bosan berpusing-pusing dari tadi, Rasha pun berinisiatif untuk keluar rumah dan duduk di bang depan. Cuba mengambil angin malam. Mana tahu selepas itu dapat tidur. Sebelum keluar, dia sempat menjenguk Amanda. Si manja itu pula sudah pulas tidur. Jadi terpaksa lah dia membuli si Tyara. Dia membawa Tyara duduk bersamanya di luar."Tya, sorry ya tinggalkan Tya 2 hari." Ujarnya sambil mengusap kucing nya itu. Nasib baiklah pemilik rumah sewa mereka mahu menjaga Tyara sementara mereka di Bandung. Tidak lama diluar tiba-tiba telefonnya berbunyi. Sagara menghantar mesej kepadanya.

 Kenapa sendirian di luar? – Sagara

 Mana ada sendiri. Ada Tya. – Rasha

 Terus ngapain? Ga kedinginan? – Sagara

 Tak dapat tidur. Ambil angin. Abang dekat mana? Tak Nampak pun. – Rasha

 Abang bisa liat dari kamar atas. – Sagara

 Oh. Baiklah. – Rasha

 Masuk gih! Udah jam lebih jam 12 Sha. Dingin. Masuk angin. Demam. – Sagara

 Ya abang. – Rasha

 Good girl. Tidur terus ya. Good night cantik! – Sagara

Rasha tersenyum sendiri membaca isi mesej dari Sagara. Dia kemudian masuk ke rumah sebelum bebelan Sagara makin panjang. Sagara memang seorang yang peka yang sangat ambil berat. Mungkin kerana terbiasa sudah menjadi anak sulung. Disisi lain, Sagara sedang berguling guling dikatil. Gembira chatnya tidak diabaikan lagi seperti sebelum ini. Tidak sia-sia dia lambat tidur.'Ga salah kan kalau gue berharap lebih, calon pacar?', gumamnya dalam hati sambil tersenyum sperti orang gila.