DANIAL mengeluh mendengar bebelan ibunya setelah tahu bahawa dia memutuskan hubungannya dengan Rasha. Sudah lama putus, tapi baru sekarang dia berani memberitahu keluarganya kerana keluarganya sangat menyayangi Rasha. Ya lah, siapa yang tidak suka dengan Perempuan lemah lembut, dan pandai dalam segala hal dirumah."Mak, Rasha tu tak ada lah baik sangat pun. Masa cuti semester lepas, dia bawa ramai lelaki ikut dia bercuti kat sini tau?!" Danial cuba membela diri. Mana mungkin dia mahu kelihatan jahat sendiri.Ibu Danial mendengus geram. "Aku tak kisah. Aku nak kau balik dengan Rasha atau kau cari yang lebih baik dari Rasha. Kalau tak, jangan haraplah aku nak restu!" Ibunya terus berlalu masuk ke bilik. Bapanya pula hanya diam. Tidak tahu mahu berkata apa. Dia tahu, yang salah memang anaknya. Setelah mendengar khabar itu pun, dia terus menghubungi keluarga Rasha. Menanyakan kebenaran dari cerita anaknya.Yang membuat mereka berdua geram, Danial cuba menipu mereka mengatakan Rasha punca mereka putus sedangkan itu semua salah dia. "Ayah tak sangka Dani berperangai macam ni. Tadi pakcik Raidi kamu pun ada bagitahu yang dia dah suruh kamu berubah dan minta maaf kepada Rasha kemudian cuba pulihkan hubungan. Tapi makin menjadi pula kamu. Entah perempuan mana entah yang buar kamu sampai jadi macam ni. Perempuan tu memang bukan perempuan yang baik-baik. Jadi pandai-pandai kamulah nak nilai sendiri.""Kamu bandingkan hidup kamu masa ada Rasha dengan hidup kamu yang sekarang. Kamu tu dah salah pergaulan. Tolong lah ubah balik diri kamu." Sambung ayahnya sebelum masuk ke bilik juga. Danial hanya dapat mengeluh.Ya dia sedar, dia sekarang tidak sama dengan dia yang dulu. Dulu dia seorang rajin belajar, solat juga tidak pernah tinggal. Sekarang? Sudah jadi kaki pub dan pandai meneguk arak. Dan ya, dia mengakui itu semua dia belajar dari Lydia. Pada awalnya, Lydia memujuknya dengan kata 'release tension' hinggalah pada akhirnya dia benar-benar terjebak ke arah itu.Berubah? Seharusnya dia berubah kembali seperti dulu tapi kehidupan dia yang sekarang begitu seronok baginya. Tapi tidak mungkin dia akan terus terjebak dan menghancurkan masa depannya sendiri. Dia juga sekarang kadang-kadang merindui Rasha. Selalu membuka profil media social Rasha untuk mengetahui aktiviti wanita itu.Seperti sekarang, dia sedang menulusuri salah satu platfrom media sosial dan membuka profil Rasha. "Happynya Rasha sekarang. Seronok dibawa ke mana-mana oleh keluarga orang kaya tu. Tercapai Impian awak Rasha nak travel sana sini." Gumamnya sambil tersenyum memandang gambar Rasha.***LYDIA mendapat tahu bahawa dua sepupunya membawa Rasha ke Switzerland kemudian membuka topik itu dihadapan neneknya ketika mereka makan malam bersama dia rumah besar keluarga Pratama. Dia geram dan cemburu. "Oma! Kok Sagara sama Amanda ke Swiss pake bawa Rasha segala. Emang punya duit tuh orang?""Jangan pandang rendah terhadap orang, Lydia." Tegur Riyanti. Dia tahu cucu nya yang satu itu memang manja dan ada sifat yang tidak mahu kalah lebih lagi dengan orang yang dia tidak suka. Tapi ini selalu dia salahkan anaknya kerana terlalu memanjakan Lydia sehingga punya sifat yang agak buruk.Lydia mendengus kasar. Sudah dia agak Riyanti tidak akan menyebelahi dia. "Oma, gi mana ya. Oma, kenapa sih berat sebelah? Sagara sama Amanda aja dihati oma. Apalagi Amanda. Semua di bolehin. Lah aku? Semua salah.""Lydia!" Tegur Liska. Ibu kepada kepada Lydia. "Ga pa-pa Lis. Oma itu ga pernah ya berat sebelah. Kamu salah ya kerana kamu memang salah. Begitu juga sebaliknya. Soal Amanda, dia punya trauma besar. Jadi emang harus dikasih perhatian lebih. Trauma itu bukan perkara yang main-main ya, Lydia." Panjang lebar penjelasan Riyanti, berharap Lydia faham.Lydia berdecak. "Ck! Sedalam apasih trauma Amanda? Kalau gitu, ikut aja tuh Sabian. Biar traumanya hilang."Liska laju memukul bahu anaknya. Tidak tahu kenapa Lydia jadi sangat berani melawan Riyanti pada hari ini. "Lydia, omongannya dijaga!" Tegur bapanya yang dari tadi hanya diam. Cuba menegur dan menghentikan perdebatan antara cucu dan nenek."Kamu ini makin hari makin tidak bisa diandal ya, Lydia. Ini salah kalian ya, Aznawi dan Liska. Kalian terlalu memanja kan Lydia hingga tidak mahu kalah dengan orang. Asal kamu tau ya, Amanda itu saksi kembarannya mati dan juga saksi opa kalian mati! Di saat semua orang di keluarga ini sedang bersenang, bergembira hanya Amanda yang bisa kepikiran datang jenguk opa. Dan disaat itu, opa dibunuh." Tanpa sedar, air mata Riyanti jatuh, mengalir membasahi pipinya."Jangan berani sakitin Amanda hanya kerana kamu cemburu." Sambungnya sebelum meninggalkan meja makan. Anak-anak dan cucu-cucunya hanya bisa diam. Takut mengeluarkan kata-kata. Lydia pula menjeling saja neneknya yang sudah berjalan naik ke bilik. Amaran dari neneknya itu tidak membuatkan dia takut.Yang ada, api cemburu dan kemaharannya semakin menyala. 'Lihat saja. Amanda dan Rasha. Gue tandain nama kalian.' Bisik hatinya.***CUTI habis, mereka pun sudah mula sibuk dengan kerja masing-masing. Dan seperti biasa, jika ada waktu yang kebetulan sama mereka akan berjanji untuk makan bersama. Hari itu, tidak dapat pergi jauh mereka hanya berkumpul di kantin jabatan kejuruteraan kampus mereka. Mereka berjanji di sana kerana tidak terlalu ramai yang akan makan di kantin jabatan mereka.Manakala di jabatan perniagaan pula, terlalu sesak. Jadi terpaksalah Rasha dan Amanda yang berjalan sikit menuju ke jabatan abang-abang mereka itu. Sewaktu berjalan, tanpa sengaja mereka berdua bertembung dengan pasangan sejoli yang sepertinya sedang bergaduh mulut.Belum lama berjalan Rasha menerima mesej dari Sagara.
Lama banget… Huhu. – Sagara
Sabar. – Rasha
Ga bisa, kangen. – Sagara
HEH! – Rasha
Hehe… Mau makan apa? Aku bantu order dulu. – Sagara
Rasha nak bakso (jangan pedas), Amanda nak nasi goreng. Teh lemon 2. – Rasha
Baik tuan puteri. – Sagara
Rasha hanya tersenyum melihat balasan Sagara. Makin hari, hubungan mereka berdua makin dekat. Dan sudah beberapa kali Sagara membawa mereka berdua untuk bercinta tapi dia masih belum bersedia dan meminta Sagara untuk sabar sekejap saja lagi.Tepat mereka sampai, makanan mereka juga siap. "Nah, buat kamu aja." Sagara memberi beberapa keping keropok goreng kepada. Dia tahu Rasha sangat menyukai keropok goreng tapi malu minta lebih. "Thanks!" Ujar Rasha sambil tetrsenyum manis."Sweet banget... Tapi ya tetap aja, masih belum pacaran." Lagi-lagi Amanda mengusik mereka beruda. Sagara dan Rasha hanya mampu diam manakala mereka yang lain ketawa mendengar usikan Amanda. "Eh, by the way tapi aku sama Rasha ngeliat pasangan sejoli itu kayak lagi berantem." Sambungnya."Sempat dengar ga?" Soal Iefan, kepo. Keponya mengalahkan kepo perempuan."Ga, jauh soalnya. Tapi aku yakin banget, ga lama bakal putus. Terus Dani ngejar Rasha lagi." Jawab Amanda selamba sambil mengunyah nasi goreng.Sagara mengangkat muka, terus memandang Rasha yang sedang sibuk makan baksonya. "Sha, what if Dani beneran ngejar kamu lagi? Kamu mau sama dia?" Tanyanya membuat Rasha berhenti mengunyah. Memandang lama wajah Sagara. "I'm not that stupid." Balas Rasha kemudian sambung makan."Jangan ya, kalau kamu mau sama dia lagi aku hancurin ni seluruh Bali." Sagara merenung Rasha dengan harapan Rasha membalasnya. Tapi hampa, Rasha sibuk dengan makanannya. Kalau Rasha sudah berjumpa dengan makanan, jangan haraplah dapat diganggu.Sagara mengeluh halus kemudian mengelus lembut kepala Rasha. "Ih, untung aja lucu." Gumamnya.***LYDIA yang sepatutnya pergi ke bar kerana sudah berjanji dengan kawan-kawannya terpaksa singgah di sebuah kafe di pusat bandar. Jika bukan keran Danial yang memanggilnya, memang tidaklah diam ahu menolak ajakan kawan nya ke bar.Danial sudah menunggu disana sejak tadi. "Hi babe!" Ujar Lydia sesampai disana. Dia terus duduk berhadapan dengan Danial. Danial pula diam dan mukanya agak serius. Lama memandang Lydia yang tersenyum dihadapananya."Kenapa babe? Is there anything bothering you?" Tanya Lydia kerana melihat Danial yang hanya diam. Danial menarik nafas panjang kemudian berdehem. "Erm. Lydia. We should stop until here.""What do you mean?""Putus. I nak kita putus.""Why?! Kenapa tiba-tiba?" Makin tinggi suara Lydia. Untung saja kafe itu kosong. Hanya ada mereka berdua. Kalau tidak, mungkin sudah lama Danial meninggalkan dia sana kerana malu."Actually, this is not tiba-tiba. I dah lama fikir. And now I baru berani ambil Keputusan untuk putus dengan you. Ini bukan salah you. Salah I, sebab I tak boleh move on from Rasha. I masih ingat dia every single day. And I menyesal dengan apa yang I dah buat dekat dia selama ni. I nak perbaiki diri I and nak perbaiki hubungan kami lagi. But no worries Lydia, we still can be...""Stop! Enough! You better Tarik balik kata-kata you. Please, Dani. I only have you..." Pujuk Lydia."Lydia, like I said we still can be friend.""NO! I don't want us to be friend. Aku mau kita yang sekarang, Dani. Jangan tinggalin aku." Lydia masih cuba memujuk Danial."No, Lydia. Lagipun banyak lagi lelaki disekeliling you. Bukan I seorang. I tahu you keluar dengan lelaki lain. Itu salah satu punca I nak kita putus. So, jangan cuba tipu I dengan pujukan you tu. Bye, Lydia."Danial meninggalkan Lydia sendirian disana walaupun banyak kali Lydia memekik memanggil namanya. Tapi dia tidak peduli. Focusnya sekarang untuk mendapat kemaafan dari Rasha.Tapi seorang Lydia, bukanlah seorang yang mudah kalah. Dia memandang Danial yang semkain jauh meninggalkannya. Mukanya begituu tegang, marah dan sakit hati itu sudah pasti. Dendamnya semakin membara. Dia harus bertindak segera. Menghancurkan orang menghancurkan dirinya.Lydia mengeluarkna telefonnya dan kemudian menghubungi seseorang. "Kerja baru baru buat kalian." Ujarnya singkat dan kemudian mematikan panggilan.