TING! Ini kali kelima telefon Rasha berbunyi. Rasha dan sahabatnya, Amanda saling berpandangan dengan wajah kehairanan. "Sepertinya, kamu harus liat deh isi chat kamu itu. Penting banget kayak nya." Amanda bersuara setelah bosan mendengar bunyi notification WhatsApp si Rasha.
"Hm, ya lah! Aku pun hairan. Jarang orang spam chat aku macam ni." Balas Rasha sambil membuka telefonnya dan setelah melihat isi dari mesej tersebut dia terkejut. Rasha terus bangun dari tempat duduknya dan berlari keluar daripada perpustakaan. Amanda yang tidak tahu apa-apa juga turut bangun dengan tujuan mengejar Rasha. Perasaan ingin tahunya semakin memuncak.
"Sha! Rasha, stop! Kamu kenapa dan mau kemana sih? Rasha??!!" Terian Amanda dan dengan laju tangannya menarik tangan Rasha. Tanpa berkata, Rasha terus menunjuk isi chat berupa gambar yang telah dikirim kepadanya. Dan saat itu juga air mata Rasha gugur. "Is that Danial? Di Taman Surya? With Lydia? Seriously?! Ya udah, ayo kita pastiin aja. Manatau ada yang iseng ngirim gambar kayak gini. Mana tau editan." Amanda terus menarik tangan Rasha yang sudah lama dia pegang dari tadi dan menuju ke arah taman bunga yang dipanggil Taman Surya yang berada di Tengah kampus mereka.
Tidak lama, mereka berada di Taman Surya dan benar Danial sedang berduaan bersama Lydia. "HUH! Jadi benar." Ucap Amanda dengan sinis setelah berdepan dengan pasangan 'dua sejoli' yang sedang bermesraan tanpa malu disitu. Dan di situ juga, Rasha semakin teresak-esak. Dadanya sakit, matanya sakit, hatinya sakit.
"Dani, we are done and thanks for the past 4 years. I hope you're happy with your new choice." Rasha mengucap kata perpisahan dengan lemah. Tak mungkin dia akan menerima Danial sekalipun Dania meminta maaf. Hatinya terlanjur sakit dan kecewa. Rasha berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang meski Danial memanggil namanya berkali-kali dan sebelum Amanda membuntuti Rasha, dia sempat menampar Danial dan memberi kata-kata pedas kepada mereka. "Dasar laki laki tukang selingkuh! Dan lo Lydia, wanita yang gak tau malu!"
Dan dengan itu berakhirlah hubungan Rasha dan Danial. 4 tahun menajdi sia-sia hanya kerana orang ketiga. Cuaca hujan di pagi itu seperti mengerti isi hati Rasha yang sedang berkurung di bilik. Dia masih belum kuat untuk bersosial dan menghadap manusia manusia diluar. Lagipun di Bali hanya Amanda, Aditya Sagara, abang kepada Amanda, dan Danial sahaja manusia yang dia kenal rapat meskipun sudah berada di Bali selama 2 tahun.
Kerana risau, Amanda menjenguk Rasha untuk kesekian kalinya. Dan ya, wanita itu masih menangis seperti hari hari sebelumnya. "Udah lah Sha. Enggak ada gunanya juga kamu tangisi laki-laki begitu. It's been a week, Sha. Sampai kapan kamu mau begini terus? Harusnya kamu itu usaha buat move on." Amanda memeluk erat sahabatnya itu. Ya, dia faham hubugan mereka sudah lama tapi sampai bila nak meratapi lelaki yang tidak berguna seperti itu? "I'm trying Manda, but it's hard for me. Before we come here to Bali, sambung belajar sini, dia bawa aku jumpa family dia. Aku pun bawa dia jumpa family aku, like how or what will I tell them about us? About him."
Keluhan Amanda terdengar setelah mendengar luahan Rasha. Dia juga tidak tahu bagaimana cara untuk membantu Rasha. Bahkan dirinya sendiri juga belum pernah bercinta. Nak bagi nasihat takut salah, tapi tidak sanggup melihat Rasha terus menerus menangis dan sedih. Setelah berfikir agak lama, Amanda memaksa Rasha untuk keluar dan pada akhirnya petang itu meraka menuju ke Tanah Lot Bali. Oh ya! Sagara turut bersama mereka sebagai pemandu dan itupun setelahh dipaksa Amanda barulah Sagara setuju.
Setelah sampai disana, Rasha dan Amanda mula mengambil gambar dan berlari ke sana kemari mencari 'view' yang menarik manakala Sagara pasrah dengan keadaan. "Capek banget!" Keluh Amanda dan terus izin ketandas meninggalkan Sagara dan Rasha, Walaupun lama kenal, tapi mereka masih janggal untuk bercakap apalagi ketika ditinggal berduaan.
Sagara mengaru kepalanya dan seperti ingin memulakan perbicaraan tapi tidak tahu bagaimana ingin memulakan. "Abang kenapa?" Soal Rasha setelah melihat Sagara begitu. "Erm, kata Manda kamu baru habis putus ya sama Dani?"
"Ya bang, Dani selingkuh. Maaf ya bang Gara, sebab saya abang jadi terpaksa drive jauh jauh semata nak bawa saya healing." Rasha mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Dia tahu Amanda yang memaksa Sagara untuk menjadi pemandu mereka. "Ga apa-apa kok Sha. Ok aja. Yang penting kalian happy happy aja. Tapi jujurya, aku sama Manda sebenarnya sedikit merasa bersalah loh ke kamu soalnya Lydia itu sepupu kami. Ga tau deh kenapa perangainya begitu, mungkin udah kebiasaan di manja sama orang tua nya. Apa aja keinginan nya pasti dia dapat."
"Eh, janganlah rasa bersalah. Bukan salah abang dan Manda pun. Kita salahkan takdir je lah bang. Ya lah, kan orang yang curang ni suka salahkan takdir." Mereka ketawa. Nampaknya healing ke Tanah Lot boleh menyenangkan sedikit hati Rasha dan melupakan kesakitannya. "Udah abis kalian ngomongnya? Ke pasar yuk, cari makan!" Tidak sempat Sagara dan Rasha menjawab dia terus menarik tangan kedua manusia itu.
***
HUJUNG minggu yang tidak terasa hujung minggu kerana semakin sibuk dengan tugas di akhir -akhir semester. Itulah yang dirasakan oleh Rasha dan Amanda yang sedang berada di kafe berdekatan dengan rumah sewa mereka sedang mengerjakan 'assignment' sambil 'ngopi'. Keduanya mengeluh serentak dan membuat mereka ketawa. "Lah kok tiba-tiba ketawa sih?" Tegur Sagara yang baru sahaja sampai dan ingin menyapa mereka.
"Loh abang, kok disini?" Amanda melirik kearah abangnya dengan muka curiga.
"Lah! Emang gak boleh gitu abang kesini?"
"Ga gitu sih maksudnya. Soalnya tiba-tiba banget gitu. Bareng siapa? Kak Iefan? Mana?"
"Banyak soal lo." Sagara menolak lembut kepala Amanda dan terus berlalu pergi ke arah meja di belakang yang lebih panjang berbanding meja meja lain. Tidak lama, sekumpulan lelaki masuk ke kafe dan berjalan menuju Sagara.
"Kawan-kawan abang kau ke?" Tanya Rasha. Amanda mengangguk tapi mata nya tertuju kepada satu lelaki yang turut bersama abangnya itu. "Kau tengok siapa?" Sambung Rasha.
"Shuuttt…. Itu Iefan Rahendra namanya. Dipanggil Iefan. Gantengkan? Bisa gak ya jadi pacar dia? Pengen banget…."
"Oh jadi tu lah kak Iefan yang kau selalu sebut tu. Yang pernah balik ikut abang kau." Sekali lagi Amanda hanya mengangguk. "Oi Manda, jangan lah tengok orang macam tu. Ketara betul lah!"
Amanda tersengih dan Rasha hanya mengeleng kepala melihat tingkah Amanda. Di sisi lain, Sagara menggaru kepala setelah disoal Iefan tentang Amanda yang dari tadi merenungnya dan bukan itu sahaja, beberapa kawannya yang lain juga turut bertanya tentang Rasha.
"Gar, temen adek lo cantik juga ya. Orang Malaysia kan?" Sagara hanya mengangguk dan bepura pura sibuk mengerjakan tugas agar tidak diganggu kononnya. Tapi malah makin diganggu dengan lebih banyak soalan. "Punya account medsos dia ga Gar? Bagi-bagi dong."
"Ah, ga tau gua. Bukan gua yang temennya. Adek gua. Kalau mau tau tanya aja sendiri. Pusing gua. Ni mau bikin kerja kelompok apa ngomongin cewek sih? Dan buat yang ada niatan mau ganggu adek gue, awas ya!"
Kawan kawan Sagara hanya mengeluh mendengar jawapan Sagara. Niat ingin mencari jodoh terbantut. Gagal!