Chereads / Pancak Sejangkal / Chapter 1 - BAB 1 Aku dimana!?

Pancak Sejangkal

JandauGagau
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 3k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - BAB 1 Aku dimana!?

Sekilatan cahaya turun seketika dari langit menghempas suatu tempat di lembah sunyi sepi dengan bunyi dentuman keras yang memekakkan telinga kepada yang mendengarnya, dan dengan debu yang mengembun tingginya seperti asap letupan peledak tangan yang dilemparkan di arena itu.

Suasana menjadi hening yang berlangsung sehingga setengah jam tanpa ada tanda-tanda gerakan mahupun bunyi dari tempat jatuhnya kilat yang berasal dari langit.

Selepas setengah jam berlalu, kepulan debu sepenuhnya telah reda di tempat itu dan terdengarlah suatu seruan yang sangat nyaring seolah-olah ianya seruan manusia. Suara seruan itu sangat memekak telinga dengan gema yang sangat keras menaikkan bulu roma dan memukau deria pendengaran.

"Sakitnyaaa kepalakuuuuu..!!!"...

Seruan dari sekujur tubuh manusia yang terlantar di atas tanah di lembah yang sunyi dan sepi itu bagaikan halilintar yang bergema selepas kilatan cahaya petir. Namun, tiada suara-suara lain yang menyahut ataupun membalas seruan manusia malang ini. Seluruh alam juga tidak membunyikan apapun bunyian sepertimana bunyi-bunyian di dunia kehidupan.

Anaq memegang erat kepalanya yang sangat sakit berdenyut-denyut seperti sedang diperah, sambil menarik rambut hitamnya yang agak panjang dan tidak terurus bagaikan banduan yang telah ditahan selama tahunan yang tidak pernah melihat dunia luar.

Jambang yang tidak bercukur terbiar mencemari wajahnya yang agak tersembunyi dari pandangan dan sementara janggutnya yang memanjang sedikit menutupi wajahnya sehingga dia kelihatan hampir serupa dengan orang utan ataupun mawas tua.

"Aaahhhhhhhhh!!!"

Satu lagi teriakan yang sangat keras keluar dari mulutnya menjelaskan kesakitan yang teramat sangat yang hanya dialami oleh orang yang hidupnya benar-benar mengalami malang yang bertimpa-timpa. Disamping keterkejutan yang mendalam dalam hatinya, perasaan bercampur aduk dengan ketidak puasan akibat keadaan dan suasana yang tidak terduga olehnya.

Anaq melihat tubuhnya terdedah dan tidak berbaju dengan calar yang tidak terkira banyaknya seperti telah ditarik melalui kawasan berduri ataupun disebat dengan ekor pari sangat jelas terlihat melalui lebam-lebam yang juga memenuhi setiap inci kulitnya disertai lelehan kering putih seperti darah yang telah mengering.

Pada saat ini, dia cuma mengenakan seluar panjang berwarna biru gelap yang telah koyak rabak dan lusuh seperti telah mengalami sesuatu malapetaka yang sungguh luar biasa yang tidak dapat ditanggung oleh orang biasa dan ianya amat sulit dijelaskan dengan kata-kata yang mudah difahami.

Kakinya juga tidak terlihat mengenakan sebarang kasut ataupun penutup kaki yang sesuai dan yang separutnya melindungi dari luka mahupun kecederan-kecederaan yang ringan mahupun berat. Tapak kakinya dipenuhi dengan luka lecuran dibakar serta calaran yang kelihatannya disebabkan oleh bara api atau pagar besi yang dipanaskan lalu ditempelkan di kakinya.

Jika dinilai secara praktikal, tubuh Anaq ini dilihat seperti baru selesai melalui penderaan perang yang sangat teragis yang melalui pelbagai proses penyiksaan yang mengerikan.

Anaq melihat keadaan di sekelilingnya terasa sangat asing dan bukan seprti dunia kehidupan manusia. Tempat ini sangat gersang, kering, hangit dan berbau busuk. Keadaan persekitaran yang penuh tompokan tulang boleh dikatakan tempat ini adalah lembah pembuangan tulang.

Sejak Anaq sedar dan bangun dari pingsannya, jantungnya berdegup kencang pada kelajuan jantung yang menyebabkan hampir-hampir rasa sesak nafas . Dia berasa sangat bingung dan panik dalam keadaan yang sangat diluar jangka ini. Dia ingin kembali tidak sedarkan diri dan cuma berharap agar dia melupakan semua supaya hal yang menyeramkan dan menakutkan tidak menimpa dirinya seperti sekarang ini.

"Sepatutnya aku sudah mati?", kata hatinya dengan penuh tanda tanya.

"Jika aku mati pastinya tidak rasa sakit seperti ini", kata Anaq pada dirinya sendiri sambil berusaha untuk mengangkat dan menatap tangan kanan dan kirinya. Tangannya juga dipenuhi luka pukulan dan lecuran yang sangat dasyat kelihatan. Kuku-kukunya juga sebahagiannya terbelah dan sebahagianya telah hilang tercabut atau telah dipaksa cabut.

"Adakah ini alam kematian?", bisik hati Anaq lagi hampir tidak percaya akan keadaan dirinya sendiri pada ketika ini.

Anaq kebingungan kerana tidak mengingat apapun kisah atau hal-hal sebelumnya. Dia berusaha mengingat kembali apa yang telah berlaku namun semakin diingat semakin sakit kepalanya. Seperti daya ingatannya telah langsung dicabut dan mindanya sangat kosong. Namun, dia masih mampu mengenali tubuhnya dan juga mampu mengingat namanya sendiri.

Merasakan seluruh anggota badan sakit, Anaq berusaha bangkit sekuat tenaganya dan mencuba untuk menahan kesakitan di setiap inci badannya. Dia sangat bersyukur kerana merasa tidak ada satupun tulangnya yang mengalami kepatahan.

Mengangkat tangan sahaja seperti telah menggunakan seluruh kekuatan tubuhnya sehingga batas maksimum. Anaq menggunakan kedua-dua tangannya untuk menongkat badannya untuk bangun duduk dari baringnya.

Tanah dan sisa kotoran berjatuhan dari badan Anaq apabila duduk dari baringnya menunjukkan bahawa badannya baru satu atau dua jam lalu disiksa dengan mengerikan sekali.

"Aku rasa haus dan lapar sekali", kata Anaq pada dirinya sambil melihat sekeliling dengan harapan menemukan air yang boleh di minum dan makanan yang boleh dimakan. Dia rasakan tekaknya sangat kering dan ingin sekali membasahkan dengan seteguk air ataupun sekurang-kurangnya dapat membasahi bibirnya dengan air. Dia berharap agar dirinya direndam ke dalam anak sungai yang mengalir sambil minum airnya. Matanya meliar memandang sekelilingnya tanpa berkedip sedetik pun bagi memastikan sesuatu yang diperlukan pada saat ini.

Namun, puas sudah mata Anaq melihat sekeliling supaya menukan lopak air tetapi agak mengecewakan kerana tidak ada satupun yang diingikan kelihatan. Di lembah itu juga tiada ditemukan hidupan apapun seperti burung ataupun binatang buas sama ada dikawasan terdekat mahupun nun jauh di sana. Anaq hanya melihat segunungan longgokkan tulang yang kelihatan di sekelilingnya.

Matahari yang bersinar yang sepatutnya menyinari alam itu tidak kelihatan namun keadaan dunia ini sentiasa terang dan tiada tanda-tanda hendak gelap.

"Aku dimana sebenarnya..??"

Inilah kata-kata yang tidak mampu Anaq jawab pada ketika ini. Semua hal yang terjadi sangat misteri seperti juga asal usulnya menjadi persoalan dalam diri kerana dia secara mengejut berada di kawasan yang tidak dikenal pasti dengan keadaan diri yang juga agak mengerikan dengan tubuh yang penuh luka misteri.

Apabila difikirkan secara mendalam hal- hal yang terjadi adalah sangat logik jika menganggap diri tidak berasal dari dunia ini memandangkan rumah tempat tinggal juga tidak wujud lebih-lebih lagi kehadiran ibu bapa juga tidak ada apa lagi dengan ahli keluarga mahupun saudara yang lain.

Anaq terpaku sambil memikirkan keadaannya yang penuh luka ditambah lagi dengan tubuh yang sangat lemah.

" Aku harus mencari tahu tentang keberadaanku disini supaya aku boleh bertindak sesuai dengan keadaan tempat ini" kata Anaq sambil mengertakkan gigi untuk bangun dan memulihkan semangat juang untuk hidup.

Jika dia tidak berusaha untuk bangun, keadaan yang dia alami pastinya bertambah teruk dan pastinya akan mati kerana tempat ini apapun tidak didapati apa lagi untuk dimakan atau diminum.

Kembali ke alam sedar, Anaq menarik nafas sedalam-dalamnya seraya cuba untuk berdiri dengan memusingkan badan dari posisi duduk ke posisi merangkak . Dengan menggunakan kedua belah lutut, dia dengan sekuat tenaga menongkat tubuh keatas sambil berpaut pada tulang-tulang di sekelilingnya dan mengambil salah satu tulang bersaiz lima kaki panjang sebagai tongkat. Tulang itu berwarna putih kehijau-hijauan menandakan ianya telah berada lama ditinggalkan di tempat itu. Longgokan tulang itu terdapat pelbagai saiz dan panjang yang berbeza. Seperti ada raksasa yang memamah daging lalu mengumpulkan tulang-tulang secara berselerak.

Akhirnya Anaq berjaya berdiri sambil menongkat diri dengan berpaut pada sebatang tulang panjang yang baru dia pilih sebentar tadi. Bau hangit yang tepu di sekitarnya menyebababkan dia merasa sedikit sesak nafas.

Sambil berdiri Anaq berusaha berjalan kearah salah satu tompokan tulang yang separuhnya ditutupi kain lusuh.