Chereads / Pancak Sejangkal / Chapter 5 - Cincin Ruang

Chapter 5 - Cincin Ruang

Anaq melihat dan mengusap jarinya yang telah disarung cincin dan seketika itu juga dia melihat ruang serta isi dalam cincin tersebut.

Sebatang tulang panjang diambilnya lalu disimpan kedalam cincin dan seketika tulang itu hilang serta didapatinya tulang itu sudah berada dalam simpanannya.

Seketika itu Anaq mulai memahami fungsi dan kegunaan cincin yang sedang dipakainya.

Hanya saja cincin itu tidak kelihatan oleh orang lain dan hanya boleh dirasai oleh penggunanya.

"Cincin ini mungkin boleh menyimpan hidupan sekiranya perlu" detik hatinya.

Pada masa kini Anaq masih berkira-kira tentang hala tujunya selepas ini.

"Apapun yang bakal terjadi, aku harus mengetahui dunia tulang ini dan bagaimana hendak hidup di tempat yang agak gersang ini seorang diri" tegas hatinya.

"seharusnya aku perlu menjelajah seluruh dunia tulang ini dan menyimpan harta karun yang ada" fikirnya lagi.

Anaq mulai melangkah ke arah tulang yang menggunung tinggi di hadapannya dengan hati penuh ingin tahu.

Sejak Anaq mengenakan jubah itu, tubuhnya sangat bersemangat dan seperti mempunyai tenaga yang berpanjangan.