Chereads / Pancak Sejangkal / Chapter 4 - Kitab Semesta Alam

Chapter 4 - Kitab Semesta Alam

Melihat ke dalam peti itu telah kosong, Anaq menghela nafas lalu duduk ditepi peti itu sambil berfikir apakah yang harus dilakukan selepas ini.

Dalam masa kebingungan, tiba-tiba lautan fikiran Anaq mulai terbuka dan segala maklumat tentang kawasan yang dia duduki ini dibukakan.

Lautan fikiran seolah-olah berbunyi bahawa segala maklumat itu berasal dari kitab yang telah meresap ke dalam tubuhnya yang dipanggil Kitab Semesta Alam.

Kitab itu juga mengungkapkan peti usang itu adalah peti dari kerajaan Naga Putih.

Cincin yang telah dikenakan itu juga adalah cincin simpanan ruang yang boleh mengisikan apapun ke dalamnya tanpa batasan.

"sepertinya aku telah menemukan harta karun yang sangat berharga" kata hati Anaq

Dengan menggunakan kitab ini, pengetahuannya sepertinya tidak terduga dalamnya tentang alam sekeliling.

Hanya saja tentang asal usul dirinya masih tidak diketahui dan sepertinya sedang ditahan supaya tidak terungkap.

Anaq telah berusaha untuk menyelami lautan fikirannya tetapi dia menalami jalan buntu dan hanya warna putih yang kelihatan.