Chapter 8 - Keadaan dunia

Udara yang menyegarkan, pemandangan sawah padi yang luas dan pemandangan pergunungan yang sangat tinggi serta bunyi kicauan burung yang merdu.

Kalau ada satu kata yang dapat mengambarkan struktur tempat ini, ia adalah 'indah'.

Di samping keluarbiasaan pemandangan kawasan itu, bunyi langkah kaki terdengar.

Seika dan akmal sedang berjalan di jalan yang berbatu-batu kecil.

Terlihat seika sedang menggendong luisa di atas belakang badannya. Selain itu, seragam sekolah mereka bertiga basah akibat mereka jatuh di sawah padi yang berair.

Seika terus berjalan bersama akmal sambil menggendong luisa di belakangnya.

Luisa sangat ringan sehingga mudah untuk seika menggendong-nya.

Di samping itu,Seika sangat mengenali tempat ini kerana disinilah tempat dia membesar ketika dahulu. Selain itu, akmal juga sangat mengenali tempat ini kerana dia juga membesar bersama seika dan luisa.

Tempat mereka bermain, tempat mereka yang memiliki kenangan indah.

Semua itu membangkitkan nostalgia seika.

Di samping kesemuanya itu, tempat ini juga membuat hati seika terasa amat menyakitkan kerana disinilah tempat orang yang paling disayangi seika meninggal, iaitu neneknya.

Tiba-tiba langkah kaki berhenti berbunyi.

Terlihat di hadapan mereka sebuah rumah yang terlihat sangat usang seperti sudah tidak ada orang yang menduduki rumah tersebut dalam waktu yang lama.

Rumah itu adalah rumah tradisional Melayu.

Rumah itu 100% dibuat menggunakan kayu.

Dan seika mengetahui siapa pemilik rumah tersebut.

Sehingga seika mengucap nama pemilik rumah tersebut.

"Nenek..."

***

"Kakak... Kakak..."

Dunia yang hanya terlihat hitam dan merah.

Ini terasa amat menyakitkan,ini terasa amat menyedihkan, ini terasa amat berat.

Sebuah kenangan yang sangat menyakitkan bagi-nya.

Tangisan keluar daripada kelompok mata gadis kecil yang terlihat berusia 5 tahun.

Gadis kecil itu berada didalam pelukan seorang budak lelaki yang terlihat berusia 6 tahun.

"Tidak apa-apa luisa... Aku akan melindungi mu."

Suara yang sangat lembut disertai senyuman yang lembut oleh seseorang yang memeluknya.

di samping kata-kata untuk menenangkan gadis kecil itu terdapat sumpah yang terukir di bibir lelaki kecil tersebut.

Bibir gadis kecil itu bergetar dan berkata dengan suara yang terisak-isak.

"Tapi,tapi... Kakak terlihat... Kesakitan..."

Lelaki yang memeluk gadis kecil itu menghela nafas pendek dan meletakkan tangan kanannya di kepala sang gadis kecil serta memgucap dengan suara yang tegas diiringi oleh senyuman yang hangat.

"Aku kakak kamu, aku mestilah kuat untuk melindungi kamu daripada orang yang ingin memisahkan kita."

"Tidak!! Kakak tidak harus menyakitkan diri kerana ingin melindungi ku...."

"..."

Orang yang memeluk gadis kecil tersebut tersentak dan terdiam.

Apabila gadis kecil itu kembali sedikit tenang gadis itu mula mengatakan suatu sumpah dengan suara yang terisak-isak.

"Kakak tidak perlu menderita lagi!... Kerana... kerana... mulai sekarang saya yang akan melindungi ka—"

Gadis itu tidak sempat menghabiskan kata-kata tersebut kerana Semuanya tiba-tiba menjadi kabur apabila gadis kecil tersebut ingin mengucapkan itu.

Dan pemandangan pun mula berubah.

Daripada pemandangan dunia yang terlihat berwarna hitam dan merah berubah menjadi muka seorang lelaki yang sangat dia kenali.

Rambutnya yang hitam yang sedikit menutupi matanya yang berwarna hitam juga lelaki itu terlihat sedikit gemuk.

Dia adalah seika dan dia adalah abang dari luisa.

Terlihat seika berekspresi cemas di wajahnya.

Hening—

Keheningan sesaat diganti oleh kata-kata Menggigil kakaknya.

"Luisa..."

"Kakak..."

Tiba-tiba air mata keluar daripada kelompok mata luisa tanpa sebab.

Dan tiba-tiba luisa bangkit daripada tempat tidurnya dan mula memeluk kakaknya sambil menangis dan mengatakan.

"Kakak!,kakak!..."

Seika terkejut apabila luisa tiba-tiba memeluknya sambil menangis.

Seika yang tidak tahu ingin melakukan apa untuk situasi ini, tiba-tiba mendapatkan idea.

Seika meletakkan tangan kanannya di atas kepala adiknya dan mula membelai-belai rambut adiknya sambil menenangkan adiknya.

"Tidak apa-apa luisa. Aku ada di sini."

***

Setelah luisa kembali tenang, seika menjelaskan apa yang berlaku semasa dia pingsan.

Seika bermula dengan keberadaan mereka bertiga dahulu.

Mereka bertiga berada di Kedah iaitu kampung halaman di mana tempat nenek dan mereka dahulu membesar.

Luisa yang keliru pun bertanya.

"Bagaimana kita boleh berada di sini kakak?"

"Itu..."

Seika sedikit kesusahan memilih ayat untuk menjelaskan apa yang berlaku tetapi entah bagaimana seika dapat menjelaskannya secara perlahan.

Seika menceritakan apa yang terjadi,daripada seluruh badan adiknya yang bercahaya sewaktu di padang sekolah dan tiba-tiba mereka berpindah ke tempat ini sehinggalah pernyataan bahawa luisa pingsan selama 5 hari dan semua pernyataan itu membuat luisa sangat terkejut oleh penyataan tersebut dan hampir tidak mempercayainya, tetapi luisa tidak ada pilihan lain selain mempercayai itu kerana tidak ada alasan yang lebih logik bagaimana mereka dapat melarikan diri daripada iblis bernama onic itu.

Tapi kenapa mereka tidak membawa Luisa ke doktor semasa luisa tidak sedarkan diri? Mereka sudah membawa luisa ke doktor tetapi doktor mengatakan.

"Dia hanya pingsan untuk sementara di kerana kan letih hang tidak perlu risau kerana ia tidak akan membahayakan nyawa dia pun,dia akan segera kembali sedar."

Tahu-tahu luisa pingsan lebih daripada 1 hari sehingga membuat seika dan akmal sangat was-was.

Selama luisa pingsan seika dan akmal mengumpulkan banyak informasi dan kebutuhan hidup mereka daripada penduduk kampung ini. Di sebabkan bill air dan api tidak dibayar yang menyebabkan rumah nenek mereka tidak memiliki kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Semasa mereka mengumpulkan informasi dan bahan kebutuhan hidup,mereka berdua kesusahan untuk menjawab pertanyaan orang kampung kerana mereka tiba-tiba balik ke kampung setelah 5 tahun lamanya tidak kembali dengan keadaan yang tidak memiliki duit dan pakaian.

Sehingga orang kampung bertanya.

"Hangpa ni tiba-tiba balik ke kampung tapi dengan keadaan seperti ini?"

Walaupun seika dan akmal kesusahan untuk menjawab persoalan itu, tapi entah kenapa mereka dapat menjawabnya.

Sehingga penduduk kampung memberikan bantuan kepada seika dan akmal seperti makanan dan pakaian.

Di samping itu semua, dunia mengalami sebuah ancaman yang merebut berjuta-juta korban jiwa di muka bumi ini.

Seika dan akmal mengetahui ini apabila akmal dapat memperbaiki televisyen lama neneknya yang sangat usang yang hampir tidak dapat digunakan lagi. Hal itu demikian membuat seika terkejut dengan skill akmal untuk memperbaiki barang rosak. Mereka dapat menyalakan televisyennya dengan menggunakan mesin elektrik yang dipinjam daripada penduduk kampung.

Selama 5 hari ini, ada dua monster raksasa yang membuat kemusnahan secara massal di pelbagai negara.

Satu daripada monster raksasa itu berbentuk seperti serigala yang sangat besar sehingga hampir setara dengan mendara kembar dan satu lagi berbentuk seperti cacing yang amat besar juga. Monster serigala menyerang di darat sedangkan monster cacing menyerang daripada bawah tanah. Kedua-dua monster tersebut bergerak kearah yang berbeda monster serigala bergerak ke arah timur laut.sedangkan, monster cacing bergerak kearah barat laut sambil menghancurkan pelbagai negara.

Tetapi yang membuat korban jiwa berjuta-juta manusia bukanlah ke-dua monster tersebut tetapi bencana alam yang diakibatkan monster cacing yang bergerak di bawah tanah yang membuat bencana alam seperti gempa bumi, tsunami di seluruh negara yang merebut korban jiwa lebih banyak daripada Keganasan kedua-dua monster tersebut.

Sudah tentu pihak daripada pelbagai negara tidak membiarkan begitu sahaja. Pelbagai negara mencuba menyerang ke-dua monster raksasa tersebut dengan cara mereka tersendiri,tetapi hasilnya sungguh mengecewakan.

pelbagai negara menyerang monster tersebut menggunakan kekuatan militer, serangan nuklear dan strategi perangkap tetapi malahan mereka tidak berhasil sama sekali dan kehilangan lebih banyak aset.

Selain itu, media internet dibanjiri oleh pelbagai reaksi masyarakat ada yang mengatakan ini adalah kiamat, ada yang mengatakan ini adalah hukuman daripada tuhan.hal itu demikian membuat di sekelujur dunia mengalami kekacauan massal.

Di samping itu, masyarakat juga bengang dengan sikap politikus daripada pelbagai negara yang enggan bersatu-padu untuk menghadapi situasi ini.

Keadaan di negara Malaysia juga tidaklah baik, negara Malaysia sekarang berada di ambang kehancurannya ,tapi entah bagaimana keadaan di negari kedah lebih baik daripada negeri-negeri lain kerana kedua-dua monster itu tidak datang ke sini.

Sepanjang penjelasan seika, luisa menunjukkan pelbagai ekspresi di wajahnya sedihan, kemarahan, ketakutan. Tetapi, Luisa mempercayai apa yang di sampaikan oleh abangnya itu.

Kesimpulannya, dunia mengalami ancaman kehancurannya dan seika, akmal dan luisa mengetahui siapa yang menyebabkan kesemua tragedy ini. Benar, ia adalah iblis bernama onic itu.

***

Hari berganti hari. Sudah Seminggu berlalu sejak tragedy melanda dunia dan sudah seminggu berlalu sejak kematian sahabat mereka iaitu 'amir'.

Setelah menceritakan apa yang perlu kepada luisa, kami pun menjalani kehidupan tanpa dapat melakukan apa-apa pun. Walaupun dunia mengalami ancaman serta kami mengalami kesedihan kerana kehilangan seorang sahabat.tetap kami harus menjalani hidup walaubagaimanapun.

Tapi ada pelbagai persoalan yang tidak dapat kami ketahui iaitu, cahaya pelik yang memindahkan kita ke kedah ini dan siapa orang yang di cari oleh sang iblis itu.

Selain itu, akmal yang menggunakan kekuatan peliknya apabila mendarat ke permukaan bumi dulu enggan membincangkan hal itu, setiap kali seika mencuba bertanya kepada akmal tentang hal itu dia selalu mencuba melarikan diri dengan pelbagai alasan yang tidak maksud akal. Sehingga seika tidak menceritakan bahagian tentang mereka berada di udara dan mendarat dengan selamat berkat kekuatan pelik akmal kepada luisa.

Selama mereka berada di tempat ini, akmal terlihat pelik dia selalu bermimpi buruk sehingga bangun dengan keadaan basah di sekujur tubuhnya dan selalu keluar tanpa memberitahu seika. Selain itu, Akmal juga lebih sering termenung sambil memainkan anting-anting nya.

Malam yang gelap dan amat sejuk serta diterangi oleh cahaya bintang.selain itu, terlihat pemandangan sawah padi dan pergunungan.

Terlihat jelas bintik-bintik kecil yang bertaburan di atas langit yang gelap dan pemandangan sawah padi dan pergunungan di kegelapan.

Dan seika berada di atas tangga kayu,dimana tempat pintu masuk ke rumah tradisional Melayu sambil melihat ke arah langit yang dipenuhi oleh bintang yang indah.

Sungguh ketenangan yang sunyi. Jauh daripada kehidupan bandar yang buruk,jauh daripada gajet. Apabila seika berada di sini, dia tidak pernah menyentuh gajet lagi kerana telefonnya hancur lebur akibat telefonnya jatuh semasa mereka berada di langit. Hal ini demikian hampir membuat seika gila kerana tidak dapat memain gajet.

Selain itu,Di kerana kan mereka berada di kawasan perkampungan yang tidak terjejas dengan pencemaran cahaya,bunyi dan udara mereka dapat melihat bintang yang indah di waktu malam hari serta mendapatkan ketenangan yang sunyi tidak seperti bunyi yang bising di bandar juga mendapatkan udara yang tidak tercemar oleh nitrogen dioksida.

Keheningan yang sangat menenangkan jiwa.

Seika menghela nafas tenang. Dia mencuba menikmati keindahan malam ini sambil tergelam dalam pemikirannya tentang apa yang berlaku kepada mereka selama ini di fikirannya.

'onic sang iblis apa yang dia inginkan sebenarnya? cahaya pelik apa di tubuh luisa dan tiba-tiba memindahkan kita ke kedah? Kenapa akmal tidak seperti biasa? Dan... Dunia apa yang aku lihat sebelumnya?... Selain itu, kenapa aku sudah tidak mengalami mimpi itu lagi?'

Ya, sejak mereka bertiga berpindah ke tempat ini seika sudah tidak mengalami mimpi pelik itu lagi. Tapi masalahnya adalah mengapa dia sudah tidak mengalaminya?

Tetapi semua bertanya itu tidaklah penting bagi seika soalan yang paling ingin seika ketahui adalah...

'kenapa dia membunuh orang tanpa sedikit rasa ragu!'

Tiba-tiba kemarahan seika naik. Iblis sialan itu sudah merebut sahabatnya seika dan seika tidak akan memaafkannya sudah tentu juga dengan luisa dan akmal. Dalam beberapa minit seika mula menenangkan fikirannya.

Sudah berapa banyak kali seika memikirkan soalan itu sepanjang mereka disini, tetapi dia tidak akan pernah mendapatkan jawapannya.

Walaupun Seika adalah seorang otaku akut yang tergila-gila dengan kisah fiksyen hampir tidak mempercayai kejadian yang hanya muncul di kisah fiksyen.

Kekuatan pelik, makhluk yang merupai bentuk manusia yang membunuh orang tanpa segan dan dua monster raksasa yang mencuba menghancurkan dunia.

Setelah melihat semua kejadian itu, hal itu membuat seika berfikir bahawa dirinya bukanlah seorang protagonist seperti kisah fiksyen yang pernah dia baca dan nonton.

Dulu seika berharap dunia mengalami bencana seperti sekarang dan dia menjadi seorang protagonist yang menyelamatkan dunia dan mendapatkan gadis cantik yang akan menemaninya.

Akan tetapi sekarang seika ingin menghajar dirinya yang dulu. Setelah khayalannya terwujud bukan dapat menyelamatkan dunia dan dapat teman wanita yang cantik tetapi malah sebuah tragedy yang mengerikan.

Tiba-tiba sebuah kata-kata keluar daripada mulut seika dengan lembut serta diiringi ketawa.

"Apa yang kau harapkan seika? Menjadi protagonist? Ha... Bermimpi lah."

Ini bukan cerita fiksyen, tetapi sebuah kenyataan.

Apabila seika semakin tergelam dalam pemikirannya lebih dalam tiba-tiba suara jeritan terdengar dalam rumah.

"UWAAAAA!!"

Seika segera bangun daripada tempatnya dan bergegas ke tempat jeritan tersebut.

Seika juga mengetahui itu suara jeritan siapa. Selain itu, dia juga sudah sering mendengarkannya semenjak mereka tiba ke tempat ini.

"Mal!"

Terlihat akmal yang berada di tempat tidurnya, bangun sambil memegang sebelah matanya serta dalam keadaan basah di sekujur tubuhnya juga bernafas terengah-engah.

Seika pun mula bertanya.

"Lagi?"

"Ya..."

Akmal menjawabnya sambil memainkan anting-anting di telinganya.

Sudah entah keberapa kali akmal mengalami mimpi itu lagi.

Akmal mencuba menenangkan dirinya dengan cara menarik dan menghembus nafasnya secara perlahan.

Yang seika paling hairan adalah Luisa sama sekali tidak terganggu dengan jeritan tersebut. Malahan dia tertidur dengan sangat tenang di suatu sudut ruangan. Walaupun mereka selalu bersama selama ini seika baru menyedari fakta baru bahwa adiknya adalah jenis tidur mati.

Setelah akmal sudah menenangkan diri. Dia pun berkata sambil memainkan anting-anting nya.

"Seika... Ayuh kita berbincang."

Untuk beberapa saat seika terdiam, akhirnya seika menjawap dengan anggun tan kepalanya secara perlahan.

***

Kembali ke dunia yang gelap yang diterangi oleh bintik-bintik kecil di langit.

Seika dan akmal duduk di atas tangga rumah.

Dalam keheningan yang canggung itu akmal orang pertama memulakan topik sebelum suasana menjadi lebih canggung.

"Kau tadi tidak tidur seika."

"Aku... Tidak dapat tidur jadi aku mengambil udara segar."

Setelah melihat tragedy yang berdarah di padang sekolah. Hal itu demikian membuat seika selalu rasa muak dan kesusahan untuk tidur.

"Ouh... Begitu."

Akmal berjawab sambil memainkan anting-anting.

Topik berakhir dengan singkat dan suasana menjadi canggung.

Walaupun mereka berdua sahabat yang membesar bersama. Entah kenapa mereka menjadi tidak biasa seperti sebelumnya sejak akmal mengalaminya mimpi itu.

Seika yang sudah tidak tahan dengan suasana canggung itu mula meledak.

"Uwaaaa!!! Kau!... Dah kenapa mal kau sekarang menjadi semakin pelik!"

Akmal tersentak dengan suara Seika.

"Mal Kau mesti salah makan,'kan!! kau tidak seperti dirimu sendiri sahaja belakangan ini! Jadi ceritalah kepadaku apa kau memiliki keluhan?!"

Apabila akmal melihat seika yang menjerit tidak jelas dengan mata yang terbuka lebar. Sebuah kata-kata keluar daripada mulut akmal yang hampir tidak terdengar oleh sesiapa pun kecuali dirinya.

(Kau fikir aku peduli.)

Seika yang tidak mendengarnya ,bertanya.

"Apa yang kau katakan akmal?"

Setelah beberapa saat, sebuah senyuman yang lembut terbentuk di bibir akmal.

Setelah itu,akmal mula berbicara dengan nada mengejek kepada seika.

"Aku kata, 'mana mungkin aku memiliki keluhan, apa kau bodoh? dasar otaku'"

Apabila seika mendengarkan itu seika menjadi kesal.

"Mal kau ingin mengajak bergaduh ya..."

"Ohh.. maaf saya berkata sesuatu yang tidak pantas encik O-TA-KU-SAN~"

Mula-mula seika menganggap akmal salah berkata ternyata dia memang ajak bergaduh.

Seika yang tidak tahan diejek membalasnya.

"Wow, wow. hebat, hebat ternyata encik anting-anting serta rambut pelik ingin bergaduh. Ohh~ ya, saya baru teringat bahwa ada seorang budak yang selalu diberi amaran oleh pihak sekolah tentang penampilannya yang tidak berdisiplin tetapi anak manja itu selalu berlindung di belakang kekayaan ayahnya. Cuba teka siapa anak bermasalah itu!"

Suasana semakin panas.

"Saya rasa Itu lebih baik daripada seorang O-TA-KU-SAN yang introvert yang selalu mengurung diri dalam bilik 24 jam serta berbau sangat harum kerana tidak mandi~"

Wajah akmal dan seika semakin mendekat sambil kedua-dua berekspresi merah.

Orang yang melihat adegan ini akan merasa pelik kenapa mereka bedua bergaduh.

Tidak ada alasan yang tepat kenapa mereka bergaduh. Tidak, mungkin ada alasan kenapa mereka bergaduh.

Mereka bergaduh kerana mereka bodoh itu adalah alasan paling tepat.

Apabila wajah mereka semakin mendekat.

Tiba-tiba suara tawa terdengar yang membuat kesunyian malam terpecah.

"Hahahahaha!..."

"Hahahahaha!..."

Mereka berdua tiba-tiba ketawa terbahak-bahak. Orang yang melihatnya akan menganggap mereka pelik. Mereka saling mengejek sebelumnya dan sekarang mereka ketawa terbahak-bahak bersama seperti itu adalah sebuah jenaka lawak yang paling kelakar.

Dan Kedua-dua orang bodoh yang pelik itu terus ketawa di malam yang gelap serta tidak sunyi lagi.

Tiba-tiba suara yang bising datang dari kejauhan.

Akmal dan seika pun mula berhenti ketawa dan melihat kearah dimana bunyi bising tersebut berasal.

Daripada kejauhan terlihat sekelompok kereta datang daripada jalan yang berbatu.

Tapi masalahnya itu bukan kereta biasa yang dapat dilihat dimana-mana sahaja, tetapi kesemua kereta itu adalah sebuah kereta tentera.

Bukan hanya itu sahaja, terdapat satu helikopter yang berterbangan di udara.

Dengan banyak kenderaan itu, keadaan yang gelap-gelita pun mula berubah menjadi cerah.

Seika yang melihat itu pun terkejut dan terbangun daripada tangga kayu, sebaliknya akmal terlihat tidak berekspresi dan masih di tempatnya.

Semua kenderaan tentera itu sedang menuju kearah rumah yang mereka tempati.

Apabila kenderaan tentera itu sudah dekat dengan rumah mereka tempati, kesemua kenderaan tentera itu berhenti secara serentak.selain itu, helikopter yang berterbangan juga menstabilkan posisi dan menyuluh kawasan yang gelap.

Tiba-tiba kesemua tentera dalam kereta keluar dan mengelilingi rumah tradisional Melayu itu.

Mereka semua memegang senjata api dan memakai baju tentera.

Seika yang tidak memahami apa yang berlaku hanya dapat membeku di tempatnya.

Seterusnya, kereta yang paling menonjol di hadapan kesemua kereta, tiba-tiba pintu kereta tersebut terbuka dan keluar seorang lelaki.

Hanya lelaki itu yang memakai pakaian yang berbeda. Dia mengenakan pakaian berjas.

Seterusnya, pria berjas itu berjalan kearah mereka.

Seika mengenali siapa lelaki itu.

Rambutnya yang berwarna hitam, misainya yang berwarna hitam dan putih, dan terlihat seperti pria paruh baya.

ia... adalah ayah akmal.

Ayah akmal berhenti berjalan di depan tangga tempat mereka duduki.

Dalam suasana yang menegangkan ini malah Akmal yang mula membuka mulut dahulu serta sambil memainkan anting-anting nya.

"Apa yang mulia memanggil?"

'yang mulia?'

Apa maksud kata-kata akmal? Seika tidak memahaminya.

Tanpa dapat berfikir lebih dalam, ayah akmal mula membalas.

"Ya."

Tiba-tiba pandangan ayah akmal berubah arah dari melihat akmal beralih ke seika.

"Lama tidak berjumpa seika kamu sudah semakin besar ya!"

"Ya— begitulah pakcik, lama tidak berjumpa juga."

Seika menjawab dengan gugup.

Seika dan ayah akmal tidak berjumpa pada waktu yang lama. Mungkin sudah 3 tahun tidak berjumpa. Tapi kenapa mereka tidak berjumpa pada waktu yang lama? Di kerana kan ayah akmal seorang bilionair dia selalu sibuk dengan pekerjaannya. Jadi seika tidak pernah melihat ayah akmal di rumah akmal semasa dia tidur dirumah Akmal.

"Maafkan pakcik kerana datang dan membuat kamu takut."

"Ah... Tidak apa-apa pakcik."

"Hahaha."

Ayah akmal ketawa sebentar dan menyambung.

"Kamu memang seorang yang memahami."

"..."

Tiba-tiba ayah akmal mengajukan permintaan.

"Maaf kalau ini mendadak tapi, kamu semua harus mengikuti pakcik Kerana yang mulia sudah memanggil anda."

"Apa?"

Seika tidak memahami maksud 'yang mulia' itu.

Dan seika mengalihkan perlihatannya ke akmal untuk mencari jawapan kalau-kalau akmal memahami sesuatu.

Tapi terlihat akmal berekspresi kosong sambil memainkan anting-anting nya seolah-olah tidak mengisahkan apa yang berlaku.

Dengan itu seika yang tidak memahami apa-apa pun mengikuti keinginan ayah akmal.