Chereads / His perfect angel / Chapter 22 - BAB 22

Chapter 22 - BAB 22

"sedar diri please...kau tu pun bukanya sempurna sangat..jangan nak mengata aku"Kata lia kepada Aira"Walaupun aku tak sempurna...aku tak bodoh pergi buat maksiat...dan hamil luar nikah and merayu suami orang untuk kawin dengan aku...aku tak bodoh macam tu" kata Aira pula kepada lia"Kau nak sindir aku kan? Sekurang-kurangnya aku lagi cantik dari kau" Sindir lia kepada Aira"cantik memang cantik tapi bodoh" kata Amirul sambil tertawa"Kau tak boleh kalahkan isteri aku lia... sejujurnya isteri aku lagi sempurna dari segi pemakaian,dari segi dia layan orang jaga batas pergaulan...ingat lia..kau mengata orang tapi sila cerminkan diri kau dulu...kau pun buat maksiat tu belum bertaubat lagikan? So aku sarankan kau bertaubatlah...sebelum terlambat dan solatlah sebelum kamu disolatkan..."Kata Amirul lagi sambil tertawa diikuti oleh beberapa orang membuatkan lia berasa malu"Diam lah!" Lalu lia pergi ke dalam biliknya dan menghempaskan pintu dengan kuat"Dia koyak dia koyak!"kata Amirul lagi sambil tertawa "Dah lah tu abang... takut dia buat benda bukan-bukan" kata Aira sambil menepuk bahu suaminya"Haih...yalah kejora abang berhenti...now... Afeeq dengan Afrina dah tidur so kita hantar diorang dalam bilik lah..katil baby pun mama papa bawa tadi abang dah siap pasang" Aira hanya mengangguk sambil mengangkat Afeeq ke dakapan untuk bawa ke bilik tidur mereka.

Malam tahlil tiba-tiba Aira panik "Abang! Abang!" Aira mengangil suaminya"Ya sayang,kenapa ni? Sayang?"Amirul juga turut panik melihat wajah isterinya yang pucat dan penuh dengan airmata"Abang... Rina takda dalam katil baby...ada Afeeq aje abang..." Kata Aira sambil menangis"Hah?! Sayang serious lah sayang!? Tak lawak yang!" Laju saja Amirul berlari masuk ke bilik tidur mereka dan melihat hanya Afeeq sahaja yang ada di dalam katil bayi"Sial....aku akan cari kau sampai dapat!" Amirul bergegas mengambil kunci keretanya dan keluar dari rumah dan menghidupkan enjin kereta.Beberapa minit kemudian dan tidak jauh dari rumah kak Piah,Amirul ternampak ada sesosok wanita yang sedang berlari sambil memegang sesuatu lalu Amirul menekan minyak dan berhentikan keretanya di depan wanita itu.

"Woi! Apa kau buat ni?!" Tengking Amirul kepada lia yang sedang memegang Engku Afrina Mialissa di dakapannya"Aku nak jual budak ni!" Pang Amirul menampar pipi lia dengan kuat"Bagi balik anak aku! Aku cakap bagi balik!" Kata Amirul sambil cuba untuk mengambil anak perempuannya itu dari dakapan lia"Tak! Aku takkan serahkan anak ni selagi kau tak nak kawin dengan aku!".

"Sampai mati pun aku takkan nak kawin dengan kau! Serahkan semula anak aku!" Kalau diikutkan hati mahu sahaja Amirul memukul lia tetapi Amirul tidak mahu melakukan itu kerana lia sedang hamil"Jangan bodoh lia! Aku dah ada isteri! Aku tak nak duakan isteri aku!"

"Kalau kau tak nak duakan isteri kau! Ceraikan dia!" Sekali lagi Amirul tampar pipi lia"Aku takkan ceraikan bidadari syurga aku! Dia nyawa aku!" Beberapa minit kemudian beberapa kereta polis berhenti di tempat kejadian, seorang pegawai polis keluar dari kereta diikuti dengan beberapa pegawai polis"Elia Suhana...serahkan bayi itu kepada Tuan muda Amirul segera!" Arah salah seorang pegawai polis sambil mengacukan pistolnya kepada lia dengan berat hati lia menyerahkan semula Engku Afrina Mialissa kepada Amirul.