Dia ke sana ke mari tanpa arah tujuan… Dengan perut yang semakin kosong, kudapan segera harus mengisi kelaparan yang melanda… Berbekalkan Susu Kuda Luria dan Manisan Kalan, dia merehatkan diri menjamah makanan dan minuman yang di beli di kedai penjaja sambil melihat kelibat kanak-kanak bermain-main di hadapan sebuah tugu peringatan…
Secara tiba-tiba, dia teringat kembali apa yang di ceritakan oleh moyangnya dahulu… Pada waktu itu, dia yang masih lagi kanak-kanak di beri kesempatan untuk mendengar sendiri satu kisah berkenaan dengan tanah air yang tercinta… Kisah yang penuh dengan suka duka itu, tetap segar dalam ingatan walaupun moyangnya sudah lama tiada…
Dengan usianya yang makin ke lewat senja, dia tidak mahu kisah itu terhenti di situ sahaja… Sebaik selesai menjamah kudapan, dia mendapatkan kanak-kanak yang bermain-main di hadapan tugu peringtan itu lalu memulakan bicara dengan memanggil mereka untuk berkumpul… Kesemua kanak-kanak itu menurut tanpa membangkang seraya mendekatikan diri mereka kepada dia…
"Ada apa nenek panggil kami???" Dia tersenyum lalu menundingkan jari telunjuknya ke arah tugu peringatan yang berada di hadapan mereka… "Anak-anakku sayang, kamu tahu kenapa tugu ini berada di sini???" Dua tiga orang dari kanak-kanak itu menggeleng kepala dan kebanyakan mereka tidak memberi sebarang reaksi kerana masih lagi dalam kebingungan…
"Tak apa, tak apa… Jangan risau, nenek tanya saja; nak…" Dia memberikan senyuman manis untuk meredakan kekeliruan yang mula membentuk suasana… Cara yang di lakukan itu ternyata berkesan sehingga seorang kanak-kanak yang agak berusia dari kawan-kawannya yang lain menanya… "Alang-alang dah nenek menanya, kami pun nak tahu juga; kenapa, nek???"
Dia mendiamkan diri sejenak, lalu menarik nafas dalam-dalam… Dari pandanngannya, dia tahu; kanak-kanak itu memang ingin tahu tentang tugu peringatan yang dia maksudkan dan itu membuatkan dia sungguh keriangan untuk memulakan cerita yang di kisahkan oleh moyangnya, suatu ketika dahulu... "Alkisah maka tersebutlah sebuah cerita yang di sampaikan dari turun-temurun…"
---
Jika kamu semua bertuah untuk hidup di zaman itu, kamu pasti kenal; siapa dia Dera dan Ferza… Apatah lagi Ariya, Dawna dan Fasyla… Lima orang yang aku katakan ini bukan sebarangan orang… Nama mereka menjadi satu kemahsyuran yang tiada tolok bandingnya… Ketokohan dan kepimpinan Ariya, Dawna dan Fasyla menjadi bualan setiap lapisan masyarakat hingga ke hari ini… Manakala keberanian Dera dan Ferza telah membuka minda dan kesedaran pada lelaki dan wanita berkenaan dengan hidup berinsani dan saling bertoleransi tanpa membezakan kelainan yang ada di antara satu sama lain… Masing-masing punya agenda yang berlainan tetapi perjuangan mereka berlima tetap sama… KEADILAN!!!
Ya, keadilan; itu yang ingin aku ceritakan kepada kamu semua… Pada waktu itu, tidak sepertimana sekarang dan kamu patut bersyukur dengan kedamaian dan keamanan yang kamu semua peroleh hari ini dari keringat dan darah orang-orang terdahulu sebelum kamu… Jikalau tidak kerana mereka, manakan mungkin kita dapat merasa hidup dalam kebebasan???
Berbalik kepada keadilan yang aku maksudkan… Zaman itu agak kelam… Wanita tidak di beri layanan sewajarnya… Mereka di anggap tidak penting dalam masyarakat dan layak untuk duduk menjaga anak dari mengikut campur urusan Kerajaan… Bagi kaum lelaki pada ketika itu, kaum perempuan patut di perlakukan sebegitu rupa… Itu tanggapan mereka…
Maka bermulalah pelbagai penindasan dan kezaliman terhadap kaum hawa yang lemah untuk melawan semula apa yang di lakukan oleh kaum adam… Ia termaksud dengan gangguan seksual, mental; fizikal dan emosional… Ada yang lebih teruk lagi, yang menjadi mangsa harus menanggung kesalahan si pelaku kerana si pelaku di ketepian dari kesalahannya…
Di khabarkan, semua perempuan pada zaman itu hidup dalam ketakutan… Mereka tiada hak untuk bersuara, tiada peranan dan tiada apa-apa… Jadi, mereka semua lebih bertindak untuk mendiamkan diri dengan penganiayaan yang di terima dari membuka cerita kerana di perlakukan sedemikian… Itu yang sungguh memilukan… Mereka menderita dalam gembira wajah ceria…
Dalam berjuta wanita yang menjadi mangsa kerakusan lelaki buas, munculnya Ariya, Dawna dan Fasyla… Mereka bertiga merupakan sahabat sekampungan sudah lali dengan penganiayaan yang di terima bertindak untuk membalas semula dendam yang terbuku sekian lama di dalam dada… Ariya membunuh suaminya sendiri kerana menderanya… Dawna dan Fasyla pula melarikan diri…
Kerana melawan semula ketidakadilan yang di terima, mereka menjadi buruan pihak berkuasa dengan setiap kepala di letak sejumlah wang sekiranya mereka di tertangkap sama ada mati atau hidup-hidup… Itulah harga nyawa mereka bertiga… Langsung tidak bernilai… Dan itu menguatkan lagi keazaman Ariya untuk membebaskan ramai lagi wanita di luar sana…
"Kau tau, bukan mudah untuk kita dan bukan mudah untuk mereka lari dari terus di perlakukan sepertimana kita dulu…" Kata Dawna… Dia agak sangsi dengan keputusan Ariya untuk membebaskan wanita yang di tindas… Fasyla menyokong dalam keraguan kenyataan Dawna kerana dia tahu dengan siapa dia berdepan sekarang ini… "Habis, kenapa?!"
Dawna terdiam bila dia di asak sebegitu dengan Ariya… Dia tidak menjangkakan tergahan seperti itu dari sahabat sekampungnya… "Kalau tidak kita bertiga, siapa lagi yang akan mula untuk mengakhiri segala ketidakadilan ini?!" Fasyla pandang Dawna dan di pandang tepat Ariya… Kawan mereka itu bertindak untuk bersetuju tanpa sebarang kata bantah…
"Kalau begitu nekad kau, kami menurut…" Balas ringkas Dawna hampir saja mengundang kemarahan Ariya namun dia tenangkan diri untuk menghormati pendirian Dawna… "Aku paham perasaan kau, Ariya… Apap-apapun, bertenang dulu… Ambil masa untuk kita fikir dengan lebih dalam tentang perkara ini… Aku tidak mahu kita bertiga bertindak secara membabi buta…"
Giliran Ariya pula untuk mendiamkan diri… Dia mengerti… Ada benar juga apa yang di katakan oleh anak Bangsawan Hirwan ini… Jika dia hanya mengikut kata hati dan menurut emosi, dia dan mereka yang akan susah nanti… Itu sudah pasti di fikirkan Dawna sejak dari awal-awal lagi… Mereka harus hidup berjuang!
"Kita bertiga mati-mati tidak akan kembali semula kepada kehidupan kita yang lalu… Cukup sudah dengan apa yang telah kita alami sebelum ini… Aku akan menyokong dengan sepenuh hati apa yang akan engkau lakukan, Ariya… Kerana aku tahu; ini bukan untuk kita sahaja, tetapi untuk mereka di luar sana…" Terang Fasyla…
Dawna dan Ariya agak terperanjat bila Fasyla menyatakan hasratnya tanpa rasa gundah lagi tiba-tiba… Mereka berdua berpandangan sesama sendiri lalu mengukirkan senyuman manis di antara satu sama lain… Hari itu menjadi saksi, perjuangan mereka bertiga bermula di bawah satu sepakatan kata yang sama… Atas nama keadilan, mereka akan berjuang bermati-matian!!
---
Ariya, berumur lewat tiga puluhan… Seorang isteri yang lemah lembut lagi mithali terhadap anak-anaknya… Merupakan suri rumah sepenuh masa, membesarkan kedua-dua orang anak mereka yang masih dalam lingkungan belasan tahun… Sering di jadikan mangsa untuk melampiaskan kemarahan suaminya yang bekerja sebagai seorang pegawai bawahan… Penindasannya bermula semenjak suaminya di tekan-tekan…
Dia seringkali di layan dengan lebih teruk dari seorang hamba abdi… Di dera; di pukul; dan di ganggu baik dari mental, fizikal, seksual dan juga emosional… Namun sepanjang penganiayaan itu berlaku, Ariya tetap bersabar dengan meletakan anak-anaknya sebagai keutamaan untuk terus bertahan… Namun tidak lagi pada hari yang teruk itu…
Suaminya yang pulang dengan mabuk bertindak mengasari dirinya dan mengalih perhatiannya kepada anak-anak mereka pula… Di sebabkan rasa terancam dengan tindakan suaminya yang semakin menggila itu, dia bertindak dengan menikam suaminya itu dengan sebilah pisau dapur kerana tidak dapat menahan lagi diri yang selama ini di layan dengan penuh ketidakperikemanusiaan…
Ariya segera mendapatkan anak-anaknya yang ketakutan lalu melarikan diri selepas berjaya menghantarkan mereka ke rumah orang tuanya… Tanpa menitip sebarang pesan, dia meninggalkan mereka lalu berkelana tanpa arah tuju demi menyelamatkan diri dari hukum kerana membunuh… Sepanjang dia melarikan diri, hanya satu yang selalu bermain di fikirannya, bagaimana keadaan anak-anaknya…
Sebelum tidur, dia hanya menangis mengenang semula apa yang telah di lakukan suaminya terhadap dirinya yang lemah lagi tidak bermaya… Di hatinya tidak terlintas untuk bertindak sebegitu rupa tetapi apakan daya; dia tidak dapat mengawal dari diri melihat anak-anaknya pula menjadi mangsa selepas apa yang telah di perlakukan kepada dirinya…
Sehingga satu hari, Ariya di pertemukan semula dengan Dawna dan Fasyla di satu tempat yang asing dari pengetahuan orang… Mereka bertiga berkongsi cerita di antara mereka apabila mengenangkan ketidakadilan yang di terima… Memandangkan mereka merupakan sahabat sekampung, masing-masing bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah mereka bertiga lalui selama ini…
Dawna melarikan diri dari keluarganya kerana di anggap sebagai pembawa sial kepada mereka manakala Fasyla pula melarikan diri dari majikannya setelah dia di hukum kerana mempersoalkan kesalahan yang tidak dia lakukan… Dari apa yang mereka tahu, mereka sekarang sedang di buru… Itu membuat mereka menjadi pelarian di negara mereka sendiri…
Pemburuan mereka bertiga di teruskan sehingga ke hari ini dengan sejumlah ganjaran di letak di atas kepala masing-masing… Sama ada hidup atau mati, mereka terus di buru tanpa henti walaupun hanya untuk sehari… Itu membuat mereka tidak bertetap lama di sesuatu tempat untuk satu jangka masa kerana masing-masing sudah tahu…
Mati tanpa ada sebarang tanda atau tinggal jasad sekalipun, mereka bertiga akan di buru hingga ke hujung dunia… Dan nekad Ariya selama ini bertukar menjadi tekad di mana dia, Dawna dan Fasyla akan bersama membebaskan kesemua wanita yang di anaiya selama ini dan mengembalikan semula maruah mereka sebagai seorang manusia…
Di sini menjadi satu langkah kanan untuk mereka bertiga menukarkan mimpi ngeri sebagai satu harapan indah setelah sekian lama hidup dalam ketakutan… Fasa pertama perjuangan mereka bermula di Rimba Baata di mana mereka harus mengukuhkan pengaruh dan meraih sokongan dengan menyelamatkan seramai mungkin wanita yang ada dengan apa yang terdaya…
---
Budak-budak itu terpegun dengan apa yang di ceritakan… Mereka semua bagaikan tidak percaya bahawa tugu peringatan yang di bina di depan mereka bukan sekadar satu peringatan sahaja… Tetapi satu cerita yang saling berkait di antara satu sama lain… Dia tersenyum riang melihat telatah mereka… Sama seperti dia, satu ketika dahulu…
"Tapi nek, tugu ni cuma ada sepasang pasangan… Tak ada pun tiga orang wanita yang nenek ceritakan tadi…" Kata seorang budak, yang kelihatan lebih berusia dari kawan-kawan sepermainannya… "Sabar la dulu, nak… Bukan nenek tak mahu cerita tentang itu, tapi berikan nenek masa untuk mencerita satu persatu… Bolehkan???" Dia memujuk…
"Baik la, nek… Nenek teruskanlah bercerita… Kami semua nak juga tahu apa yang aka berlaku seterusnya… Tak sabar pula rasanya…" Kata budak-budak itu semua, membuat dia lebih bersemangat untuk meneruskan cerita yang tertangguh seketika… "Rasa-rasa kamu semua, apa yang akan berlaku selepas Ariya, Dawna dan Fasyla memulakan perjuangan mereka bertiga???"
Masing-masing berpandangan sesama mereka lalu serentak menggeleng kepala… Memang itu reaksi yang dia inginkan… "Baiklah anak-anakku… Nenek akan sambung semula nenek jadi dengar betul-betul ya???" Mereka semua segera bersetuju dengan mengangguk kepala… Senyuman dia semakin lebar… Tidak pernah dia merasa sebegini seronok untuk bercerita setelah sekian lama berdiam seribu bahasa…
"Kalau macam tu anak-anakku, nenek sambung lagi cerita nenek ni…" Mereka semua memandang tepat muka dia… Dengan hela nafas yang sangat dalam, dia menyambung semula cerita… Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa seperti mengizinkan mereka duduk berlama-lama di tugu peringatan itu… Tatkala cuaca masih lagi cerah, dia semakin bersemangat untuk bercerita…
---
Ariya, Dawna dan Fasyla memulakan misi dengan penuh berhati-hati memandangkan mereka masih di buru… Tidak jauh dari Rimba Baata terdapat beberapa perkampungan di pinggir kawasan pergunungan… Mereka bertiga pergi ke sana dengan misi yang sama, membebaskan wanita yang di tindas walau dengan apa jua cara yang ada untuk di guna…
Berbekalkan keberanian yang tinggi, mereka melangkah masuk ke dalam perkampungan itu dan melihat persekitaran yang agak hening di sekitar mereka… Mata mereka ligat mencari sesuatu yang mereka inginkan… Makanan, barangkali; minuman, mungkin juga tetapi ada yang lebih berharga dari itu… Sokongan dan pengaruh, di sini mereka akan jadikan pengkalan utama…
Mereka bertiga memulakan penelitian di tempat yang sama selama tiga hari berturut-turut sebelum mereka memulakan penaklukan pertama mereka… Hari pertama, di siang hari; aktiviti jual beli berlangsung, di mana para wanita di jualbeli dengan harga yang lebih murah dari seekor binatang ternakan… Itu membuat Ariya, Dawna dan Fasyla agak keberangan…
Hari kedua, keberangan mereka bertambah apabila mereka bertiga mendengar raungan wanita di sana sini meminta tolong dari terus di seksa… Dan hari ketiga, mereka tidak menunggu dengan lebih lama lagi… Berselindung di sebalik kegelapan malam, mereka bertiga memulakan pembunuhan terancang dengan meracunkan sistem pengairan selepas memberitahu seorang wanita rancangan mereka…
Dan rancangan mereka berhasil… Hampir kesemua kaum lelaki di kawasan pergunungan itu mati di racun dan mayat mereka semua di humban oleh semua kaum wanita ke dalam sebuah gaung tidak jauh dari mana perkampungan mereka berada… Meninggalkan baki di kalangan budak-budak yang masih lagi tidak mengerti apa yang telah terjadi…
Ariya, Dawna dan Fasyla di hujani dengan ucapan terima kasih sebaik tiba dari tempat persembunyian mereka… Isteri ketua kampung mendapatkan mereka bertiga lalu menyatakan sesuatu yang agak penting… Dia yang juga mangsa diskriminasi suaminya bertindak membelot dengan membuka rahsia bahawa suaminya mengarah agar pihak penguatkuasa berusaha mengetatkan lagi kawalan keselamatan…
Bagi Ariya, ini satu peluang yang baik untuk mereka mengumpul senjata jika mereka berjaya memperdaya kesemua penguatkuasa yang datang ke perkampungan ini dengan syarat para wanita harus bekerjasama dengan mereka… Bagi Dawna pula, ini akan menjadi pemula untuk mereka mengukuhkan sokongan dan pengaruh supaya kawasan pergunungan ini menjadi pengkalan mereka…
Untuk Fasyla, dia masih seperti dia; agak ragu-ragu… Dengan kekuatan sebanyak seratus dua puluh tiga perempuan dari pelbagai peringkat usia, di sini Ariya berbincang secara langsung dengan mereka semua tentang tujuan utama dia membebaskan mereka dan hala tuju perjuangan yang dia bersahabat sedang di lakukan... Mereka agak gelisah sebelum bersetuju…
"Apa yang kami dapat sekiranya kami semua mengikut kamu dalam perjuangan itu???" Tanya beberapa orang perempuan di kalangan mereka dan itu mudah di ketepi Dawna dengan bentuk pertanyaan yang sangat berbisa… "Jadi, kamu semua sanggup melihat lebih ramai lagi kaum wanita di aniaya oleh kaum lelaki???" Mereka semua menggeleng serentak…
"Baguslah kalau begitu… Itu saja sudah cukup untuk kami teruskan perjuangan kami… Tak mengapa andai kata kamu semua masih mempertikaikan apa yang kami lakukan, tetapi mengertilah… Ini semua bukan untuk kami dan kamu tetapi ini untuk kita semua!!!" Kata-kata Dawna memarakan semangat semua wanita di hadapan mereka bertiga… Ariya tersenyum…
Jarang sekali aku melihat anak Bangsawan Hirwan begitu bersemangat memberikan kata ucapan sedemikian rupa… Memang benar apa yang di katakan oleh kebanyakan, keturunan mereka mewarisi sifat kepimpinan yang tinggi dan itu memang tidak dapat di pertikaikan lagi… - Hemat hati Ariya… Dia hanya membiarkan saja Dawna membakar semangat mereka semua…
"Mulai pada hari ini, kita akan tentang mereka habis-habisan!!! Jangan biarkan walau seorang pun terlepas!!!" Jeritan sahabat seperkampungannya itu di sahut segera mereka dengan sorakan penuh rasa dendam dan amarah… Fasyla tahu, mereka semua tidak bermain-main lagi setelah di perhangatkan oleh Dawna… Mahu tidak mahu, dia harus menyokong tanpa membangkang…
Ariya tersenyum dengan lebar apabila semua wanita yang di bebaskan mereka bertindak untuk memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada mereka bertiga... Dia dapat merasakan, masanya kini sudah tiba; untuk dia, Dawna dan Fasyla lebih progresif dan agresif dalam perjuangan mereka… Dalam kelapangan masa ini, dia bersendirian mula merangka pelan tindak…
Suri rumah itu mahu perancangan mereka untuk merampas senjata dari penguatkuasa yang datang ke perkampungan ini berhasil tanpa sebarang cacat-cela… Perancangan itu juga di persetujui isteri ketua kampung dan itu memudahkan Ariya, Dawna dan Fasyla memulakan tugasan mereka… Sebaik semua di rencana dengan sebaiknya, mereka semua hanya menunggu masa sahaja…
Seperti apa yang di beritahu perempuan itu kepada mereka bertiga, penguatkuasa akan sampai ke perkampungan ini dalam masa tiga hari dari sekarang… Di ketuai seorang pegawai bawahan, mereka semua akan membuat pemeriksaan dan pemantauan rapi sebelum menghabiskan masa dengan berehat bersama para wanita yang ada di perkampungan itu seperti kebiasaannya…
Bersambung...