Dengan kejayaan yang di peroleh Ariya bersama orang-orangnya tempohari, pengaruh dan sokongan terhadap perjuangan mereka bertiga makin bertambah meluas… Beberapa pekan lain di sekitar Wilayah Pembebasan Sejagat mula menunjukan peningkatan para wanita menyertai parti yang di isytiharkan haram itu dalam senyap dan memulakan gerakan bawah tanah untuk mengguling pentadbiran tempatan…
Ada di antara mereka yang berjaya dan ada juga yang gagal dalam misi mereka itu… Bagi yang berjaya, mereka dapat meluaskan Wilayah Pembebasan Sejagat walaupun mengambil masa hampir berbulan-bulan… Manakala yang gagal pula, mereka akan di hukum dengan kejam tanpa pengasihanan… Itu menjadi satu perjudian yang mereka semua saling tahu-menahu…
Mereka bertindak sebegitu pun atas satu alasan yang sangat kukuh, mereka begitu kagum dan teruja dengan apa Ariya, Dawna dan Fasyla telah lakukan selama ini… Penyeksaan terhadap kaum wanita masih berterusan dari semasa ke semasa dan itu tidak mematah walau sedikitpun semangat mereka untuk sama-sama berjuang bersama dengan idola mereka…
Biar mereka bergadai masa, harta dan nyawa; apa yang mereka impikan akan menjadi nyata… Itu yang selalu Ariya, Dawna dan Fasyla selalu katakan untuk menyemarak lagi semangat ke semua orang-orangnya… Pada masa yang sama, menyemarak juga semangat wanita-wanita lain di luar sana yang mengikut jejak mereka secara terang mahupun diam-diam…
Pekan-pekan baru yang jatuh ke tangan mereka selepas kejayaan menawan empat pekan sebelum ini antaranya Morna, Rahnema, Fajad dan Paliaz… Pekan-pekan ini mendapat tentangan sengit selama hampir tiga bulan dan penawanan keempat-empatnya berhasil apabila penguatkuasa dengan bantuan askar simpanan Kerajaan kehabisan amunisasi untuk meneruskan lagi penentangan terhadap gerakan bawah tanah…
Walaupun kejayaan manis itu memberi suntikan kuat kepada Parti Kebebasan SeNegara, kegagalan beberapa pekan dalam penawanan gerakan bawah tanah membuat mereka semua sangat berwaspada agar kesilapan yang sama tidak berulang buat kali yang kedua kerana mereka tahu, pihak Kerajaan akan berhabis-habisan untuk mempertahankan pekan-pekan yang masih lagi dalam penguasaan mereka…
Dalam masa hanya setengah tahun berjuang, peluasan Wilayah Pembebasan Sejagat meningkat sebanyak tiga puluh lima peratus dan mula menjejak kesempadanan Bandaraya Dila… Parti Kebebasan SeNegara dengan keanggotaan penuh sebanyak lima ribu tentera bersenjata terlatih mula merangka pelan tindak untuk menakluk bandar itu selama beberapa minggu di sertai oleh semua bahagian…
"Puan Urusetia, puan memang benar-benar serius untuk memulakan penaklukan terhadap Bandaraya Dila??? Puan tahu bukan, ini satu percaturan yang sangat besar terhadap kita semua…" Ariya hanya bertindak mendengar sahaja segala apa yang di kata oleh cabang kepartiannya tanpa memberi apa-apa reaksi barangkali mahu untuk meneliti dari intipati perbincangan mereka semua…
"Rasa-rasa kamu, apa yang terbaik untuk kita semua lakukan sekarang???" Tanya Fasyla… Nadanya agak bersahaja… Dia menyambung semula… "Kalau kita terus bersenang-senang dengan apa yang kita capai, tak mustahil pihak Kerajaan akan jauh lebih ke depan daripada kita…" Semua perwakilan terdiam… Dalam keheningan itu, Dawna mencelah untuk mengutarakan pula pendapatnya…
"Aku rasa, sekarang merupakan masa yang paling sesuai untuk kita takluk bandar tu… Apa yang Fasyla kata ada benarnya… Kita tidak boleh berpeluk tubuh… Kejayaan tidak datang bergolek melainkan usaha… Jika kita gagal pada hari ini, kita akan gagal selama-lamanya…" Kali ini, semua perwakilan dan cabang kepartian memandang sesama sendiri…
"T-Tapi Cik Ketua, tolong pertimbangkan… Bukan mudah untuk kita tawan Bandaraya Dila… Bandaraya itu di kawal sepenuhnya oleh Askar Kerajaan…" Dawna membungkam namun Ariya bertindak pantas membalas ujaran yang di beri oleh cabang kepartiannya… "Kita tak tahu selagi kita tak mencuba… Mungkin ini peluang kita untuk melebarkan lagi wilayah kita…"
Fasyla menyusulkan undian untuk mempersetujukan hasrat Ariya menakluk Bandaraya Dila… Ketua cabang seramai seratus dua puluh tiga orang memberi undi majoriti setelah mereka semua berfikir panjang tentang apa yang telah di suarakan oleh Orang Penting mereka… Dengan undian itu, Ariya memulakan perancangan bersama Dawna dan orang kuat mereka secara rahsia…
Perancangan mereka mudah tetapi sangat taktikal… Bekalan air dan makanan Bandaraya Dila harus di putus dari sistem penghantaran… Sebaik sistem itu di putus, tentera mereka seramai dua ribu lima ratus orang perlu bertindak segera dengan menyusup masuk ke dalam sistem pertahanan dan mensabotaj kesemuanya untuk di pergunakan semula dalam penaklukan…
Sebaik fasa pertama berjaya, fasa kedua bermula dengan menentang kesemua Askar Kerajaan dan Pengkuatkuasa… Fasa ketiga pula semestinya berakhir dengan pembebasan kesemua wanita dan menubuhkan pentadbiran sementara untuk mengembalikan semula keamanan bandar itu kepada keadaan asal… Sebaik perancangan itu di persetujukan, Ariya seperti biasa akan mengetuai tenteranya ke medan pertempuran…
---
Perempuan tua itu berhenti secara mengejut dan itu memeranjatkan ke semua budak-budak yang tekun mendengar ceritanya… Dia mencapai segera Susu Kuda Luria lalu di minum sedikit demi sedikit… Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa seolah-olah memberikan dia kesempatan untuk berehat dan ia sangat menyenangkan… Cuaca yang agak redup membuat mereka selesa berlama-lama…
Budak-budak itu memerhati gelagat perempuan tua itu dengan mata berkaca-kaca meminta agar dia menyambung semula ceritanya… "Nek, cerita dah makin menarik tiba-tiba nenek berhenti… Sambung la lagi, nek…" Kata seorang budak perempuan, yang agak muda dari mereka semua… Permintaan budak perempuan itu mengundang ketawa kecil kepadanya… "Nenek ni kan!!! Hmpf!"
Dia tersenyum… Lalu segera meminta maaf kepada budak perempuan itu… "Maafkan nenek, anakku… Nenek tak sengaja… Jangan marah ya, sayang???" Budak perempuan itu termakan dengan pujukannya lalu mengalih perhatian kepada kawan-kawannya yang lain… Mereka semua mengangguk… "Dahsyat juga Parti Kebangsaan SeNegara pimpinan tiga bersahabat… Mereka semakin jauh dalam perjuangan mereka…"
Kata budak lelaki yang lebih berusia dari kawan-kawannya… "Mula hanya dengan empat orang, sekarang dah lima ribu orang… Dalam masa enam bulan saja pulak tu… Pergh, saya mati kata-kata; nek…" Perempuan tua itu mengerti apa yang cuba di sampaikan oleh budak lelaki itu lalu menyambung apa yang kurang di situ…
"Bagaikan kisah satira kan??? Nenek paham maksud kamu, nak… Siapa pun takkan percaya tetapi sejarah takkan menipu kita… Buktinya, tugu peringatan di hadapan kita semua masih utuh berdiri walaupun kisah nenek ini sudah berlalu hampir ratusan tahun yang lalu…" Mereka semua kagum, lalu memandang tepat tugu peringatan yang di maksudkan…
"Mari nenek sambungkan semula cerita nenek yang terhenti sebentar tadi… Nenek tahu, anak-anak nenek tak sabar nak nenek ceritakan lagi…" Mereka semua bersetuju dengan anggukan kepala dan itu sudah menjadi bukti yang kukuh pada perempuan tua itu untuk menyambung cerita… "Tak jauh dari mana mereka berada, di pusat Bandaraya Dila…"
---
Lelaki tua itu memandang dengan tajam para pentadbirnya… Mereka semua tahu, lelaki tua itu dalam keadaan yang sangat tidak menyenangkan… Dia kelihatan berulang-alik ke sana ke mari dari Balai Tadbir tanpa sebarang arah tujuan sambil tangannya di silang ke belakang badan dan mulutnya mengomel sesuatu seperti cercaan berselang dengan makian…
Dia kalih pandangannya kepada mereka lalu mengeluarkan satu celaan kasar… "Kamu semua tak guna!!! Pemberontak sekecil tu pun kamu semua tak dapat tumpaskan!!! Kamu semua tahu tak berapa banyak sudah aku keluarkan dana untuk menampung segala operasi kamu untuk menentang mereka?! Apa yang aku dapat akhirnya??? Kegagalan; kegagalan dan kegagalan!!!"
Para pentadbirnya hanya mendiamkan diri tanpa sepatah bicara… Mereka yang di caci dengan kata-kata nista itu masih terpana kerana di maki sebegitu rupa… Namun mereka tidak mahu melawan semula kata-katanya kerana mereka semua tahu, lelaki tua itu jenis perengus orangnya… "Habis, apa yang kamu nak aku buat pada kamu, sekarang???"
Seorang pentadbirnya ke depan dan mengajukan satu permintaan… "Beri kami peluang kedua untuk mempertahankan bandaraya tuan dari di takluk oleh pemberontak itu…" Kesemua teman-temannya agak tercegang dengan kenyataan yang di lontarkan pentadbir muda itu… Mereka langsung tidak menyangka dia begitu berani untuk menghadap lelaki tua itu tanpa sebarang rasa gentar…
"Apa kau kata???" Lelaki tua itu menghampiri pentadbirnya itu hingga muka mereka hampir bertemu… "Kau nak aku habiskan lagi wang perbendaharaan yang aku simpan demi meneruskan kegagalan yang telah kamu semua alami?! Tak cukup-cukup lagikah kamu semua nak menyusahkan aku dengan semua ini; hah?!" Ada di kalangan mereka menundukan kepala…
"Masa semakin suntuk, tuan; jika kita tidak mula dari sekarang, bila lagi???" Orang tua itu terdiam sejenak untuk berfikir seketika… "Kita boleh ambil kesempatan ini dengan memperkuatkan sistem pertahanan bandaraya tuan dengan secepat mungkin…" Kata-kata pencerahan dari pegawai pentadbirnya membuat lelaki yang hampir ke senja usia itu berfikir dua kali…
Dia memandang kepada pegawai-pegawainya yang lain… Kebanyakan mereka mengangguk kepala mengiya penjelasan kawan mereka itu kepadanya… "Berapa ramai orang kita yang mampu kamu kerah mengawal keselamatan Bandaraya Dila???" Pegawainya itu memberi satu kepastian yang agak menyakinkan… "Sepuluh ribu orang kesemuanya, dari kalangan Askar Kerajaan dan Penguatkuasa yang lengkap dengan senjata…"
Orang tua itu mengurut-ngurut janggutnya yang agak ciput lalu menyuarakan semula kesangsiannya tentang satu perkara terhadap pegawai tadbirnya… "Dan berapa banyak lagi dana yang perlu untuk aku gunakan demi kelangsungan Bandaraya Dila???" Pentadbirnya itu tersenyum lalu membalas dengan sangat pantas… "Cukup hanya tuan sediakan kepada kami bekalan dan keperluan seharian…"
Dia masih ragu-ragu dengan apa yang di katakan oleh pegawai pentadbirnya itu… "Kau yakin yang kau takkan kecewakan aku dengan apa yang telah terjadi sebelum ini???" Pegawainya itu mengangguk kepala tanpa sepatah kata dan itu cukup membuat orang tua itu lega seraya dia berkata… "Kalau begitu, baiklah… Buktikan kepada aku…"
Pegawai pentadbirnya memberikan tabik hormat seraya di ikuti oleh kawan-kawannya yang lain… "Saya menjunjung kasih dan perintah tuan…" Mereka semua berlalu pergi bersama-sama, meninggalkan orang tua itu sendirian… "Adakah keputusan aku tepat tentang perkara ini??? Perlukah aku meminta bantuan dari pihak atasan untuk memastikan Bandaraya Dila sentiasa terjaga???" Dia kegelisahan…
---
Persediaan untuk menakluk Bandaraya Dila berjalan dengan lancar… Mengetuai lima ribu orang, Ariya mendapatkan bekalan dan persenjataan yang cukup dari Wilayah Pembebasan Sejagat sebelum berlepas… Menuju ke Bandaraya Dila mengambil masa selama tiga hari menaiki kuda perang dan itu bukan satu perkara yang sukar kerana bersesuaian dengan bentuk muka bumi…
Dari lima ribu orang yang di bawa, Ariya membahagikan mereka kepada empat ketumbukan utama iaitu; bala tentera biasa, unit artileri ringan, unit bekalan bergerak dan unit kejuruteraan perang… Memandangkan penaklukan mereka pada kali ini tidak seperti penawanan pekan-pekan, unit artileri ringan dan unit kejuruteraan perang sudah pasti akan memberi kelainan…
Setiap ketumbukan yang di bahagi, di ketuai oleh seorang urustempur berpengalaman di mana peranan utamanya ialah untuk melincinkan operasi yang di jalankan selain mengarah agar ketumbukan yang di wakili melaksanakan tugasan mereka dengan sempurna… Ariya menghantar seorang perisik untuk menusuk masuk ke dalam bandaraya sambil membawa semula informasi dan risikan…
Sementara menunggu kepulangan perisiknya itu, mereka berkampung di sebuah tempat yang agak menarik untuk di jadikan pos arahan… Di sini, kepakaran unit kejuruteraan perang di tagih untuk memastikan pos arahan yang di bina mampu bertahan dari serangan musuh… Selain mampu menempatkan kesemua orang-orang Ariya untuk beberapa minggu dan bulan mendatang…
Pos arahan itu agak besar dan kompleks baik dari segi pembinaan mahupun dari segi pertahanan… Berdekatan pula sungai yang memisahkan mereka dengan kawasan berbukit berhampiran Bandaraya Dila menjadi satu kelebihan yang sangat ketara kerana musuh pasti sukar menjejaki mereka apatah lagi sungai itu memberi tangkapan segar dan juga kebersihan harian…
Walaupun segala persediaan telah di lakukan, tidak bermaksud mereka harus bersenang-lenang tanpa berbuat apa-apa… Ariya menggunakan waktu lapang ini dengan mengadakan latihan ketenteraan dan juga pembangunan senjata lapangan untuk meningkatkan kemampuan orang-orangnya pada tahap yang terbaik… Dia juga tidak melupakan unit bekalan bergerak kerana penaklukan mereka bukan dalam sehari dua…
Setelah beberapa hari menunggu, perisik yang di nanti-nanti sudah tiba… Menemui Ariya dan juga orang kanannya, mereka mengekstrak segala maklumat yang di peroleh oleh perisik itu di dalam risikannya tempohari… Dari apa yang dia tahu, gerakan bawah tanah mula merencana sabotaj besar-besaran untuk melengah-lengahkan persiapan rapi pasukan keselamatan Bandaraya Dila…
Perisik itu menambah lagi… Kekuatan keseluruhan Askar Kerajaan dan Penguatkuasa yang di tempatkan di bandaraya itu seramai sepuluh ribu orang… Ariya dan orang kanannya berpandangan sesama sendiri lalu mengizinkan perisik itu membawa diri sebaik maklumat yang di beri, di terima… "Puan Urusetia, bagaimana sekarang??? Mereka dua kali ganda dari kita…"
Ariya terdiam sejenak lalu memberitahu pada kesemua orang kanannya tentang apa yang mereka rancangkan sebelum ini… "Jangan takut dengan jumlah mereka yang agak besar… Ingat lagi tak masa kita tawan pekan-pekan di dalam Wilayah Pembebasan Sejagat??? Orang kita pun tak sebanyak mana… Apa yang penting, kita akan lemahkan moral mereka!"
Pembunuh itu menyambung kata-katanya… "Sebaik moral mereka lemah, kita akan menyerang mereka dengan serangan padu dan pada waktu itu, tiada siapapun yang dapat membantu… Kita pasti menang dengan sangat mudah!" Orang-orang kanannya mengerti apa yang cuba di maksudkan lantas membalas dengan senada… "Baik, Puan Urusetia! Pimpin kami ke arah kemenangan!!!"
---
Mejar Brigadier Jeneral Maheda sedang berehat di sebuah taman berdekatan dengan fasiliti pembangunan senjata… Dia di datangi beberapa orang askarnya mengiringi Imeretus Kameni, Ketua Menteri Di Jabatan Jemaah Menteri atas urusan peribadi… Setelah lelaki muda itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi besi, para pengiringnya berlalu pergi meninggalkan mereka berdua, berdua-duaan…
Berhadapan dengan Ketua Tentera Kerajaan mereka, lelaki itu memulakan bicara yang tertangguh seketika… "Kau kelihatan sangat tenang walaupun di serata pelosok negara sekarang kacau-bilau dengan pemberontakan Parti Kebebasan SeNegara, Maheda…" Maheda memandang-mandang wajah Kameni dengan muka tidak percaya lalu berketawa besar… "Apa yang nak aku herankan dengan orang-orang bodoh tu…"
Kameni, sahabat sepersekolahan Maheda sejak darjah tiga agak tidak menduga reaksi sebegitu rupa di berikan Maheda kepadanya… "Apa yang kau maksudkan dengan 'orang-orang' bodoh itu???" Maheda memandang tepat sahabatnya itu lalu bersuara dengan nada sinis… "Manakan tak bodoh kalau mereka tetap nak lakukan benda-benda bodoh untuk satu perkara yang bodoh???"
Sahabatnya itu agak tersentak namun cuba untuk bertenang barangkali kerana tahu, lelaki pertama dalam angkatan bersenjata negara mereka sejak dua menjak ini sangat tertekan dengan tugasan untuk menghapuskan kesemua tentangan dan ancaman dari parti haram itu… "Aku paham apa yang kau cuba nyatakan, Maheda tapi takkah tindakan kau agak keterlaluan???"
Sekali lagi Maheda pandang muka Kameni… Dengan megah; dia membalas semula apa yang di gusar sahabat sepersekolahannya itu… "Jika perlu negara ini jadi abu, aku akan menang untuk jadi arang!" Satu tepukan gemuruh di beri oleh seseorang yang tidak di kenali mereka berdua… Masing-masing mengalihkan pandangan mereka dengan segera… "K-kau?!"
"Siapa lagi kalau bukan aku, sahabat???" Lelaki misteri itu datang bersama dengan beberapa orangnya… Dari pakaian rasmi yang di pakai, Maheda dan Kameni tahu; mereka dari Konsulat Kerjaraya Dan Sumber Manusia… "Atas sebab apa kau datang kemari, Stepha???" Stepha tersenyum… "Singa Barat Daya ingin merafakan ucapankan selamat kepada kau, Maheda…"
Singa Barat Daya, gelaran yang di beri kepada seorang pembesar dari Kerajaan memang sangat di geruni kerana acapkali bersikap dingin kepada mana-mana pegawai yang ada di dalam negara… Maheda dan Kameni tahu benar dengan lelaki yang berumur awal lima puluhan itu… Bagi mereka, lelaki itu tidak di anggap penting pun…
"Oh, yakah??? Apa yang dia mahu??? Hadiah? Minuman atau perempuan???" Stepha agak terasa apabila Maheda membalas dengan nada selamba barangkali dia tidak mahu mengambil peduli dengan pesanan yang di terima kepadanya itu… "Dia tak mahu apa-apa pun dari kau, Maheda… Apa yang dia mahu, kau kena berjaga-jaga mulai dari sekarang…"
Maheda mengerut muka masam… Kameni yang perasan dengan perubahan itu tidak sempat menukar topik bicara apabila sahabat sepersekolahannya itu membalas semula dengan tidak teragak-agak… "Katakan kepada dia, ini Maheda; masih sihat dan tak perlu di risaukan… Tiga hari kemudian, dia sendiri akan datang bertandang ke tempat pembesar secara empat mata…"
Stepha cuba untuk bertenang dengan sikap acuh tidak acuh Ketua Tentera Negara itu lalu memberikan satu tabik hormat seraya berlalu pergi bersama orang-orangnya tanpa sepatah kata… "Maheda, Maheda… Kau masih tetap sama seperti dulu…" Kameni di ketawakan Maheda apabila lelaki itu membuka kisah silamnya… "Macam kau sehari kenal aku, Kameni…"
Bersambung...