Maheda, anak seorang peladang dari pendalaman negara mula menceburi bidang ketenteraan sejak dari bangku sekolah lagi… Minatnya itu berputik kerana pada waktu itu, Kerajaan tidak mempunyai seorang pun kepimpinan tentera yang berwibawa kerana terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa... Itu yang mendorong dia untuk mengubah keadaan yang sedang bermaharajalela…
Menyertai Rejimen Ketiga Puluh Lima; Angkatan Tentera Darat Negara, Maheda membina nama dengan begitu pantas pada usia yang agak muda untuk di ambil kira oleh orang atasannya lalu memberikan dia beberapa pilihan untuk terus dalam bidang yang di minati… Ini termasuk bantuan intensif; biasiswa ke peringkat tertinggi dan latihan peribadi…
Ayahnya begitu bangga dengan pencapaian anaknya dalam bidang yang di minati… Walaupun dia baru sahaja beberapa tahun dalam ketenteraan negara, dia sudah menjadi komander dengan beberapa pingat kepahlawanan dan pengiktirafan dari dalam dan luar… Dalam beberapa tahun berikutnya, Maheda meneruskan kerjaya dengan melanjutkan pembelajaran ke negara jiran dalam perangkaan urustadbir…
Di sana, dia mendapat keputusan yang sangat cemerlang dan itu membuat Maheda di anugerahkan pangkat demi pangkat berdasarkan kesungguhan, pengalaman dan taraf pendidikan yang di terima sehingga mendapat gelaran Mejar Brigadier Jeneral dari Kerajaan di mana dialah satu-satunya tentera dari kawasan pendalaman negara memperoleh gelaran itu dalam sejarah ketenteraan negaranya…
Gelaran yang di beri kepadanya di manfaat dengan sebaiknya dengan memberi khidmat tanpa rasa jemu kepada Kerajaan yang telah banyak membantu Maheda semasa membina kerjaya, suatu masa dahulu… Namun hari ini, tidak sama sepertimana hari pada masa lalu… Pemberontakan para wanita yang di terajui Parti Kebebasan SeNegara sangat mencabar kemampuannya…
Buat kali pertama dalam kerajaya Maheda, dia berhadapan dengan penentangan di seluruh negara di mana tiada mana-manapun kepimpinan tentera sebelum ini menghadapi senario yang sama seperti yang di alami dia… Dalam keralikan memikirkan cara paling efisien untuk membasmikan penentangan mereka sama sekali, lelaki itu di datangi delegasi dari Bandaraya Dila…
Imeretus Kameni hanya memasang telinga dengan apa yang ingin di sampaikan ketua delegasi kepada sahabat sepersekolahannya itu… Mana tahu, dia boleh mengalih perhatian mereka sekiranya suasana mula menjadi semakin hening… "Maaf kami menganggu Tuan… Kedatangan kami ke sini untuk meminta buah fikiran dari Tuan bagi mempertahankan Bandaraya Dila dan sekitarnya…"
"Teruskan…" Balas Maheda dan ketua delegasi menyambung semula tanpa ragu-ragu… "Penawanan beberapa pekan penting di dalam kawasan tadbir kami amat menakutkan ramai Askar Kerajaan dan Penguatkuasa yang di perintah menjaga keamanan dan kemakmuran Bandaraya Dila… Jika semangat mereka semakin goyah, ini akan memberi kesan yang besar kepada semua rakyat jelata…"
Kameni terus mendengar dengan teliti apa yang di perkhabarkan kepada Maheda… Dia tidak mahu masuk campur pada masa ini dan memberi peluang lelaki itu sendiri memberikan ujaran untuk memuaskan hati ketua delegasi yang datang dari jauh… "Aku boleh hantarkan askar simpanan sekiranya keadaan semakin mendesak tetapi itu mengambil masa seketika…"
"Kamu semua boleh tunggukah???" Ketua delegasi terdiam dalam sekelip mata dan suasana hening mula terbentuk dengan segera… Masing-masing memikirkan apa yang patut mereka balaskan sesama mereka… "Berikan dia sehari dua untuk dia putuskan apa yang terbaik buat kamu dan kita semua… Perkara ini perlu penelitian agar tidak terburu-buru…" Balas Kameni…
Maheda pandang Kameni dengan muka tidak percaya… Bukan kerana apa, dia sendiri tidak menyangka yang Ketua Menteri itu akan menyokong penuh kenyataannya… Ketua delegasi segera menganggukan kepala tanda dia bersetuju lalu meminta izin untuk pergi atas sebab yang tidak pasti… "Pandai kau tolong balas untuk aku…" Kameni hanya berketawa sahaja…
"Aku memang kesian dekat kau tetapi aku lebih kesian lagi dekat dia… Jadi Maheda, apa perancangan kau selepas ni??? Takkan nak berpeluk tubuh tengok dan lihat tanpa berbuat apa-apa, kawan???" Maheda tersenyum sinis dan itu sangat di mengerti oleh Kameni… "Kau tunggu sajalah, Kameni… Masanya akan tiba tak lama nanti…"
---
"Emmm, nek… Rasa-rasa nenek, apa yang si gila tu akan lakukan terhadap Parti Kebebasan SeNegara???" Tanya budak perempuan yang agak ingin tahu tentang perkara itu… Dia tersenyum dan membiarkan budak perempuan itu memikirkan sendiri apakah jawapannya… Bukan kerana tidak mahu membalas pertanyaannya, dia nak biarkan mereka sendiri mengetahui apakah kesudahannya…
"Saya tak rasa mereka dapat menawan Bandaraya Dila dengan mudah…" Kata seorang lagi budak-budak… Perempuan tua itu agak tertarik dengan kenyataan yang di beri… "Bandaraya Dila di kubukan dengan baik, di kawal dengan ketat dan di lapisi dengan pelbagai pertahanan… Mana mungkin pemberontak sekecil itu mampu menawan seluruh bandaraya, nek…"
Dia tersenyum kerana budak itu berfikir di luar kotak, tidak sepertimana kawan-kawannya yang lain… "Nenek puji dengan ujaran yang kamu nyatakan, nak… Memang ada betulnya apa yang kamu sangsikan… Tapi jangan kamu pandang rendah kepada ketokohan Ariya, Fasyla dan Dawna…" Budak itu terdiam tanpa kata… Dia menyambung kata-kata yang terhenti…
"Benar Ariya seorang pembunuh… Bersuamikan seorang pegawai Kerajaan, dia tahu cara untuk memberi arahan dan melaksanakan arahan yang di beri… Bergadingan dengan Dawna yang merupakan anak seorang bangsawan sudah tentu memberi kekuatan dalam perjuangan mereka…. Walaupun begitu, kita tidak boleh lupa pada Fasyla, pemikiran kritisnya banyak membantu di kala perlu…"
Budak itu agak berpuas hati dengan balasan yang di terima… Yang lain-lain pula hanya mendengar dengan penuh kagum dan teliti… Mereka masih menanti-nanti sambungan yang akan di ceritakan oleh perempuan tua itu… Masa yang berdetik pantas berlalu bagaikan tak terasa… Namun itu bukan alasan untuk mereka tidak berlama-lama bersama dengannya…
"Maheda kelihatan memerlu waktu memikirkan keputusan untuk menghantarkan bantuan tambahan tatkala para pemberontak sudah bersiap sedia untuk memulakan penaklukan terhadap Bandaraya Dila… Saya dapat merasakan yang Ariya akan memafaatkan peluang ini dengan sebaik mungkin…" Kata budak perempuan yang duduk bersebelahan dengan perempuan tua itu… "Saya yakin, nek; Ariya mampu melakukannya…"
"S-saya pun turut bersetuju dengan kenyataan kawan saya tu, nek…" Balas budak lelaki yang duduk bersebelahan di antara mereka berdua… "Kita tahu yang Ariya sudah beberapa kali berjaya mengharungi beberapa pertempuran sebelum ini dan itu tidak mengugat keyakinan saya kepadanya…" Jelas panjang lebar budak lelaki itu, dengan penuh rasa bangga…
"Baiklah anak-anakku… Mari kita teruskan lagi… Nenek nak sambung cerita kita yang masih panjang… Erm, tak mengapakah kalau kamu semua berlama-lama di samping nenek???" Semua mengangguk kepala serentak tanda mengiya… Dia kelihatan begitu tersentuh melihat kesungguhan mereka untuk mendengar cerita… "Baguslah kalau macam tu… Kita tengok apa pula perancangan Ariya…"
---
Lima hari sudah berlalu semenjak mereka semua berkampung di dalam kawasan hutan yang tidak jauh dari Bandaraya Dila… Melihat semangat orang-orangnya yang membara-membara membuat Ariya tidak teragak-agak untuk memulakan penaklukan… Tetapi dia tidak mahu terburu-buru walaupun dia mempunyai kuasa penuh untuk mengarah kesemua orang-orangnya memulakan penaklukan bandaraya itu dengan serta-merta…
Seperti yang telah di rancangkan sebelum ini, Ariya tidak mahu walau sedikitpun kegagalan terjadi dan semua orang-orangnya mengerti tanpa sangsi… Dari lima ribu orang yang di bawa, setelah di pecah kepada unit-unit yang berasingan; Ariya mengasingkan setiap unit-unit itu sebanyak lapan ratus tujuh puluh lima orang bertujuan untuk serangan sistematik…
Perisik yang di hantar tempohari di beri tugasan merbahaya untuk menyemarakan lagi pensabotajan di dalam Bandaraya Dila leh gerakan bawah tanah tatkala mereka mula memotong bekalan makanan dan minuman sebelum memulakan serangan secara berperingkat… Ariya yang mengetuai orang-orangnya dengan segera menjalankan misi mereka dengan sangat licik dan taktikal serta efektif…
Penaklukan Bandaraya Dila bermula... Lapan ratus dua puluh lima orang yang di bahagi dari empat unit ketenteraan utama melancarkan serangan empat penjuru… Apabila gerakan bawah tanah mengetahui Parti Kebebasan SeNegara memulakan serangan, mereka tanpa teragak-agak melancarkan pelumpuhan sistem pertahanan dan logistik sebaik perisik yang di hantar Ariya mengkhabarkan kemaraan mereka…
Bekalan air dan makanan yang di putuskan dari masuk dan keluar melalui bandaraya itu agak tidak di duga oleh Askar Kerajaan dan Penguatkuasa yang mengawal kesemua tempat yang di jangka mereka akan di serang oleh parti yang di haramkan itu… Lebih mengejutkan, empat penjuru serangan dari luar membuat mereka kegemparan…
Tambah pula dengan serangan dari dalam Bandaraya Dila sendiri menjadikan kedudukan mereka agak terdedah… Dalam kekalutan itu, mereka cuba untuk bertahan, walaupun moral mereka semua semakin rendah dari setiap detik yang berlalu… Dengan pengabungan serangan empat penjuru oleh unit-unit utama yang di bahagikan oleh Ariya ternyata memberi hasil yang berbeza-beza…
Unit artileri ringan dan kejuruteraan perang memberi kesan yang agak besar dalam peringkat pertama penaklukan kerana berjaya meruntuhkan beberapa pos kawalan penting di setiap penjuru bandaraya itu atas bantuan gerakan bawah tanah… Unit bekalan bergerak tidak mensia-siakan peranannya untuk membekalkan segala kelengkapan dan peralatan yang perlu dalam penaklukan mereka itu…
Bala tentera biasa yang di pimpin Ariya di beri keutamaan dalam penaklukan itu untuk menyusup ke dalam Bandaraya Dila sebaik sahaja arahan rasmi di keluarkan dari Ariya kepada para pengawainya… Pada waktu ini, mereka hanya di arah untuk memberi sokongan kepada unit artileri ringan dan kejuruteraan perang dari di hapuskan…
Manakan tidak, bala tentera biasa yang sudah terlatih dengan pertempuran dan penawanan sebelum ini bertindak membina benteng kecil dan perparitan di sekitar unit-unit penting itu dari serang hendap, asimilasi udara, pengeboman jarak jauh mahupun tembakan dari peluru sesat yang bermaharajalela… Ternyata usaha mereka semua berhasil dalam satu jangka masa singkat…
Di serang hebat dari dua arah dan empat penjuru, membuat kesemua Askar Kerajaan dan Penguatkuasa semakin terdesak untuk meneruskan perjuangan mempertahankan Bandaraya Dila dari di tawan oleh pemberontak… Masa berlalu dengan pantas dan angka korban bagi kedua-dua pihak yang berlawanan meningkat dari setiap saat permasaan… Namun penaklukan tetap di teruskan…
---
Berita tentang serangan terhadap Bandaraya Dila tiba kepada Maheda selang beberapa ketika setelah serangan itu berlangsung… Dia yang agak terperanjat memarahi si pengkhabar kerana di katakan begitu lambat mengkhabarkan perkhabaran yang kurang menyenangkan itu… Kameni yang menemaninya sejak beberapa hari yang lalu juga kelihatan amat terkejut bila mendengar kata pengkhabar…
"Aku tak percaya! Baru semalam delegasi datang dari Dila mengatakan perkara yang sama dan sekarang, mereka sudah di serang?!" Dia membentak dan bentakannya yang kuat itu membuat seluruh Pejabat Tadbir Pemerintahan Tentera yang di terajuinya sunyi tanpa satupun bentuk bunyi… "Maafkan saya, Tuan; itu yang sedang berlaku sekarang ini, Tuan…"
Maheda mengerengus dengan sangat kasar apabila Kameni cuba untuk menenangkan dia yang sudah tentu tertekan dan terbeban sejak kebelakangan ini… Dia tahu apa yang harus di lakukan pada waktu itu dan bertindak mengarah agar si pengkhabar berita meninggalkan mereka berdua dengan kadar segara agar kemarahan sahabat sepersekolahannya itu akan berkurangan…
Si pengkhabar berita menurut arahan lalu pergi tanpa menyoal kembali… Kameni mendapatkan Maheda dan melihat Maheda sedikit reda, melegakan hatinya… Mejar Brigadier Jeneral Angkatan Tentera Kerajaan itu memandang muka Kameni dengan rasa tidak percaya dan dia tahu benar apa yang cuba di sampaikan… "Masanya sudah tiba untuk kau bertindak, Maheda…"
"Bandaraya Dila perlukan kau sekarang dan Parti Kebebasan SeNegara harus di musnahkan sebelum mereka berjaya meluaskan wilayah pembebasan mereka hingga ke dalam ibu negara…" Kameni memberikan sepatah dua kata semangat kepada Lelaki Pertama Angakatan Tentera Kerajaan itu agar dia tidak di tundukan dengan tekanan yang di terima selama ini…
Dia tidak mahu menambah sebarang lagi beban yang sedang di pikul… Sepanjang mengenali Maheda, inilah kali pertama dalam berpuluh tahun mereka berkawan; dia melihat sahabat sepersekolahannya itu dalam keadaan sebegitu rupa… Tambahan pula, dia yang merupakan seorang yang sangat berwibawa pasti tercabar dek kerana penentangan dan pemborantakan dari parti haram itu…
Perkara ini sudah tentu akan memberi gambaran yang buruk kepada Maheda, Angkatan Tentera Negara dan Kerajaan… Mereka tidak boleh membiarkan Parti Kebebasan SeNegara menggila untuk jangka masa yang lebih lama… Jika di biarkan berterusan, parti haram itu akan menguasai kesemuanya dan itu tidak di mahui oleh semua pegawai dalam pemerintahan…
"Betul kata kau, Kameni; aku harus lakukan sesuatu…" Balas Maheda secara tiba-tiba dan itu amat memeranjatkan Kameni yang masih menenangkan dirinya itu… Dia langsung tidak menduga balasan yakin sebegitu akan keluar dari ketapang bibir Maheda dan itu agak menggembirakan hatinya… "Kalau begitu, baguslah; Maheda… Itu balasan yang aku ingin dengar…"
Maheda tersenyum tetapi senyumannya agak tawar namun itu bukan alasan untuk dia tidak tersenyum dengan apa yang Kameni lakukan... Dia memanggil beberapa pegawai bawahannya lalu mengarah mereka sesuatu yang agak penting… Mereka semua akur dan bersegera sebaik sahaja arahan itu di terima… "Aku akan hantar bantuan segera ke Bandaraya Dila…"
Sambung Maheda… "Mungkin akan mengambil masa selama tiga hari dan aku berharap mereka dapat bertahan sehingga bantuan tiba…" Kameni mengerti dan memberikan isyarat bagus kepada sahabat sepersekolahannya itu… Lalu berkata… "Hari ini merupakan hari terakhir aku bersama dengan kau, Maheda; apa-apa pun aku mengucapkan terima kasih kerana sudi menemani aku…"
---
Melihat Angkatan Tentera dan Penguatkuasa yang semakin lemah banyak membantu Ariya untuk mendorong orang-orang mencerobos hingga ke dalam Bandaraya Dila… Mengetuai kesemua angkatan bersenjata yang di bawa dari Wilayah Pembebasan Sejagat, Ariya mengarah supaya baki-baki orangnya yang menanti arahan dengan penuh kesabaran memulakan peringkat kedua penaklukan; memastikan sistem pertahanan lumpuh-selumpuhnya…
Kali ini, unit artileri ringan dengan bantuan kejuruteraan perang mengubahsuai senjata sedia ada untuk menghasilkan artileri berat bersepadu yang mampu memberi bedilan maut pada skala sederhana dari persenjataan sebelum ini… Pembedilan dari senjata baru itu memberi kesan yang agak ketara kepada tembok konkrit Bandaraya Dila dan juga bangunan-bangunan di sekitarnya…
Dan kemusnahan yang di hasilkan dari artileri berat bersepadu itu sangat menakutkan kerana setiap kali bedilan itu mengenai sasaran, ia mampu menembusi hampir beberapa puluh meter ke dalam batuan pejal yang telah di bina khas dari campuran pelbagai jenis bahan dengan kekuatan lima peluru persatu pembedilan yang berjumlah ratusan unit…
Bedilan maut itu sangat merbahaya hingga rakyat yang sedang berlindung di beberapa tempat dalam Bandaraya Dila bertempiaran untuk melarikan diri kerana ketakutan jika terkena sebahagian daripadanya… Pengebomanan artileri berat bersepadu itu berterusan untuk seharian suntuk tanpa henti walau sesaat dan ia memberi kemusnahan yang agak besar di serata bandaraya itu…
Askar Kerajaan dan Penguatkuasa tidak mahu mengalah lalu memberi tentangan kepada angkatan bersenjata Parti Kebebasan SeNegara walaupun moral mereka mencapai tahap kritikal pada saat genting ini… Tentangan yang kecil itu mudah di patahkan orang-orang Ariya dan itu menambah lagi kegawatan kepada mereka semua yang berusaha mempertahankan Bandaraya Dila dari penaklukan…
Usaha mereka untuk menentang semula parti haram itu berterusan hingga ke hari yang kedua di mana mereka semakin tidak bersemangat dan lesu jika hendak di bandingkan dengan orang-orang yang di ketuai Ariya… Orang-orang Ariya kelihatan sangat bersungguh dalam operasi penaklukan mereka dan mereka kelihatan amat bertenaga kerana berjuang secara kooperatif…
Dan itu tidak pernah di lihat dalam mana-mana badan dan organisasi yang di tadbir dalam negara… Tamparan demi tamparan di terima mereka, dari kekurangan bekalan air dan makanan hingga ke amunisasi ternyata menjejaskan prestasi Askar Kerajaan dan Penguatkuasa untuk berhadapan dengan kemaraan pihak lawan yang datang menyerang mereka tanpa henti…
Tidak mengetahui bantuan dari Angkatan Tentera Negara, mereka terus di asak dengan bertubi-tubi sehingga mencerobos ke dalam Bandaraya Dila dalam peringkat ketiga penaklukan… Ariya yang sudah menanti masa ini tiba mengarah semua ketumbukan utama menyerang dengan serangan penuh ke atas bandaraya itu bersandarkan pertolongan dan kerjasama dari gerakan bawah tanah…
Askar Kerajaan dan Penguatkuasa yang ada dan masih hidup dalam pertempuran itu meneruskan lagi tentangan mereka walaupun mereka tahu, peluang untuk mereka menang adalah satu yang sangat mustahil… Kekuatan musuh mereka yang mereka pandang rendah sebelum ini melebihi apa yang mereka sangkakan dan itu terbukti dengan apa yang di lalui…
Peratusan daya tahan dan tentangan yang di beri mereka semakin berkurangan dari semasa ke semasa… Dengan hanya tinggal lagi seribuan orang, mereka tidak berkemampuan untuk meneruskan penentangan terhadap penaklukan musuh ke atas Bandaraya Dila… Maka beramai-ramai mereka keluar dari tempat persembunyian menuju ke tengah bandaraya untuk menyerah kalah tanpa syarat…
Bersambung