Chapter 12 - Lela

Gadis kecil itu senyum padanya. Dia membalas senyuman gadis kecil itu. Gadis kecil itu kelihatan sungguh cantik. Macam bidadari kecil. Senyuman dengan lesung pipi yang menawan. Sejak gadis kecil itu berpindah ke rumahnya, dia tidak kesunyian lagi. Gadis kecil yang ramah itu sungguh mesra padanya. Bukan seperti budak-budak lain. Mereka memandangnya dengan muka yang pelik. Dia tahu dia hodoh, sebab itulah budak-budak yang dulu itu tidak mahu bermain dengannya. Tapi Lela, si gadis kecil yang baru ini sungguh istimewa. Lela tidak pernah takut padanya walaupun dia berwajah hodoh. Lela sudi bergelak ketawa dengannya tak kira siang atau malam. Dia seronok bersama Lela. Baginya Lela adalah kawan terbaik yang pernah di milikinya.

"Lela.. mari naik makan.." Kata Ibu Lela sambil memandang dengan dahi berkerut ke arah mereka berdua. Masam. Dia tahu ibu Lela tak suka dia berkawan dengan Lela, sebab itulah riaksi muka Ibu Lela begitu. Tapi dia tak kisah. Asalkan Lela sudi berkawan dan bermain dengannya, dia tak kisah dengan sikap Ibu Lela.

****

"Lela.. berapa kali mama cakap. Jangan keluar rumah seorang diri. Jangan main dekat pokok tu sorang-sorang.. nanti ada penjahat datang culik Lela macam mana? Degil tau budak ni.." Marah Ibu Lela. Lela menangis setelah telinganya di pulas oleh Ibunya. Dia bukan sengaja buat Lela di marahi ibunya. Bukan. Ibu Lela memandang ke arahnya dengan muka bengis. Dia juga takut melihat muka bengis Ibu Lela lantas cepat-cepat pergi. Dia hairan kenapa Ibu Lela tidak suka Lela bermain dengannya. Satu hari dia mengajak Lela bermain buaian di pokok kegemaran mereka berdua.

"Ari.. Lela terjumpa sekeping gambar Ari dekat stor.. Ari nak tengok tak?" Lela hulurkan sekeping gambar lama. Ari tersenyum. Itu memang gambar lama miliknya. Dia sedang berpegangan tangan dengan kedua ibu dan bapanya.

" ah.. terima kasih. Ini memang gambar saya.." Dia menatap wajah kedua ibu dan bapanya. Tiba-tiba hatinya terasa pilu. Dia rindukan mereka berdua.

" Ini ibu bapa Ari ke?" Tanya Lela dengan nada prihatin. Ari mengangguk. Airmatanya jatuh berlinangan.

" Ari.. janganlah nangis.." Pujuk Lela. Dia cepat-cepat mengesat airmatanya. Dia tak sepatutnya menangis di hadapan Lela. Dia anak lelaki. Mana boleh menangis depan budak perempuan.

" Ari cuma rindukan mereka.." katanya perlahan.

"Mana mereka Ari..?" Tanya Lela.

" Mereka sudah tinggalkan saya.. mereka tak mahu jaga saya lagi.." Katanya dengan nada sedih. Airmatanya kembali berhamburan. Lela tidak mahu bertanya lagi. Dia peluk Ari erat-erat sambil memujuknya. Lela tidak sampai hati melihat Ari menangis. Bagi Lela, Ari adalah kawannya yang terbaik. Tidak sesiapa pun mahu berkawan dengannya. Rakan-rakan seumurnya selalu mengejeknya 'budak pelik' dan mereka semua menjauhkan diri darinya.

" Lela.. Adakah Lela akan tinggalkan saya tak lama lagi..?" Tanyanya meminta kepastian.

"Kenapa Ari cakap macam tu?"

"Sebab saya terdengar perbualan Ibu Lela, kononnya kamu akan berpindah dari sini tak lama lagi.. Kalau Lela pindah.. Ari akan sunyi kembali.. Tak ada kawan.." Sedih dan sayu nadanya.

" Lela tak mahu pindah.. Lela suka tinggal di sini dengan Ari. Lela suka berkawan dengan Ari.. Tapi mama Lela selalu marah-marah. Mama cakap jangan kawan dengan Ari lagi.. Kalau kami pindah dari sini.. apa kata Ari ikut sekali?" Cadang Lela dengan nada teruja.

"Bolehkah macam tu.. Ibu Lela tak marahkah kalau saya ikut sekali.." Cadangan Lela sungguh menarik di dengarnya. Dia tak boleh bayangkan hidupnya tanpa Lela.

" Biarlah Mama marah.. Lela tak peduli.. Lela tak mahu berpisah dengan Ari.. Sebab selama ni Lela tak pernah ada kawan. Bila datang sini dan jumpa Ari.. Arilah kawan pertama Lela tau!" Kata Lela dengan tegas.

" Kalau begitu saya setuju.. kita jangan berpisah. Janji tau!"

"Janji..! Lela sayang Ari"Dan Lela memeluknya dengan kasih sayang. Dia mengalirkan airmata sekali lagi. Lela benar-benar sayang padanya. Dan dia sayangkan Lela lebih lagi. Dia nekad tidak akan berpisah dengan Lela untuk selamanya!

*****

"Kamu kenal ke dengan budak dalam gambar ni? Lela cakap budak lelaki ni kawan dia.. tak pernahnya aku nampak dia bermain dengan mana-mana budak.. selalu Lela tu asyik cakap sorang-sorang.. gelak sorang-sorang aja! Pelik aku.. meremang bulu roma di buatnya.. kau kenal tak budak ni?" Tanya Lisda pada kawannya yang berasal dari kampung itu. Dia hulurkan sekeping gambar budak lelaki.

"Bak sini aku tengok.." Muka kawannya Leha berubah pucat sebaik saja melihat gambar budak tu.

"Kenal sangat.."

"siapa budak ni?"

" Anak pemilik asal rumah yang kau duduk sekarang ni.." Dia menelan liur. Tak tahu macam mana nak bercerita.

"Eh?"

" Ya.. budak ni nama Ari kalau tak silap aku. Mak bapa budak ni jual rumah ni pun sebab budak ni.."

"La.. pula! Kenapa?"

" Sebab budak ni.. asyik datang balik ke rumah walaupun dah mati.."

"Hah!? Apa???! Dah mati.." Rasanya jantung Lisda hampir gugur mendengarnya. Kalau dah mati.. jadi Lela berkawan dengan… hantu?

"Ya.. budak dalam gambar tu sudah mati.. Mati dalam tidur..Panjang ceritanya.."

Tiga hari lepas mati. Dia datang ke rumah mencari ibu bapanya. Dia bermain-main di dalam rumah macam selalu. Ibu bapanya menyedari kehadirannya tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Lagipun mereka memang sayangkan anak mereka, terlalu sayang hingga mereka pernah berdoa minta dikembalikan anak kesayangan mereka itu. Dan bila saban malam anak kesayangan mereka itu pulang semula ke rumah mulanya mereka sangat teruja. Terlupa yang si anak sebenarnya sudah tiada. Mereka tidak sabar-sabar menanti malam menjelma supaya boleh bertemu dengan anak tercinta. Tapi semuanya berubah bila si ibu mengandung semula. Si anak itu cemburu akan kehadiran adik barunya. Macam-macam hal yang di buatnya supaya ibunya tidak melahirkan adik barunya. Hingga akhirnya kedua ibu bapa itu mula sedar.. yang mati tidak seharusnya hidup bersama dengan yang masih hidup. Dan mereka nekad pergi meninggalkan anak yang di kasihi itu.. rumah itu mereka jual. Dan mereka tidak pernah kembali lagi.. dan anak itu pun merayau-rayau sendirian di dalam rumah itu dengan kesunyian. Pemilik rumah yang baru asyik bertukar orang kerana asyik mendengar tangisan dan rintihan seorang budak yang kesunyian di malam hari. Selalu saja bayangan budak itu mundar mandir menjerit-jerit memanggil ayah dan ibunya… Dan tiada yang mampu bertahan dengan semua itu. Jadi rumah itu pun di katakan rumah berhantu.. harganya murah tapi tiada yang mahu membeli. Kalau ada yang membeli pasti akan menjualnya semula tak lama kemudiannya..

" Semua kotak sudah masuk dalam Lori?" Tanya Ibu Lela pada pemandu lori sewa itu.

"Sudah puan.." Lisda mengangguk puas.

" Kamu hantar ke alamat tu ya.. adik saya ada tunggu di sana. Ada ramai orang juga yang akan tolong memunggah nanti.." Lori driver itu pun naik ke dalam lorinya dan mula memandu.

" Lela.. apa lagi kau tercegat di situ.. jom masuk.." Nisda menarik Lela masuk ke dalam perut kereta. Lela tidak membantah. Dia hanya tersenyum-senyum.

" Kenapa senyum-senyum ni?" tanya Lisda pada anaknya dengan wajah pelik.

" Takde.. Lela gembira je.." Kata Lela dengan nada teruja.

"Gembira kenapa..?"

"Sebab kita kan pindah rumah baru yang lagi cantik.. mama yang cakap kan. Rumah baru kita nanti lagi cantik dari rumah ni.." Balas Lela sambil tersengih. Lisda lega mendengarnya.

" Ya.. rumah baru kita nanti lebih cantik dari rumah ni.. jadi Lela kena ucapkan selamat tinggal dengan kawan Lela tu.." Kata Lisda sambil mula memakai tali pinggang kaledar. Bersedia untuk memandu. Dia menjeling sekilas. Di lihatnya Lela hanya mengangguk. Dia lega dan mula memandu. Di belakang dia tidak menyedari Lela sedang berbisik sesuatu..

"Shhu.. Mama tak tahu Ari ikut pindah rumah baru.. kita jangan borak dulu ya.. nanti mama dengar. Sampai rumah baru nanti, kita sambung main okey.. Lela janji kita tak akan berpisah untuk selamanya" Bisik Lela dengan perlahan sekali. Ari mengangguk sambil tersenyum penuh makna.

"Terima kasih Lela.." Mereka berpegangan tangan dengan erat sambil sama-sama tersenyum. Tak akan berpisah lagi.. untuk selamanya! Lela senyum gembira. Selama ini dia sunyi. Terlalu banyak mahluk pelik, ganjil malah menakutkan yang dia 'lihat' setiap hari. Ada yang bermata merah bergigi tajam. Ada yang berbau busuk dan seperti telah mereput. Bermacam-macam 'rupa' Lela 'lihat' setiap hari. Sesekali 'mereka' menganggunya dan cuba menyuruhnya membuat sesuatu untuk mereka. Bila Lela menolak mereka marah dan berkasar serta mengugut Lela. Malangnya hanya Lela seorang saja yang melihat mereka, Lela tidak dapat mengadu kepada sesiapa pun jika di ganggu oleh 'mereka'. Rata-rata mahluk yang di lihatnya kelihatan jahat, menyeramkan dan memandangnya dengan bengis. Setiap kali dia cuba memberitahu ibunya tentang mereka, ibu tidak mahu mendengarnya, ibu menganggapnya membuat-buat cerita. Ibu kata itu hanya khayalannya saja. Bila Lela cuba berkawan dengan kawan-kawan sebaya, dia sering saja dia disisihkan kerana sikapnya yang ganjil yang tiba-tiba bercakap-cakap sendiri, padahal Lela sebenarnya bercakap dengan mahkluk yang hanya dia yang melihatnya. Lela cuba untuk tidak melayan 'mereka' tetapi gagal dan akibatnya tidak ada satu pun budak sebayanya mau bergaul dengan Lela. Jadi Lela seperti kera sumbang. Sendirian.

Bagaimana pun kini Lela merasa lega.. dengan Ari, walaupun hanya Lela yang boleh melihat dan berkawan dengan Ari.. tapi dia gembira. Ari tidak sama seperti 'mereka' yang lain. Ari tidak kelihatan menakutkan. Ari baik dan lemah lembut. Paling penting Ari selalu melindunginya. Bila ada 'mereka-mereka yang lain' cuba menganggunya, Ari selalu menghalau mereka dan mempertahankan Lela. Kalau pun Lela tidak punya kawan manusia.. apa salahnya punya kawan yang baik seperti Ari. Sekurang-kurangnya Lela punya tempat mengadu apabila di ganggu oleh mahkluk hodoh yang kadang-kadang datang mengintainya.. malah apabila ada kawan sebayanya yang datang membuli Lela, Ari akan lakukan sesuatu agar mereka tidak berani menganggu Lela. Lela sangat bersyukur!

'terima kasih Ari..kerana ikut lela' kata hati Lela. Ari mendengarnya biar pun Lela hanya berkata dalam hati. Dia mengangguk dan senyum. Mereka berpandangan. Kereta bergerak laju meninggalkan rumah yang kononnya berhantu itu…..

Dan selepas keluarga Lela pindah dari situ tidak pernah lagi ada komplen yang rumah itu berhantu. Pemilik baru rumah rasa bertuah dapat membeli rumah besar dengan harga yang sungguh murah. Dia tidak pernah dengar suara tangisan dan rintihan budak yang kesunyian seperti cerita-cerita jiran-jirannya tentang rumah itu. Semua itu mengarut!!