Chereads / Kumpulan kisah pendek (bahasa melayu) / Chapter 16 - Malam Raya ( True story)

Chapter 16 - Malam Raya ( True story)

Sudah 3 tahun Ngah Suma meninggal dunia. Pagi raya ni lepas melawat kubur arwah ibu dan arwah abang, Ramee, ayah dan adik beradik lain pergi ke tanah perkuburan batu putih untuk melawat kubur arwah Ngah Suma. Ramee, Nomee, Ronee dan isterinya. Cuma Himee, abang sulong tidak ikut menziarah kubur Ngah Suma kerana rumahnya di serbu oleh tetamu seawal pagi.

Tahun ini semua adik beradik - 4 beradik dapat berkumpul di rumah ayah. Tidak seperti tahun-tahun lepas ada saja salah seorang dari mereka tidak dapat pulang beraya, biasanya disebabkan terkena giliran beraya di kampung pasangan.

"Eh... creepy nya tanah perkuburan batu putih ni" Tegur Laila, isteri kepada adik bongsu mereka.

"Shhhh.. jangan tegur" kata Nomee pada Laila sambil letak jari telunjuk ke bibirnya. Laila buat muka minta maaf sambil tersengih malu. Ayah sudah jauh di depan. Ramee dan yang lain cepat-cepat mengekori ayah.

Ramee lihat persekitaran tanah perkuburan itu. Benar kata Laila. Ia kelihatan sedikit menyeramkan. Suasana terlalu redup disebabkan pokok-pokok besar dan rendang menghalang cahaya matahari menembusi tanah perkuburan. Walaupun cahaya matahari cerah tapi disebabkan kawasan tanah perkuburan itu dilitupi pokok-pokok rendang seolah-olah jadi gelap bagaikan kubur dalam gua. Bagaimana pun kawasan perkuburan sudah dibersihkan. rumput rampai sudah dipotong kemas. Daun-daun kering juga disapu bersih.  Mereka berempat bergerak perlahan dari pintu masuk ke kawasan perkuburan menuju ke kubur Ngah Suma yang terletak jauh ke dalam.Di pinggir hutan, kawasan perkuburan batu putih tidak berpagar dan di sekelilingnya adalah hutan belukar yang agak tebal.

Entah kenapa sepanjang langkah menuju ke kubur arwah Ngah Suma, Ramee rasa tidak selesa. dia merasa seolah-olah ada mata yang sedang memerhatikan. Untuk melegakan perasaan yang meresahkan itu, Ramee berhenti seketika dan meneliti sekeliling tanah perkuburan itu dengan lebih cermat. Melihat setiap pelusuk, batu nisan dan pokok-pokok di sekelilingnya. Suasana terlalu sunyi dan sedikit menyeramkan. Udara seakan mati sehingga pokok-pokok langsung tidak bergoyang walau sedikit pun. Tidak ada angin umpama tanah perkuburan itu adalah bilik tertutup.Tidak ada bunyi burung atau bunyi cengkerik, hanya derap langkah mereka sahaja yang kedengaran. Ramee merasakan seolah seisi tanah perkuburan itu sedang memerhatikan mereka. Batu-batu nisan.. pokok-pokok.. rerumput.. semuanya seolah-olah memandang tingkah laku mereka.

"Assalaamu 'alaikum yaa ahlal qubuur" Ramee cepat-cepat memberi salam kepada ahli kubur. Tadinya dia terlupa dan masuk ke kawasan perkuburan tanpa memberi salam. Sesampai mereka di kubur Arwah Ngah Suma mereka masing-masing mendapatkan tempat duduk selesa dan tekun mendengar ayah-ayat kursi bacaan ayah.

Pada mulanya mereka diam tapi lama kelamaan mulai rasa bosan. Nomee menguis bahu Ramee dan berbisik..

" Balik dari kubur kita terus balik bajit atau singgah mana-mana lagi?" tanyanya dengan suara perlahan. Mereka semua tumpang kereta Ramee jadi hala tuju seterusnya kena lah ikut pemilik kenderaan-Ramee.

" Hmm.. terpulang dengan kamu la. nak beraya boleh.. tapi sebelum balik bajit kita singgah rumah abang himee .."  Nomee angguk-angguk macam burung belatuk sambil berfikir-fikir.

" Tapi kita tidak boleh lambat banyak makanan di bajit dan kalau ada orang datang nanti?" ujar Nomee mengingatkan. Betul jua fikir Ramee. Pagi-pagi lagi mereka sibuk masak rendang, soto, kari laksa dan pelbagai juadah raya. Jaudah yang banyak itu untuk di hidang para tetamu tetapi jika tetamu datang menziarah tetapi mereka semua tiada di rumah. Bermula pasal juadah raya perbualan mereka melarat, laila pun ikut menyampuk. Mereka tenggelam dalam perbualan kosong. Lupa yang mereka berada di tanah perkuburan- mula ketawa-ketawa sambil ambil selfie sesama mereka. 

Ayah masih tekun membaca surah-surah alquran tanpa ambil peduli perbualan anak dan menantunya. Manakala Ronee tidak ikut serta perbualan kedua kakak dan isterinya yang sudah lupa daratan- lupa yang mereka berada di kawasan kubur. Mereka mula bergurau senda, menebalkan semula make up dan ejek mengejek sesama mereka kemudian mengambil gambar bersama dengan berlatar belakangkan kawasan kubur-kubur di sekeliling mereka.

" ui.. ui.. bukan main lagi selfie-selfie.. buduh eee... di kubur kita ni"Kata Ramee pada nomee dan Laila bila tersedar yang mereka sudah lupa diri. Mereka ketawa kecil. Laila tutup mulut menahan ketawa.

"Kamu la tu.." kata Nomee juga menahan ketawa.

Lepas itu mereka fokus bacaan surah alquran dari ayah. Masing-masing membaca al-fatithah dan al-iklas sebelum akhirnya ayah selesai dan tiba masa untuk pulang. Semasa melangkah pulang Nomee sempat berbisik pada ramee.

"Serius creepy tempat ni.. rasa seolah-olah diperhatikan" Ramee bulatkan matanya.

"Kau pun rasa macam tu?"Ramee jawab dengan pertanyaan.

"kau pun?" Ramee hanya angguk sebagai jawapan.

"Hmmm... cepat cau" balas nomee melajukan langkah kaki. 

****

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Wawan dan yayang masih main bunga api di halaman rumah sambil diperhatikan ayahnya Himee. Wawan berumur 10 tahun manakala yayang berumur 8 tahun.

" sudah lewat ni... sudah-sudah la main bunga api" Tegur ibu mereka, Serena yang menjenguk suami dan anak-anaknya yang masih sibuk bersuka ria di halaman rumah.

" Wawan.. yayang.. tiup pelita yang dekat pagar tu" suruhnya pada kedua anaknya. sekarang musim kemarau, tidak selamat membiarkan pelita menyala sampai ke pagi. Takut musibah terjadi macam di kampung sebelah- kebakaran berlaku di sebabkan pelita raya di halaman rumah. Boleh terjadi pada mereka juga kalau mereka cuai.

"  wawan! Yayang.. bapa padam pelita sebelah sini.. kamu padam pelita sana" kata himee pada anak-anaknya bila mendengar ujaran isterinya itu tadi.

Yayang dan wawan berlari ke arah pelita di tepi pagar. Masing-masing mahu berebut meniup api pelita itu. Tapi kemudian Yayang terhenti. Wawan yang di belakangnya hairan. Dia melihat sesuatu berdiri tidak jauh dari pelita itu.

"Abang.. yayang namau la tiup pelita" wawan yang tadinya semangat hendak meniup pelita juga tiba-tiba lari langkah seribu. Yayang sambil menangis mengejar abang nya dari belakang.

" kenapa nangis?" Marah Serena. Sangkanya mesti kerja wawan yang menyakat adiknya yayang.

"Tadi.. tadi.. masa mau tiup api.. ada perempuan baju putih koyak-koyak panjang rambut melambai-lambai dekat pelita tu..abang lari tinggalkan yayang" dia sambung nangis. Berderau darah serena dengar. Dia pandang ke arah pelita yang di tepi pagar. Dari jauh dia tidak melihat apa-apa kelibat. Tapi dia tidak berani pergi menjenguk sendiri. Bulu romanya berdiri.

" mari lah masuk rumah"

****

Manakala di bajit, di rumah ayah mereka. Ramee, nomee dan ronee masih lagi berbual-bual hingga tengah malam. Anjing di halaman rumah sekali sekala menyalak galak.

" tiap-tiap malam ka ni anjing suka bising macam ni" komplen Ramee.

" nda la.. selalu aku balik sini nda aman ja pun tidur nada derang bising macam ni"jawab nomee.

Di sebab kan semua ahli keluarga berkumpul. Mereka pakat tidur di ruang tamu beramai-ramai.

Lepas habis berbual Ramee pun tertidur. Sekitar jam 3 pagi, anjing-anjing di halaman rumah menyalak semakin galak. Ramee dan yang lain hanya buat pekak sebab terlalu mengantuk.

"Eh.. apa yang busuk ni" Ramee terjaga sebab dia rasa sesak napas di sebab kan bau yang sungguh busuk menusuk hidungnya. Dia cuba tidur semula tapi bau busuk itu mencucuk-cucuk hidungnya. Anjing pula galak menyalak. Tiba-tiba dia sedar adiknya bangun sambil mengosok hidung.

Ramee menguis bahu suaminya hingga terjaga. Tapi ketika itu bau busuk itu telah pun hilang

" ada cium bau busuk tadi" tanyanya

" ermmm tiada" sahut suaminya dengan suara mengantuk.

" ada.." tiba-tiba adiknya yang duduk tidak jauh dari sana menyampuk.

Mereka diam dan mula paham-paham sendiri. Tapi bunyi anjing menyalak semakin galak dan seolah-oleh anjing-anjing itu mengila. Nomee, Laila dan anak-anak juga terbangun kerana bunyi salakan anjing yang mengila itu.

"Astagaa kita tidur dekat tingkap langsir tidak tutup.. " Ramee baru tersedar lalu bangun dan menjatuhkan lain langsir yang di ikat kemas di kiri dan kanan tingkap. Dia sempat melihat sekilas ke arah cahaya bulan yang terang di luar rumah. Berderau darahnya melihat kelibat putih melayang dari pokok jering lalu menghilang entah ke mana.

'Shit' sumpahnya spontan

Ronee rasa tidak tenang. Anjing masih lagi menyalak galak. Dia bangun dan melaung azan dengan nada perlahan. Kemudian membaca al fatithah. Ramee hanya melihat gelagat adiknya tanpa kata-kata. Tidak lama kemudian bunyi anjing reda dan mereka pun sambung tidur. Paginya baru lah masing-masing riuh rendah mengungkit hal bau busuk semalam dan kelibat yang Ramee nampak di pokok jering.

" tulah kamu.. bukan main selfie di kubur.. tengok ada yang ikut balik" marah Ramee pada kakak dan iparnya Laila sambil ketawa.

"Eleh.. ko la tu.. sendiri yang berabis selfie" pecah ketawa mereka. Ramee cepat-cepat melihat hanphonenya, mana tahu ada yang ikut dalam gambar selfie mereka?

"Eee.. seram. Nasib teda yang ikut selfie dalam gambar kita" ujarnya lega sambil ketawa.

Habis!

*Nota jejari hantu :beradap la kalau pergi tanah perkuburan. Jangan sampai ada yang ikut balik😝