Tajuk: OHARA
Akhirnya muncul juga manusia yang dicari-carinya beberapa hari. Hilang tanpa pesan. Jejak tak dapat di kesan. Marah ada bimbang pun sama. Ryan cepat-cepat menghampiri kawan baiknya itu. Lazarus.
"Mana kau hilang 3 hari ni.." Tanya Ryan pada Lazarus yang tersengih di depannya.
" Kau tak percaya kalau aku cerita.." Ryan menjeling marah.
"Tapi kau kena cerita juga! 3 hari tu beb! Aku ingat kau lari dengan Mel.. yelah kamu dua kan kemaruk bercinta sekarang ni" Lazarus ketawa mendengar rumusan Ryan. Dia dan Mel memang rapat. Tapi mereka bukan bercinta.
" Mel? Ah.. aku dengan dia teman tapi mesra sajalah! Apanya pula nak lari dengan dia. Aku dah pergi satu tempat yang best.. tu je yang kau patut tahu" Jelas Lazarus masih berteka teki.
" Tempat best?"
" Bestlah bagi aku.." masih berteka teki. Ryan mendengus.
"Kau ke mana sebenarnya.. baik kau cakap!"
" Adalah.. aku cerita pun nanti kau tak percaya. Satu tempat yang diluar imaginasi kau. Aku pun mulanya ingat aku mimpi.. tapi ia betul. Ah.. malas lah nak cerita" tapi dia tahu, Ryan tak akan berhenti macam tu saja. Cepat atau lambat dia kena cerita juga dengan Ryan.
Ryan-kan kawan baiknya. Mana mungkin hal besar itu dia rasiakan. Bukan kawan baik-lah kalau macam tu. Tapi dia tak tahu nak mula macam mana.
" Laz! Aku tak kira.. kau kena cakap sekarang juga. Apa ni main teka teki. Kau nak kena ya?" Ryan tunjuk penumbuknya sambil tersengih. Ancaman konon. Lazarus mencebik. Ingat penumbuk aku tak besar ke?
"Yelah.. tapi kau jangan perli aku pula. Citer ni macam cerita movie tahu.. kau jangan ketawa pula. Tapi ini kisah betul.. nak percaya atau tak..terpulanglah "
Malam pada 3 hari lepas Lazarus duduk atas jenjela, di rumahnya. Kaki juntai ke luar sambil pandang langit. Bulan mengambang penuh dan bintang-bintang bertaburan. Cantik. Bila ada tahi bintang meluncur laju di atas langit, Lazarus tertawa kecil. Teringat akan kata-kata Mel -Buat hajat kalau nampak tahi bintang.
" Kalau shooting star boleh makbulkan permintaan aku. Aku nak jumpa bidadari. Tentu best dapat jumpa Bidadari" Bisik Lazarus.
Tanpa diduga suasana indah malam bertukar rupa. Angin kencang bertiup dan awan hitam menelan bulan yang bercahaya. Bintang-bintang lesap tanpa kesan. Ketika Lazarus melompat masuk ke bilik dan mahu menutup jenjela, tiba-tiba satu lembaga besar muncul di depan jenjela menghalangnya. Makhluk bertubuh seperti singa tetapi berparuh dan bersayap seperti helang. Lazarus sempat mengingat satu nama untuk makhluk itu.
"Griffin?" serunya terkejut. Makhluk yang menyerupai griffin yang dongengnya wujud jutaan tahun dulu, kini berlegar depan jenjela dengan bunyi kepak yang mengerunkan. Sepatutnya makhluk itu hanya imaginasi manusia. Tak mungkin wujud.
"Naik!" Suara serak yang keras. Lazarus hampir pengsan terkejut. Mahluk itu bukan saja dongeng malah boleh berkata-kata. Ini pasti mimpi. Dia menampar pipinya 2-3 kali. Tapi mimpi ini nampaknya seronok juga. Mengapa tidak. Bukan selalu dapat mimpi seperti ini. Lazarus mendekat dengan rasa ingin tahu. Meneliti setiap inci tubuh makhluk itu. Kagum!
"Kamu boleh bercakap?" Tanya Lazarus.
" Tak ada masa. Naik cepat sebelum aku pecahkan jenjela rumah kau" Kata Makluk itu lagi. Geram nadanya. Lazarus teruja. Ini pasti mimpi. Jadi apa salahnya. Dia naik ke tubir jenjela dan melompat ke belakang makluk itu. Ya. Ke belakang Griffin. Dan ia terus terbang melayang ke atas awan, menerjah gelap malam dan melintasi sang rambulan yang bercahaya terang. Lazarus terpukau akan keindahan bulan yang di temani bintang-bintang.
Takjub!
"Kau bawa aku ke mana?" Tanya Lazarus ingin tahu. Hanya awan-gemawan saja yang dapat di-lihatnya. Dia paut kuat leher Griffin itu kerana takut terjatuh. Lehernya terdiri daripada bulu pelepah burung tetapi belakang tubuhnya selembut bulu kucing. Sekali lagi Lazarus terpegun kagum.
" Jumpa Bidadari" Kata Griffin itu. Lazarus terkesima. Bidadari? Bukankah itu hajatnya tadi.
" Sebab hajat aku pada tahi bintang itu tadi ke?" kata Lazarus seperti berkata pada diri sendiri.
" Tahi bintang? Hajat? Hurm..Itu saya tidak tahu. Saya cuma di-arahkan ambil kamu ke tempat kami.. tugas yang sudah ratusan tahun tak pernah terjadi. Aneh.." Kata Griffin itu lagi.
" Memang aneh.. aku sedang menunggang griffin" Kata Lazarus mengiakan.
" Jangan panggil saya Griffin. Saya memang makhluk Griffin tapi nama saya Ozai. Sekarang bersedia. Kita akan menjunam ke bawah…" Dan Griffin bernama Ozai itu benar-benar menjunam ke bawah sebelum sempat Lazarus bersedia. Jantung Lazarus seperti terjatuh dari tubuhnya. Menakutkan. Mencemaskan. Lazarus hanya menutup mata kerana takut.
Dan bila dia membuka mata. Biji matanya seakan terjonjol keluar melihat apa yang ada di depannya. Dia mengosok matanya berkali-kali. Puluhan gadis cantik bersayap pari-pari berterbangan mengelilingi-nya dan Ozai -si makhluk Griffin. Suasana tempat itu penuh warna-warni. Cantik memukau. Macam dalam movie animasi Tinker Bell.
"Selamat datang.." Kata Gadis paling depan. Berambut kuning emas dan punya sayap yang sangat menawan. Berkilau sepertinya di taburi permata, berkilau-kilau bagai kristal. Berbaju kemilau berwarna unggu gelap sesuai dengan sayapnya yang berwarna unggu cair.
Kecantikannya terlalu menawan. Lazarus hampir terbius olah kecantikan bidadari itu.
"Tempat apa ini?" Tanya Lazarus teruja.
" Ohara.. tempat ini di panggil Ohara. Mari.. biar saya bawa kamu melawat tempat ini. Nama saya Leona dan mereka semua kawan-kawan saya.." Gadis cantik bak bidadari itu memperkenalkan kawan-kawannya satu persatu. Lazarus kemudiannya di bawa melawati sekitar tempat itu. Tempat tinggal mereka-tempat yang amat menakjubkan indahnya.Tempat tinggal makhluk hebat seperti Griffin dan Chimera. Malah Lazarus juga di bawa melawat ke dalam sebuah gua di mana naga tertua tinggal. Selepas itu Lazarus dijamu dengan pelbagai buah-buahan berwarna warni yang sungguh lazat rasanya.
"Boleh saya tanya?" Kata Lazarus ketika mereka ingin meneruskan lawatan.
"Silakan.."
" Kenapa saya di bawa ke mari…?" Leona tersenyum mendengar pertanyaan Lazarus.
" Sebenarnya… bila kamu bertanya kenapa kamu dibawa ke sini.. itu menandakan masa kamu sudah tiba untuk pulang. Saya tak boleh menjawab soalan kamu.. kamu harus fikirkan jawapan itu sendiri. Ozai… tolong hantar dia pulang.." Lazarus terkejut. Dia belum bersedia untuk pulang. Menyesal dia bertanya.
" Tapi.. saya belum mahu pulang Leona.." Lazarus membantah.
"Maafkan saya.. tapi kamu memang terpaksa pulang sekarang" Lazarus sungguh hampa.
" Kalau begitu bolehkah saya datang lagi.." Leona mengelengkan kepalanya.
Muram.
" Anggaplah ini hanya mimpi kamu saja.." Kata Leona kemudian. Lazarus mengeleng. Tak mungkin.
" Naiklah sekarang.." Kata Ozai menunduk di depannya. Mengarahkannya naik ke belakang tubuhnya. Dengan berat hati Lazarus memanjat tubuh Ozai.
"Mungkin suatu hari nanti kita akan jumpa lagi.." kata Leona sambil melambai dan di-ikuti oleh gadis-gadis bidadari yang lainnya. Ozai mengembangkan sayapnya lalu terbang. Dan menghantar Lazarus pulang…
"Jadi itu cerita kau? tak masuk akal betullah.. kau ingat kau tu Alice wonderland ke? Realistik la sikit.. baik kau bagitau aku citer yang betul.. kau nak buat cerita dongeng boleh! tapi jangan citer kat aku.. kau citer je kat anak-anak sedara jiran kau tuh" kata Ryan sebaik saja habis mendengar cerita Lazarus. Lazarus menghela nafas panjang. Dia sudah agak yang Ryan tak akan percaya ceritanya.
"Kan aku dah warning awal-awal tadi.. sekarang nak percaya atau tidak terpulang.. ah ya. Aku nak tunjukkan kau sesuatu.. jom ikut aku"
"Ke mana pula.." Lazarus tidak menjawab. Hanya ditariknya tangan Ryan menuju ke biliknya. Sampai di bilik dia membuka jenjela. Di tepi jenjela biliknya terdapat sepohon pokok telisai yang rendang. Lazarus menjenggukkan kepalanya menghala ke pokok itu.
"Mari.. keluarlah "seru Lazarus kemudian bersiul.
" Kenalkan… ini pet baru aku…"
Ryan ternganga.Makhluk berbadan kucing, bersayap dan berkepala burung itu sangat comel. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya.
"Hei.. kau nak kol siapa?" tanya Lazarus was-was.
" Aku nak ambil video menatang ni dan upload kat youtube.." Kata Ryan sambil menghalakan lensa cemera hanfonnya ke arah makhluk comel di depan matanya. Baby griffin. Ini sungguh hebat!
" hoi.. jangan nak memandai pula. Kalau ye pun minta la izin dulu?" Marah Lazarus.
"Minta izin dengan siapa? Dengan kau atau dengan makhluk ni?" Tanya Ryan sambil mencebik. Melecehkan kata-kata Lazarus.
"Minta izin la dengan Nico Robin?" Beritahu Lazarus sambil merampas telefon samsung S3 milik Ryan.
"Nico Robin? Nico Robin tu siapa?" tanya Ryan bingung.
" Kau tak tahu?" Tanya Lazarus serius. Ryan mengeleng.
" Penulis cerita ini-lah bodoh!" Ryan membesarkan biji matanya dan membuat aksi mahu muntah.
Cis!!! Rugi saja baca!!
****