'tik...tak..tik.. tak..' jari-jarinya terus menari-nari dikeyboard komputernya. Jam sudah menunjukkan 2.49 pagi. Dia masih bertemankan lagu 'sorry seem to be the hardest words-blue'
"Aaauuuuuuu.."
Lolongan anjing sahut menyahut tak henti-henti seakan-akan ingin merampas konsentrasinya. Dia mendesah. Jengkel. Dia tak ada mood untuk merasa seram atau takut. Baginya, dia perlu menulis. Rasanya dia seakan-akan berhutang kerana tidak dapat menulis apa-apa hampir 2 minggu lamanya. Begitulah hidup seorang penulis.. walaupun dia cuma tulis untuk suka-suka saja. Bukan mau terbitkan buku pun!
"Aauuuuu"
Tapi semakin dia cuba mengabaikan bunyi lolongan anjing itu semakin kuat bunyi mendayu-dayu.
"Apalah yang mereka nampak" bisiknya kecil. Teringat akan teori yang anjing nampak hantu bila melolong seperti itu. Tapi hatinya kalis takut buat masa ini. Dengan berbekalkan secawan kopi panas dia nekad, malam ini dia akan menyiapkan satu kispen. Dia enggan peduli. cuba menulikan pancainderanya dari mendengar lolongan anjing-anjing keparat itu.
" buk..buk.. buk.."
Silling rumahnya berbunyi seolah-olah ada yang berlari-lari di situ. Dia mendongak. Melihat silingnya yang bergerak-gerak seperti dipijak orang. Selangkah demi selangkah.
"Celaka! apa pula bendanya itu.."katanya sendirian. Dia capai penyapu. Siling yang bergerak-gerak dan berbunyi seperti dipijak orang itu segera dijoloknya. Ketika itu lolongan anjing sudah reda. Tidak seekor anjing pun berani bersuara seolah-olah mulut mereka telah dibisukan.
"Nah.. tikus bodoh! lari kau.." Batang penyapu ditunjah ke arah bunyi itu.
"Buk..buk..buk.." 'tikus' itu membalas tunjahannya dengan lebih kuat. Meremang bulu romanya. kenapa pula tikus itu pandai membalas? fikirannya mula memikirkan 'benda-benda' lain. Tikus ke atau…..?
"Cis.. kurang ajar kau ya.." marahnya lalu menyondolkan lagi hujung penyapu itu ke siling. Malangnya sekali lagi 'tikus' besar yang kurang ajar itu membalas sondolannya dengan bunyi yang lebih kuat hingga bergegar siling rumahnya macam nak roboh saja bunyinya. Kali ini dia mula panik dan ketakutan. Ketukan dari 'tikus besar' itu tak henti-henti seolah-olah mengamuk. Dia tidak berani membalas ketukan di atas siling itu lagi. Gerun.
"Okey..okey.. cukup! kau buatlah apa kau suka di atas tu. jangan robohkan siling aku" jeritnya tinggi sedikit. Bunyi itu serta merta senyap. Tau takut! Sekalipun bulu romanya terus merinding dan telinganya terasa panas. Dia tetap tersenyum lega. Namun permainan 'tikus' itu tidak berhenti di situ saja. Dengan tiba-tiba seluruh rumahnya di siram bau yang sungguh busuk hingga dia hampir termuntah.
"Ah... apa pula ni. celaka betul.. pergilah kau! kenapa nak kacau aku?" marahnya sambil menutup hidungnya. Cuba mengawal mual perutnya. Dan ketika itu dia mendengar gema hilai ketawa yang sungguh nyaring.. memenuhi ruang rumah.
"Sial!"
Sumpahnya mencari-cari sumber bunyi hilaian ketawa itu. sesekali kedengaran jauh. adakalanya seakan-akan di belakangnya saja. lampu kalimantang yang berada di tengah ruangan tiba-tiba malap. bunyi hilai ketawa itu masih berlegar-legar hingga hampir membuatnya pening.
"Apa yang kau mahu hah!?" Pekiknya dengan marah. memandang ke arah lampu yang kian malap. Dia terdengar bunyi dinding di cakar dan alangkah terkejutnya bila dia melihat 'sesuatu' yang berwarna putih dan berambut panjang sedang melekat di dinding dalam kedudukan mencangkung. Mencakar-cakar potretnya yang tergantung di dinding itu. Spontan dia terjatuh ke belakang. ketakutan. seluruh tubuhnya mengigil.
benda itu mencakar-cakar sambil ketawa menghilai
"kikikikiki.."
Suara ketawa menghilai itu bergema. Perlahan-lahan benda itu turun. Mendekat. Dia terpegun, mulutnya seakan terkunci. Begitu juga dengan kakinya. seolah-olah terikat. Dia mahu bangun dan lari. Tapi tak berdaya. 'benda' itu menyeringai kepadanya. walaupun dalam remang cahaya, dia dapat melihat gigi yang tajam sedang tersenyum dengan mata yang hitam seakan-akan berlubang. Semakin mendekatinya..
"krrrreeeek.." Pintu bilik terbuka. Dia menoleh dan melihat seseorang berdiri di depan pintu bilik dan merenungnya dengan wajah hairan. Suaminya.
"Apa kau buat tu?" Tanya suaminya langsung tidak menyedari kelibat makhluk berambut panjang dan berbau busuk yang sedang tersengih memandang mereka berdua. Seakan-akan hanya dia yang melihat kewujudan 'benda' itu. Dia ingin bersuara memberitahu, tapi lidahnya kelu. 'benda' itu tersenyum sinis padanya seolah-olah kemenangan bila suaminya masuk semula ke dalam bilik tidak memperdulikannya.
"kikikiki.." hilai ketawa itu bergema lagi.
"Kenapa kau ganggu aku ha.." akhirnya peti suaranya kembali. Dia lega. Benda itu mundar mandir mengililinginya. matanya tiba-tiba bertukar merah menyala dan taringnya yang runcing bersinar-sinar.
"Aku bukan ganggu kau.. aku cuma tak puas hati.. aku marah.. jadi.." Ia bersuara. 'benda' itu berhenti tepat di depannya. Hanya beberapa inci dari mukanya. Bau busuk mencucuk-cucuk hidungnya. Rambut hitam panjang itu mengerbang begitu menakutkan.
"Jadi kenapa?" tanyanya memberanikan diri. memberanikan diri menatap makhluk yang mengerikan itu.
" Kau... bodoh!" pekik 'benda' itu marah. Dia tersentak dan mengigil ketakutan. Benar-benar takut kali ini. Hampir terketar-ketar.
" Kenapa kau ciptakan aku dengan rupa yang hodoh ini..?" wajahnya yang hodoh itu kelihatan tambah menakutkan. Dia kebingungan. Makluk itu semakin mendekat dan menghulur tangan hendak mencekiknya. Jarinya runcing dengan kuku yang tajam hitam penuh daki.
"kenapa? apa yang kau tak puas hati pula?"
'benda' itu ketawa terkekeh-kekeh mendengar pertanyaannya.
" Kau buat 'aku' terlalu lapuk. kolot dan ketinggalan zaman. hantu sekarang tak bermuka hodoh lagi. hantu sekarang cantik macam maya karin.. kau tak pernah tengok cerita harum sundal malam kah?" Marah 'benda' berambut panjang yang bergigi tajam itu lagi.
"Yalah..yalah.. salah aku!" Dia akur. Memahami kemarahan 'benda' itu.
"Dan lagi.. aku tak suka berbau busuk!!" Pekiknya sambil mengerbangkan rambutnya. Dia tersentak melihat kemarahan makhluk itu. Bagaimana pun dengan lagak sombong dia bercekak pinggang dan bersuara lantang kepada mahkluk yang menakutkan itu..
" Aku tak peduli. ini cerita aku.. jadi suka hati akulah!!" Lalu dia menekan butang save sambil tersengih kemenangan. Dia risau suaminya merajuk sebab dia tidak menyahut tadi. Sebaiknya dia menyusul masuk ke bilik dengan sebotol susu sebelum anak perempuannya mengamuk lapar!
Habis!
P/S: just for laugh. thank you for reading.
P/S : tikus atas siling dan bau busuk itu adaptasi dari kisah benar. its happens!