Chereads / reincarnated as prime minister children / Chapter 7 - mini diary( Jeremy & Jenily)

Chapter 7 - mini diary( Jeremy & Jenily)

NIGHTMARE( MIMPI BURUK) PART 2

Jenily yang baru balik dari membeli sayur untuk makan malam.

" saya dah balik" Jenily sambil berjalan menuju kearah dapur lalu meletakkan barang yang dia beli atas meja dapur.

" kenapa lambat sangat ni? kamu ada buat masalah lagi?" Shene menyoal Jenily sambil menyusun beberapa barang dapur dan pinggan mangkuk.

" erkk mana ada, Jenily tadi berbual dengan Auntie Minnie" balas Jenily secara gugup.

" hmmm baguslah kalau begitu takut sahaja kalau kamu bergaduh dengan budak lelaki kampung ni." kata Shene kepada Jenily seperti mengusik

" hmph!! semua budak lelaki ni kampung ni lemah! sebab tu Jenily selalu kalahkan mereka sebab selalu ganggu para wanita. they deserve that" balas Jenily dengan bangga.

" patutlah tiada lelaki yang nak dekat dengan kamu" usik Shene sambil memotong sayuran yang dibawa Jenily.

" erkk... t-tapi Jenily tak kisah pun sebab banyak lagi lelaki di dunia berbanding mereka dan Abang Jeremy pun cakap Jenily ni comel dan cantik" kata Jenily untuk mempertahankan dirinya.

" memanglah Jeremy cakap begitu sebab dia Abang kamu kok tambahan lagi kamu kan kembar... tapi Jeremy lagi popular dari kamu" usik Shene.

" Jeremy tu sayang sama kamu... lagi pun personaliti kamu berdua seperti ying dan yan atau boleh dikatakan berlawanan. walau kamu ni kadang nakal dan kuat melawan. Jeremy selalu tolong dan bela kamu" kata Shene.

Jenily yang mendengar kata-kata Shene termenung sejenak kerana ia ingin membantu abangnya.

" dahlah tu Auntie main-main sahajalah. mari tolong auntie siapkan makan malam ni sebelum Jeremy dan auncle balik" kata Shene.

" uhm!" balas Jenily.

makan malam pun tengah dibuat.

makan malam untuk hari ni:

1. ayam panggang

2. salad

3. sup jamur/ cendawan

4. air sirap mawar