Chereads / Alynna / Chapter 1 - Chapter 1 Alynna

Alynna

AzlynaHusain_Lyna
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 12.1k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Chapter 1 Alynna

Semalaman dia memikirkan perkara itu.Perlukah??Aduh..kusut betul fikirannya."Na..Na.."suara itu macam biasa akan membuatkan dia merasa gemuruh."Na..." suara semakin dekat di pintu biliknya.Dia segera bangun dari katilnya bergegas ke pintu.

Belum sempat dia memegang tombol pintu sudah terbuka. Mata bertentang mata.Ada riak tidak puas hati di wajah Alynna.Bukan dia berani pun melawan tubuh di depannya itu.Tubuh separuh gempal yang berdiri di depannya sudah lama inginkan jawapan.Anak mata Alynna mengekori tubuh gempal itu.

Maimun duduk di atas katil sambil tangan memberi isyarat kepada Alynna supaya duduk di sisinya.Alynna hanya menurut seperti terpukau."Ada apa maklong?"Sengaja Alynna berpura-pura tidak mengerti. Terdengar keluhan yang dilepaskan oleh Maimun."Na,dah dua minggu ..apa kata kamu?"Maimun bertanya lembut.Alynna tunduk merenung lantai papan sedalamnya. Dia rasa bersalah,dia juga tidak mahu menipu diri. "Sebenarnya mak long.." kata kata Alynna terhenti.Dia melihat ada airmata yang bergenang di mata Maimun."Maklong tak paksa.. tapi semua ni untuk kebaikkan kamu".Maimun mengesat airmata yg belum gugur.

Alynna menarik nafas panjang. Rasa hendak menjerit sekuat kuatnya.Dia masih muda.Masih terlalu awal untuk dia bergelar isteri. Sekolah pun cuma tinggal enam bulan sahaja lagi. Dia juga punyai cita cita dan impian.Namun bila terpaksa habiskan hidup dengan lelaki yang tidak dikenali,dia hampa.Lelaki yang dua puluh tahun lebih tua dari umurnya. Entah dari ceruk mana datangnya lelaki itu yang membuatkan hidup Alynna tidak tenteram dua minggu ini.

Maimun bangun lalu berjalan ke pintu.Langkah Maimun terhenti dia berpaling memandang Alynna "Fikirkan ibu dan adik adik kamu yang kecil tu Na. Ayah kamu pun tak sihat. Kamu harapan mereka". Maimun keluar dari bilik dengan keluhan.

Alynna tidak dapat lagi menahan airmata.Kasihan pada maklong,ibu,ayah dan adik- adik. Dia tidak menyalahkan takdir.Dia cuma rasa sedih terkilan dengan kehidupan. Dia ingin bermimpi namun dia tidak layak.

BERSAMBUNG...