Chereads / Alynna / Chapter 5 - chapter 5 Alynna( Rindu)

Chapter 5 - chapter 5 Alynna( Rindu)

Iskandar membisu. Dia membiarkan Suhaida merayu memujuk hatinya. Bertahun aku bersabar dengan karenah kau.Kau buat aku macam tunggul,bila kau terluka, kau cari aku.Iskandar merungut di dalam hati. Suhaida bukan tidak cantik.Dia lebih mengoda daripada gadis lain yang pernah Iskandar kenali. Mungkin kali ini Alynna jauh berbeza.Ya, gadis itu membuatnya terbang dengan dunia khayalan. Oh mungkin aku jatuh cinta lagi..Iskandar tertawa sendiri. Suhaida merenung wajah Iskandar. Lucu sangatkah apabila dia merayu damba begitu.Dia menarik lembut rambut yang menutupi mata.Dia mengesat airmata.Iskandar berhenti ketawa,dia menumpukan perhatian kepada Suhaida. "It's over Su"..Iskandar tetap mempertahankan pendiriannya. "No..it's not over..i sayang u Is.." Suhaida cuba merangkul lengan Iskandar. Iskandar menolak tangan Suhaida dengan lembut. "please Su..i tak nak jumpa u lagi. " Iskandar terus mengatur langkah. " Sebab perempuan kampung tu,u nak tinggalkan i".Langkah Iskandar terhenti. Dia merenung tajam wajah Suhaida.

Geram betul hatinya bila gadis polos itu dipertikaikan. " U tak akan faham. Sebab U tak pernah cuba untuk faham i. So u jangan nak libatkan orang lain". bentak Iskandar keras lalu berlalu pergi.

Suhaida mengigit bibir menahan rasa geram. Iskandar sudah jauh berubah.Dia menyimpan rasa yang tidak senang dilubuk hatinya.Selama ini Iskandar tidak pernah meninggikan suara ketika bersamanya.Suhaida mengambil telefon bimbitnya. "Hai.. u kat mana?" bibirnya mulai mengukir senyuman. " U tunggu tempat biasa,i smp jap lagi." Suhaida masuk ke dalam kereta. Menayangkan wajahnya di cermin, dia tersenyum melirik. " U tunggu Is.. " Suhaida memandu menuju destinasinya.

Iskandar termenung,dia menjadi resah.Dia bangun menuju ke ruang kerja Yusri.Dia memberi isyarat agar Yusri mengikutinya. Yusri bangun tanpa bantahan. Dia mengekori langkah Iskandar dari belakang. Sebaik sahaja masuk di bilik Iskandar "tutup pintu..." Iskandar memberi arahan.Yusri hanya menurut sambil tersenyum sinis. "Engkau ni kenapa?" Yusri duduk tanpa dipelawa. Iskandar mengaru kepala tanpa sebab. "Su.." Iskandar mengeluh, "Dia jumpa aku tadi..dia nak..".. "Nanti..nanti dulu..jangan cakap yang kau dah bersama dia semula".Pantas Yusri mencelah. Iskandar mengelengkan kepala. "Macam mana aku nak jumpa dia lagi?" Kata Iskandar sambil memandang wajah sinis temannya itu. " Su ke?" Iskandar mengeleng kepalanya lalu tersenyum simpul. Yusri tertawa.Iskandar menjadi binggung. "Aku tahulah bakal isteri kau muda sangat ..so jangan kau pun sama jadi muda,macam cinta monyet konon, sampai tak boleh nak pikir macam mana cara nak kuar date..Nak aku hempok telepon tu kat kepala kau" Yusri berseloroh. Yusri merampas telefon bimbit Iskandar. Dia menekan nombor yang bernama Alynna. "Hello..ya..ya..waalaikumsalam.." "Dia tengah solat,ayah dia agaknya" Yusri tersengih menahan ketawa. Iskandar mundar mandir di ruangan biliknya itu membuatkan Yusri tidak senang hati. "Hei,boleh tak kau duduk kejap" Yusri meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada Iskandar. Telepon berbunyi,Yusri dan Iskandar saling berpandangan."Cepatlah jawap" gesa Yusri. "Hello..waalaikumsalam. ermm.. tak..awak dah makan?" Iskandar hilang punca untuk berkata-kata. Yusri menepuk dahi lalu mengelengkan kepalanya.Yusri merampas telefon dari tangan Iskandar. " Hello.. saya nak bagitau Is nak jumpa awak,rindu katanya.. oh..okey.. ya..ya..pukul berape tu?..seganlah.. ya ke.. oh kalau macam tu boleh ajer...waalaikumsalam." Yusri menamatkan pangilan. " Sekali mak dia laa" Yusri tertawa kecil. " Dia takut dengan kau ke Is?" Yusri bertanya serius. Iskandar mengangkat bahu sedikit. " Tengok dari caranya,dia memang baik..boleh pulak dia bagi mak dia tolong cakapkan" Yusri tertawa. "Hei..mak dia pelawa kita makan malam..boleh aku ikut?" Yusri tersenyum sinis. Iskandar mengangguk setuju. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menjadi serba tidak kena.

Sejuk angin malam menampar pipinya. Alynna berdiri dimuka pintu melihat Iskandar dan Yusri yang baru tiba. Dia melarikan diri apabila ternampak Iskandar keluar dari kereta." Maklong ibu.. dia dah sampai" Alynna bersuara lembut. Maimun segera ke muka pintu. " Masuklah.." nada suara Maimun agak mesra. " Kebetulan ada rezeki lebih harini..tu yang ajak kamu ke sini" kata Maimun lagi tanpa rasa segan dan silu. " Na.. bawakan juadah tu ke sini.." Maimun memberi arahan. Alynna mengekori belakang Mariam." Hish kamu ni.. letak elok- elok.." Mariam agak bertegas. Alynna berselindung di sebalik tubuh gempal Maimun. Iskandar mencuri pandang dimana wajah polos itu berada. Dia tersenyum,hatinya berdebar.

BERSAMBUNG...