Chereads / Alynna / Chapter 7 - chapter 7 Alynna( Impian )

Chapter 7 - chapter 7 Alynna( Impian )

Semalam dia tidur agak lewat.Baru seminggu dia tidak bertemu Maimun tetapi terlalu banyak cerita yang ingin dikongsikan. Mengalih badan ke sisi kiri, dia melihat suaminya masih tidur. Patut ke dia mengejutnya.Sudah pukul enam pagi.Alynna berfikir seketika..dia terkejut apabila Iskandar mencubit pipinya. "Apa yang sayang tengok abang dari tadi?" Tanya Iskandar tersengih nakal. " Oh..dah sedar rupanya ya..saje nak kenakan orang"nada Alynna agak suram."Sorry... okey.."Iskandar mengangkat tangan mengalah. Alynna bingkas bangun dari tempat tidurnya.

Sesudah solat subuh bersama,Alynna ke dapur menyapa Maimun.Dia mengambil uncang teh yang terletak di atas para."Maklong.." Alynna bersuara lembut. Ada sesuatu yang ingin ditanyakan kepada Maimun. "Kenapa tak nak ikut Na tinggal sana?". Maimun tersenyum tawar. "Banyak kenangan paklong kamu di sini.. sayang,rindu nak tinggalkan". Alynna kembali membisu mendengar jawapan daripada Maimun. Alynna masuk ke bilik,tidak kelihatan bayang Iskandar. Dia ke dapur semula.Dia melihat Iskandar sedang berbual dengan Maimun. " Bila abang keluar?"Iskandar tersenyum mendengar pertanyaan Alynna. " Lepas sayang gi dapur abang turun kejap gi bawah.." " Rajin ya maklong tanam sayur..segar nampak semuanya." Iskandar memuji. " Tentulah bang, baja asli tau.." Alynna tertawa kecil. Selepas bersarapan Alynna membawa Iskandar melihat suasana di sekitar rumah Maimun.

Alynna menarik tangan Iskandar lalu tertawa kecil. "Itulah baja asli maklong". Alynna menuding jari ke arah reban ayam.Iskandar mengatur langkah sambil mengenggam erat jemari Alynna. "Maklong kata dekat sini ada sungai...mana?" " Marilah.." Alynna berlari anak tanpa melepaskan genggaman Iskandar. Tiba di tebing sungai langkah Alynna terhenti. Dia mengurut dada " Aduh penatnya,lama tak lari macam ni".Iskandar hanya memerhati. Alynna membuka selipar lalu duduk di atasnya.Iskandar menurut setiap langkah Alynna. " Sayang.." Alynna menatap wajah Iskandar. Dia menunggu apa yang ingin disampaikan. " Bila sayang nak sambung belajar?" Alynna terdiam,kelu tidak terkata. " Nantilah Saya fikirkan dulu." Alynna menyandarkan kepalanya ke dada Iskandar. " Saya tak ada sesiapa lagi,rasa macam takde impian lagi"Alynna melepaskan keluhan. Iskandar memegang erat bahu Alynna,dia merenung tajam wajah itu. "Abang tak mahu sayang cakap macam tu lagi.Sayang masih ada maklong,mama,papa dan abang. Abang perlukan sayang dalam hidup abang. Jangan cakap macam tu lagi." Iskandar mendakap Alynna erat. "Maafkan saya" " Takpe.. abang akan selalu disamping sayang...dunia akhirat". Alynna merasa cukup selamat dan tenang.

Iskandar cuba melakukan sesuatu untuk mengembirakan Alynna. Kehidupannya ternyata berubah setelah mengenali Alynna.Angin menampar lembut pipi Alynna yang masih dalam pelukan Iskandar. "Kalau ada rezeki, saya nak buat rumah di sini.." Alynna meluahkan rasa hati. Iskandar hanya membisu seribu bahasa. Sejuk hatinya melihat kedamaian di situ.

Iskandar tetap dengan janjinya.Alynna hanya menurut walaupun baginya kini semua itu bagaikan tidak bererti. Pagi itu Alynna agak keberatan untuk menghadiri kelasnya.Sudah tiga bulan dia belajar di kolej swasta pilihan Iskandar. "Abang.. boleh tak kalau saya ponteng arini ?" Iskandar melihat Alynna seketika. " Sayang tak sihat ke?" Iskandar meraba dahi Alynna dengan wajah berkerut. Alynna mengeleng lalu melangkah keluar dari bilik. Datin Maria dan Datuk Borhan sudah lama menanti di meja makan. "Mari Na,kita sarapan dulu" sapa Datin Maria. Datuk Borhan melipat rapi surat khabar yang dibacanya tadi. " Mana is ni? Lambat pulak dia harini.." runggut Datuk Borhan. Iskandar menghampiri meja makan. " Kenapa lambat?" Iskandar melihat Datuk Borhan tidak langsung memandangnya. "Alynna kan dah lambat.."Kata Datuk Borhan lagi. "Na rasa nak skip kelas arini papa" kata Alynna gugup. Datuk Borhan dan Datin Maria saling berpandangan. Datin Maria tersenyum " kami tak paksa kamu sayang.." katanya lembut. Alynna mengalih pandangan kepada Iskandar yang turut mengangguk bersetuju dengan kata-kata Datin Maria itu. " Kalau mcm tu,Na ikut mama gi shopping ajerlah" kata Datin Maria tersenyum lebar. Datuk Borhan tersenyum sambil mengelengkan kepala.

Alynna masih tidak melepaskan tangan Iskandar.Iskandar merenung wajah lembut itu tanpa jemu. " Kenapa ni?..Sayang ok ke tak ni ?" Iskandar bertanya lembut. Alynna berkelakuan agak pelik pagi itu.

BERSAMBUNG...