Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

PILIHANKU

🇲🇾Irlylune
--
chs / week
--
NOT RATINGS
5.8k
Views
Synopsis
Nadeen Fatin? Ya itu nama dia. Nama yang diberikan oleh ibu bapa dia dan ini kisah dia begitu juga pilihan dia. Dia yang memilih untuk bersama lelaki itu dan dia yang memilih untuk meneruskan hidup dia bersama lelaki itu. Tetapi dia yang akan menentukan sama ada hidup dia akan berakhir begitu ataupun tidak . Lelaki yang akan bersama dengan dia pula Naim Fawaz lelaki yang penuh misteri. Kenapa lelaki itu bersikap seperti ketakutan? Kenapa lelaki itu tidak dapat kebebasan yang dia inginkan? Logik atau tidak itu tidak pasti yang pasti lelaki itu benar benar ketakutan. “Awak dah bebas...kan?” – Nadeen Fatin “Belum.” – Naim Fawaz Sampai bila Naim akan hidup dalam ketakutan? Sampai bila pula Nadeen mampu menjadi lampu suluh bagi menerangi hidup Naim yang gelap gelita?
VIEW MORE

Chapter 1 - 1

KELUHAN Fatin membuatkan insan di sekeliling dia memandang tepat ke arah dia. Tanpa Fatin sedari, dia sudah menangis di tepi sudut perpustakaan itu. Air matanya mengalir laju tatkala teringat akan kejadian lama.

"Woi perempuan, ni Aku ada beli-" terhenti suara sahabatnya iaitu Malika. Dia mengusap lembut belakang sahabatnya sambil mencari kelibat sahabat yang lain.

"Kau ingat lagi dekat dia?" Teka Malika. Fatin mengangguk. Malika meraup wajahnya lalu dia memandang skrin telefon pintar milik Fatin.

"Mak kau mesej." Kalini Malika mengambil kerusi di belakang tubuhnya lalu meletakkan disisinya.

"Bro what happened with my ikan patin?" soal gadis berpakaian baju kurung berwarna merah semerahnya di sebelah Malika. Malika mengjongket bahu malas dia nak beritahu hal sebenar nanti ada yang memarahi Fatin.

"Ni mesti Madam D marah kau kan, Fatin?" Duga gadis yang baru tiba sambil membawa 2 buah buku novel itu.

Fatin memekakkan telinganya. Dia fokus membalas mesej mamanya yang jauh duduk di Johor. Disebabkan kini dia belajar di luar negeri Johor jadi setiap masa dia akan bermesej dengan syurganya. Kadang-kadang sampai tak kira masa Fatin belajar, mamanya mesti menghantar juga mesej. Dah jauh baru rindu bila dekat asyik marah sahaja. Tipikal ibu-ibu asians.

"Ma kenapa?" – Fatin

"Bila nak balik?" – Mama

"Tak tahu lagi. Next week ada cuti kot tak salah akak sebab madam nak cuti bersalin so kitaorang belajar online je." – Fatin

"Eloklah tu. Bapa kau bukan main lagi rindu dekat kau." – Mama

Fatin tersengih. Aish papa..papa.

"Ma, akak nak belajar ni. Gerak lu pape jangan roger." – Fatin

Dan..bluetick. Itulah sifat mamanya. Bila jauh jadi lain bila dekat jadi lain. Alah malu lah tu nak kata rindu dekat kita sebab tu sengaja dia pancing si bapa dia sebagai pengganti malu. Hok aloh.

"Next week jadi balik kan? Aku rindu nak buli adik Aku." Lafaz Mariam yang masih setia memegang novel-novelnya.

"Jadilah. Aku ni belum sampai lagi rumah, mak Aku dah listkan nak Aku masak apa. Amboi demand mak Aku sejak dia tahu Aku dah berkenan ngan anak kawan dia tu." balas Dwi Rania yang berpakaian baju kurung merah semerahnya itu. Circle mereka cuma kecil sahaja. Hanya 5 orang sahaja kawan Nadeen Fatin. Sahabat yang lain pula masih ada kelas dengan Mister Raf yang merupakan pensyarah Natasha dan Mellyn.

"Kau dah siap assignment, Fatin?" tanya Malika sambil meneguk air masak yang dibeli oleh Mariam.

"89% dah. Yang selebihnya malam ni Aku sambung. Eh chaw lu Aku ada hal." Fatin mengambil beg tangannya dan buku rujukan yang dibeli dengan duitnya sendiri. Jam menunjukkan pukul 2 petang dan kini dia hampir lambat ke tempat kerja. Kerja? Ya Nadeen Fatin bekerja di cafe terletak berhampiran dengan masjid Putrajaya. Cafe yang memberikan hasil kepada Nadeen Fatin.

BAJU kurung digantikan dengan baju t-shirt hitam berlengan panjang dan tudung shawl kelabu digayakan dengan pakaian itu. Kasut converse memaikan peranan dalam hidup Nadeen Fatin. Kenapa? Kerana crush dia mengemari kasut berjenama converse.

"Fatin, lambat sampai." Tegur bos Fatin yang memakai tag nama Yuna.

"Ada kelas tadi,kak... Sebab tu lambat. Maaflah." Senyum.

"Tak apa mujur tak ramai. Nanti macam biasa kalau ada makanan yang tak habis sedekahkan dekat orang lain ataupun orang di masjid." Pesan Yuna seraya menepuk perlahan bahu pekerja dia. Fatin merupakan pekerja paling muda di cafenya dan dia telah menganggap Fatin sebagai adiknya. Walaupun baru 3 bulan Fatin bekerja disitu tapi kasih sayangnya seperti seorang kakak kepada si adik.

"Nad ngan Adeen gaduh ke?" Fatin terkejut kenapa perlu sebut nama lelaki itu? Cukup dia tak nak letak harapan kepada lelaki yang cukup sempurna dan serba serbi itu.

"Mana akak tahu tentang Adeen?" Soal Fatin dengan tenang. Setahu dia, dia tidak pernah bercerita hal dia dan Adeen kepada sesiapa pun kecuali sahabat dia.

"Akak ternampak Fatin ngigau masa last day Rahim kerja kat sini. Masatu akak nak kejut tapi Fatin asyik sebut Adeen je. Akak sayu bila nampak adik akak menangis tak henti bila sebut nama lelaki itu." Fatin ketap bibir. Aduh bocor pula rahsia dia tambahan malu! Apa kejadah kau ngigau Nadeen!

"Kitaorang tak gaduh. Kawan je..." senyuman tipis dihadiakan kepada Yuna.

"Okeylah macam tu kalau ada apa-apa hal ataupun lelaki tu cuba buat benda tak elok dekat Fatin. Bagitahu akak. Akak pancung kepala dia." Seram pula Fatin tatkala mendengar ayat-ayat Yuna sekaligus dengan memberi reaksi garang. Fatin kembali ke tempat asalnya, dimana? Di meja cashier sambil menunggu orang datang untuk ambil order dan menghantar order.

"Bang, Nad nak buat assignment sekejap. Kalau ada customer panggil. Tahu?" Badrul yang menjaga meja juruwang itu mengangguk perlahan. Dia mengeluarkan kerusi di bawah meja itu lalu diberikan kepada Fatin untuk duduk disitu sambil membuat kerjanya.

Badrul meralit kerja Fatin sambil tersenyum. Cantik tulisan gadis itu seperti wajahnya. Walaupun pendek dan kecil tapi yang patut kita tertarik adalah sikap Fatin. Dari jauh walaupun kecil tapi mulutnya boleh tahan kalau mengeluarkan fakta dan tidak takut untuk bercakap. Tapi sayang dengar cerita Fatin mempunyai crush. Aduhai melepas.

'Aku rindu dia ya Allah..." ucap Fatin di dalam hati. Entah kenapa fikiran dia melayang fikirkan Adeen yang belajar jauh disana. Entah-entah dah berkahwin lelaki itu. Ya lah lelaki tampan, bijak, cukup ilmu pengetahuan hal agama dan mempunyai ciri-ciri lelaki idaman di luar sana. Siapa sahaja tak minat?

"Fatin..ada orang datang." Kata Badrul kepada Fatin. Fatin meletakkan pen untuk pergi ke meja dimana customer kedai itu berada.

Namun langkahnya mati, begitu juga nadi dan air liur Nadeen Fatin. Ya Allah bala apa kalini? Kenapa dia perlu berjumpa lelaki itu? Ya benar dia merindui insan bernama Adeen tapi tidak bermakna dia perlu bersua muka dengan lelaki itu.

"Go Fatin. Nanti rezeki lari pula." Ujar Badrul sambil mengunyah keropok lekor ditangan.

Fatin mengatur langkah ke arah lelaki itu dengan getaran di jiwa. Berdebar, menangis, meraung semuanya ada. "En..encik nak order apa?" Soal Fatin tanpa memandang wajah lelaki itu.

"Saya nak nasi goreng pataya dengan teh o ais." Fatin mengangguk sambil mencatit pesanan yang dipesan sambil menundukkan pandangan. Dia malu. Sungguh malu dengan lelaki itu.

"Sudah?" soal Fatin.

"Erm nanti kalau Saya nak order, Saya panggil ya." Fatin mengangguk lagi. Dia terus kembali ke dapur untuk diberikan kertas nota itu kepada tukang masak tersohor di cafe Yuna. Imran dan juga Irdina. Pasangan dua sejoli itulah tukang masak di cafe tersebut. Air tangan mereka berdua cukup tip top sampai boleh merindui masakan chef itu.

"Fatin? Kenapa nangis?" Soal Irdina lembut. Fatin mengangkat kepala.

'Aku nangis?' dia mengelap pipinya dan dia terdiam.

'Fatin kenapa kau nangis sekarang? Ya Allah...'

"Asap kak. Kalau ya pun masak janganlah berasap pedih mata Fatin." Balas Fatin dengan senyuman dibibir. Irdina mengangguk lalu dia mengambil kertas di tangan Fatin dan memberikan sehelai tisu kepada gadis itu.

"Bukan mudah untuk melupakan seseorang. Perasaan berbolak balik untuk fikirkan sama ada mahu lupakan atau teruskan. Minta kepada 'dia' mesti dia tolong, Fatin." Bisik Irdina ditelinga Fatin. Seakan-akan Irdina mengetahui masalah Fatin pada ketika itu. Kata-kata Irdina masih bermain di minda Fatin setelah keluar dari dapur.

Ting! Dalam beberapa minit sahaja sudah siap makanan encik berbaju coklat itu. Erk- siapa lagi kalau bukan...

'Adeen..kenapa dia muncul ya Allah?'

"Boleh Aku tahu tandas dekat mana?" tanya Adeen sambil memandang pekerja yang telah tiba seraya membawa dulang berisi makanan yang dipesan sebentar tadi.

"Sebelah cashier tu, encik." Adeen terus bangun dari kerusi untuk menuju ke tandas.

Fatin menghela nafas berat. Usai menghantar makanan, Fatin kembali ke Badrul untuk menyambung kerjanya. Badrul yang tidak henti melayan pelanggan yang hadir untuk membayar kini menatap wajah Fatin yang lena disitu.

"Fatin bang-"Badrul mati kata disitu kerana Adeen menyapa halwa telinga dia.

"Total berapa?" Soal Adeen yang sudah mengeluarkan dompetnya. Mata Adeen terpandang gadis yang tidur di atas meja beralaskan tangan. Tersenyum seketika Adeen dibuatnya. Namun dia seperti mengenali gadis itu. Siapa ya?

"7 ringgit, bang." Adeen memberikan not rm10 kepada Badrul namun pandangan dia tidak henti memandang gadis memakai tag nama Fatin.

"Kejut dia. Tak elok tidur petang-petang ni." Tegur Adeen kepada Badrul.

"Tak apalah bang. Mungkin dia penat buat kerja." Senyum. Eleh Badrul ni acah pula nak cover si Fatin. Bukan Adeen tak tahu Badrul ada hati dengan Fatin!

'Nadeen Fatin, bangunlah. Aku datang sini nak tengok kau senyum bukan tidur.' Bisik hati Adeen sebelum dia melangkah keluar dari cafe itu. Nama sahaja cafe tapi makanan barat dan melayu pun ada. Cukup menjadi tempat istimewa di hati Adeen.

NADEEN melepaskan nafas selepas selesai menunaikan solat fardhu isya' di rumah sewanya. Seketika dia memandang ke arah al-quran yang terletak di atas meja kerja berwara hitam. Sudah lama dia tidak melantunkan alunan merdu al-quran dan sudah lama dia tidak memegang al-quran yang dibeli oleh papanya. Baru sahaja dia ingin mengambil al-quran, pintu biliknya dikuak oleh seorang wanita berpakaian pyjama berserta senduk di tangan kiri.

"Fatin, jom makan." Kata Mariam yang menjadi chef pada malam itu. Oh lupa nak beritahu mereka dibagikan tugas siapa yang akan masak makan malam. Nasiblah kalau yang tak pandai masak tu bersiap sedia sahaja menelan air masakan Nadeen Fatin yang memang tak pandai nak masak.

'Nanti je lah Aku buka.' Telekung hitam dibuka begitu juga kain telekungnya. Dia mengambil telefon pintar dan terus menuruni anak tangga untuk makan malam bersama sahabatnya. Dan seperti yang dijangka chef Mariam bukan biasa-biasa dalam hal memasak. Ingatkan masak sardin dan telur goreng rupanya ayam masak marah dan sayur goreng.

"Fat, baca doa." Arah Dwi yang sudah tak sabar untuk menjamu selera. Selesai membaca doa, mereka semua berempat berbual hal assignment mereka dan juga pensyarah yang baru. Siapa? Entahlah Nadeen tak ambil pusing pun dengan pensyarah yang baru dan dikatakan hensem begitu juga kaya raya itu.

"Makcik kantin tu pun terliur agaknya tadi masa nampak lecturer tu." kata Malika seraya meneguk air sirap cincau ke dalam mulutnya.

"Hensem ke dia? Dia ajar kelas mana? Subjek apa? Apa yang hebatnya tentang dia sampai boleh pupuskan nama cikgu kesayangan kau si Hariz tu, Ika?" soal Nadeen sambil bermain telefon pintarnya. Sengaja baca semula chat lama dia dan si Adeen tu.

"First of all, memang dia hebat plus hensem plus bijak. Okey kalau dia bodoh tak akan dapat pangkat pensyarah, right?"

"Kalau bodoh tu kau. Kalau bijak tu dia. Eloklah tu." usik Dwi dengan sengihan dibibir.

"Ah kau. Okey Aku dengar cerita dia tu single lagi and you know what?" semua mata tertumpu kepada Malika kecuali Nadeen.

"Dia sebut nama Nadeen." Tersedak Nadeen tatkala membaca mesej papanya. Terus dia meneguk laju air di sisi sambil mengurut dadanya.

"Apa kejadah mak Aku terima orang lain ni?" marah Nadeen sambil menghempas telefonnya. Fuh kalau pecah siapa nak ganti? Hah jawab!

"Shut up. Listen ni Nadeen." Nadeen memandang Malika dengan pandangan tajam. Hilang mood dia nak makan selepas mendapat berita mamanya terima rombongan anak teruna mana entah.

"Kau dengan jantan tu ada apa-apa eh?"

"Siapa? Siapa jantan yang kau sebut tu? Bagi lah nama penuh ini tidak tetiba memfitnah Aku." Marah Nadeen lagi.

"Entah kau ni. Budak ni mana ada kat kelas sudahlah 20 minit duduk kat toilet kau fikir dia ada masa jantan tu ada?" kata Mariam sambil menuju ke singki untuk membasuh pinggan dan tangan.

"Oh sorry. Nama dia apa eh Aku lupa sekejap." Beria Malika cuba ingat nama pensyarah hot tu tapi sayang dia lupa.

"Af..Af apa eh nama dia? Mak dia suka sangatlah letak nama susah-susah. Payah nak sebut." Malika mengeluh.

"Aku ingat ada Aidan je kat belakang tu. Af tu Aku lupa pulak." Sambung Dwi tanpa henti menyuap nasinya.

"Affan Aidan?" teka Nadeen.

"Hah betul. Eh mana kau tahu?" tanya Mariam sambil membawa keluar kek batik yang baru dibelinya semalam.

"Ni..." Nadeen menunjukkan mesej dia dan mamanya, Faridah Musa.

"Ada orang hantar rombongan harini." – Mama

"Who?" – Fatin

"Affan Aidan. Kau kenal ke?" – Mama

"Tak. Mama terima ke?" – Fatin

"Mama kata tunggu kau balik baru bagi jawapan. Dia kerja pensyarah. Bagus orangnya. Bolehlah bimbing kau yang tak dapat dibimbing sangat ni." – Mama

"K." – Fatin

Satu persatu mesej itu dibaca oleh Malika, Mariam dan Dwi. Air muka Nadeen tidak gembira dan tidak sedih. Mungkin dia perlukan masa untuk menerima semua ini.

"Wowo. Nadeen kau...omg. Kena bagitahu semua orang fasal ni weyh!" jerit Mariam separuh gembira. Fatin senyum kelat. Ish bencilah sudahlah dia tak kenal jantan tu tetiba sahaja sudah hantar rombongan. Anak mana tu?

"Kalau betul dia jodoh Aku. Aku terima seadanya." Balas Nadeen setelah lama berdiam diri. Dalam fikiran dia jauh memikirkan Adeen.