Chereads / PILIHANKU / Chapter 3 - 3

Chapter 3 - 3

AFFAN AIDAN menyambut kehadiran Nadeen Fatin dengan senyuman dibibir. Nadeen Fatin membalas senyuman itu lalu dia melepaskan punggung ke atas bangku kayu berwarna coklat itu. Pandai Aidan memilih tempat cantik dan bersih begitu juga dekat dengan tong sampah dan singki yang disediakan.

"Macam mana dengan kaki awak, pretty?" soal Affan seraya memberikan semangkuk nasi berisi lauk kepada Nadeen.

"Okey je. Doc kata seliuh sikit. Awak jangan risau dan jangan bagitahu mak Saya." pandangan serius Nadeen membuatkan Affan tersenyum.

"Okey, pretty. Now kita makan. Boleh?" dengan lafas bismillah, Aidan dan Nadeen menyuapkan nasi berlauk sup daging ke dalam mulut mereka. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa hidung Nadeen dan itu membuatkan Nadeen bersin. Aish maklumlah hidung dia ni tak boleh kena angin kalau tidak bersin sahaja kerjanya.

"Sekejap ya pretty. Jangan lari pula." Sempat Aidan berpesan kepada Nadeen sebelum dia berlari ke arah lot parking untuk mengambil sesuatu. Nadeen memandang kosong bangku Aidan dan dia tersenyum kerana layanan Aidan seperti papanya. Nampak sahaja garang tapi baik dan penyayang.

"Pakai ya, pretty. Jangan demam pula."secara tidak langsung Aidan menyarungkan blazer hitam miliknya bagi menutupi susuk tubuh Nadeen yang kesejukan.

"Awak...macam mana awak kenal Saya? Saya tak kenal awak pun selama Saya hidup ni." Soal Nadeen. Dia menghidu bau blazer itu. Uish wangi betul. Bau sahaja sudah memikat perasaan dia tambahan tuan punya badan hensem bergaya.

"Saya suka soalan tu. Awak tak ingat awak jadi junior Saya ke, Nadeen Fatin?" Nadeen menggelengkan kepalanya.

"Start sem 1 lagi Saya jadi senior awak but awak jarang ke kelas sebab ada masalah kesihatan. And disebabkan kehadiran awak yang merosot tu awak kena ulang lagi, right pretty?" Nadeen mencebir. Haduh janganlah buka cerita sem 1 tu sudahlah masa itu dia belum tahu apa-apa.

"Okey then?" Aidan meletakkan sudu dan garpu lalu dia menatap wajah bersih Nadeen.

"Ingat lagi mamat hoodie yang selalu beri awak nasi lemak dan air kotak?" Nadeen mengangguk laju. Kalau bukan kerana insan hoodie itu mesti dia ulang alik ke hospital kerana gastrik. Mujur ada penyelamat.

"Tu Saya, pretty." Nadeen pasang wajah blur. Okey what? Lelaki itu yang disangkakan penyelamat? Akhirnya jadi bakal tunang dia? Eh bakal tunang? Nadeen dah terima ke?

"Saya start beri awak makanan masa sebulan awak tak datang kelas disebabkan terlantar di hospital dan sepanjang Saya kat situ, Saya sentiasa beri awak nasi lemak kegemaran awak. Ingat Saya tak tahu kalau tak ada nasi lemak tu awak tak akan makan?" senyum tipis ditayangkan kepada gadis itu.

"Dulu awak pemalu. Sangat-sangat pemalu sampai tiada lelaki yang sanggup kacau awak sebab awak jenis bila orang layan je terus tarik tangan Malika. Saya yang jadi tukang tengok pun malu bila awak tak layan junior yang lain. Tapi wah Saya tak sangka Nadeen dah jadi ganas. Sikit je tak banyak. Malu tu masih ada dan Aidan bangga dengan Nadeen sebab jadi murid kesayangan pensyarah Aidan walaupun selalu datang lambat."

"Datang lambat sebab perut sakit ya. Awak ingat gastrik Saya setiap tahun je ke? Setiap hari ya." Nadeen memuncungkan bibirnya. Aidan gelak kecil.

"Saya boleh gantung baju kat bibir awak, pretty." Sengih. Terus hilang bibir muncung Nadeen. Usai makan, Aidan dan Nadeen berjalan-jalan di sekitar taman sambil memakan aiskrim. Atas kehendak Nadeen, Aidan belikan juga dia aiskrim.

"Nadeen nak rehat? Kesian Aidan tengok terkejar-kejar tadi." Nadeen menggelengkan kepalanya. Alahai sudahlah langkah dia kecil yang Aidan ni jalan laju sangat kenapa?

"Come here, pretty. Kita tengok tasik." Aidan menepuk perlahan tempat kosong disebelahnya. Nadeen melepaskan punggung lalu dia mengurut perlahan kakinya. Menyesal pula dia dengan mengikut kata hati tadi. Beria nak berjalan sebab tak nak tunjuk lemah sekarang ni? Hah lemah ke tidak?

"Nak Saya bawa awak gi tempat urut atau nak Saya call makcik Saya untuk urut awak?" soal Aidan seraya memandang permandangan di hadapan matanya. Tasik ya bukan Nadeen. Zina mata pula nanti.

"Saya boleh urut sendiri. Jangan risau ya." Balas Nadeen lembut.

"Nadeen.."

"Apa?" pandangan lembut Nadeen membuatkan detak jantung Aidan berdegup laju. Lari ke jantungnya sampai laju sangat?

"Kalau awak tak nak terima pinangan Saya. Awak cakap sahaja. Saya terima seadanya."

"Siapa kata Saya tak terima?" Aidan kembali memandang wajah Nadeen. Benar ke? Benar ke ni??

"Tapi janji dengan Saya boleh?"

"Okey apa tu, pretty?" Aidan sudah bersedia mendengar janji si gadis berkaca mata bulat itu.

"Saya tak nak orang lain tahu kita bertunang. Berkahwin tu tak kisah tapi bertunang tu jangan."

"Kalau itu yang awak nak. Saya tak boleh paksa." Lembut sahaja bahasa Aidan dengan dia. Tapi pintu hatinya masih belum terbuka untuk sesiapa lagi. Buatnya Aidan mahukan wanita seperti Adeen. Macam mana?

"Awak tak kisah ke dapat bakal tunang macam Saya ni? Saya belajar tak habis lagi, tak cantik macam yang lain, tak bijak mana, pointer pun kadang okey kadang tak okey." Aidan menatap wajah indah gadis berkaca mata itu.

"Saya berkahwin dengan diri awak bukan dengan pelajaran awak. Apa yang ada pada awak itu adalah kelebihan dan kekurangan yang telah Allah berikan. Kenapa perlu rasa macam tu sedangkan itu semua Allah yang berikan dekat awak. Awak ingat lelaki macam Saya ni tak risau ke kalau awak terima Saya?"

"Maksud?"

"Nanti Saya beritahu." Senyum. Apa yang dimaksudkan oleh Aidan? Kenapa perlu beritahu nanti sedangkan boleh harini?

PELUKAN ERAT Puan Faridah dileraikan oleh Encik Nazrul lalu dia membawa masuk bagasi berwarna hitam ke dalam bilik tidur anak sulungnya. Musim-musim ni lah anak bongsu dia ada kem motivasi di sekolah. Mujur seminggu, kalau sebulan? Memang melepas si bongsu nak menyakat si anak sulungnya.

"Kau dah makan belum?" Soal Puan Faridah.

"Belum. Tadi ingat nak singgah kedai mak Yam tapi lupa hari Jumaat ni dia tutup itu tak jadi." Balas Nadeen sambil membuka seledangnya. Dia membuka jam dan mengikat semula rambut untuk merehatkan diri. Eh sebelum rehat kena makan. Baru lah boleh tidur dengan tenang.

"Kak ambilkan air kotak, kejap." Nadeen menurut perintah si papa. Dia menapak ke arah dapur lalu membawa sekotak air teh dan sekotak lagi air soya. Mamanya tidak minum air manis katanya tak elok lah inilah. Ceh kata sajalah nak jaga badan.

Nasi dicedok lalu diletakkan ke atas pinggan. Kini bila tiba pinggan dia, Encik Nazrul mula bertanya kepada anaknya. "Kau nak bertunang ke dengan dia?" Soal Encik Nazrul.

"Ikutkan hati tak nak. Tapi tengok gaya macam dia sukakan akak so why not bagi dia peluang." Balas Nadeen sambil melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan mamanya.

"Papa tak suka lah dengan dia tu." kata Encik Nazrul sambil mencedok udang masak sambal lalu diletakkan di atas pinggan anak daranya.

"Kalau papa tak suka, tak payahlah terima." Puan Faridah meletakkan pinggan berisi telur goreng lalu dia menuang air sejuk ke dalam gelasnya. Dengan bacaan bismillah mereka bertiga menyuapkan nasi ke dalam mulut.

"Aku pun pelik kenapa dia datang. Kau ada bagitahu alamat rumah ke dekat dia?" laju Nadeen menggeleng. Alamat rumah dia pun dia tak tahu inikan nak beritahu orang lain.

"Tak. Tapi akak tak berkenan lah dengan dia. Dia macam suka menunjuk. Baru sehari keluar dengan dia, dia dah tunjuk kemewahan dia lepastu nak goda akak. Geli dan annoying." Teringat dia tentang perbualan dia dan Aidan semalam. Bukan main Aidan bandingkan peniaga tepi jalan dengan diri yang serba sempurna. Dia siap kata peniaga tepi jalan ni jadi macam tu sebab tak nak belajar dan bodoh. Heh terasa dia sebab dulu dia turut menolong mamanya berniaga di tepi jalan.

"Papa katalah papa dah jumpa anak ustaz dan akak berkenan dengan dia." Encik Nazrul terlopong. Lah mana dia nak rembat anak ustaz kalini?

"Okey dah." Kata Puan Faridah sambil meletakkan telefon pintarnya. Encik Nazrul dan Nadeen kembali terlopong. Aik? Awal benor maknya menolak pinangan tu.

"Anak ustaz mana kau nak bapak kau ni rembat? Dia tu kenal ustaz Kazim je." Usik Puan Faridah pula.

"Ustaz tak ustaz janji tak kahwin dengan dia. Mama tahu perangai dia serupa monyet. Duk terkinja-kinja lepastu bandingkan orang miskin dengan dia. Memang itulah kali terakhir akak keluar dengan dia." Sambung Nadeen sebelum dia menyuap nasi ke dalam mulut. Aish benci pula dia dengan si Aidan ni. Muka dan ada, pelajaran pun fuh sampai PHD, kaya? Ada juga tapi tu lah hal agama dan hal sombong tu masyaAllah. Memang nak tampar je.