Chereads / PILIHANKU / Chapter 4 - 4

Chapter 4 - 4

PUSAT membeli belah Mid Valley Southkey ditawaf oleh Nadeen dan kawannya. Bukan buat apa pun cuma pusing ke sana dan ke sini. Nak beli? Mahal sungguh barang di situ. Mahu cekik darah kalau Mellyn mahu membeli jacket kulit buat teman lelaki dia di luar negeri.

"Nak terkencing lah." kata Natasha sambil mencari tandas di situ.

"Kau nak kencing dalam beg Aku ke? Tak nampak sebelah tu tandas? Dah pakai cermin mata masih rabun kah?" soal Mellyn sambil melangkah masuk ke dalam tandas. Ceh dia pun nak ke tandas rupanya. Tanpa membuang masa, Natasha terus menerjah masuk ke dalam tandas perempuan untuk melepaskan niat.

"Kau? Tak nak masuk?" soal Dwi kepada Nadeen. Laju Nadeen menggeleng. Dwi terus meninggalkan Nadeen di luar tandas. Sambil menunggu, Nadeen sempat melihat kedai baju disebelah tandas itu dan dia tertarik dengan rekaan baju kurung berwarna dark blue. Baru sahaja dia mahu menyentuh baju itu, dia matikan niat saat ada gadis yang menyambar baju tersebut.

"Idan, I suka baju ni lah." kata gadis berjubah hitam dan berselendang putih itu.

"Eh you nak ke? Kalau nak you ambil ni." Baru gadis itu sedar akan kehadiran Nadeen disitu. Nadeen menggeleng kepalanya lalu dia mencari baju muslimah yang lain.

"Girl, ambil kalau you nak." Gadis itu menarik perlahan lengan baju Nadeen dan anak mata Nadeen terpanah dengan kecantikan gadis itu dan- begitu juga lelaki disebelah gadis berjubah hitam.

"It's okay. Saya baru perasan ada baju kat dalam tu juga jadi Saya nak cari yang lain." Senyum.

"Oh thank god. Sayang, girl ni baik sangat sebab bagi I beli baju ni. Now kita bayar, ya?" lelaki disebelah yang dari tadi sibuk memandang telefon terus menyimpan semula telefon itu.

"Fatin?" Nadeen mengangkat kepalanya lalu menayang senyuman kepada lelaki berbaju kemeja biru cair itu. Dan ini juga sebab kenapa Nadeen Fatin membenci lelaki itu.

"You kenal husband I ke girl?" soal gadis itu.

"Lecturer Saya, madam." Gadis itu mengangguk perlahan. Lengan Aidan dirangkul lalu si gadis menyentuh perlahan bahu suaminya.

"Really? Aduhai eh nanti kalau ada masa you datang lah rumah. Sebab lagi 2 minggu kitaorang akan buat majlis tahlil so why not jemput kawan-kawan you, also you punya-" perbualan mereka terhenti ketika seorang gadis menegut mereka.

"Wait a minute. You bukan designer Fatimah tu ke? Yang influencer kat ig tu?" soal Mariam dengan sedikit teruja.

"I dah famous ke sampai you pun kenal I. And yes itu Saya dan ini suami Saya, Affan Aidan." Mariam terdiam ketika bertentang mata dengan Aidan yang beriak wajah tenang. Tenang lelaki itu memeluk bahu Fatimah.

"Saya tak tahu pula sir dah kahwin." Kata Mariam kepada Aidan. Reaksi wajah Mariam masih tenang. Kalau beri kejutan budaya agaknya hilang kepala jantan tu. Sudahlah menipu ada hati pula nak dekat kawan dia. Nasib baik tak jadi tunang kalau jadi memang melayang nyawa lelaki itu.

"Kitaorang dah 3 tahun berkahwin tapi perkahwinan dirahsiakan sebab ikut adat family." Mariam memandang kawannya yang baru keluar dari tandas.

'Apa kejadah adat family sampai berahsia?' bisik hati Mariam yang mula curiga.

"3 tahun? Lama tu. Semoga berkekalan hingga ke syurga, aamiin. Pergi dulu ya sebab bakal imam sebelah Saya ni dah lama menunggu." Sengaja Mariam menekan ayat bakal imam cik Nadeen Fatin walhal tak ada pun. Bakal manusia yang ditelan oleh Nadeen ada lah.

"Sweet students, you. Lagi-lagi yang girl pakai cermin mata. She so cute." Puji Fatimah setelah Mariam dan Nadeen beredar dari situ.

MALIKA dan yang lain pasang riak wajah terkejut apabila mendengar cerita Fatimah. Mujur mereka berada di tempat awam kalau tidak dah sah hilang kepala Aidan kerana buat kawan dia begitu. Dan mujur Nadeen telah menolak sekerasnya pinangan lelaki itu. Few alhamdullilah satu demi satu Allah berikan petunjuk dan kalau tidak dah sah Nadeen jadi madu ke dua.

"Kalau Aku jadi kau, Fatin. Aku buang jantan tu dari tingkat 3 sampai tingkat 1 tu. Lantak kau lah mati ke apa." Balas Natasha sambil menuang sos nasi ayam ke dalam pinggan.

"Setakat kau buang apa barang. Kalau Aku ni dah sah langgar dia guna lori. Ada ke patut buat macam tu sedangkan dah berbini? 3 tahun bukan 3 hari." Marah Dwi pula sebelum mengunyah nasi ayam.

"Yang kau senang-senang kata Aku nak jumpa imam Aku kenapa?"soal Nadeen sambil memandang ke arah luar kedai. Matanya masih setia memandang pergerakan manusia di dalam mall itu.

"Gurau je. Alah bukan jantan tu nak call mak kau lepastu tanya-" dan telefon Iphone milik Nadeen berbunyi. Siapa? Siapa lagi kalau bukan mak kesayangan Nadeen Fatin.

"Kau jawab sebab kau yang buat alasan." Telefon diberikan kepada Mariam tanpa teragak-agak dan Nadeen kembali makan dengan tenang. Bukan dia kecewa cuma kasihan kepada Fatimah kerana dapat lelaki yang macam tu.

"Aku nak bayar dulu." Nadeen mengambil kad kreditnya lalu menuju ke cashier untuk membayar makanan tersebut.

"Ms, ada orang dah bayarkan." Kata lelaki menjaga kaunter itu. Nadeen pasang wajah terkejut.

"Salah seorang kawan Saya dekat sana ke yang bayarkan?" lelaki itu menggeleng.

"Aik? Awak kenal ke siapa?"

"Mungkin teman lelaki, ms."

"Saya single mana ada teman lelaki. Eh yang bayar tu lelaki?" Lelaki itu mengangguk pula.

"Orang tu pakai baju warna apa?" soal Nadeen lagi. Tak akan lah Aidan pula.

"Baju kotak-kotak warna biru hitam dan dia pakai cap. Cap warna hitam juga. Bila Saya tanya siapa dia, dia balas Naim." Aduh siapa pula manusia bernama Naim ni? Mahu pengsan Nadeen disitu. Lepas seorang datang lagi seorang esok lusa seorang lagi. Hah elok boleh jual dah lelaki yang datang dalam hidupnya.

"Dia ada tinggalkan pesanan ke nombor ke? Ada?"

"Dia bagi ms beg pakaian ni." Beg pakaian berwarna merah jambu diberikan kepada Nadeen. Nadeen mengambil beg pakaian itu lalu melihat ke kiri dan ke kanan luar kedai.

'Anak jantan mana bagi Aku pulak ni? Ya Allah...'

BAJU KURUNG milik Nadeen disentuh perlahan oleh Puan Faridah yang baru selesai mengemas dapur. Dia melihat anak daranya yang sedang duduk di balkoni bilik sambil menaip sesuatu. Perlahan dia mengambil tempat dihadapan anaknya.

"Cantik baju tu. Tak sangka pulak kau dah pandai pilih baju biasanya suruh Aku pilihkan." Kata Puan Faridah sambil melihat kertas kerja Nadeen yang berselerak di atas meja. Dia mengemas satu persatu kertas itu.

"Akak nampak macam tak reti pilih baju ke?" soal Nadeen.

"Boleh dikatakan. Eh esok ambil Nisa pukul 9 pagi lepastu korang duduk sekejap rumah makngah."

"Dah kenapa pulak?" soal Nadeen lagi. Anak matanya memandang wajah Puan Faridah.

"Bapa kau ada kerja sikit kat Pahang. Nanti petang atau malam baru balik. Kau faham-fahamlah kunci pendua tu kan dah hilang. Monyet mana entah pi hilangkan kunci tu. Jadi, duduk rumah makngah." Nak tak nak Nadeen setuju juga dengan kehendak si syurga. Alahai sudahlah dia banyak lagi kerja ini nak ke rumah makngah pula. Dah lah makngah punya rumah bukan main terbuka lagi nanti lepas seorang datang ke rumah, ada lagi yang datang. Bukan apa maklumlah makngah dia seorang pembuat kek dan seorang penjahit baju jadi memang terbuka rumahnya.

KACA MATA Nadeen dibetulkan dahulu sambil menunggu si adik di luar pagar sekolah. Sambil-sambil itu dia sempat melihat susuk tubuh lelaki disebelahnya yang memakai baju melayu biru pekat. Nampak muka macam sombong tapi siapalah kita untuk mengjudge orang luar dan dalaman.

"Oi, Nad." Panggil gadis berbaju karakter murid Johor. Ceh beria dia terkejut rupanya adik dia, Nisa Fatiha. Tapi siapa lelaki disebelah adiknya? Jangan kata boyfriend pula. Karang ada keluar berita seorang gadis kemalangan kerana si kakak melanggar gadis menggunakan lori sampah apabila si kakak dapat tahu si adik mempunyai teman lelaki. Haram dik kau jangan ya Nisa Fatiha.

"Muka kau bukan dapat motivasi belajar atau hidup tapi motivasi tidur." Kata Nadeen kepada adiknya. Beg sandang milik Nisa diambil olehnya. Nak tunjuk kakak prihatin lah kononnya. Nisa mencubit perlahan perut si kakak. Marah lah tu.

"So ni lah kakak kau?" Soal lelaki disebelah Nisa.

"Hm. Kakak annoying tapi nasib kaya." Amboi Nisa Fatiha bukan main lagi sebut kaya depan kawan dia. Eh teman lelaki. Eh kawan. Eh lantak lah malas dia nak ambil pusing hal lelaki itu.

"Saya, Naufal. Kawan Nisa." Lelaki itu memperkenalkan dirinya dengan begitu tenang. Tenang sahajalah bukan si Nadeen nak gigit pelajar yang akan menduduki SPM.

"Yang ni? Abang?" soal Nadeen. Lelaki berbaju melayu itu memandang wajah Nadeen. Tiba-tiba Nadeen kecut perut. Hensem! Eh zina mata.

"Naim. And kau?" tiada huluran tangan antara dua insan ini cuma tatapan mata yang tenang sambil di iringi senyuman.

"Nadeen Fatin. Panggil je Fatin."

"Memandangkan kita dah kenal and our adik pun berkawan. So jomlah pergi makan. Nisa mesti lapar kan?" Nisa mengangguk perlahan. Walhal tidak pun. Cuma sengaja dia nak jaga hati lelaki itu.

"Akak, jomlah. Jangan risau mesin ATM ni yang akan belanja kita." Sengih. Naim menjeling adiknya. Suka-suka je panggil dia mesin ATM tahulah dia kaya tapi tak perlulah panggil mesin ATM. Nadeen memandang Nisa. Nisa mengangguk perlahan tanda setuju dengan ajakan itu.

"KAU belajar lagi atau dah habis belajar?" soal Naim sebelum menghirup sup tulang yang dipesan.

"Belajar lagi. InsyaAllah tahun ni habis." Naim mengangguk perlahan. Nisa dan Naufal pula pergi ke kedia buku disebelah kedai makan itu. Katanya nak beli buku rujukan dan duit Nadeen juga yang terpaksa keluar.

"Dah tunang ke?" soal Naim lagi.

"Sepatutnya bertunang tapi Saya tolak." Balas Nadeen pula. Air teh o ais yang dipesan disedut perlahan lalu dia memandang Naim yang masih berselera.

"Sebab?"

"Awak ingat Saya rela dimadukan?"

"Kes tipu lah ni?" Teka Naim. Nadeen mengangguk perlahan. Eh sekejap kenapa lelaki dihadapan dia ni beria benar nak tahu kisah Nadeen?

"Dah berapa lama stay JB ni?" Soal Nadeen yang seakan-akan detektif.

"27 tahun Aku stay sini. Tapi tu lah selok belok daerah ni, satu apa Aku tak tahu." Nadeen mengerutkan dahi. 27 tahun duduk sini tapi tak tahu selok belok? Apa ni? Apa ni?

"Awak amnesia ke macam mana?"

"Tak. Aku dikurung dan baru dapat keluar." Balas Naim dengan tenang.

"Penjara ke? Awak ada buat kesalahan ke?"

"Bukan itu lah. Muka Aku macam penjahat sangat ke, Nadeen?" Nadeen membalas dengan gelengan sahaja.

"Dah tu? Awak kata awak kena kurung." Balas Nadeen sambil berpeluk tubuh. Tak puas hati dengan cerita Naim yang sekerat jalan.

"Aku kena kurung dekat bilik bukan penjara."

"Why? And macam mana awak dapat keluar?" Nadeen begitu berminat dengan kehidupan Naim yang misteri. Macam mana dia dapat keluar kalau dia dikurung? Kenapa muka dia dan Naufal tidak seiras? Kenapa Naim sentiasa tenang walhal Nadeen gelabah? Kenapa dia berminat dengan Nadeen sedangkan hidup dia pun penuh misteri?

"Kau berminat dengan cerita Aku ni sebab kau sukakan Aku ke atau kau nak jadi kawan Aku?" Soal Naim. Mukanya sengaja dirapatkan dengan wajah Nadeen yang masih memberi reaksi tenang dan bersahaja.

"Dua dalam satu." Nadeen mengangkat keningnya. Ceh tunjuk hebat lah tu Nadeen Fatin.

"Nadeen, kau terlalu muda untuk jatuh cinta lah."

"Saya tak kata Saya jatuh cinta dengan awak tapi Saya cuma sukakan cerita awak. Menarik dan misteri dan tambahan Saya nak jadi kawan awak." Senyuman manis diukir pada wajah dan dibalas dengan senyuman milik Naim.

"Nombor? Boleh aku call kau kalau Aku nak berbual." Naim mengeluarkan telefon pintarnya lalu mendail nombor setelah Nadeen memberitahu nombor telefon dia.

"Jangan call waktu Saya ada kelas nanti lecturer Saya pancung kepala Saya." ujar Nadeen tanpa teragak-agak.

"Kalau dia pancung kepala kau, Aku lah orang pertama datang ke tempat kejadian." Senyum. Nadeen terpanah dengan senyuman Naim. Setelah beberapa kali melihat Naim senyum akhirnya dia tewas pada kalini.

"Kita mulakan salam balik. Aku, Naim Fawaz. Panggil Naim." Jabatan tangan? Maaf tiada pada ketika itu kerana Naim masih tahu batas dia dan kini dia dan Nadeen merupakan kawan. Kawan atau lebih?

"Nadeen Fatin. Panggil sahaja Fatin." Naim menggeleng.

"Aku nak panggil kau, Nadeen."

"Panggil sahajalah Fatin. Kan pendek tu."

"Mulut Aku ke mulut kau, Nadeen? Mulut Aku, right? So you shut up."