BAB 1
Aaaa! Aku menjerit tatkala melihat ibu yang terbaring akibat dipukul oleh ayah. Apabila melihat ayah keluar dari rumah aku segera meluru ke arah ibu yang terbaring mengerang sakit, melihat keadaan ibu yang teruk aku segera memapahnya pergi ke bilik.
'Amna, tolong amikkan ibu air boleh?" tanya ibu.
Mendengarkan permintaan daripada ibu, aku segara ke dapur untuk mendapatkan air minum, sesudah itu aku segera memberikan air tadi kepada ibu.Melihat keadaan ibu yang sukar untuk meminum air itu membuatkan aku sedih dan menyimpan dendam terhadap ayahku.
Menjelang waktu petang ibu terlihat sudah tidur dengan lena di dalam bilik dan aku memutuskan untuk keluar menenangkan diri.
Tak sampai tiga langkah aku keluar dari rumah aku terlihat beberapa orang lelaki sedang memerhatikan rumah kami.
Aku dengan segera masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu lalu berlari ke dalam bilik ibu untuk bersembunyi. Selang beberapa minit aku mendengar ketukan pintu yang sangat kuat. Badan aku terus menggigil dan hanya mampu berdoa kepada tuhan supaya menyelamatkan aku.
"Alhamdulillah." ucapku syukur kerana lelaki lelaki tersebut telah memutuskan untuk pergi.
Aku juga sempat berfikir siapakah yang datang tadi... "Adakah lelaki lelaki tadi datang untuk menagih hutang ayah?" bisik hati kecilku.
Pada malamnya, aku terlihat ayah pulang dengan reaksi muka yang sangat menakutkan. Sepertinya ayah hendak memukul ibu dengan itu aku segera belari untuk menahannya namun apakan daya kudrat ku tidak sekuat ayah aku hanya mampu menangis melihat tubuh ibuku dipukul, ditarik dan disepak oleh ayah.
Sesudah memperlakukan ibu seperti haiwan, ayah segera membuka almari untuk mengambil wang dan barang kemas ibu. Dengan kudrat yang tersisa ibu cuba untuk menahan ayah dengan menarik kaki ayah dan berkata "Abang tolong abang.. Jangan ambil wang dan barang kemas tu.. Tu saja harta yang saya ada untuk bayar yuran belajar Amna.." rintih ibu. Namun ayah tidak mengendahkannya, lalu segera mengambil wang dan barang kemas itu untuk dijadikan barang taruhan judi. Ibu masih cuba untuk menghalang namun ayah telah menarik ibu rapat ke dinding lalu memukul kepala ibu di dinding rumah menyebabkan ibu tidak sedarkan diri. Aku segera berlari kearah ibu untuk menyelamatkannya namun aku juga menerima nasib yang sama seperti ibu. Akibat daripada hentakan yang kuat, menyebabkan aku lemah longlai. Apa yang aku dengarkan sebelum pandangan mata ku gelap hanyalah suara jiran-jiranku yang datang untuk menghalang ayah.
"Eh aku kat mana nie?"desis hati Amna. Dia pun segera bangun untuk melihat sekeliling. "Oh aku kat hospital rupanya tapi kenapa apa yang dah berlaku semalam dan mana ibu?desis hati Amna lagi. Amna ingin berjumpa dengan ibunya di pun bergegas untuk bangun tetapi perbuatannya terhenti apabila mendengar suara garau yang menegurnya."Cik amna nak kemana tu?" soal suara tersebut. Aku pun mengangkat kepala untuk melihat siapa yang menegurnya. Terkesima aku dibuatnya melihat gerangan lelaki yang menegurku tadi.....
"Hensemnya mamat ni"kata Amna perlahan.
Jejaka yang mendengarnya tersengih dan bertanya kepada aku semula "apa awak cakap tadi?"
Tersentap aku bila dia cakap macam tu aku pun dah mula tak senang duduk."Err..takde apa lah tak penting pun" jawabku gelabah. Dia pun tersenyum "Oh ingat ada orang puji saya hensem tadi" perli jejaka tersebut.
Tiba tiba aku teringatkan ibu dan segera menanyakan tetang ibu." Alhamdulilah ibu selamat" kataku apabila jejaka tersebut berkata yang ibu dan apa apa cuma cedera ringan sahaja.
Jejaka itu pun meminta diri. Aku baru teringat hendak menenyakan namanya segera memanggilnya kembali
"Doktor! boleh saya tahu apa nama awak?"
Ha mesti nak tahukan siapa doktor nie stay tuned tau korang. Insyaallah Mairah akan update minggu depan hari rabu.