"Aku dekat mana ni?" hatiku tertanya tanya.
"Kau dah bangun rupanya. Nah! Amik ni makan cepat aku nak keluar sebelum aku balik aku nak tengok kau habiskan makanan ni kalau tak...."Aku melihat dia mengacukan sebuah pistol ke arah ku sambil senyum sumbing lalu dia berlalu pergi.
Aku menjadi gementar lalu terus mencapai makanan lalu makan.
"Ya Allah Amna kau pergi mana ni? Kenapa kau tak balik lagi? Kau tak tahu ke mak kau risau ni?" desis hati Aiman risau.
"Encik Aiman Ar-Arrayan ke?"soal seseorang.
"Ya saya. Kenapa ya?"
"Saya Harith boleh saya tahu maklumat encik?" soal Harith. Aku hanya mengangguk.
"Kau tahu kenapa aku culik kau?" tanya lelaki itu. Aku hanya menggeleng ketakutan.
"Aku culik kau sebab bapak engkau yang berhutang dekat aku! Dan selagi hutang aku tak dibayar selagi tu aku takkan lepaskan kau and by the way hutang bapak kau ada sisa RM 60 000 lagi yang dia tak bayar" ujar lelaki itu lagi.
"Tapi kenapa kau culik aku? masalah kau dengan ayah aku tapi asal kau libatkan aku? aku tak ada salah pun dengan kau yang salah tu ayah aku." ujar ku berani geram juga aku dengan lelaki itu ayahku yang berhutang kenapa nak libatkan aku pula hish macam macam. Tanpa menjawab soalanku penjahat itu berlalu pergi.
Petang sudah pun berlalu dan kini malam menjelma rasa sejuk diriku hingga ke tulang rusuk gamaknya.
"Ya tuhan tolonglah hamba mu ini selamatkanlah hamba ini." doaku dalam hati lama kelamaan aku terlelap mungkin kerana badanku yang letih membuatkan aku tidur seawal ini.
Aiman POV
Paginya aku pergi ke tempat walau badanku rasa tidak bermaya kerana semalam aku susah untuk tidur memikirkan Amna.
"Wey Man asal kau nampak semacam je?" tanya Fawwaz merangkap kawan baik ku.
"Tak ada apa apalah bro aku tak cukup tidur je semalam." jawabku malas.
"Kau tak payah tipu aku lah bro aku tahu sangat yang kau ni ada masalah. Cuba cerita sikit dekat aku mungkin aku boleh tolong." kata Fawwaz lagi.
"Sebenarnya Amna hilang semalam sampai harini tak balik balik lagi risau aku dibuatnya tambahan lagi mak dia ada cakap yang bapak Amna ni suka berhutang sana sini dengan Ah long lagilah aku risau takut takut Amna kena culik dengan Ah long tu." jawabku.
"Amna? Budak yang masuk hospital hari tu ke Man?" tanya Fawaaz aku hanya mengangguk sambil menengeluh kecil.
Aku terjaga dari tidur ku ketika merasa ada seseorang penyepak kaki ku.
"Ya Allah sakitnya kaki aku" perit terasa dek terkena sepakan yang kuat itu.
"Ha bangun pun engkau menyusahkan aku je kau ni, samalah macam bapak engkau"
"Aku dah cakapkan aku takda kaitan dengan hutang bapak aku kenapa engkau nak culik aku ha?!" tanyaku lantang.
"Baik kau diam betina!" tengkingnya.
"Aku takkan diam selagi kau tak lepaskan aku." jawabku berani.
Bang! satu tembakan terkena kakiku.
Aku mengerang kesakitan.