Bab 2
"Nama saya Aiman, awak pula?" tanya Aiman.
Aku mengangguk "Nama saya Amna". "Cantik nama" bisik Aiman perlahan. Setelah itu Aiman berlalu pergi.
POV Ayah
"Jangan kacau aku, semua hutang aku pada kau aku dah bayar..... kau nak apa lagi? soal ayah Amna dalam keadaan yang bercampur baur.
"Kau ingat dengan semua hutang yang kau dah bayar kat aku tu cukup ke? Kau tak ingat berapa banyak kali kau hutang dengan aku yang tu nak kira macam mana pulak?"soal Ahlong lantas memukul ayah hingga terjelopok ke lantai... selepas mereka puas memukul ayah mereka pun berlalu pergi.
POV Amna
Amna dan ibunya sudah pun sembuh dan keluar dari hospital untuk pulang ke rumah. Sesampai di rumah aku melihat pintu dikunci. Aku tidak tahu lagi hendak pergi ke mana lagi. Mahu tak mahu aku terpaksalah menumpang rumah jiran aku yang bernama Mak cik Imah.
Pada hari pertama aku bermalam di rumah Mak cik Imah aku mendengar alunan ayat al quran yang sangat merdu.... Tenang hatiku apabila mendengarkan ayat ayat suci tersebut. Tetapi malangnya aku tidak tahu bagaimana nak membaca Al Quran. Aku mencari arah suara yang membaca Al Quran tersebut, tergamam aku dek kerana melihat gerangan yang membaca Al Quran tersebut adalah Aiman doktor yang merawatku semalam.
POV Aiman
" Kenapa aku rasa macam ada orang perhatikan aku je ni" jetus hati Aiman lalu dia perpusing kebelakang untuk melihat siapa yang memerhatikannya.
Terkejut aku dibuatnya melihat wanita yang pernah menjadi pesakitnya semalam ada dirumah ibunya. Aku melihat Amna hendak pergi bergegas aku bangun dan mengejarnya"Awak buat apa dekat sini?" soalku. Amna yang seperti cacing kepanasan itu diam dan menundukkan kepala. Tiba tiba mak datang "Aiman sebenarnya Amna ni jiran kat hujung sana dia paling rapat dengan mak.. Tadi dia baru balik dari hospital masa sampai rumah dia tengok pintu rumah dia berkunci jadi dia tinggal dekat sini buat sementara waktu, Aiman tak kisahkan?soal Mak cik timah merangkap ibu Aiman.
Aku pun mengangguk kecil.
Pada malam hari, terlihat Amna sedang termenung di luar rumah. Aku memutuskan untuk menegur Amna"Assalamualaikum Amna termenung fikirkan apa tu?" soalku.
Amna memandangku dan tersenyum kecil " tak ada apa apa cuma tengah kenangkan nasib yang terjadi dekat keluarga Amna je" jawab Amna.
Aku berkerut seribu mendengar jawapan yang diberikan oleh Amna tadi tetapi tidak pula aku bertanya... Tiba tiba suasana menjadi sunyi hanya deruan angin malam yang terdengar.
"Sedap awak baca Quran tadi saya nak baca juga tapi saya tak pandai"
Celah Amna.
Aku memandang Amna yang sedang membetulkan rambutnya dek kerana angin malam itu.
"Kenapa? Awak nak belajar? Kalau awak nak saya boleh ajarkan" soalku.
Amna hanya tersenyum kecil.
POV Amna
Belum sempat aku hendak menjawab soalan yang ditanya oleh Aiman waktu itu tiba tiba mak cik Imah datang dan menjelaskan... bersyukur aku kerana Aiman tidak kisah aku tinggal di sini sementara waktu. Aku segera masuk ke bilik yang disediakan mak cik Imah untuk melihat ibu. Terlihat ibu sudah terlena.
Pada malam hari aku memutuskan untuk mengambil angin di luar rumah. Sedikit sebanyak hatiku sayu memikirkan keadaan keluargaku yang susah ini, ayah pula asyik berhutang sana sini aku dengan ibu yang terkena tempiasnya. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sedihya aku melihat ibu dipukul sebegitu kejam.
Lamunanku terhenti apabila ada seseorang menegurku dari belakang. "Oh Aiman rupanya ingatkan siapa tadi" bisik hatiku. aku memandangnya dan hanya tersenyum.
Suasana menjadi sunyi seketika, jadi aku memulakan perbicaraan. "Sedap awak baca Quran tadi saya nak baca tapi saya tak pandai"
Aku melihat aiman berkerut seribu lalu dia menawarkan dirinya untuk mengajarku. Belum sempat hendak menjawab Mak cik Imah memanggil kami untuk masuk ke dalam rumah kerana sudah lewat.
Keesokan harinya, Mak cik Imah mengejutkan aku untuk menunaikan solat subuh. Terasa malu dengan Mak cik imah untuk memberitahu yang aku tidak pandai untuk solat seperti orang lain lalu aku mengiyakan sahaja.
Sebelum kami semua hendak menunaikan solat aku dengan malu memberitahu Mak cik Imah yang aku tidak pernah solat dan tidak tahu bagaimana cara untuk solat. "Tak apa Amna, Amna tengok je apa yang Aiman buatkan depan lepastu Amna ikut, boleh?"kata Mak cik Imah.
Aku pun mengangguk dan tersenyum lalu Mak cik imah segera menarikku ke ruang solat untuk segera menunaikan solat.
Selepas solat bersama Mak cik Imah dan Aiman aku pergi ke dapur untuk menolong Mak cik Imah membuat sarapan yelah anak dara takkan nak duduk dalam je hehe. Setelah siap menghidang aku pergi memanggil ibu dan anak Mal cik Imah. Kami semua pun menjamu selera. Tiba tiba Aiman memulakan perbicaraan "Kepala mak cik dah ok tak? ada pening pening lagi tak ?" soal Aiman.
ibu menggelengkan kepala dan tersenyum kearah Aiman. "Terima kasih rawat makcik"kata ibu.
Setelah makan, aku melihat Aiman sedang berehat di atas kerusi sambil melihat television.
"Tak kerja ke dia harini" jetus hatiku.
Dengan perasaan ingin tahu aku segera menegurnya "Hai! awak tak kerja ke hari ni?"
Dia berpaling ke arahku "Tak hari ini saya ambil cuti".
"Kenapa awak ambil cuti?" tanyaku. Aku bukan apa cuma pelik mamat ni nak ambil cuti secara tiba tiba.
"Tak ada apa apa cuma nak relax je dekat rumah, kenapa?soalnya semula.
"Err.... Tak ada apa apalah saja tanya sebab pelik doktor boleh ke ambik cuti hanya dengan sebab nak relax?"jawabku.
Dia hanya tersenyum memandangku yang terpinga pinga.
Pada petang hari, aku mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar.
Semasa bersiar aku merasa aku ada orang mengikutiku dari belakang deras aku berpaling. Terkejut aku rupanya yang mengikutiku adalah Aiman. Aku melihat Aiman dengan pandangan yang tajam tapi boleh pula dia tersengih.
"Saya buat awak terkejut ke?" soal Aiman. Aku menjelingnya "Yela buat terkejut orang je.. Ha awak ni kenapa ikut saya?".
"Err.. Saje" jawabnya.
"Yeke? Macam tak boleh dipercayai je awak ni."tanyaku. Aku tahu dia sedang berbohong.
"Kenapa tak percaya pula saya memang saja je ikut awak? Kenapa awak tak suka ke? Kalau tak suka saya balik lah. Bye!"
"Eh mamat nie merajuk ke tiba tiba je buang tebiat ke apa?" jetus hatiku lalu mengejarnya.
Aiman memasuki rumah dengan wajah yang berpura pura cemberut dia hendak melihat bagaimana reaksi Amna terhadap dirinya yang merajuklah katakan hihi.
"Aiman tak habis lagi ke merajuk? saya tanya ajekan takkan la sampai nak terasa hati?" tanya Amna
Aku selamba membiarkan Amna dan masuk ke bilikku. Aku bukan apa cuma saja nak bergurau hehe.
Setelah masuk ke bilik aku memutuskan untuk mandi dan menunaikan solat zohor. Habis solat aku keluar dari bilik dan mencari kelibat Amna.
"Kamu cari siapa tu Aiman?" soal mak tiba tiba.
"Opocot! Haih mak ni terkejut Aiman." balsku.
"Kamu belum jawab lagi soalan mak kamu cari siapa?"
Aku menggaru kepala "Errr... Aiman.... Aiman cari Amna. Mak tahu ke Amna pergi mana?" tanyaku kepada mak.
"Oooo. Tadi mak suruh Amna pergi beli kelapa, mak nak buat kuih" jawab mak.
POV Amna
Sewaktu hendak pulang aku harus melalui rumahku. Aku berasa pelik kerana melihat pintu rumahku yang berkunci terbuka. Aku segera masuk ke rumah untuk melihat takut ada apa apa yang berlaku tiba tiba ada orang memukul kepalaku dari belakang membuatkanku menjadi pening dan ya aku pengsan.
"Mak dah nak gelap dah ni Amna mana? tak balik lagi ke?" soalku risau.
Mak menggelengkan kepala.
Manakala ibu Amna duduk jelas terlihat wajah kerisauannya.
Aku memutuskan untuk menunggu lagi beberapa minit takut Amna pergi singgah ke kedai lain. Tapi sangkaanku salah
waktu maghrib sudah pun habis tetapi Amna tidak pulang lagi jadi aku memutuskan untuk membuat laporan polis.