Chereads / SO I MARRIED THE ANTI FAN ? / Chapter 2 - Misi Pembalasan Dendam Bermula

Chapter 2 - Misi Pembalasan Dendam Bermula

ISTANA PLATINUM MILIK LUHAN.

Di balkoni, LuHan sedang minum petang bersama dengan Jae Wook selepas mereka balik dari dewan Enyphen.

"Saya minta maaf tentang hal yang berlaku tadi di dewan Enyphen dan pada hari esok jadual awak kosong. Awak mahu pergi ke mana-mana? Saya boleh aturkan." Tanya Jae Wook. Dia sedikit kesal tentang insiden tadi.

"Sudah, tolong jangan buat saya ingatkan ia lagi." Tegas LuHan dengan pendirian sebagai seorang yang egois padahal malu dirinya tempat untuk orang membuang kotoran.

"Okay." Ringkas sahaja Jae Wook menjawab.

"Tapi, Gadis itu membuatkan saya tidak jadi marah kepadanya."

"Maksud kamu?" Soal Jae Wook kehairanan.

"Dia berikan saya hadiah berupa Lolipop, Saya sukakan ia...Maksud saya, sukakan Lolipop itu." LuHan menerangkan agar Jae Wook tidak tersalah maksud.

"Macam itu.Tapi kamu tidak mahu pergi ke mana-mana esok?" Jae Wook menyoal LuHan sekali lagi takut LuHan menyesal kemudian hari kerana jadualnya esok kosong.

"Nanti saya fikirkan tempat yang saya mahu pergi..."~

PANGSAPURI YOO EUN HA.

KRING!KRING!KRING!

Yoo Eun Ha terus terjaga dari tidur. Telefonnya berdering kuat. Eun Ha segera menjawab dengan separa sedar. "Hello? Saya di sini staff Syarikat Kelab Hiburan Indigo. Ada apa yang perlu saya bantu?".

"Hahaha! Ya!, Saya perlukan bantuan awak, tolong buat teman wanita saya sedar sekarang!" Rowoon teman lelaki Yoo Eun Ha cuba mengusik Eun Ha.

"Apa?!"

Yoo Eun Ha cepat-cepat menampar mukanya dan Eun Ha terus melihay jam. Pukul 6 petang!

"Aduh! Saya fikirkan mimpi."

"Mimpi apa sampai begitu sekali, Sudah bangun!" Arah Rowoon dengan bergurau.

"Saya sudah pun bangun, Kenapa kamu telefon saya?" Tanya Eun Ha. Hairan Rowoon tiba-tiba menelefon Eun Ha.

"Salahkah kalau telefon teman wanita saya yang kuat tidurni?" Soal Rowoon dengan nada mengusik.

"Rowoon, Boleh serius tak?" Eun Ha malas mahu bergurau.

"Okaylah, Esok hujung minggu. Jadi saya fikir mahu bawa awak pergi ke gym. Boleh?...Tak maksud saya awak tak sibukkah?" Kali ini Rowoon menjadi serius kerana mahu bersungguh-sungguh mengajak Eun Ha keluar. Sejak kebelakangan ini, mereka jarang berjumpa kerana mereka berdua amat sibuk dengan kerja. Ditambah pula Rowoon adalah pewaris syarikat baharu selepas ayahnya bersara banyak urusan yang dia harus lakukan.

"Tak...Saya tak sibuk esok..." Jawab Eun Ha ringkas.

"Okay! Saya ambil esok awak di pangsapuri Hongdae!" Rowoon gembira dan teruja yang Eun Ha mahu keluar dengannya.

Eun Ha tersenyum sendiri dengan karenah Rowoon tidak ubah seperti kanak-kanak.

"Kalau tiada apa-apa lagi, Saya akan letak panggilan."

"Okay selamat tinggal sayang!"

TUT.

Panggilan telefon telah pun tamat. Yoo Eun Ha bingkas bangun dari katilnya dan meregangkan tubuhnya. Sambil menguap, Eun Ha keluar dari dan menuju ke ruang tamu dan melihat Eun Mi yang sedang makan keropok dan ibunya Ae Sam sedang duduk menonton drama tv.

"Kakak!, mari tonton drama ini, watak utama drama ini ialah artis kesayangan saya LuHan!" Eum Mi mengajak Eun Ha menonton drama.

Eun Ha mencebikkan bibirnya.

"Malaslah..." Eun Ha sudah benci dan muak dengan artis yang angkuh itu. Mengapa dia harus menonton drama LuHan yang sudah menghalau dia dan menghina dia! Sungguh tidak berbaloi.

"Eun Ha, Kamu sudah bangun? Makanan kamu ada atas meja. Masih panas lagi pergilah makan" Ibu Eun Ha Ae Sam menyapa Eun Ha dengan lembut.

"Saya mahu mandi terlebih dahulu ibu, Baru saya makan. Badan saya sudah melekit-lekit dan berbau" Kata Eun Ha.

"Uwelk. Kakak buat saya mahu termuntah!"

Eun Mi melempar bantal ke arah Eun Ha yang sengaja mengusiknya.

"Hahaha! Padan muka." Eun Ha menjelirkan lidahnya sambil mengejek.

"Kamu berdua ini. Tidak tahu malu. Perangai kamu berdua macam kanak-kanak. Sudah! Eun Ha pergi mandi." Tegur Ae Sam. Eun Mi menundukkan wajahnya sambil mencebik bibir. Eun Ha cuma ketawa perlahan rasa seronok apabila mengusik Eun Ha dan dia berlalu pergi ke bilik mandi.

Eun Ha menanggalkan pakaiannya dan masuk ke tab mandi yang suam. Dia melepaskan keluhan yang berat segala masalah yang berlaku harus di lepaskan sahaja. Dia harus berehat seketika di dalm tab mandi itu sambi dia menggosok-gosok tubuhnya menggunakan sabun yang wangi. Akan tetapi, dia teringat kembali yang dia muntah di baju artis terkenal dan dihalau. Sungguh memalukan tetapi perkara itu susah oun terjadi. Eun Ha nekad mahu melupakan kejadian pada tengah hari tadi.~

Keesokan harinya, Rowoon mengambil Eun Ha di rumahnya pada awal pagi.

Rowoon dan Eun Ha menaiki kereta Bentley hitam milik Rowoon. Rowoon adalah dari keluarga yang kaya-raya dan dia tidak lama lagi dia akan menjadi bos besar di syarikat ayahnya kerana Rowoon adalah satu-satunya waris ayahnya.

"Sudah lama kita berdua tak berjalan keluar bersama-sama." Rowoon memulakan bicara agar terlebih dahulu kerana situasi sangat kekok keranan mereka berdua sudah lama tidak bersua muka.

"Iya, Kita berdua sangat sibuk sampai tiada masa mahu berjumpa." Jawab Eun Ha sambil menjeling ke arah Rowoon, dia memerli Rowoon yang asyik sibuk dengan kerja.

"Pandai kamu mengata saya, Sampai hati kamu!" Rowoon memuncungkan bibinya berpura-pura merajuk dengan Eun Ha.

"Memang sampai hati pun. HaHaHa!" Eun Ha ketawa terbahak-bahak puas kenakan teman lelakinya.

Rowoon hanya memuncungkan bibirnya.

"Rowoon, saya bukanlah serius sangat. Awak janganlah terasa pula." Pujuk Eun Ha sambil memegang erat tangan Rowoon. Rasa bersalah dengan sindirannya tadi. Rowoon tersenyum licik tetapi Eun Ha tidak menyedarinya

"Awak fikir saya serius sangat kah tadi? HaHaHa!".

kata Rowoon sambil mengejek.

"Rowoon awak nakal!" . Eun berang dan mencubit tangan dengan kuat.

"Aduh! Sakitlah tapi peganglah lagi sekali..." Usik Rowoon dengan nada menggoda.

"Tak nak!" Eun Ha menjelirkan lidahnya.

Sampai di Pusat Gym Pavel's.

Rowoon memarking kereta Bentley dan mematikan enjin kereta lalu turun dari kereta.

"Kenapa awak bersungguh-sungguh sangat mahu bawa saya pergi ke pusat gym?" Tanya Eun Ha. Bukankah Eun Ha terlalu dungu untuk menanyakan soalan ini.

"Tidak lama lagi, Syarikat Pavel's akan mengadakan sukan syarikat, jadi saya mahu kita berdua menangi trofi itu bersama-sama."

Syarikat Pavel's adalah nama syarikat dan pewaris baharunya ialah Rowoon. Rowoon bersungguh-sungguh mahu menangi trofi itu agar dia CEO baharu syarikat lebih menonjol dan disayangi ramai. Eun Ha hanya kambing hitamnya sahaja untuk menaikkan semangatnya.

"Kenapa, awak tak bincang dengan saya?!". Yoo Eun Ha tergamam mengapa harus dirinya juga terikut sekali?.

"Sudah. Mari masuk... Keputusan telah pun muktamad." Sambil Rowoon menrik tangan Eun Ha masuk ke pusat gym miliknya sendiri.~

"111...112...113...115...116...Arh!" LuHan berteriak sehingga peluhnya menitik setelah mengangkat berat dengan rekod hingga 116.

"Tahniah! Ini rekod baharu awak!" Jae Wook mengucapkan tahniah terhadap LuHan dengan pencapaian rekod tertingginya setakat ini.

Luhan bingkas bangun lalu duduk di bangku berdekatan sambil meneguk air tetapi matanya dipincingkan ke arah seseorang yang dia sangat kenali.

"Minta maaf, Saya ada urusan mustahak... Saya patut pergi dahulu...Nanti saya datang jemput awak." Jae Wook terpaksa meninggalkan LuHan kerana ada urusan yang penting.

"Okay..."

Jae Wook berlalu pergi.

Selepas 5 minit dia berehat di bangku itu. Dia ternampak kelibat seseorang yang dia amat kenali.

"Rowoon?..." LuHan mengangkat keningnya sedikit, hairan seharusnya CEO Syarikat Pavel's akan sibuk dengan urusan kerja tetapi dia masih boleh melepak seperti biasa dengan wanita. Tetapi wanita itu macam pernah di nampak.

Rowoon tersenyum ke arah LuHan dan berjalan menuju ke tempat LuHan. Tetapi, lain pula Eun Ha yang terkejut dan cemas. Dia amat takut jika LuHan mengenalinya yang dia muntah di bajunya

'Habislah! Apa yang dia buat di sini?! Apa di korea ni hanya mempunyai satu gym sajakah?! Eun Ha! Fikirkan idea cepat macam mana mahu larikan diri!' Eun Ha semakin cemas dan hanya berjalan mengikuti Rowoon dan memejamkan matanya sahaja.

"Wah! Artis popular datang ke pusat gym saya? Sungguh mengujakan!" Rowoon dan Luhan berpelukan sekejap dan bersalaman.

"Kamu tak banyak berubah." Bicara LuHan dengan santai tak seperti selalu yang sentiasa bersikap dingin dengan orang.

"Perkenalkan teman wanita..." Belum sempat Rowoon menghabiskan kata-katanya.

"Aduh! Kepala saya sakitlah...Saya mahu berehat di kereta. Tolong berikan kunci kereta awak Rowoon..." Adu Eun Ha sambil dia menutup mukanya di dada Rowoon dan memeluk leher Rowoon agar rupanya tidak di cam oleh LuHan. Sebenarnya itu adalah idea dungu Eun Ha yang dia dapat fikirkan dalam situasi begini.

LuHan dan Rowoon mengangkat kening. Pipi Rowoon mula kemerahan malu dengan perangai kebudak-budakan Eun Ha. Dia tahu yang Eun Ha hanya mencari alasan untuk lari dari latihan nanti tetapi dia tidak tahu yang Eun Ha mahu lari dari LuHan.

"Eun Ha! Jangan mahu berpura-pura sakit. Kalau awak lari siaplah awak nanti!" Rowoon berbisik di telinga Eun Ha dengan agak kuat dan mencubit lengan Eun Ha tanda memberi amaran.

"Hm, Saya masih dapat dengar ianya dengan baik ..." LuHan mencelah.

Suasana senyap seketika.

Eun Ha kecewa nampaknya lakonannya tidak berjaya. Tidak mengapa dia harus cuba pada lain hari.

"Aduh! Sakitlah! Awak cubit kuat sangat!..." Tiba-tiba Eun Ha mula mengadu yang lengannya mula sakit dicubit oleh Rowoon.

"Kalau macam itu, Awak kena ikut saya latihan!" Rowoon memberi amaran kepada Eun Ha.

Di mata LuHan, mereka berdua nampak seperti kanak-kanak yang sedang bermain. Sungguh tidak matang!

"Kalau macam itu, Saya mahu pergi ke tandas..Minta diri dulu!". Eun Ha pantas berlari meninggalkan Rowoon dan juga LuHan tanpa sempat Rowoon memperkenalkan teman wanitanya dengan LuHan.

"Minta maaf', dia memang begitu jika ternampak lelaki kacak. Apapun, teruskan berlatih untuk memantapkan lagi tubuh kamu!" Ujar Rowoon lalu beredar dari

"Tak mengapa, teruskan latihan kamu." LuHan menepuk bahu Rowoon dan berlalu dari situ.

Di dalam tandas wanita, Yoo Eun Ha ligat berfikir untuk mencari idea bagaimana mahu larikan diri dari terserempak dengan LuHan.

"Kenapa dia harus ada di sini, tiada tempat lainkah ? Aduh. Macam mana mahu lari ni takkan mahu keluar ikut tingkap pula! Nanti nama aku juga yang masuk berita!"

Yoo Eun Ha buntu kerana otaknya tidak memberikan kerjasama dengan baik pada situasi yang genting begitu. Semasa dia mahu membuka pintu dia masih berfikir sepuluh kali untuk keluar akhirnya dia membuat keputusan untuk menyorok wajahnya dengan pelitup muka dan memakai kaca mata hitam.

Seperti penjenayah yang melarikan diri dari penjara!

Dia berjalan keluar dari tandas wanita dengan berhati-hati agar tidak terlihat. Beberapa orang yang ternampak Eun Ha mula berbisik-bisik kerana curiga dengan penampilan Eun Ha dan mereka mula membuat spekulasi yang Eun Ha adalah artis popular yang membuat penyamaran agar peminatnya tidak menyerbunya.

"Tak sangka kita boleh berjumpa lagi..." LuHan memandang Eun Ha dengan tajam sambil tersenyum sinis membuatkan aura dingin terpancar dan nampak seperti syaitan kejam yang mahukan kemusnahan!

Yoo Eun Ha bergetar ketakutan dan mula merasa seram sejuk dengan aura kedinginan LuHan yang terpancar seperti dia dibekukan berdiri di tengah-tengah ais.

Eun Ha cuba mengumpul semula semangatnya yang telah luntur dan bercakap dengan tergagap-gagap. "Mmaaf ssaya tak kenal kamu langsung."

LuHan mengangkat keningnya dan berjalan menghampiri Eun Ha dan mendorong Eun Ha ke dinding dengan mata yang tajam dan menekan bahu Eun Ha dengan sangat kuat membuatkan Eun Ha mengerang kesakitan. "Tidak mengenali saya?" LuHan berdehem dengan kuat dan menyambung semula kata-katanya. "Tapi saya mengenali kamu... Seorang gadis dungu yang cukup berani muntah di baju saya selepas itu berani bercakap yang dia tak kenal saya?"

"Saya sudah minta maaf, apa lagi yang tak cukup!" Eun Ha telah mengumpul keberaniannya baginya walaupun dia manusia biasa dia harus melawan agar tidak di tindas.

"Jadi nampaknya kamu mengenali saya...Bagaimana rasanya jika teman lelaki kamu tahu yang gadisnya muntah di baju saya?" LuHan cuba mengugut Eun Ha dan menekan lagi bahu Eun Ha dengan kuat.

"Saya sudah cakap yang saya sudah minta maaf! Awak fikir saya sengaja untuk muntah di baju kamu untuk mencari publisiti murahan?! Ingat kamu seorang saja yang kacak? Kamu hanya artis yang penuh dengan kisah gelap. Satu kali saja saya boleh hancurkan reputasi kamu. Dasar talam dua muka!" Keberanian Eun Ha juga nampaknya berbahaya kerana dia sempat memaki LuHan dengan kasar membuatkan LuHan berkerut.

Eun Ha menolak tangan LuHan dengan kasar dan pergi dari situ. LuHan masih lagi tersenyum sinis.

"Nampaknya gadis dungu itu amat berbahaya." Kata LuHan permainannya tidak boleh berhenti di situ sahaja kerana dia amat pantang bila dia digelar 'talam dua muka'.~