5:00 petang
Semasa perjalanan pulang Yoo Eun Ha banyak mendiamkan diri walaupun Rowoon cuba membuat lawak. Dia asyik memikirkan tentang si artis 'talam dua muka' itu. Mengapa dia harus takut kepadanya lagipun dia sudah meminta maaf dengan LuHan tetapi LuHan masih tidak berpuas hati dengan permohonan 'maaf' itu. Tanpa sedar, Rowoon telah memarkir kereta di tempat parking kereta berhadapan dengan blok pangsapurinya.
"Kenapa dengan awak?" Rowoon menyoal Eun Ha, dia perasan yang mood Eun Ha bertukar selepas dia mencubit lengan Eun Ha.
"Saya minta maaf kalau saya cubit awak kuat sangat. Saya cuma mahu awak temankan saya sahaja." Sambung Rowoon semula. Dia amat bersalah kerana mencubit lengan Eun Ha dengan kuat. Dia hanya mengikut perasaan sahaja.
"Kenapa awak mahu minta maaf pula? Cubitan awak pun tidak lah sakit mana cuma seperti cubitan bayi yang baru lahir sahaja." Selepas mengejek Rowoon, dia ketawa dengan kuat.
"Okay, selepas ini saya boleh cubit awak jika awak buat salah. Faham!" Rowoon berang dengan kenyataan Eun Ha yang cubitannya seperti cubitan bayi yang baru lahir.
"Awak ini sangat cepat marah, awak tahu tak jika awak cepat marah muka awak akan berkedut dengan cepat!" Yoo Eun Ha cuba menakut-nakutkan Rowoon.
"Diamlah! Sudah berambus dari kereta saya!" Rowoon menolak Eun Ha dengan kasar malas dia mahu bertikam lidah dengan Eun Ha kerana Eun Ha sememangnya pandai berkata-kata kejam.
Yoo Eun Ha hanya ketawa apabila dirinya dihalau oleh Rowoon. Semasa dia menutup pintu sempat dia menjelirkan lidahnya ke arah Rowoon di cermin kereta gelap itu, dia tahu yang Rowoon melihatnya dan dia ketawa selamba. Rowoon tersenyum sendiri dengan perangai Eun Ha yang tidak matang itu lalu keretanya meluncur laju di jalan raya dan berlalu pergi.
Yoo Eun Ha telah pun sampai di rumahnya dan membuka pintu menggunakan kunci. Dia tahu ibunya sentiasa mengunci pintu sebelum keluar ke rumah untuk bekerja sebagai pembantu rumah dan Yoo Eun Mi pula pasti di rumah sedang tidur pada waktu begini.
Pintu berjaya di buka. Yoo Eun Ha masuk ke dalam rumah dan mencari adiknya Yoo Eun Mi di dalam bilik tetapi tiada lalu dia memanggil Yoo Eun Mi.
"Eun Mi! Hey!, Eun Mi apa yang kamu buat seorang diri di situ mahu bunuh dirikah?!" Yoo Eun Ha terkejut kerana Yoo Eun Mi duduk seorang diri di beranda luar rumah mereka. Beranda di situ sebenarnya agak sempit dan hanya boleh dua orang sahaja boleh pergi ke situ.
"Kakak sudah gilakah? Kenapa pula saya mahu bunuh diri? Fikir logiklah sikit." Yoo Eun Mi terkejut dengan soalan yang kurang logik yang kakaknya fikirkan.
"Jadi, apa yang kamu buat di situ seorang diri? Cuba ambil perhatian?" Tegur Eun Ha.
"Kakak, mari duduk di sini dengan saya. Ada sesuatu yang saya mahu cakap sambil kita nikmati waktu senja bersama-sama." Ajak Yok Eun Mi. Sebenarnya Eun Mi mahu luahkan 'sesuatu' kepada ibunya tetapi ibunya agak sibuk dan tidak mahu mengganggu jadi dia patut luahkan dengan kakaknya.
Eun Ha hanya menurut sahaja dan duduk di beranda itu bersama-sama Eun Mi. Di beranda itu juga mempunyai dua bangku dan satu meja untuk duduk lepak. Eun Ha dan Eun Mi sering ke beranda bersama-sama dan bercerita.
Sambil Eun Ha duduk bangku itu dan menyoal Eun Mi kembali. "Apa yang mahu kamu luahkan? Cakaplah."
"Kakak sebenarnya esok lusa hari jadi saya yang ke-17 tahun jadi saya fikir mahu sambut di rumah sahaja bersama-sama ibu." Eun Mi membuat keputusan untuk menyambut hari jadinya yang ke-17 tahun di rumah kerana hari jadinya yang ke-16 tahun dia menyambutnya bersama-sama rakan baiknya di ibu kota. Dia berasa bersalah dengan kakaknya yang telah membelikan kek untuknya jadi keputusannya menyambut di rumah adalah pilihan yang tepat.
"Bagaimana kakak bileh terlupa hari jadi kamu?! Maafkan kakak sebab lupa" Eun Ha menepuk dahinya sendiri kerana terlupa tarikh hari jadi Eun Mi.
"Tak mengapa ianya esok lusa bukan hari ini." Yoo Eun Mi tersenyum sendiri dn tersipu-sipu malu tiba-tiba.
Yoo Eun Ha membuat muka pelik langsung tidak memahami reaksi Eun Mi dan akhirnya dia faham yang Eun Mi mempunyai satu permintaan. Yoo Eun Ha menjeling Eun Mi dan berkata. "Apa permintaan kamu?" sambil Eun Ha membuat muka malas.
"Saya ada dua permintaan. Permintaan pertama saya mahu kakak belikan kek hari jadi untuk saya dan" Belum sempat Eun Mi menyambung permintaan keduanya Eun Ha memintasnya.
"Terlalu mudah."
"Saya belum habis cakap lagilah!" Yoo Eun Mi berang percakapannya di pintas oleh Eun Ha.
"Baiklah teruskan." Eun Ha terpaksa akur.
"Dan permintaan yang kedua saya mahu artis kesayangan saya hadir ke hari jadi saya. HaHaHa!" Rupa-rupanya Eun Mi hanya membuat lawak tetapi Eun Ha menganggapnya serius dan berkata dengan nada serius. "Okay! Kakak boleh tunaikan kedua-dua permintaan kamu."
Terbeliak mata Eun Mi terkejut dengan kata-kata kakaknya. Mengapa kakaknya susah sangat mahu faham yang itu hanya lawak? Atau kakak sudah tidak waras?
"Saya hanya berlawak mengapa kakak serius pula? LuHan tidak akan tahu yang saya hari kadi kerana dia amat sibuk."
"Jangan risau, kakak akan pastikan yang dia akan datang semasa hari jadi kamu." Semasa Eun Mi beredar dari situ. Yoo Eun Ha menggosok-gosok tangannya dan ketawa terkekeh-kekeh. Dia mahu menunaikan permintaan yang kedua Eun Mi sambil dia membalas dendam dengan artis 'talam dua muka' itu. Rancangannya haruslah diatur dengan rapi dan terperinci. Dia nekad untuk membalas dendam dan dia harus melawan dalam apa cara sekalipun!
Yoo Eun Ha terasa bosan duduk di beranda itu seorang diri lalu pergi ke biliknya. Dia terus berbaring di tilamnya yang empuk semasa dia menutup mata dia teringat dengan seseorang yang boleh membantunya membalas dendam.
Dia cepat-cepat menghidupkan telefon bimbitnya dan pergi ke kenalan dan mencari nama seseorang yang dia mahu mesej tertera nama Tae Min di situ. Eun Ha terus memesej Tae Min.
[ Eun Ha Ssi ] : Sepupu, tolong bantu saya godam rumah seseorang dan gajinya lumayan juga! (Emoji Meminta Tolong)
[ Tae Min ] : Okay.
Mata Eun Ha bersinar-sinar membaca jawapan ringkas itu dan mula melompat-lompat dia atas katilnya. Mungkin jiran di bawah merasai gegaran itu.
Kini hari untuk membalas dendam telah tiba ditambah pula yang sepupunya Tae Min sangat handal menggodam. Dia yakin dan tersangatlah yakin sekali!~