Chereads / MEMORI ANGIN LALU / Chapter 1 - Memori

MEMORI ANGIN LALU

Farid_haziq
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 7.5k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Memori

"Cantik nya dia". Definisi cantik itu sangat sesuai dengan gadis ini. Wajah nya manis, mata nya penuh ketenangan. Nama nya Amira. Gadis Dari kenangan lama zaman persekolahan Aku.

Terlihat gambar seorang gadis Di tangan Afiq ,sahabat akrab Faris."Mana Kau jumpa dia ni." seloroh nya lagi. Faris tersenyum.

"Adalah, rahsia." balas Faris." Kau ni dengan kawan sendiri nak berahsia ka?" Dia masih cuba memancing jawapan. "Ala , kawan lama Dari sekolah aku la".

Jika ingin diingatkan perkenalan ini terjadi saat dibangku sekolah menengah.

Amira si gadis manis tapi senyap orangnya. Waktu itu, Di tingkatan 1 di sekolah menengah. Pertemuan ini terjadi kerana isi sebuah diari.

Faris yang meja nya di pintu masuk kelas, betul-betul di suis lampu manakala Amira meja nya di tengah- tengah. Masing- masing masih baru dan perasa bersendirian itu masih kuat dalam diri Faris dan Amira.

"Hah, Faris dah kenapa termenung pulak ? Kan Aku Tanya ni" bunyi nada ketidak puasan hati menyentap lamunan Faris. Faris tersenyum seolah memahami  nada kawannya itu.

Afiq bergitu berminat dengan Kisah cinta Faris. Mana kan tidak, berbagai wanita cuba memikat nya tapi satu satu ditolak Faris. Jadi bila gambar seorang gadis disimpan oleh Faris pasti gadis itu  dicintai oleh Faris. Lagi membuatkan Afiq tertanya- tanya tentang gadis misteri itu.

"Nanti la ,Ada masa Aku cerita lagipun Aku pun ingat tak ingat ". Faris cuba meredakan serangan dari kawanya itu. "Ok, nanti Kita lepak mamak kau cerita la,Hah Aku nak ambik darah pesakit dulu". Afiq berpuas hati lalu meneruskan kerjanya.

Faris merupakan seorang pembantu perubatan di sebuah klinik kesihatan. Faris cukup diminati kerana wajah tampan nya itu, selain itu budi bahasa nya dan lembut tutur bahasa nya. Tiap hari pasti ada gadis gadis kampung datang untuk menganggu nya.

"Abang Faris ,boleh tolong tengok kan tangan leha tak? Sakit la agaknya lembam ni". Leha pelanggan wajib Faris. "Hah ya leha, sakit tangan mana ni, lebam? Dah cuba letak ais ke?" Faris tersenyum. Dia paham benar dengan perangai leha ni. Semuanya dilakukan untuk mengambil hati si leha kerana leha baru budak belasan tahun." Erm , datang lagi leha! Tak sekolah ke kau ni asyik sakit ja kau? Baik Aku hantar kau hospital ja macam ni" Afiq dengan bedilan pedas nya.

"Ala abang Afiq ni cemburu ke? Biarlah leha tak sekolah pun , leha kan sakit ni!"leha bangun sambil menjeling Afiq. " Yala yala kau selalu sakit leha, kau muda lagi cuba la pergi mencari ilmu tu! Tak lama nak SPM kan Tu! Nanti bukan takat abang Faris, adli anak Pak Hassan belum tentu nak kau!" Susun ayat Afiq seolah mahu menasihati tapi diselit nada perlian.

Faris mencepatkan rawatan ke atas leha. Dia tidak mahu leha dan Afiq terus melawan kata disini." Ok leha sudah siap, abang dah letak ubat nanti leha balik makan ubat ya?". Leha bingkas bangun. " Terima kasih abang Faris, nanti leha ikut pesan abang." Ubat nya diambil lalu berusai ke pintu sempat dia membalas " untung ada kekasih macam abang Faris ni tak macam abang Afiq , semua benda nak marahnya!!! Herm". Afiq bingkas membalas " Hah , Aku doakan kau dapat orang macam Aku ni hah , baru mendapat kau!! Aish geram aku dengan budak ni!"

Faris ketawa kecil. Sungguh melihat kelibat leha membuatkan diri nya teringat Amira. Bagimana dia pernah merawat Amira. Kenangan dari senyuman Amira seusai rawatan itu dan atas alasan itulah dia memutuskan untuk menjadi pembantu perubatan. " Haih nostalgia nya" monolog Faris. Afiq menangkap kata kawannya itu. " Hah apa yang nostalgia nya Faris!" Faris tersenyum lalu bingkas ke pantri. " Aku lapar ni Aku makan dulu la, kau nak ikut tak?" Afiq bingkas bangun lalu mengikut Faris.