Afiq dan Faris dalam perjalanan ke sekolah untuk program kesihatan bersama murid sekolah. Sudah menjadi runtin pihak Faris dan Afiq untuk mendedahkan kepada pelajar cara penjagaan kesihatan yang betul.
"Cerah cuaca hari ni, seolah meraikan kehadiran Kita". Seloroh Faris sambil merenung ke luar tingkap van. Ungkapan Faris itu seperti nya berjaya menarik perhatian Afiq. " Erm kau dah kenapa, sejak bila kau kisah dengan cuaca ni?" Cik razali pemandu van menyelit selepas Afiq. " Ada sesuatu Yang baik nak berlaku ni".
Ungkapan cik razali membuat kan Faris berfikir. "Moga harini semuanya berjalan dengan lancar". Bisik Faris. segala persiapan selesai. Mereka bersedia untuk melayan pelajar pelajar untuk sesi sebentar nanti.
Kedengaran loceng sekolah dibunyikan. Semua pelajar berpusu-pusu untuk program kesihatan tersebut. Faris , Afiq dan pasukan mereka telah bersedia menyambut kedatangan pelajar berkenaan.
Hampir dua setengah jam berlalu, sesi program itu pun tamat dengan jayanya. Pelajar sekolah itu kelihatan nya begitu berpuas hati dengan aktiviti mereka hari ni. Faris Dan Afiq mula menyimpan Dan mengemas. Program itu siap awal kerana dek cuaca yang mula mendung. Seusai mengemas, mereka lalu ke kantin sekolah. Ramai pelajar Di Sana, kebanyakkan nya sedang rehat dan ada pulak yang bermain.
Faris dan Afiq membeli makanan mereka lalu ke hujung kantin yang mana terletak meja untuk dua orang." Seronok Aku tengok budak budak ni Faris ! Santai ja, main dan berseronok" Seloroh Afiq cuba memulakan bicara. Faris melihat Afiq sambil nasi goreng dijamah nya. Faris lapar kalau hendak dilayan nya Afiq tu pasti melarat, maka nya kebuluran la dia. " Erm, betul la tu" balas Faris ringkas lalu nasi goreng itu disuap kan nya lagi. Afiq sambung dengan cerita zaman sekolah nya dulu. Faris hanya mengiyakan sahaja.
" Faris , serius la itu ja kau jawab! Penat ni Aku cakap , kau ya ya ja dari tadi". Faris bingkas membalas untuk mengelakkan kemarahan sahabat nya itu. " Aku lapar la lagipun tak elok bercakap depan rezeki , mak kau pesan dekat aku suruh bagitahu kau!". Afiq tak dapat menyembunyikan gelak tawa nya lagi. Bergema seluruh kantin itu dengan gelak tawa nya. Faris kenal benar dengan sahabat nya itu. Afiq anak jati kelantan anak nelayan , orang nya manis dan petah berkata- kata.Mereka berkawan sejak di zaman pengajian lagi. Afiq lah menasihati dan membantu Faris saat dia dalam kesusahan. Afiq sahaja la sahabat Faris ketika ini. " Amboi kau, petik mak aku pulak! Bukan mak aku tapi kau yang pesan tu" balas Afiq lalu menyuapkan makanan nya.
Di sudut taman itu, kelihatan seorang budak sedang merenung ke arah pelajar yang lain. Kaki nya terkuis-kuis tanah , mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Gelagat pelajar itu disedari oleh Faris ." Afiq cuba tengok budak tu, teringat aku masa ngaji dulu". Afiq mengalih pandangan nya lalu meneruskan suapan nya. " Erm betul macam dengan kau, mulut kau pon terkumat kamit macam tu jugak! Aku ingat kau tengah santau budak-budak kita masa tu". Ketawa Faris lalu menumbuk lembut bahu Afiq. Bagi Faris ketika itu dia seorang yang pemalu dan tidak pandai berkawan. Biasa sahaja kalau melihat dia sentiasa berseorangan di sekolah. "Kau tunggu sini , Aku pergi lihat budak tu". Ujar Faris bingkas bangun dari kerusi nya.
Pandangan pelajar itu berubah dari satu pelajar ke satu pelajar. Tangan nya memengang perut nya. " Adik , ok ka ni? Abang tengok adik sorang sorang kat sini., Ada masalah ke, Nama siapa?" Faris tersenyum memandang pelajar itu. Pelajar itu seolah- olah malu , hendak dijawab nya pon terketar ketar suara nya. " Saya Iman abang, saya lapar, saya tidak Ada duit nak makan jadi saya lihat sahaja dari jauh". Nada sedih kedengaran dalam intonasi suara pelajar itu. Faris melihat pelajar itu . " Maaf adik abang nak tanya ni, pagi tadi adik makan apa? Mak ayah adik ada bagi duit tak? ". Faris rasa bersalah untuk menanyakan itu tapi dia perlu tahu keadaan sebenar . " Erm adik makan roti sahaja , mak ayah dah tak ada abang." Allah , luluh hati Faris mendengarkan luahan hati pelajar itu.
Rasa bersalah semakin menebal dalam diri Faris. " Maaf Iman ya, abang tak berniat nak sedihkan adik, Ni tak makan lagi kan? Jom abang belanja!". Faris cuba menukar topik perbualan yang lain. Iman hanya mengikut Faris ke kantin lalu mereka disapa oleh Afiq. " Duduk la adik hah, jangan risau abang ni duit banyak adik ambik ja apa adik nak! ". Afiq menjeling ke Faris sambil tersenyum. Mereka berbual kerana Iman menunggu seseorang untuk mengambil nya." Iman balik dengan siapa ? Ada orang amikkan ka?" Tanya Faris memandang kan Sudah tamat masa sekolah. " Iman balik dengan cikgu abang, dia kata tinggal dekat dengan rumah saya". Angguk Faris paham. Syukur masih ada orang mahu menolong pelajar seperti Iman.
" Hah tu dia dah sampai" bernada riang Iman .Faris berpaling melihat kelibat insan yang dikatakan Iman. Insan itu semakin dekat dengan mereka. Tersentak Faris melihat sehingga sudu yang dipegang nya terjatuh.
" Amira!!"