Hujung minggu , Faris dan Afiq seperti biasa kebanyakkan bujang yang lain. Tiba tengah hari, mereka mengunjungi kedai mamak. Ketika Faris menjamu selera, Afiq bertanya kepadanya. " Hah mana janji kau, Kata nak cerita pasal gadis tu?". Hampir tersedak Faris . "Ingat lagi kau ya, Aku ingat kau dah lupa". Faris senyum melihat kesungguhan Afiq.
" Kau nak tahu apa,cuba bagitahu aku?". Melihat lampu hijau sudah diberi Afiq pon mulakan bicara nya. " Hah Aku nak tahu siapa perempuan tu, apa kaitan dengan kau dengan semuanya la".
Faris tersenyum, hendak dirahsiakan tidak mampu lagi." Ok macam ni , Aku kenal Amira ni masa sekolah menengah" Faris pon mula berseloroh , satu persatu rahsia hati nya diceritakan.
Amira gadis manis anak jati Perlis. Wajah nya comel tinggi tubuhnya sedang cantik. Gadis ini menjadi dambaan jejaka di sekolah ketika itu. Senior senior sibuk untuk jadikan dia sebagai adik angkat. Ramai kawan Faris menaruh perasaan pada Amira.
Faris tidak terkecuali. Ketika Di kelas Faris Akan curi-curi melihat Amira. Amira mempunyai hobi untuk menulis diari.Semuanya bermula apabila diari nya dibaca oleh rakan Faris yang lain. Disitu tertulis ayat seperti menyatakan cinta. I love F_ _ _ _. Kemudian tertulis menyatakan kedudukan Faris di Dalam kelas.
Disebabkan itu, mula tersebar dikalangan kelas Faris dan Amira. Faris senang hati apabila perasaan nya dibalas. Tapi Amira ketika diaju kan berkenaan penyataan cinta itu, dia hanya diam membisu. Kadang Amira akan menangis seperti menafikan.
" Itulah cerita nya, itu ja tak Ada apa-apa pon yang menarik".Faris cuba menamatkan cerita nya. " Serius la, tak kan takat tu ja mana perkembangan nya?". Afiq tidak berpuas hati dengan apa yang didengarkan nya.
" Takkan senyap macam tu, last macam mana kau bagitau tak yang kau suka dia?". Afiq cuba mengorek." Tak pon, lagipun masa Tu dia dah dengan orang lain la. Hah Sudah lah Aku tak mahu ingat kenangan pahit ni" ujar Faris.
Faris termenung seketika. Perasaan yang cuba dilupakan nya dulu kembali tergimbau. " Aku dah tak percaya la dengan cinta ni, lama dah aku lupakan semua tu lagipun lama aku tak dengar khabar nya"
Afiq cuba menenangkan diri Faris. "Takpala Faris Aku paham, Bukan salah kau pon hah. Dah la jom wayang aku belanja kau! Amacam?".
Faris tersenyum. Sungguhnya dia cuba melupakan kenangan itu. Bagi Faris cinta hanya akan menghambat kerjaya nya sahaja. Dia mahu fokus kepada kerjaya nya dan kehidupan nya." Biarlah kenangan dulu menjadi pengajaran kepada Aku, hah jom la! memang Aku tunggu kau cakap macam tu tadi"