Seharian suntuk aku di sini. Menanti kedatangan pelanggan yang masih tak kunjung tiba. Aku yang mulai kebosanan hanya mampu merenung pintu kedai yang masih tertutup rapat. Sedangkan papan tanda buka kedai ini masih terpampang jelas di sana. Aku melihat jam yang ada di tepian dinding kaunter tempatku bekerja. Sekarang sudah menghampiri sembilan malam, waktuku untuk pulang.
Mahu saja aku menutup kedai, secara tiba-tiba; seorang perempuan muda menjengah ke kedai ini. Dia seperti ingin mencari sesuatu dan aku berikan kepadanya masa sehingga dia berjaya mencari apa yang ingin di beli. Seperti biasa, aku melayani semua pelanggan yang datang ke kedai ini, dengan ramah seperti yang di pinta oleh Tuan Manager.
"Semuanya RM25, cik..."
Dia memberikan kepada aku, 50 ringgit dan terus berlalu tanpa dapat aku menghalang dia pergi. Aku kehairanan hanya mampu menggelengkan kepala dan mengasingkan baki tersebut seandainya dia akan datang kembali.
---
Keesokan hari, aku bekerja sendirian sepertimana selalu. Setelah semua stok kedai di catit ke dalam buku rekod bulanan, perempuan muda semalam datang lagi dan aku segera mendatanginya.
"Maap cik, saya menganggu. Semalam cik ketinggalan baki cik. Saya harus pulangkan semula pada cik..."
Dia mendiamkan diri dari menjawab pertanyaanku, lalu tersenyum.
Aku yang mulai kehairanan tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menyambung kerjaku yang terhenti di tengah jalan. "Panggil saya Syahina. Annur Syahina..."
Segera aku kalihkan pandangan. Kerjaku terhenti dan Syahina kembali menyambung kata-katanya yang terputus. "Tentang baki semalam tu, jangan awak pikir-pikirkan... Saya tak menginginkannya..."
Kali ini aku jadi lebih hairan dari biasa. Atas dasar apa yang Syahina lakukan begitu kepada aku? Hanya Tuhan saja yang tahu.
"Saya sangat berbesar hati dengan kata-kata Cik Syahina; tapi ini kerja saya. Saya tidak boleh berlaku curang demi nama baik saya..."
Syahina terdiam. Entah bagaimana; tidak semena-mena, dia berketawa terbahak-bahak.
"Maap-maap; saya bukan hendak memerli awak. Tetapi hanya awak seorang yang jujur dan lurus dalam banyak-banyak toko yang pernah saya pergi..."
Adakah ini satu pujian atau senda gurauan? Aku cuba berfikir secara baik dengan ujaran yang telah aku terima. Entah kenapa, aku juga pun ikut berketawa hingga hampir menangis Syahina dalam gembira.
"Bodohla awak ni. Tak pernah saya ketawa teruk macam ni..."
Aku kembali dalam keadaan biasa apabila melihat perempuan muda itu mula mengesat airmata gembira yang berkelodak di mata. "Maap lupa perkenalan diri. Nama saya Nazri. Nazri Faruqi. Salam kenal..."
Syahina tersenyum kembali dan aku sangat bersenang hati. "Salam kenal jugak, Nazri..."
Usai perkenalan itu, Syahina membeli barang-barangnya dan aku melayaninya sehendak cara kerjaku. Dia berlalu pergi setelah selesai pembayaran. Tatkala itu aku merasa satu yang kurang aku ingatkan. Ya Allah; duit baki!!!
---
Kenapalah aku ni dungu sangat? Kalau aku tahu aku terlupa memberi baki; takkan aku tak dapat tidur hingga kini. Aduhai, apalah nasib. Macam mana aku nak jawab pada Tuan Manager nanti?
Aku cuba lelapkan mata dan akhirnya terlena tanpa aku sedar. Mungkin kerana keletihan terjaga sekian malam.
---
Nazri, nanti jangan lupa datang kerja; ya? Syahina rindu nak jumpa dengan Nazri...
Ada sesuatu yang nak Syahina beritahu Nazri. Syahina harap Nazri jangan lupa esok hari...
Syahina akan datang lagi ke toko Nazri...
---
Aku terus terjaga dari mimpi. Sesedar aku, Syahina mula terbayang di fikiranku. Perempuan muda dengan rambut putih panjang hingga ke bahu, bermata merah saga dan berbaju kasual sedang itu sangat cantik rupawan. Hingga aku tergigau mengingatkan. Di tambah dengan senyumannya yang menawan, oh Tuhan; hampir aku jadi tak keruan. Tanpa aku duga, bunyi penggera dari jam telefon pintar menyedarkan aku ke alam nyata. Ya Allah, dah pukul 9! Mati la aku, lambat bersiap nak ke kerja...
---
Aku tiba di kedai dengan kelewatan selama 25 minit dan itu membuat Tuan Manager tak senang duduk. 'Nazri, Nazri; kenapa kamu lewat harini? Selalunya kamu tak macam ni..." Aku hanya tundukkan mukaku ke lantai dan berkata dengan nada perlahan. "Maapkan saya, Tuan..."
Tuan Manager menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan. Lalu memberi satu arahan tegas kepadaku. "Ingat ni baik-baik. Ini amaran terakhir buat awak; Nazri. Jika awal lewat lagi; saya tak teragak-agak untuk memberhentikan awak dari kerja dengan serta-merta! Mengerti?!"
Aku yang tawar hati; hanya mengiya dengan anggukan lemah. "Baik, Tuan..."
Tak pernah sesekali aku di marahi Tuan Manager sebegini. Aku tahu, hanya aku yang dia harapkan setelah aku bekerja di kedai ini hampir 5 tahun walaupun sendiri. Aku rasa seperti aku tidak di hargai setelah aku berkorban untuk memberi yang terbaik kepada kedai ini.
Aku merasakan, inilah hari terakhir aku di sini. Cukup dengan apa yang telah aku beri. Tokopedia ini tidak ingin aku hadapkan lagi.
--
Sudah tiga minggu berlalu setelah aku meletak jawatan tanpa notis pemberitahuan. Aku kembali semula ke kampung halaman untuk menenangkan fikiran yang kekusutan setelah apa yang telah berlaku. Tiba-tiba, aku teringat semula kepada Syahina dan mimpi lama itu kembali teriyang-iyang di benak minda. Aduhai, ruginya aku; aku tak dapat bertemu dengan dia lagi lepas ni. Kenapa la kau bodoh sangat, Nazri? Baru sekarang kau nak menyesal???
Aku mula merembeskan airmata kecewa. Keseorangan di tepian bendang ini; aku melampiaskan perasaan sedihku yang tak terhingga. Andai dapat aku bertemu lagi dengan Syahina...
Nazri!!!
Aku tersedar dari lamunan. Sangat aku kenali suara itu... Entah-entah dia...
"Syahina?!"
Syahina segera datang ke arahku dan bertelut melutut di hadapanku. Dia bergenang dengan airmata tatkala aku cuba sembunyikan airmataku yang berlinangan. "Kenapa Nazri buat Syahina macam ni?! Tahu tak betapa rindu dan risaunya Syahina bila dapat tahu yang Nazri dah tak kerja di toko tu lagi..."
Aku yang serba-salah dan terasa sebal dengan kenyataan Syahina hanya mampu terdiam seribu bahasa. "Sebenarnya, Syahina sudah jatuh hati pada Nazri semenjak kita pertama kali berkenalan di toko itu! Syahina tak merasa kesal dapat kenal dengan Nazri kerana Syahina tahu; Nazri seorang yang baik..."
Aku terkedu dalam malu bila Syahina menyatakan luahan hatinya dengan penuh keikhlasan. Dia pasti mahu aku juga seperti dia. Menjujurkan diri dengan perasaan masing-masing.
"Jikalau begitu maksud Syahina, Nazri terima sepenuh hati. Terima kasih kerana ikhlas kepada Nazri..." Aku segera di peluk Syahina yang mulai gembira setelah cintanya di terima. Dari jauh, aku terlihat kelibat dua orang lelaki dewasa sedang mengapit seorang perempuan tua dalam kot hitam dan bertali leher reben merah kemas datang ke arah kami berdua.
"Oh, ini rupanya Encik Nazri yang Cik Muda ceritakan dulu?"
Ehhh, jap; jap, jap... C-Cik Muda? Jangan-jangan Syahina...
"Ya, Encik Nazri; saya pembantu peribadi Cik Syahina; waris tunggal kepada pemilik rangkaian Tokoasiana yang terkenal di serata negara..."
Aku bagai hampir pengsan dengan apa yang aku dengarkan. Padan Syahina tidak peduli dengan baki dari beliannya selama ini terhadap aku. Rupa-rupanya, dia sebenarnya... "Maap baru dapat beritahu Nazri tentang perkara ini... Andai kata Nazri masih kerja lagi di toko tu lagi, sudah pasti Syahina akan ceritakan segala-galanya pada Nazri..."
Aku kesatkan segera airmata Syahina lalu aku usap-usapkan umbun kepalanya. Kami berdua kembali senyum dan Syahina peluk aku dengan lebih kuat... "Terima kasih, Nazri... Dari Tokopedia itu, tersemainya cinta antara kita... Syahina takkan lupa sampai bila-bila!!!"
Aku mengukir senyuman manis semanis kurma dari Tunisia. Tak pernah aku merasa sebegini berharga di sepanjang hidupku.
Oh Tuhan, apa yang terjadi bagaikan satu takdir yang tak terduga bagi diri hambaMu yang kerdil ini. Kehilangan aku di cari dan aku di rindui oleh insan yang mencintai aku dengan sepenuh hati. Takkan aku mempersiakan Syahina setelah kami di pertemukan kembali. Moga perhubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat kami...
-Tamat-