Chereads / Koleksi & Kompilasi Mini Cerpen Cinta Ala² Anime Jepun / Chapter 4 - Cinta Phillia De Cafeteria

Chapter 4 - Cinta Phillia De Cafeteria

Namaku Phillia. Seorang pelajar sekolah menengah yang belajar sambil bekerja di tengah-tengah ibu kotaraya untuk menyara keluarga. Aku tiada pilihan lain selain bekerja kerana itu sahaja yang aku terdaya untuk membantu. Menyedihkan, bukan??? Itulah yang di namakan kehidupan. Memang kejam namun aku tempuh jua kerana aku juga ingin hidup bahagia sepertimana insan-insan lain yang ada di dunia yang sementara ini...

***

"Sila datang lagi, tuan..." Itulah ucapan yang menjadi rutin untuk aku ucapkan kepada setiap pelanggan lelaki yang ingin berangkat pulang. Harus bernada lembut dan penuh kesantunan sambil menunduk kepala tanda hormat dan menghargai kedatangan mereka ke kedai kami. Aku rasa selesa berkerja di sini, De Cafetaria walaupun selalu harus berpakaian ala pembantu rumah yang berasal dari Eropah pada setiap masa berkerja. Gaji pun lumayan. Memang tak menang melayan pelanggan yang datang.

"Hai, Phillia!!!"

"Wah, dia betul-betullah kerja kat sini!"

Macam aku kenal suara tu... Takkanlah...

"Ehhh... Aria, Naira... Awak berdua buat apa kat sini???" Aku yang masih lagi terperanjat cuba untuk bercakap dengan cermat.

"Maaflah, Phillia... Kami berdua cuma nak tau kau kerja kat mana... Tapi tak sangka yang kau ni comellah dengan pakaian tu... Hehehehehe!!!" Sindir Aria, nadanya memerli dan aku makin bertambah tak keruan dengan apa yang di katakan...

Rasa segan aku hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Ma-mana ada... Kau ni Aria... S-saja nak buat aku malu depan Naira..." Aku berusaha untuk mengalih perhatian Aria terhadap aku dengan berdolak-dalih dari terus di perkatakan oleh kawan aku itu.

"Biasalah, kafe macam ni memang selalu penuh dengan lelaki kan, Phillia???" Pertanyaan Naira itu aku kira satu penyelamat yang tak tersangka untuk aku terus di asak pelbagai lagi sindiran oleh Aria sebelum dia menyambung semula. "Tapi, kenapa ada perempuan kat belah hujung sana???" Tunding Naira ke situ menanya aku...

Aku tidak menunggu lama untuk menjawap pertanyaan kawanku itu. Aku tunding pula jari telunjukku ke arah pelayan lelaki yang sedang menghidangkan hidangan yang di pesan pelanggan perempuan di tempat yang sama seperti yang di tanya Naira sebelum itu. "Tu ha..." Aria dan Naira memandang serentak kepada lelaki yang aku maksudkan.

"Maafkan saya sebab lama menunggu... Ni pesanan cik berdua... Selamat menjamu selera..." Lelaki itu segera menghidangkan hidangan yang di pesan dengan muka yang tak lekang dari senyuman. Ternyata lelaki itu menarik perhatian Naira yang memandang tanpa berkedip sejak dari tadi.

"Wah!!! Siapa pula lelaki yang tampan dan berlagak saja tu???" Soalan Naira terjawab bila lelaki yang di maksudkan menghampirinya lalu melutut sambil memegang tangan. Dia mula kemalu-maluan bila lelaki itu memandang mukanya yang kian berceloren kemerah-merahan.

"Selamat datang ke kedai kami, Cik... Mari saya tunjukan tempat duduk Cik..." Naira bagaikan membatu kerana malu seolah-olah di pukau untuk seketika waktu dan itu sangat menjengkelkan aku.

"Darwan! Lepaskan tangan kawan aku!!!" Darwan tidak mempedulikan apa yang aku katakan dan itu membuat aku lagi berang terhadapnya.

"Oh, tak dengar cakap; ek??? Meh sini!!!" Aku dengan sepenuh hati menarik cuping telinga kiri Darwan. Dia yang agak terkejut dengan tindakanku itu menyoal kembali apa yang aku lakukan terhadap dia.

"K-kenapa ni, Phillia??? Aku sedang buat kerjalah!!!"

Aku menegaskan pendirianku walaupun aku malu-malu dalam marah. "Aku takkan pernah sesekali izinkan kau main-main dengan kawan aku; kau paham?!"

"Yalah, yalah... Baiklah; tuan puteri... Hamba menurut perintah..." Aku merasakan yang Darwan menyindir aku dan aku terkesan dengan sindirannya.

"Jangan cakap macam tu, boleh tak?!"

Tanpa aku sedari, Aria membisikan sesuatu kepada Naira yang masih dalam keadaan yang sama dari tadi tatkala aku dan Darwan saling berkelahi sesama sendiri.

"Baru aku tahu, kenapa dia sibuk sangat kerja kat sini... Hehehehehe!!!"

***

Pulang dari sekolah, aku bertemu semula dengan Aria dan Naira di pintu utama. Aria memandang aku dengan muka sinis lalu berkata. "Jangan lupa, kirim salam aku dan Naira kat pacar kau tu, na..."

Aku yang berkeras tentang perkara itu, menentang dengan apa yang di katakan oleh Aria tadi. Adeh, malas betul aku bila cakap pasal benda ni lagi. Entah badi apa yang aku kena dari Darwan tu sambil Aria suka sangat menyakat aku dan lelaki miang tu... Hurmmmmm, apalah pula lepas ni...

***

"Saya dah balik..." Aku selamat tiba ke rumah pada petang hari dan terkejut bila aku di sambut ibu yang melutut sambil menangis dengan memegang satu nota di tangannya. "K-kenapa ni, mak???"

"Kita dapat nota akhir untuk bayar sewa rumah ni, sayang..." Aku rampas nota tu dari tangannya dan lemparkan ke lantai. "Tak payah nak ingatkan saya! Kalau mak kerja betul-betul, pasti kita takkan berhutang sampai macam ni!!!"

Ibuku mula menangis teresak-esak dengan kenyataan dariku tatkala ayah pun balik dari kerja lebih awal dari apa yang aku sangkakan. "Ayah dah balik..."

"Ayah balik awal... Jangan cakap yang..."

"Ayah kena pecat lagi, sayang... Huhuhuhuhu..." Aku dah agak dah... Aduh, aduh; aduh!!! Tak tahan betul aku kalau macam ni! Setiap hari asyik nak bertekak ja di rumah... Haish, kalau lama-lama ni; bukan botak kepala, bahkan gila aku jadinya! "Herm, macam-macamlah mak ngan abah ni! Dah la malas, penyegan lak tu! Orang suruh cari duit, lain yang di buatnya! Lebih baik saya pergi kerja kalau macam ni!!! Hergh!"

"Phillia, maafkan kami; sayang..." Mereka berdua melutut berulang kali kepada aku yang mula bersiap untuk ke tempat kerja...

***

Di sebabkan orang tua aku tak pandai cari duit, aku terpaksa untuk berkerja sambil belajar kat De Cafetaria... Tapi aku tak peduli walapun aku terpaksa menyusun masa untuk itu selagi ia dapat menampung pembelanjaan bulanan.

"Selamat petang, Phillia..."

"Selamat petang..." Rakan sekerja pun semuanya baik hati... Pengurusan kedai pun tak abaikan kami... Cuma ada satu ja masalah yang aku ada... Dia...

Aku geram sungguh bila Darwan ambil perhatian budak-budak sekolah seusia dengan aku... Kenapa semua perempuan suka kat dia, ha?! Siap bermesra-mesra depan aku pula tu... Dia ni memang nak makan kepitan cuping telinga ni!!! Jap, jap; kena kau ngan aku!! Darwan!

Aku segera meluru ke arah dia tanpa mempedulikan budak-budak sekolah tu sedang bermesra-mesraan dengan dia, lalu aku cubit telinga kanan dia itu tanpa banyak bicara. "Oi, kerja; kerja!!!"

Darwan yang terkejut sepertimana budak-budak sekolah itu mula membalas dengan pantas. 

"Aduh, sakitlah; Phillia!"

"Tak habis-habis nak menggatal... Tak tau malu!!!"

"Aku tengah kerja la ni... Haish!"

"Ya la tu..." Aku tinggalkan Darwan sebaik dia menerima unjuran dari aku. Dia memang begitu. Menjengkelkan tapi aku tidak tahu kenapa dia sangat menjengkelkan aku. Argh, daripada melayan dia tu; lebih baik buat apa-apa yang patut untuk aku lakukan...

***

Aku yang kehabisan kerja mula berangan dengan diri sendiri. Entah apa yang aku sedang angankan, aku sendiri tak pasti. Soal hati, entahlah; aku sendiri tak mengerti. Aku tak tahu kenapa aku sangat benci pada Darwan. Entah-entah aku pun...

"Ala, ala; ala, cik adik... Mari la sini, temankan abang..."

"Encik, lepaskan tangan saya!" Angan-anganku terganggu bila Ymira bergelut mahu melepaskan diri dari terus di ganggu oleh seorang lelaki dewasa. Aku tidak cakap banyak... Aku meluru pantas ke arah lelaki itu dengan segelas air pelanggan yang masih lagi panas lalu kucurahkan ke kepalanya.

"Phillia!!!" Jerit Darwan namun takku pedulikan...

"Panas, panas; panas!!!" Lelaki itu meronta-ronta lantas segera bangun dari tempat duduknya mahu menyerang aku. "Kau akan terima balasannya!!!"

Belum sempat aku di tumbuk oleh pengacau gatal itu; Darwan menghalang dengan mengunci serangannya. "Tak baik lelaki pukul perempuan; encik..." Lelaki itu yang kelihatan tidak kepuasan dengan apa yang di lakukan terhadapnya memberi amaran.

"Nahas aku akan kerjakan kalian!!!" Dia terus berlalu pergi tanpa banyak bicara.

Aku mendapatkan Ymira yang masih lagi terganggu namun cuba bertenang dan di tenangkan kawan sekerja Elysa. "Kau tak apa-apa, Ymira???"

"Aku ok... Masih Phillia..." Ymira membalas tatkala Elysa terus menenangkan dirinya.

Namun tidak bagi Darwan. Dia capai tangan aku dan seraya berkata, "Ikut aku, Phillia... Ada benda nak aku cakapkan secara berdua". Aku hanya mengikut tanpa banyak bicara walaupun terkejut pada ketika itu.

***

"Kau bodoh betul, Phillia! Kenapa kau buat camtu kat dia!" Darwan yang kelihatan kecewa mengasak aku hingga ke dinding kedai. "Dia tu besar dari kau; kalau dia hemuk kau..." Aku berkeras dengan pendirian aku walaupun Darwan terus mengasak aku dengan amarah.

"Aku tak buat apa yang salah, apa yang aku nak takutkan?!"

"Aku kan ada, jangan bertindak melulu, dungu!" Darwan makin geram dan itu membuatkan aku lebih berang. "Lepaskan aku!!! Darwan!"

Aku lantas pergi dari bilik persalinan itu tatkala aku berselisih dengan Cik Pengurus. Cik Pengurus segera mendapatkan Darwan yang masih lagi kelihatan terkilan dengan tindakan aku.

"Biar dia sejuk sendiri, Darwan..."

"Cik Pengurus..." Balas Darwan nadanya perlahan..."

"Kau sendiri pun tau, di sebabkan mak bapa dia; dia tak bergantung harap pada orang lain, selain dirinya sendiri..." Darwan memandang ke lantai kerana malu dengan dirinya. "Saya memang kagum dengan dia... Tapi kalau saya boleh, saya nak dia bergantung harap dengan kita juga..." Cik Pengurus menghela nafas lalu berkata dalam hati. "Darwan, Darwan..."

***

Hari sudah malam dan aku keseorangan berjalan kaki balik ke rumahku. Di kala sorang diri ini, aku cuba untuk menenangkan amarah yang berbuku di dalam hati dengan tindakan Darwan menengking aku. Pada masa yang sama aku cuba menyoal kembali kewajaran dalam tindakanku itu. Aku tak pernah tengok Darwan marah sebegitu rupa...

Tiba-tiba, lelaki yang menganggu Ymira tadi berhadapan denganku. Mukanya berang dengan pisau pemotong daging di acukan kepadaku. "Kau yang curahkan air kat kepala aku?! Aku takkan maap kau yang malukan aku depan semua orang!!!"

D-Dia ni biar betul?! Takkan pasal tu pun nak bunuh aku...

Dia makin menghampiri aku tatkala aku mulai ketakutan... "Tolong aku, Darwan!!!"

Entah bagaimana, Darwan muncul tanpa aku dapat menduga dari mana dia datang dan melepaskan tumbukan sulung di muka pengacau tadi hingga tersembam ke Bumi...

"Kalau kau kacau perempuan ni lagi, aku akan hancurkan semua tulang-belulang kau, paham!!!"

Aku tak menyangka Darwan menyelamatkan aku dari di bunuh lelaki itu. "Aku risau kat kau, tu yang aku ikut dari belakang mana tau kau di apa-apakan sesiapa..." Aku mula menangis teresak-esak lalu mendapatkan Darwan. "P-Phillia..."

"Aku takut... Huhuhuhuhu..."

Darwan menenangkan aku dengan apa yang termampu... Di peluknya aku tanpa teragak-agak lalu di usapnya kepala aku. "Takpa, takpa... Aku kan ada..."

Aku yang malu-malu segera mencubit kedua-dua cuping telinga Darwan. "Dah-dah, sampai bila nak peluk-peluk ni..."

Darwan tersenyum bila aku kembali kepada sedia kala. Baru aku tahu kenapa aku rasa jengkel dengan dia... Rupa-rupanya aku pun suka kat dia juga...

-Tamat-