Namaku Naota, seorang pekerja di syarikat swasta dan di antara kakitangan yang cemerlang di dalam perusahaan boneka berjenama. Umurku mendekati 30 tahun dan masih lagi belum berpunya. Walaupun kerjayaku bagus, tetapi dalam perhubungan, aku sering di kecundang. Aku tidak tahu kenapa, namun aku tahu; suatu saat nanti, akan tiba seseorang yang sudi menerima aku dengan seadanya.
Sudah sekian lama aku tinggal sendirian di rumah sewa setelah orang tuaku pergi ke luar negara atas urusan rasmi. Mereka juga seringkali mengirimkan aku wang belanja bulanan supaya aku boleh bertahan tinggal di pinggir bandaraya untuk satu jangkamasa yang lama. Kekadang, aku menitip pesan dan khabar, mengharap mereka berdua baik-baik selalu. Orang tuaku tetap menghubungiku bila mereka kelapangan dan itu sudah cukup untuk mengubat rindu.
Bekerja di syarikat swasta itu, aku di beri mandat untuk mereka patung boneka istimewa bersempena sambutan ulangtahun ke-125 penubuhan berserta dengan perincian menyeluruh dan pelbagai rekaan baju-baju menarik agar dapat memikat minat para pembeli membida di hari pelancaran nanti. Ini bagaikan satu cabaran yang berat bagiku kerana aku hanya menjadi rujukan selama ini di sebabkan aku merupakan Graphic Designer senior di dalam perusahaan itu.
Kebetulan, di sebelah rumah sewaku; pada hari ini di huni oleh seorang wanita muda yang berumur dalam lingkungan 20-an. Aku selalu melihat dia mengangkat barang-barangnya dan aku memberanikan diri untuk bertanya padanya. "Cik, maap ganggu. Kalau Cik tak keberatan, saya sudi membantu..." Wanita itu memandang aku, langkahnya terhenti lalu memberikan satu reaksi yang kurang sopan padaku. "Tak perlu!"
Aku tergamam bila wanita muda itu memberi balasan sebegitu rupa. Jadi aku biarkan saja. Tak mahu mengganggu hal ehwal orang kalau orang dah tak sudi. Aku segera memasuki rumahku dan terus ke ruang kerja yang berselerakan dengan kertas-kertas lukisan dan komputer riba yang masih menyala. Aku hela nafas dalam-dalam. Lalu aku mengemas sedikit demi sedikit kertas yang bertaburan di sini sana.
Masa tugasan yang masih panjang tidak boleh membuatkan aku terlalu selesa. Kerjaku harus di siapkan dan itu menjadi tujuan utama aku ke ruang kerja. Di dalam kelekaan itu, aku teringat dengan jiran sebelahku itu. Kenapa dia terlalu dingin? Ada apa yang membuat dia begitu tersinggung terhadapku?? Aku pun tak tahu. Tapi jujur aku katakan, penampilannya menarik; berambut putih keperakan, bermata merah bundar dan bertocang dua di bahu. Seakan-akan budak-budak pula. Aku tersenyum sendiri dengan ujaranku itu.
---
Hari yang di nanti sudah tiba. Setelah hampir 3 purnama kesibukan menghasilkan rekaan terbaik; aku menuju ke bilik persidangan dan alangkah terkejutnya aku melihat jiran sebelahku berada bersama CEO dan CCO syarikat. "Mulai sekarang, Lucya adalah assisten kamu... Lucya, kenalkan diri kepada Naota..." Aku di perkenal oleh mereka Lucya atau nama panjangnya Lucyana Kotora. Seorang lulusan pengiklanan dan penerbitan maya dari politeknik ternama. "N-Naota. Naota Hanora. S-salam kenal..." Aku menghulurkan tangan untuk berjabat dan dia mengendahkan. Aku jadi kekok dan para ahli sidang segera menukar suasana itu menjadi seperti biasa semula.
Aku mula membahas segala perancangan aku dan kebanyakan mereka berpuas hati kecuali, ya; si Lucya. Dia memberitahu aku pendapat dan pandangannya yang agak sinis dan aku terpaksa terima bulat-bulat apa yang aku di beritahu. Aku terus pulang ke rumah sewaku dalam keadaan penat dan kelelahan di sebabkan seharian berada di syarikat. Jam 9 tepat aku sampai dan aku dapati yang rumah sewa Lucya gelap, barangkali dia belum pulang. Aku terus masuk ke rumah dan ke ruang tamu lalu terlelap kerana letih tanpa aku sedari, aku lupa mengunci pintu.
Dalam pukul 12 tengah malam aku terbangun tiba-tiba kerana ingin membuang air kecil di tandas dan aku hampir terkejut melihat Lucya terbaring di depan pintu rumah sewaku. Aku segera menggerakkannya. "Cik Lucya, bangun; bangun!!!" Tiada respon. Barangkali dia mabuk kerana aku dapat mencium bau arak yang agak kuat. Aku tiada pilihan lain, membawanya ke bilik tidurku dan aku tidur di ruang tamu.
---
Keesokan hari...
Aku pergi ke bilik tidurku dan mendapati Lucya baru sedar dari tidur dan dia terkejut bila lihat aku di muka pintu. "Ke-kenapa awak di sini?! Ini rumah saya!!!" Aku ingin membingkas tetapi Lucya menjerit tiba-tiba dan meluru keluar dari rumah sewaku. Dalam keadaan terpinga-pinga aku cuba bertenang sehingga dua orang anggota polis datang. "Maapkan kami, kamu Encik Naota?"
"Ya, saya Naota, Tuan; kenapa?"
"Jiran awak, Cik Lucyana membuat laporan terhadap Encik kerana menganggunya secara seksual..."
"Tuan, ini semua salah paham. Cik Lucyana semalam kemabukan dan berada di pintu rumah saya. Atas dasar kasihan, saya tumpangkan dia di rumah saya. Saya tiada niat lain selain tu..."
Tiba-tiba Lucyana muncul dan bersuara. "Tuan, apa yang di katakan Encik Naota itu benar. Maapkan saya. Laporan itu akan saya tarik balik. Sekali lagi, maapkan saya; tuan..."
Kedua-dua anggota polis itu beredar dan memberi amaran kepada Lucyana agar tidak mengulangi kesilapannya. Aku hela nafas lega dan segera masuk semula ke rumah sewaku.
---
Selang beberapa hari, aku bersiap ke tempat kerja dan Lucya datang kepadaku. "Tentang perkara yang lepas. Saya mintak maap sesangat pada Encik Naota. Saya berjanji takkan ulangi kesilapan saya..." Aku memberikan Lucya senyuman tatkala dia mula mengenangkan airmata. "Tak perlu di ingat perkara yang lalu. Yang penting, semuanya sudah baik; kan???" Lucya mengangguk sambil mengesat airmata dengan tangannya. "Nampaknya Cik Lucya sudah bersiap ke tempat kerja kan? Apa kata, kita pergi bersama.." Dia angguk kepala seraya. "Panggil saya, Lucy; okie?"
"Baik, Lucy... Kalau itu yang Lucy nak dari Naota..."
Dia tersenyum keriangan dan itu menambah rasa girang di hatiku. Kami berdua menuju ke syarikat menaiki keretapi peluru yang terletak 30 minit perjalanan di waktu puncak. Sepanjang perjalanan itu, aku banyak bertukar cerita dan pengalaman hidup bersama Lucya. Dia memberitahu aku yang dia anak bongsu dari enam beradik di mana semuanya lelaki. Kerana dia semakin dewasa, dia ingin tinggal sendiri dan berdikari tanpa gangguan keluarganya.
Di sini aku dapat meneka, atas sebab apa dia sering mabuk bila pulang dari kerja. Seperti kebiasaan para mabuk; kerana banyak memikirkan masalah dan salah satu cara menguranginya adalah mabuk di sepanjang malam. Bagi aku, ini satu mitos yang mengarut. Manakan tidak, hampir saja aku di tahan polis. Takkah menyusahkan??? Berbalik kepada kisah hidup Lucyana, dia tetap menghubungi keluarganya, tetapi dia tidak mahu membebankan mereka dengan usahanya untuk hidup sendiri.
Aku agak kagum dengan semangatnya dan mula merasa malu terhadap diriku sendiri. Hampir saja aku terleka, kami berdua sampai di stesen perhentian, dekat dengan syarikat kami bekerja. Sebaik saja sampai, aku ke tempat kerjaku dan Lucya ke tempat kerjanya. Dia mengirim aku pesan di telefon menyatakan malam nanti dia ingin makan malam bersama di sebuah restoran 3 setengah bintang, tidak jauh dari rumah sewa kami.
---
Malam hari...
Seperti yang di janji, aku bertemu Lucya di ruang legar syarikat dan dia menjemput aku ke restoran itu menaiki teksi tumpang. Tempat duduk kami sudah di tempah beberapa jam lebih awal dan kami mula menjamah sambil bersembang. Dalam keasyikan itu, tiba-tiba pelayan datang hendak menghidangkan arak bermutu tinggi kepada Lucya di dalam gelas kaca dan aku agak terkejut dengan peristiwa itu. "L-Lucy, awak kan dah janji pada saya yang awak takkan minum arak lagi???" Lucy dengan mata berkaca-kaca merayu padaku. "Segelas saja; boleh???"
Aku terpaksa mengiya walaupun tak rela. Pada mula aku sangka segelas, akhirnya Lucya kemabukan setelah meminum hampir sebotol habis arak itu. Dia sungguh kemabukan. Aku hanya mampu gelengkan kepala. Ahhh, mula balik cerita lama. Mahu tak mahu, aku kena bawa dia pulang. Kalau tak, lagi masalah...
---
Cerita itu rupanya, tak habis di situ. Aku membawa Lucya pulang menaiki teksi tambang, terus ke muka pintu rumah sewa Lucya sambil menuntun perlahan-lahan. "Lucy, kita dah sampai di rumah awak... Mana kunci???"
"D-dalam poket baju..."
Aku menyeluk dengan perlahan dan segera menuntut Lucya ke kamar beradunya. Mahu saja aku tinggalkan dia, Lucya rangkul pinggangku seraya berkata. "J-jangan tinggalkan saya, Naota; temani saya hingga esok pagi..." Langkahku terhenti serta-merta dan aku terpaksa menurut permintaannya.
---
Beberapa jam berlalu...
"Ahhhhh!!!"
Aku terbangun dari tidur menyedari Lucya terperanjat yang amat. Dia yang sedikit ketakutan bersuara. "N-Naota, kenapa kamu tidur di samping saya?! Apa yang sudah berlaku sebenarnya?!" Aku yang membisu seketika, lalu membalas semula pertanyaannya. Lucya terkeda dan airmatanya berlinangan. Dia kelihatan kesal terhadap dirinya "M-Maapkan saya, dah dua kali saya susahkan awak. K-kalau awak sudi, IZINKAN SAYA JADI KEKASIH AWAK!!! Saya nak tebus kesilapan saya pada awak, Naota... K-kalaulah saya dengar nasihat awak dari mula; pasti takkan jadi macam ni..."
Aku usap kepala Lucya sambil dia kesat kesemua airmatanya. "Dungu, sebab saya pun sayang pada awak, saya bawa awak ke rumah awak dan tak apa-apakan awak. Kalau orang lain, saya tak tahu apa akan jadi pada awak. Janji pada saya, Lucy; ini kali akhir awak dekat dengan arak lagi. Okie???"
"Baiklah Naota, Lucy paham..."
---
Semenjak hari itu, kami mula berpacaran. Lucya tidak lagi memabukan diri dengan arak dan hasil dari rekaan boneka istimewa itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. CEO dan CCO syarikat memberi kepada kami berdua bonus tahunan, elaun cuti bergaji dan royalti sebanyak 15 peratus bagi setiap keuntungan bida boneka itu. Aku dan Lucya sangat bersenang hati. Hujung tahun itu juga; kami berkahwin dalam upacara tradisional seperti yang di pinta keluarga Lucya. "Sayang, nak mabuk lagi lepas ni???" Aku sindir dia dengan bisikan. "Mabuk dengan abang, ja..." Aisyeh, kali ni aku pula yang kena dengan dia. Hahahahaha...
-Tamat-