Terasa hangat tangan di dada Quan,Quan terkejut dari tidurnya dan meraba tangan siapa yang menyentuh dadanya,teragak-agak Quan nak menyentuh tangan itu, dia dah terlupa Ruth tidur di biliknya,tadi sewaktu masuk ke bilik dan berbaring di atas katil,kepalanya masih lagi pening lalat,Quan terlupa tadi dia yang menyuruh Ruth tidur kat biliknya.Quan terfikir ,hantu ke?tapi tak mungkin sehangat ini,nasib Ruth tak sedar sebab mengantuk sangat,saat Quan teringat keluarga Ruth tidur di rumahnya dengan sepantas kilat dia bangun dan keluar dari bilik.Quan menuju kembali ke bilik Ate berada,dengan harapan Ate tak sedar dari tidurnya.Quan menbuka pintu pelahan² lalu berbaring sebelah Ate,tetapi Ate terbangun dan melihat jam di phonenya,terpaksalah Quan berpura tersedar dan bertanya pukul berapa?Quan berfikir Ate tak tahu kalau dia dah tertidur di bilik utama berapa jam bersama Ruth,oleh kerana mengantuk sangat,Ate biarkan dulu temannnya itu.Pada pukul tujuh setengah pagi,encik Tan menbuat sarapan di rumah Quan,dibuatnya seperti rumah sendiri.Quan tak kisah sebab mereka dah kenal lama,jiran sebelah rumah dah macam keluarga sendiri,apalagi Quan menantu idaman encik Tan.Setelah mereka semua siap bersarapan.Ate dan papanya menghantar Ruth pergi berkerja manakala Quan ke perusahaan miliknya di pusat bandar.Ruth masih menanti panggilan dari Villiam,tapi Villiam senyap sunyi tidak menghantar mesej pun,kecewa juga Ruth memikirkan hal kekasihnya itu.Villiam telah kembali berkerja seperti biasa,tapi masih dalam bayangan semalam,nak melihat wajah Lili pun dia tak berani dan tergesa² meninggalkan rumah anak yatim selepas bercakap beberapa patah perkataan kepada puan Anita.Lili pun tengah merancang macam mana nak memutarbalikkan kejadian untuk mendapatkan simpati dari puan Anita.Villiam kesal dengan apa yang terjadi dan berasa bersalah dengan semua orang yang dia sayang,apa yang akan berlaku sekiranya Ruth dan puan Anita tahu,dia sudah menlecehkan kehormatan Lili,gadis yang dia anggap adiknya selama ini.Villiam buntu sangat dan takut juga,maruah Lili bukan boleh dibuat main.Villiam menjadi pendiam dan lupa pada Ruth.Ruth pula jenis yang terlalu banyak berfikir juga kalau dia akan mengganggu kerja Villiam,kalau sekadar nak main mesej saja²,sebab kerja lebih penting.Kalau Villiam senang pasti Villiam yang mencari dia.Ruth juga bagai pungguk merindu bulan,seperti orang kena penyakit angau.Ate dan encik Tan mula menyedari perubahan Ruth murung semacam,fikir Ate pula, entah apa Quan dah buat kepada adiknya,mungkin Ruth dah curang dan tak tahu jalan penyelesaian.Ate keluar menemui Quan di rumahnya,dengan harapan ada cerita baik.
"Ate,apa hal?macam serius saja...
"Quan,sekarang kita berdua saja,boleh berterus terang tak?"kata Ate.
"apa maksud Ate?"
"pandai ye... Quan ingat,Ate tak tahu,malam itu Quan tidur dengan Ruthkan?...
Quan berdiam,dia tak sangka Ate tahu.Quan fikir mungkin Ruth juga tahu kalau Ate beritahu,tapi tak mungkin,sebab Ate menemui dia pasti ada hal lain.
"Ruth sudah tahu ke?"tanya Quan.
"tidak, hanya Ate saja yang tahu."
"jadi mengapa,lagi Quan tak buat apa² pun."balas Quan.
"baik tak buat apa²,sebab adik Ate baru haid berapa hari lepas,tapi sejak balik dari sini dia murung saja,jadi Ate fikir mungkin ada kaitan dengan malam itu."kata Ate panjang lebar,siap cerita pasal haid lagi.
Ate dan Ruth sangat rapat,tiap kali bulan merah,keluarga Ruth pasti tahu.Ruth mengelupur sakit pada hari yang kedua,jadi dia akan makan ubat penahan sakit,ada keluarganya,Ruth beruntung dilayan seperti puteri,makan minum yang berasas herba semua disediakan.
"Quan memang sangat sayang Ruth, tapi tidak akan membuat perkara buruk kepadanya,kalau dia tak suka, apalagi memaksa dia."sambung Quan tenang.
"Quan,Ate sangat harap Quan dapat bersama Ruth kembali,tapi Villiam tu pula jadi penghalang."bercakap dengan wajah tak puas.
"Ate, jangan risau.Ruth dan Villiam masih belum kawin,jadi kami masih ada jodoh."kata Quan yakin.
Pada pukul sebelas malam,Villiam menbuat video call kepada Ruth,Ruth baru saja selesai mandi, dia terlalu gembira mendapat panggilan dari Villiam lalu menjawab, bersemangat betul Villiam melihat Ruth berbalut dengan tuala mandi,kedua gunung nampak bengkak semacam,dapat jugalah Villiam mencuci mata.
"lepas mandi ke sayang?"muka serius, tapi dalam hati lompat katak.
"yep,u dah mandi?...
"dah,masa mandi tadi, i teringat kat u."
"mandi pun ingat i?...Ruth tersenyum manis.
"i rindu pada u, sorry tak call u berapa hari ini, i sibuk sangat dengan urusan."
"ye ke?... jangan² u curang... Ruth menbuat muka.
"Ruth,i bersumpah!tak pernah terfikir pun, u orang yang paling i cinta sekarang ini,tiada perempuan lain."kata Villiam.
"I percaya pada u,hanya rasa kecewa pada u sikit,i rasa u seperti tak hargai masa bersama i."jawap Ruth sedih.
"Sorry² i janji,waktu cuti minggu ini,i bawa u keluar jumpa mama angkat i,macam mana?Ruth,i fikir nak hubungan kita lebih mendalam lagi,macam mana?"Villiam dah fikir masak² soal hubungan mereka dan tak mahu bercinta terlalu lama.
"apa maksud u?"konon berpura tak faham.
"kita kawin...
"kawin... u serius ke Villiam?tapi kita masih baru bercinta,tak sampai setahun lagi."
"tapi i dah bersedia,i akan beli rumah dan lepas itu kita kawin,macam mana?"Villiam serius.
Ruth terharu sangat,dia juga merasa gembira bila Villiam ajak berkawin,kawin memang senang,tapi prosesnya sukar antara bercinta dan menjadi suami isteri,lagi pasti ahli keluarga Ruth tak bersetuju,bagi mereka hubungan Ruth dan Villiam masih baru lagi,mudah rapuh.Villiam dan Ruth berbual hingga tiga pagi berbincang soal rancangan seterusnya.Villiam nak bawa Ruth menemui puan Anita, supaya keduanya saling kenal.Tapi Villiam juga perlu berhati²,sebab dia tahu Lili suka kepadanya,kalau Lili tahu Villiam tetiba nak kawin,lepas itu kalau Lili menberitahu semua orang hal malam itu,bukan saja menbuat Ruth marah,malah puan Anita juga.
Seperti yang dijanjikan oleh Villiam untuk menbawa Ruth menemui puan Anita,sebelum itu mereka berdua menbeli sedikit buah tangan untuk puan Anita dan adik² di rumah anak yatim.Ruth gembira dan gementar pada masa yang sama nak bertemu dengan insan yang paling berjasa terhadap Villiam,Villiam banyak bercerita soal puan Anita dan bertapa bangganya Villiam terhadap puan Anita,nampak sangat insan itu orang yang paling penting dalam hidup Villiam.
Sampai di rumah puan Anita,mereka seperti biasa di sambut oleh adik² yang menunggu,puan Anita juga sedang menanti kehadiran mereka,tapi sedang sibuk melayani karenah si kecil kesayangannya.Semasa puan Anita mendapat panggilan dari Villiam untuk menbawa Ruth menemuinya,puan Anita telah menberitahu kepada Lili,saat Lili mengetahui Ruth akan datang dengan cepat dia meminta cuti separuh hari.Lili dapat meneka fikiran Villiam,pasti Villiam ingin hubungan dia dan Ruth lebih serius selepas mereka menemui puan Anita,fikiran yang ditakuti oleh Lili.Lili merasa sesak nafas memikirkan apa yang terjadi selanjutnya,perjalanan kembali ke rumah puan Anita juga terasa jauh,walhal sangat dekat dengan menumpang grab.
Saat Lili sampai dia melihat Ruth sangat mesra dengan adik² di rumah yatim,Lili terasa kecewa dan rasa dikhianati oleh keadaan,Lili merasa benci melihat wajah manis Ruth,tapi dia tersenyum saat Ruth terpandang kepadanya.
"Ruth,awak datang dengan Villiam ke?"sapa Lili.
"ya,Lili cuti ke,dengar kata Villiam Lili sibuk."
"saya cuti hari ini,mama suruh balik."Lili menbalas lembut.
Ruth tidak menbenci atau menyukai Lili,sebab baginya Lili tak penting,Ruth tahu Lili suka Villiam dan Ruth percaya kata² Villiam,yang Villlam anggap Lili seperti adiknya sendiri,soal perasaan sukar untuk kita halang bagi Ruth,apalagi hubungan mereka juga sudah lama,sejak dari kecil,memang sukar tetiba bila ada orang lain masuk campur.
"Lili,nak jumpa mama...
Ruth buat tak tahu dan melayan kerenah budak² disisinya,Villiam sedang bercakap soal hubungannya dengan puan Anita, sebab dari tadi puan Anita macam nak tak nak menyapa Ruth,Villiam dapat merasakan puan Anita tidak menyukai Ruth,Ruth terasa hati sikit terhadap cara puan Anita.
"jadi,kamu memang nak kawin dengan dia?"tanya puan Anita kepada Villiam.
"iya,selepas ini saya akan berjumpa dengan encik Tan."
"Villiam,fikir sebaiknya dan buat keputusan yang tepat,mama takut tempat ini tiada siapa yang jaga,kalau mama dah tiada lagi."
"mama,jangan risau... kami semua pasti akan menjaga tempat ini dengan baik."jawab Villiam.
"tapi...orang luar tak sama dengan orang yang berasal dari sini,lagi Lili pasti sedih,kamu sendiri tahu Lili suka kamu."
"mama, Lili seperti adik saya sendiri,mana mungkin saya dan dia bersama."kata Villiam.
Lili mendengar diluar pintu, sedih hatinya bila dia tahu Villiam benar² ingin berkawin dengan Ruth, Apa yang harus dia lakukan sekarang,dia takut semuanya terlambat,dia tak mahu Villlaim bersama Ruth.
Villiam dan Ruth meninggalkan rumah puan Anita sebelah petang,Lili pun tumpang sekaki dengan wajah selambe,dia sengaja nak kacau daun.Lili terdengar Villiam nak bawa Ruth pergi menbeli belah di mall tempat dia berkerja,adalah alasannya pergi sekali.Villiam dan Ruth jalan berpegangan tangan,mereka kelihatan sangat mesra dan secocok.Lili hanya jadi pengikut dari belakang dengan hati yang tak puas,sekali sekala Lili mencelah perbualan sejoli,nasib Villiam dan Ruth jenis yang tak berkira,mereka berdua baik saja tak terfikir Lili sebagai penyibuk,biarpun Ruth tahu Lili memang jenis makan dalam,tapi demi tidak mahu menyakiti hati Villiam,Ruth tidak mahu cakap banyak.
semasa mereka bertiga berjalan,Quan terlihat mereka bertiga sedang menuju ke sebuah restoran.Quan dan temannya duduk di dalam restoran sedang makan sambil berbincang soal bisnis,wajah Ruth sangat manis bila tersenyum kepada Villiam.Quan juga terperasan seorang yang mengekori dari belakang dengan wajah tak puas melihat Ruth.Quan berfikir dalam hatinya,mungkin itu adik perempuan Villiam.
"you tengok apa?"tanya teman Quan.
"ah,takde apalah."
"Quan, you masih single lagikan,nak i kenalkan dengan sepupu i?"
"no,thankslah...i sudah ada yang i suka."
"jangan cakap you punya ex?"
"ha... ha... ha... mmm...
"really?...temannya macam tak percaya.
Boy teman sekelas sekolah menengah yang baik dan rapat dengan Quan,mereka berdua sikacak yang cerdik waktu sekolah dan terpopular,Ate dan Ruth juga mengenali Boy.Ate pun popular sebagai budak nakal yang suka berkelahi,tapi kurang dalam pelajaran.
semasa sedang Boy bercakap,tetiba Quan minta diri untuk ke tandas,dia sedikit terburu² seperti mengejar seseorang,selepas sepuluh minit Quan muncul kembali.
"you pergi mana?lama betul pergi tandas."
"sorry,perut i sakit tadi."
"oh,nak ubat ke?"
"tak perlu,sekarang dah oke."kata Quan.
Viliam dan Ruth sedang makan,Lili baru balik dari menbeli barangan kat watson.
"Lili,makanlah."pelawa oleh Villiam.
"makanlah,nanti kami nak pergi minum dengan kawan²,Lili nak ikut tak?"tanya Ruth.
"Lili boleh ikut ke?"tanya Lili.
"hmm... boleh,kan Villiam."kata Ruth.
"i okey,tapi takut Lili tak biasa tempat macam tu."kata Villiam.
"Lili memang tak biasa,tapi dengan korang,Lili boleh je."
siap makan,Villiam menbawa dua awek di sisinya ke tempat hiburan,di sini ada kawan Villlaim dan teman Ruth yang suka joli.Lili kali pertama masuk sedikit bedebar,telinga jadi pekak dan tak dengar pun apa yang orang cakap.Mereka berkumpul di sebuah meja besar sebab salah seorang dari mereka menyambut hari lahir.
meriah sangat,kemesraan di antara Villiam dan Ruth pun lebih terserlah berbanding kali pertama mereka jumpa dulu,Villiam dan Ruth menari berpelukan,tak seperti menari pun lebih kepada sayang² dan romantisan.Lili yang memerhatikan pun rasa nak muntah darah,apa lagi Quan yang juga berada di situ menahan sakit jantung.Lili mula meneguk alkohol segelas habis,kawan Villiam bersorak kagum,biasalah buaya.Lili tumbang habis jadi santapan,nasib Lili datang bersama Villiam dan Ruth,selamatlah kalau pulang bersama.
teman Ruth dah tahu siapa Lili,mereka berpandangan bercakap mengunakan mata saja,nak tengok Lili seperti apa,betul ke perempuan baik macam ini nak rampas pakwe orang.Lili seperti dewi asmara bermata kuyu,comelnya boleh tahan,takkan si Villiam tidak tertarik lansung fikir kawan Ruth.
"Lili,jangan minum banyak nanti mabuk."kata Jessy.
"taklah,Lili suka rasanya manis sangat."
"iyalah manis dan sedap,kalau sendirian dengan boyfriend,baik tak yah minum,menlainkan kau yang nak kena makan."bisik Noly.
"maaf,Lili nak gi tandas jap."
Lili menuju ke tandas,kepalanya mula terasa berat dan berjalan huyung hayang,tapi masih terkawal sebab alkohol yang dia minum tak kuat peratusnya.Villliam dan Ruth masih berada dalam dunia mereka berdua, tidak perduli apa yang terjadi,bermesraan macam hari esok dah tiada.Jessy pergi mencari Lili, sebab tadi Ruth dah perasan tolong tengokan Lili takut ada buaya menganggu,Jessy terpaksa menjaga Lili,dia tak dapat bergoyang terus di ruang gelek,kena shif dengan yang lain seperti menjaga budak kecil.
"sial, manalah si Lili ni,aku juga kena jaga dia."dia menbebel sambil mencari Lili.
kelihatan Lili berbual dengan seseorang di tangga,bila Jessy memangil Lili, orang yang berbual dengan Lili tadi dah hilang.
"kau buat apa kat sini?"tanya Jessy.
"Lili terjumpa kawan Lili."
"bahayalah you sorang kat sini, nanti kena tangkap orang habislah."marah Jessy.
"takde apa²,tadi kawan Lili."
"jom pergi sana,nanti mereka marah kau tetiba hilang."
selesai berhiburan,mereka semua nak balik,Villiam menghantar Ruth kembali ke rumahnya.Lili pula menumpang Jessy sebab mereka sehala, tapi Lili menyuruh Jessy menghantar Lili kembali ke rumah puan Anita.Jessy tak tahu tempat tinggal Lili,jadi dia fikir rumah puan Anita lah tempat tinggal Lili.Jessy beredar segera tak mahu ada masalah sebab terlalu lewat.
puan Anita terkejut melihat Lili depan rumahnya berbau alkohol dan mabuk,puan Anita panik mengapa Lili jadi macam ini, bukan Villiam sepatunya bersama Lili.Puan Anita menbawa Lili ke biliknya sebab tak mahu anak yang lain tahu apa yang terjadi kepada Lili,puan Anita bertanya apa yang terjadi sebenarnya,Lili pun menceritakan kepada puan Anita,Ruth yang mengajak mereka pergi ke tempat hiburan,Lili bercerita sambil menangis sedih sebab melihat hubungan Villiam dan Ruth,saat itu juga Lili telah menceritakan apa yang terjadi kepadanya sebelum ini.Puan Anita terkejut besar,dia tidak menduga Villiam bergitu rupa,perbuatannya yang bertanggungjawab sekadar topeng kepada semua orang.Dia telah menperlecehkan Lili dan sekarang ingin memperisterikan Ruth perempuan kaki kelab.