Chereads / DIRIMU SATU / Chapter 2 - IS...

Chapter 2 - IS...

" wa.... banyaknya makanan... " mata lisa memancar kagum melihat gerai2 yang menjual makanan di sekelilingnya. semuanya kelihatan lazat dan enak. iskandar disisinya tetap diam dan pegun. betul-betul macam ais batu.

" ala...ramai orang... macam mana nak jalan.. nanti sesat.." rungut lisa pula bila melihat orang2 yang berjalan berhimpit2. dia memandang iskandar di sisinya. meminta pendapat iskandar.

" jom.." ajak iskandar tangannya memaut bahu lisa. menarik gadis itu rapat ke tubuhnya. berjalan beriringan sambil peluk bahu sebegitu lebih selamat. jimat ruang.

pipi lisa auto pink. terus berasa malu.tubuhnya tiba-tiba mengecik terus tubuhnya disisi iskandar. jantungnya juga berdenyut deras. wangian iskandar meresap ke dalam otaknya.

" sini macam ok sahaja untuk makan.." tunjuk iskandar ke gerai yang menjual pelbagai jenis makanan. mereka berdua berdiri betul-betul di hadapan gerai itu. orang ramai keluar masuk. iskandar melepaskan pautannya di bahu lisa. dia melihat ruangan yang menempatkan makanan sudah siap masak.

" sana ada meja kosong.." lisa menunjukkan ke arah satu meja kosong. kebetulan ada orang baru sahaja selesai makan meninggalkan meja itu.

iskandar melangkah ke arah meja yang ditunjukkan lisa. lisa menurut di belakangnya. berharap iskandar menarik kerusi untuknya. tetapi itu angan2 sahajalah. memang tidaklah iskandar nak buat.

" nak makan apa?" tanya iskandar kepada lisa sambil menunjukkan menu di tangannya. lisa menyuruh iskandar yang memilih. dia tidak berapa tahu tentang makanan di negara ini. iskandar mungkin lebih tahu. selesai membuat pesanan,mereka berdua memilih untuk diam. tidak tahu nak cakap apa. maklumlah walau saling mengenali mereka jarang bertegur sapa. iskandar bukan seorang yang mesra di sekolah mereka. iskandar hanya bergaul dengan geng-geng mereka sahaja. manakala lisa pula sibuk dengan urusan kelas seninya. masing2 sibuk dengan dunia pengajian mereka.

selesai makan,iskandar memanggil pelayan untuk mengira. lisa cepat2 mengeluarkan wangnya yang sudah siap ditukar sebelum bertolak di lapangan terbang kemarin.

" makan malam ni lisa belanja senior.." lisa menahan tangan iskandar yang ingin membuat pembayaran. dia dengan yakin menyerahkan sejumlah wang kepada pelayan. iskandar menyimpan kembali wangnya. niat baik orang jangan ditolak. sekali sekala. hasrat untuk membayar dibatalkan.

" terima kasih. esok i belanja u.." ucap iskandar lebih dari 1 patah perkataan. hampir 1 jam bersama keluar juga suaranya. mungkin sudah selesa bersama lisa.

lisa pamer senyum menawannya.

" tak perlu senior.. senior makan sama macam ni pun dah okey..lisa happy.." lisa menolak niat baik iskandar. dia yang mengajak iskandar,harus dia ynag membelanja. jangan terhutang budi dengan lelaki. duitnya cukup untuk membelanja iskandar sebulan di sini. berlagak lisa. lagipun satu hari nanti iskandar juga akan menjadi abang iparnya. buat apa nak berkira.

" is.. " suruh iskandar merenung wajah cantik lisa. cantik yang tidak puas dipandang. senyuman gadis itu terlalu menawan. kakaknya pun tidak memiliki senyuman menawan itu.

lisa malu2 apabila ditenung iskandar.

" call me is.." suruh iskandar lagi. dia lantas bangun.

lisa juga menurut langkah iskandar.

" ermm... is... nak pergi mana2 tak?" tanya lisa malu pula rasanya memanggil iskandar santai.

iskandar menggeleng. tiada hala tuju. tak tahu nak pergi mana sudah.

" kalau macamtu..is balik hotel dululah.. lisa nak jalan-jalan sekejap.. nak menikmati angin malam.." suruh lisa kepada iskandar. dia sekarang ingin meneroka seluruh pasar ini. terasa rugi pula kalau balik hotel waktu sekarang. malam masih muda. jam pun masih awal lagi.

iskandar yang ingin melangkah kembali ke hotel mematikan hasratnya. terasa berat pula hatinya membiarkan seorang gadis yang dia kenali merayau sendirian di waktu malam. kalau apa- apa terjadi nanti pasti dia akan dipersalahkan. gadis tetap gadis walau seberani apa dia. makhluk lemah yang harus dilindungi oleh lelaki.

" nak pergi mana?" tanyanya kepada lisa.

" meneroka pasar sambil ambil gambar.." balas lisa menunjukkan kamera yang tergantung di lehernya. gadis itu suka senyum. iskandar pula rasa dia sudah tertawan dengan senyum itu. the killer smile. bisik hatinya melihat senyumam di bibir lisa.

" jom..." akhirnya iskandar turut menyertai lisa. pasrah menjadi bodyguard lisa.

seronok sungguh mereka berpusing meronda di seluruh pasar malam itu. membeli makanan ringan, mengambil gambar,bergambar bersama dan mencuba permainan yang ada di sekitar pasar itu. hubungan yang mulanya janggal kini sudah bertukar mesra. sekejap saja mereka membina hubungan.

" terima kasih is... teman lisa malam ni.." ucap lisa terhibur sungguh dia. wajahnya terpancar sinar bahagia. langkahnya terhentindi hadapan pintu kamar hotelnya. iskandar pamer senyum mahalnya.kacak.

" its okey... takdelah is sunyi jalan sendirian.." ya.. itulah perasaannya kini. senyuman lisa seperti magnet menariknya untuk melindungi dan menemani gadis itu.senyumam lisa mengangkat sunyi di hatinya.

lisa pamer killer smile-nya lagi. dia mengeluarkan kunci untuk membuka pintu kamarnya,namun langkahnya terhenti apabila iskandar menahannya.

" esok kalau lisa rasa okey.. jom kita jalan sama..is jadi tour guard lisa" pelawa iskandar. bukan senang seorang iskandar mempelawa sesiapa untuk menemaninya. bersama lisa membuatnya selesa dan senang. gadis ini sangat santai. berbeza dengan kakaknya yang serius. dua peribadi yang berbeza. lisa santai berbicara. tidak seperti anak yang lahir di dulang emas.

" boleh..boleh.. memang lisa tak tahu nak pergi mana esok.. no idea.." lisa setuju sahaja. seronok ada teman berbual,teman makan dan paling penting..selamat.

" ok baiklah.. masuklah..esok is call.. " suruh iskandar. dia menanti lisa masuk ke dalam kamarnya.

" is... phone.." lisa menghulur tangan meminta telefon bimbit iskandar. dia ingin meng-save-kan nombornya pada telefon iskandar. iskandar menyerahkan telefonnya ke lisa. lisa menaip nombor telefonnya dan butang dail ditekan. telefon bimbitnya berbunyi.

" ada apa2 is mesej sahaja.. " pesan lisa lantas masuk ke kamarnya. semapt dia mengenyit matanya. nakal lisa.

iskandar senyum sinis. dia juga berlalu masuk ke kamarnya. senyuman tidak mati di bibirnya.